JK1M10 #3: BERIADAH DI BUKIT SAPU TANGAN

Saturday 10 March 2018

JK1M10 #3: BERIADAH DI BUKIT SAPU TANGAN


Assalamualaikum and hye readers~



Dengar je nama Bukit Sapu Tangan, ai terus tergelak. Kenapa pelik sangat nama nya. Tapi bila ai bagitahu orang lain tentang Bukit Sapu Tangan, ramai rupanya yang tahu. Terus malu sendiri sebab terasa macam ai seorang je yang tak tahu tentang Bukit Sapu Tangan ni.



Jauh lagi nak sampai.



Bukit Sapu Tangan terletak di Taman Botani, Shah Alam. Kalau korang tak tahu Taman Botani, nama lainnya adalah Bukit Cahaya atau Bukit Cerakah. Selalunya orang panggil Bukit Cerakah. Ai berpeluang mengikuti kumpulan JK1M10, Shah Alam 2 hiking ke Bukit Sapu Tangan. Siap bawa encik husband sekali. Takut sangat ai hiking sorang-sorang sebab dia tahu tahap kemampuan ai sampai mana. Hehehe!


Seingat ai, kali terakhir ai hiking lima tahun lepas di Bukit Tabur. Waktu tu sekeping, sekarang dah tiga keping badan ni, entah mampu sampai ke atas ke tidak. Tapi bila tengok semangat ahli lain yang lebih berkeping-keping badannya nak sampai ke atas, ai terus bersemangat. Tak nak kalah. Alhamdulillah sampai juga ke puncak. Tak jauh dan tak bahaya pun, sesuai juga untuk bawa anak-anak. Tapi pastikan stamina anak-anak cukup untuk sampai ke puncak. Kalau tidak, bersedialah nak mendukung.



Jalan bertar, tak perlu risau tanah licin.



Walaupun Bukit Sapu Tangan ni tak mencabar seperti bukit-bukit yang lain, tetapi nak sampai ke puncak adalah satu cabaran untuk orang-orang yang jarang atau tak biasa hiking macam ai. Kalau korang memang kaki hiking, mungkin bukan masalah untuk korang sampai ke puncak. Untuk yang sukakan sukan berbasikal, korang juga boleh mengayuh ke puncak Bukit Sapu Tangan. Ramai juga yang mendaki dengan berbasikal. Tak kurang juga yang menolak basikal kerana letih mengayuh.


Jujur ai katakan, ai bangga tengok semangat ahli JK1M10. Usia dan berat badan bukan penghalang untuk mereka bersama-sama mencuba segala aktiviti yang dianjurkan oleh JK1M10. Mungkin kerana aktiviti dilakukan secara berkumpulan, jadi semangat tu lebih tinggi berbanding lakukan aktiviti seorang diri. Kalau korang masih muda dan sihat tetapi korang malas untuk bersenam, korang kena malu dengan golongan yang macam ni. Jangan jadikan malas sebagai alasan sebab korang akan menyesal bila dah tua nanti.



Abang Saiful dan Kak Aimi. Salute ngan diorang.


Dah sampai!


Lepas tamat program JK1M10 ni nanti, ai nak teruskan aktiviti-aktiviti menarik yang ai dah buat bersama team. Jadi kalau korang ada plan nak buat aktiviti sihat yang menarik, jangan lupa pm ai. Kalau menarik ai berbesar hati untuk sertai aktiviti korang tu.






aisyaismail

42 comments:

  1. wah seronok lah kalau beriadah beramai2 macam tu

    ReplyDelete
  2. Oooo...rupanya Bukit Cerakah. Pelik juga Mula baca entry. Lokasi ini memang ramai kaki jogging atau hiking yang beraksi di sini. Kesihatan diri...keutamaan sendiri.

    ReplyDelete
  3. wah... seronoknya beriadah macam ni! dengan seisi keluarga pun syok! sesekali meluangkan masa bersama dengan menikmati udara segar memang cukup menarik ni!

    jom singgah blog saya www.hasifhamsyari.com. :D

    ReplyDelete
  4. Aktiviti sihat macam ni SA memang suka tapi masa sangat cemburukan SA...dah lama tak pergi Bukit Cherakah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama lah.. masa sentiasa mencemburui.. Nasib baik join JK1M.

      Delete
  5. Okay.. Kita pon bru first time dgr bukit sapu tgnn.. Hehehe.. Tp xberapa curam ea.. Ssuai utk beriadah termasuklah org tua... Bolehlah nnti ke uma akk ipo kt shah alam nk singgah sini ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahh bukan ai sorang baru dengar. Dah kat atas tu curam lah sikit. Cuma tak bahaya lah.

      Delete
  6. bukit Sapu Tangan memang unik nama tu. Bagus kalau dapat tau cerita di sebalik nama tu. Seronok aktiviti sihat macam ni sekali sekala.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hurmm.. boleh search ni cerita di sebalik nama.

      Delete
  7. Lama tak beriadah mcm ni..
    Ingat nanti nak ajak husband pi riadah la dengan anak2...

    ReplyDelete
  8. best yer dapat beriadah dengan satu team JK1M ni kan aisya.. coach huda tak buat pun aktiviti riadah camni. huhu..

    ReplyDelete
  9. Lama x jejak bukit cerakah :)
    Aida skang sedang fit kan diri. Tak boleh la saje2 nak naik bukit. Fengsan nanti :)
    Mr. Asben rajin hiking bukit tau.
    Pagi tadi jogging kat bukit dlm taman. 20 minit, 10 kali naik turun, hadoi lah ha ha ha... Hampir putus nafas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha.. bestnya ada bukit dalam taman untuk jogging.

      Delete
  10. hiking is always a way to make me more positive...when i first started hiking, i was surprised that other hikers would happily greet you..and that was really refreshing.... and I am same with you..i had no idea that it's called sapu tangan...i also laughed..hahahhaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeahh me too. i'm surprised other hikers so friendly.

      Delete
  11. First time dengar nama Bukit Sapu Tangan. Dekat bukit cherakah pulak tu. Kenapa x prnh dgr erk. Padahal dari dalam perut duduk dekat Selangor. Hahaha

    ReplyDelete
  12. Lamanya dah tak hiking.. Dekat je bukit sapu tangan ni ngan rumah kita rupa-rupanya....

    ReplyDelete
  13. Wahhh bestnya. Ada kawan-kawan dari JK1M10 pula tu buat aktiviti sekali. Saya teringin nak join aktiviti outdoor dengan mereka yang bersemangat inginkan gaya hidup sihat selain nak kurus. Lutut dah tak kuat. Wuwuwuwuw

    ReplyDelete
  14. Nama pun dah unik. Anyway teruskan aktiviti macam ni. Semoga lagi sihat dan bertenaga.

    www.liahasty.com

    ReplyDelete
  15. Seronok dpt riadah ramai2... dismping boleh bakar kalori tu... tahniah aisya sbb berjaya naik bukit. 1st time dgr nama bukit sapu tangan

    ReplyDelete
  16. Unik namanya.. bukit sapu tangan yea.. Baru 1st time dengar pasal tempat riadah ni.. mesti best kan.. macam syok pulak rasa nak pi sana

    ReplyDelete
  17. First time dengar nama Bukit Sapu Tangan, padahal kat Shah alam je..adoyai..lama dah tak berhiking ni..konfem pancit..

    ReplyDelete
  18. Shah Alam isn’t that far from my place. I always love to explore new places to hike with my friends. Glad I saw your blog!

    ReplyDelete
  19. First time hear this kind of cute name. Must be any history there to be name as handkerchief.
    I love this kind of group activity as well. Bonding is good.... - Rach

    ReplyDelete
  20. wah wah, lepas baca nih, jadi nak pigi hiking juga, seronok agaknya :)

    ReplyDelete
  21. bagus dapat pergi tempat macam ni.. near to nature... bukit sapu tangan? cute nya nama..

    ReplyDelete
  22. Aktiviti yang bagus untuk keluarkan peluh.
    Kalau buat selalu, yang 3 keping boleh jadi sekeping balik.

    ReplyDelete
  23. Wah! Nama tempat pun cukup unik, bukit sapu tangan jumpa sapu tangan kat situ tak? well memang bagus la beriadah beramai-ramai, aktiviti yang baik

    ReplyDelete
  24. lama sungguh tak gi Bukit Cerakah...last gi hiking kat Bukit Gasing..

    ReplyDelete
  25. Cikla baru pergi tmn botani ni, tak nmpk pulak sigboard bukit sapu tgn ni...

    ReplyDelete
  26. Now I am going to do my breakfast, once having my breakfast coming
    yet again to read additional news.

    ReplyDelete

Janga lupa untuk tinggalkan komen =D