NAFSU SEORANG WANITA

Thursday 4 January 2018

NAFSU SEORANG WANITA


Assalamualaikum and readers~



Amboiii! Bila buat title pasal nafsu, cepat je klik nak baca story kan. Hehehe! Gurau je. Ai tahu, apa pun tajuk yang ai letak, korang mesti klik juga kan. Korang mesti suka baca entri yang ai tulis kan? Hahaha! Terima kasih korang yang tak putus-putus support ai sampai sekarang. Ai perati je korang semua.. 💋


Hari ini, ai bukan nak bercerita tentang nafsu gitu-gitu dengan korang. Wanita a.k.a gadis a.k.a perempuan kan ada sembilan nafsu. So, ai nak cerita tentang nafsu shopping seorang wanita. Sebagai seorang wanita, apa perasaan korang bila ada duit untuk shopping? Happy!!. Yang feel biasa-biasa tu tahniah ai ucapkan. Jujur, ai hanya lah tipikal wanita yang memang akan happy bila dapat pergi shopping. Lebih-lebih lagi bila ada duit yang banyak untuk shopping.



NAFSU SEORANG WANITA
Gambar hasil carian di google.com



Contoh nafsu yang ai maksudkan, kalau korang ingat dulu ai pernah tulis entri tentang ai menyesal shopping dengan shopee. Bukan sebab shopee tu tak bagus. Tapi, disebabkan ai terus beli backpack yang ai nak dan ai tak survey dulu barang-barang lain. Akhirnya ai terpandang backpack di Zalora yang lebih cantik dan ai terus menyesal. Bila dah menyesal, korang rasa ai beli ke tidak backpack yang ai nampak di Zalora tu? Mesti lah beli. Nafsu kan. Hahaha! Sekarang ai asyik berulang-ulang pakai backpack yang pertama sahaja. Yang lagi satu? Baru sekali je ai pakai.


Pada ai, perempuan ni suka benda yang cantik. Sebab tu lah mereka suka shopping. Lelaki pun suka shopping juga, tapi minat mereka lebih kepada barangan seperti jam ribuan ringgit, kereta, games dan macam-macam lah yang harganya bukan kecik. Tapi, lelaki sekarang shopping barangan kecantikkan boleh tahan ye. Mengalahkan wanita. Ada juga lelaki yang kulitnya lebih gebu daripada wanita. Lelaki tulen tau!


Tak salah pun nak shopping, asalkan berpada-pada. Jangan sebab nak bershopping, hutang korang keliling pinggang. Jangan sesekali amalkan prinsip biar papa asal bergaya. Sebab sekarang memang korang happy dengan gaya korang. Esok lusa nak beli mee segera pun tak mampu. Jangan lupa untuk menyimpan juga tau.




aisyaismail

13 comments:

  1. Kalau bab nyopink memang serah aje pada orang perempuan.
    Ada duit selori pun boleh dihabiskan.

    ReplyDelete
  2. orang perempuan semua benda nak beli , kalau shopping berjam-jam tak ada masalah.. relek je

    ReplyDelete
  3. Hana paling obsess shopping makanan~ kalau bab2 outfit ni tak berapa nak interested sangat... *cewah! konon~

    ReplyDelete
  4. nafsu yg x dpt di kawal..hehe..sopin2..hahaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul lah tu.. tapi bila kering boleh lak kawal.

      Delete
  5. perempuan memang suke shoping

    iuols pun...
    :(

    ReplyDelete
  6. sekarang aku cuba kawal nafsu shopping aku sebab aku akan beli bila ia nya perlu sahaja.

    ReplyDelete
  7. betul..shopping memang best tapi kena berpada-pada

    ReplyDelete

Janga lupa untuk tinggalkan komen =D