January 2018

Monday 29 January 2018

KENAPA NAK KURUS? KAN DAH KURUS!

January 29, 2018 16
KENAPA NAK KURUS? KAN DAH KURUS!
Assalamualaikum and hye readers~



Sebelum ni ai telah berpeluang untuk menyertai Ladies Only Dance Party anjuran JK1M. Seronok sangat bersenam beramai-ramai. Alhamdulillah minggu lepas ai dah pun selamat daftar untuk program cabaran jom kurus JK1M yang akan berlangsung selama 6 minggu. Tak sabar nya nak tengok result selepas 6 minggu tu nanti. Hihihi!



KENAPA NAK KURUS? KAN DAH KURUS!
Klik banner untuk keterangan lanjut.



Hari Sabtu lepas ai sempat untuk menghadiri kelas pertama yang diadakan di seksyen 7 Shah Alam. Sepatutnya kelas tu diadakan di Dataran Shah Alam, atas sebab cuaca yang tak berapa nak baik, kelas ditukar di seksyen 7. Mula-mula tu memang kecewa lah, sebab seksyen 7 dengan rumah ai tu agak jauh juga. Tapi bila coach dah bagi ilmu pertama, terus hilang kekecewaan itu.


Ai pilih JK1M area Shah Alam 2. Shah Alam 2 diketuai oleh Coach Shukri dan Coach Aain Nadra. Kedua-dua mereka sangat best dan sporting. Coach Aain siap berulang-alik Kelantan - Shah Alam setiap minggu tau. Sepanjang ai berada di dalam kelas selama 3 jam, tak terasa bosan langsung. Ditambah pula dengan semua kawan-kawan baru yang sporting. Memang tak terasa langsung masa berlalu. Peserta JK1M Shah Alam 2 yang berusia 40 ke atas pun ada tau. Dia sertai program ni bersama anak dan isteri. Sweet sangat.



KENAPA NAK KURUS? KAN DAH KURUS!
Sebahagian daripada peserta JK1M Shah Alam 2.



Kelas pertama ini adalah untuk sesi memperkenalkan diri. Macam orientasi lah. Selepas tu kami diberi pengenalan tentang makanan sihat. Untuk kurus dan sihat, segala-galanya bermula daripada makanan ye. Dan yang paling penting, minum air masak sebanyak yang mungkin sekurang-kurangnya 2-3L sehari. Kalau korang jenis yang tak boleh minum air masak dengan alasan nanti sakit perut lah, tak sedap lah, tak boleh telan lah, cuba korang masukkan hirisan buah-buahan yang korang suka dalam air tu. In syaa Allah korang akan lebih bersemangat nak minum air masak tu.


Sejak ai sertai program JK1M ni, soalan yang tak putus-putus ai terima adalah 'kenapa nak kurus?' 'kan dah kurus, nak kurus apa lagi?'. Jujur ai cakap ai join program ni untuk sihat. Kurus belum tentu sihat. Kita lebih mengetahui sejauh mana kelebihan dan kelemahan badan kita. Program JK1M bukan untuk kurus semata-mata. Tapi kalau dapat turunkan berat 5-7kg, itu bonus untuk ai. Betapa ai rindukan collar bone. Hahaha!


Tak sabarnya nak tunggu kelas seterusnya hari Rabu ni. Kalau korang nak join juga, masih belum terlewat tau. Korang boleh check it out di cabaranjomkurus.com. Scroll sampai bawah dan korang boleh pilih negeri dan tempat yang terdekat dengan korang. Apa yang ai boleh katakan, program ni berbaloi dengan bayaran rm300 untuk 6 minggu yang dikenakan. So, apa tunggu lagi? Cepat-cepatlah join. Nak tahu cara sihat yang betul, wajib join!




aisyaismail

Thursday 25 January 2018

BLOGWALKING CARA AISYA ISMAIL

January 25, 2018 33
BLOGWALKING CARA AISYA ISMAIL
Assalamualaikum and hye readers~



Salah satu perkara yang penting dalam dunia blogging ni adalah blogwalking. Lebih-lebih lagi untuk blogger yang baru. Blowalking adalah melawat ke blog-blog blogger lain untuk baca entri mereka. Jangan lupa untuk tinggalkan jejak. Kalau tak, blogger lain tak tahu pun kewujudan korang.


Dengan blogwalking ni, blogger dapat meningkatkan pv dan dapat ramai kenalan baru. Selalunya kalau korang dah tinggalkan jejak, kemungkinan besar blogger tersebut blogwalking ke blog korang tu ada. Percayalah, kebanyakkan blogger ni ramah-tamah dan mudah mesra walaupun tak pernah jumpa. Korang yang baru jadi blogger tu mesti cepat dapat kawan di kalangan blogger. Yang penting jangan sombong. Kalau malu macam ai tak apa.


Macam mana nak tau blogger lain ada entri terbaru?



Cari Entri Baru di Reading List


BLOGWALKING CARA AISYA ISMAIL


Selalunya ai memang akan pergi ke reading list saja. Senang sebab semua entri terbaru blog yang ai follow ada kat situ. Tapi, bukan semua entri ai akan baca. Banyak blog yang ai follow, tak sempat nak baca kesemuanya. Jadi, ai akan memilih entri pada tajuknya. Jika ai tertarik pada tajuknya, maka entri itulah yang ai akan baca.


Bloglist


BLOGWALKING CARA AISYA ISMAIL


Tak kisah lah blog sendiri atau blog orang lain, ai memang rajin klik. Bila blogwalking, jika ai ternampak bloglist yang blogger lain letak, ai mesti akan klik jika ai belum baca entri tersebut. Dari sini lah ai dapat ramai kenalan blogger baru. Hari ni ai baik hati sikit. Siapa yang nak exchange bloglist dengan ai, boleh tinggalkan link di bawah. Win-win situation ok.


Komen


BLOGWALKING CARA AISYA ISMAIL


Kalau korang tinggalkan jejak di komen box ai, in syaa Allah ai akan blogwalking ke blog korang. Sebab ai nak tinggalkan jejak juga. Dengan harapan, pembaca lain terbaca komen ai, mereka akan berkunjung ke blog ai yang tak seberapa ni. Hehehe! Oh ye, tinggalkan jejak di shout box pun ai akan berkunjung semula ke blog korang.


Group Whatsapp

Group whatsapp ni pada ai penting. Kawan-kawan blogger akan paste link terbaru di situ. Lagi senang. Klik je link tu terus masuk ke dalam blog mereka. Senang kan. So kalau korang yang masih baru tu, boleh rajin-rajin tanya blogger yang dah lama macam mana nak join group whatsapp blogger. Mengeratkan sillaturrahim antara blogger.


Group Blogger di Facebook

Banyak sangat group blogger di facebook yang korang boleh follow. Di situ, para blogger akan tinggalkan link untuk pembaca tahu ada entri terbaru untuk dibaca.Ai rajin juga scroll. Setiap hari ada sahaja entri terbaru. Korang pun boleh tinggalkan link di situ. Secara tak langsung, PV korang pasti akan meningkat. Tak banyak, sikit tu mesti ada.



Ok, lima cara ni sahaja yang ai lakukan untuk blogwalking dan baca entri-entri baru daripada rakan-rakan blogger. Kalau korang ada cara lain lagi yang best boleh lah kongsikan di ruangan komen di bawah. Tapi kan, ada juga entri yang ai baca tapi tak komen. Sebab nak juga merasa jadi silent reader. Hihihi!




aisyaismail

Monday 22 January 2018

TAHUKAH ANDA? #4

January 22, 2018 14
TAHUKAH ANDA? #4
Assalamualaikum and hye readers~



TAHUKAH ANDA? - Fakta tentang kulit limau








- Dapat menghilangkan bau busuk pada kasut dengan meletakkan beberapa keping kulit limau selama 24 jam -

- Boleh dijadikan sebagai snek pemanis mulut -

- Boleh juga dijadikan sebagai pewangi rumah dengan merebus dan dicampurkan dengan kulit kayu manis atau daun pudina -

- Kulit limau boleh menyental kotoran degil pada sinki -

- Hiris kulit  limau dan letak di kawasan kucing buang najis akan mengelakkan daripada kucing tersebut daripada terus membuang najis di tempat itu -

- Boleh juga dijadikan lilin wangian -

- Gosokkan kulit limau pada dahi atau menghidunya mampu mengurangkan sakit kepala -





aisyaismail

Saturday 20 January 2018

PERCUTIAN SERAMAI 20 ORANG DI ERLY VILLA HOMESTAY

January 20, 2018 24
PERCUTIAN SERAMAI 20 ORANG DI ERLY VILLA HOMESTAY
Assalamualaikum and hye readers~



Minggu lepas ai berkesempatan untuk bercuti bersama keluarga mertua. Percutian singkat satu hari dua malam je. Kami pilih untuk pergi ke tempat yang dekat , iaitu Kuala Selangor. Kurang sejam perjalanan. Jimat masa. Badan pun tak penat sangat nak duduk dalam kereta lama-lama.



PERCUTIAN SERAMAI 20 ORANG DI ERLY VILLA HOMESTAY
Erly Villa Homestay



Di Kuala Selangor kami menginap di Erly Villa Homestay. Kenapa homestay? Sebab perccutian kami ini untuk family day. Jadi, kami memilih homestay agar semua orang boleh duduk di bawah satu bumbung. Ya, tak perlu keluar ke mana-mana, hanya bersama keluarga di dalam villa homestay tersebut.


Erly Villa Homestay ni mempunyai empat bilik tidur dan lima bilik mandi/tandas. Tak perlu berebut ok kalau nak buang air serentak. Apa yang seronok di Erly Villa Homestay ni? Macam-macam ada. Semuanya memang disediakan oleh pemilik Erly Villa Homestay ini. Oh ya, di villa homestay ni terdapat cctv tau. Jadi, jangan sesekali cuba nak buat perkara pelik-pelik.


Aktiviti di dalam villa
1- Congkak
2- Set Karaoke
3- Kerusi urut Gintel
4- Peralatan gym
5- Ruang dapur yang besar untuk memasak
6- Charging motobike untuk kanak-kanak






Aktiviti di luar villa
1- Halaman yang luas di depan dan belakang villa
2- Mini playground
3- BBQ set
4- Kolam untuk kanak-kanak
5- Trampoline
6- Motorsikal



PERCUTIAN SERAMAI 20 ORANG DI ERLY VILLA HOMESTAY
Halaman depan rumah. Waktu ni tengah setup untuk bergambar.

PERCUTIAN SERAMAI 20 ORANG DI ERLY VILLA HOMESTAY
Kolam mandi dan peralatan gym.

PERCUTIAN SERAMAI 20 ORANG DI ERLY VILLA HOMESTAY
Trampoline di halaman belakang rumah. Kurang daripada 90kg sahaja ye.



Kami memang tak merancang untuk berjalan-jalan, disebabkan itu kami memilih villa homestay yang lengkap segala-galanya. Pada ai lengkap lah, sebab semua benda yang ai perlukan ada di villa homestay tersebut. Malah perabot dan pinggan mangkuk cukup untuk kami 20 orang. Memang sangat berpuas hati. Lagi pun, tak semua homestay terima pengunjung dengan jumlah yang ramai.


Kalau korang ada perancangan nak buat family day, Erly Villa Homestay sangat sesuai. Kuala Selangor ada tarikan lain seperti Jeram ikan Bakar dan kelip-kelip. Kalau nak jalan-jalan keliling kampung pun boleh. Amik udara segar. Ai sangat berpuas hati dengan Erly Villa Homestay.


Jika korang berminat nak menginap di sana, ni ai sertakan details Erly Villa Homestay. Kalau korang nak tau apa-apa termasuk lah harga, do and don't atau apa sahaja maklumat lengakap boleh whatsapp atau call je nombor di bawah.


Erly Villa Homestay, Kuala Selangor

Kampung Permatang, 
45500 Kuala Selangor, Selangor
0173571121/0192320058





aisyaismail

Thursday 18 January 2018

BUKAN TAKUT PADA SCAMMER

January 18, 2018 14
BUKAN TAKUT PADA SCAMMER
Assalamualaikum and hye readers~



Pagi tadi ai dapat panggilan telefon daripada nombor yang tidak dikenali 01300882888. Memandangkan nombor tersebut adalah nombor handphone, ai terus jawab dengan segera. Ye lah mana lah tahu supplier call pagi-pagi kan. Sebaik sahaja jawab panggilan tersebut, kedengaran suara operator mengatakan ai ada tunggakan dengan Maybank sebanyak RM2500 dan tekan satu untuk menyemak tunggakan. Dengan pantas ai matikan panggilan.
BUKAN TAKUT PADA SCAMMER
No yang call bagi pihak Maybank.

Ai matikan telefon bukan kerana scammer, tapi kerana takut panggilan tersebut adalah penipuan bil telefon. Tak pasal-pasal ai kena bayar bil untuk dia. No no no! Terus ai call careline Maybank dan bertanyakan mengenai tunggakan tersebut. Dalam tahu panggilan tersebut daripada scammer, hati ni tetap rasa was-was. Manalah tahu Maybank memang ada buat kesilapan dan tiba-tiba ai ada tunggakan sebanyak itu.


Pegawai Maybank mengesahkan panggilan tersebut memang daripada scammer. Ada dua perkara yang dalam kes ai tak mungkin pihak Maybank akan lakukan semasa membuat panggilan kepada pelanggan.

1- Membuat panggilan menggunakan nombor telefon bimbit
Pihak Maybank tak akan sesekali membuat panggilan melalui telefon bimbit. Pihak Maybank mempunyai talian khas mereka sendiri.

2- Bercakap menggunakan mesin operator
Jika ada sebarang masalah, pegawai Maybank sendiri akan bercakap dengan pelanggan mereka. Mereka tidak menggunakan mesin operator sebagai pengganti kepada pegawai mereka. Selain itu, mereka juga menggunakan kaedah menghantar surat ke alamat rasmi pelanggan.



BUKAN TAKUT PADA SCAMMER



Pernah tak korang terima panggilan juga daripada scammer? Apa reaksi korang? Scammer ni adalah satu cara penipuan untuk mendapatkan duit dengan mudah. Scam selalunya melibatkan wang ribuan ringgit. Kalau dulu, scam sangat popular dengan skim cepat kaya. Seorang individu akan mencari mangsa untuk menipu duit mangsa. Mangsa dijanjikan pulangan yang lumayan. Setelah melabur, scammer dan duit mangsa lesap begitu sahaja.


Tapi sekarang scammer ini sudah maju seiring membangunnya dunia. Mereka mula menggunakan kaedah menipu melalui panggilan telefon atau pun khidmat pesanan ringkas. Ai rasa nombor telefon tu mereka hanya pilih secara rawak. Sumbernya ai tak pasti. Sekarang memang popular scammer memerangkap mangsa dengan mengatakan mangsa mempunyai hutang dengan bank. Ada juga scammer yang menggunakan kaedah dengan menyatakan mangsa terlibat dengan jenayah langgar lari ataupun penjualan dadah. Siapa yang terpedaya pasti akan mengalami kerugian.


Kalau korang ada menerima panggilan telefon yang mencurigakan, cepat-cepat lah call pihak yang lebih meyakinkan. Kalau dia cakap daripada Maybank, korang call lah Maybank. Kalau dia cakap daripada balai polis Kuala Kangsar, korang call lah balai polis Kuala Kangsar. Jangan sesekali ikut apa yang disuruh. Paling penting, jangan beri maklumat peribadi korang kepada pihak yang tidak dikenali.




aisyaismail

Tuesday 16 January 2018

TIPS PILIH MEJA MAKAN

January 16, 2018 10
TIPS PILIH MEJA MAKAN
Assalamualaikum and hye readers~


Meja makan adalah salah satu perabot yang wajib ada di dalam rumah selain daripada sofa dan katil. Tidak salah jika sesebuah rumah tidak mempunyai meja makan, tetapi meja makan sentiasa menjadi kehendak seseorang yang mempunyai keluarga dan rumah sendiri. Ada je rumah yang tidak mempunyai meja makan. Malah, rumah ai sendiri pun dahulu tidak mempunyai meja makan. Sebab kami tidak merasakan ianya penting. Apabila berpindah ke rumah yang lebih baik, ianya menjadi suatu keperluan untuk mengelak rumah daripada kelihatan kosong. Jadi bagaimana untuk memilih meja makan yang sesuai dengan rumah kita?




TIPS PILIH MEJA MAKAN
Meja makan Ikea. Gambar hasil carian di google.com.



1- Pastikan saiz ruang makan - Sebelum beli meja makan, kita kena pastikan saiz ruang makan terlebih dahulu. Jika korang membeli meja makan yang besar untuk ruang makan yang kecil, rumah korang akan kelihatan sempit. Untuk langkah berjaga-jaga, lebih baik korang ambil pita pengukur dan ukur ruangan makan korang.

2- Tentukan bajet - Jika bajet korang kecil, pilih lah meja makan yang tidak menelan belanja yang besar. Jika ada bajet lebih, beli lah yang lebih baik. Jangan kerana meja makan sampai nak berhutang pula.

3- Pemilihan bentuk meja - Pemilihan meja makan berbentuk bulat amat digalakkan untuk ruang makan yang terhad. Ini adalah kerana meja tersebut tidak mempunyai sudut dan tidak mengambil ruang yang besar. Meja makan segi empat pula sangat sesuai untuk ruang yang luas dan mempunyai banyak kerusi.

4- Konsep kediaman - Apa konsep rumah korang? Jika moden, pilihlah meja makan yang moden dan begitu juga sebaliknya. Jangan jadikan meja makan suatu perabot yang ganjil di dalam rumah.

5- Bilangan penghuni di dalam rumah - Jumlah penghuni di dalam rumah juga perlu dititikberatkan. Ini adalah supaya tiada ahli isi rumah yang tidak dapat untuk duduk bersama di meja makan. Tapi berbalik juga pada ruangan di rumah korang. Kalau tidak boleh memuatkan meja makan yang besar, separuh terpaksalah beralah.

6- Pilihan Material - Tak semua orang menggunakan meja makan untuk makan semata-mata. Ada juga yang menjadikan meja makan sebagai tempat bekerja. Kalau tengok drama kat tv pun selalu tunjuk anak-anak buat kerja sekolah di meja makan. Buat beramai-ramai baru lah cepat siap. Atau tak jadi kerja sebab sibuk bersembang? Hehehe! Kalau korang guna meja makan untuk macam-macam aktiviti, pilihlah material yang lebih berkualiti.

7- Warna pilihan - Korang kena tahu, warna sesuatu perabot mempengaruhi suasana di dalam rumah korang. Pastikan korang tak pilih warna yang carca marba. Semak mata memandang nanti. Buat rujukan untuk kombinasi warna yang menaikkan mood positif di dalam rumah.



Gambar hasil carian gi google.com.



Entri ni membantu korang tak untuk memilih meja makan? Boleh lah korang memilih meja makan yang selesa dan bersesuaian dengan rumah masing-masing. Apa yang penting, pastikan jangan berbelanja di luar kemampuan. Rancang perbelanjaan sebaik mungkin. Kalau korang nak meja makan yang simple, ai suggest korang check it out di Ikea. Banyak pilihan dan korang boleh mix and match. Ai geram betul dengan pilihan kerusi-kerusi di Ikea. Comel-comel sangat.




aisyaismail

Sunday 14 January 2018

TAHU TAK BETUL TAPI IKUT JUGA

January 14, 2018 17
TAHU TAK BETUL TAPI IKUT JUGA
Assalamualaikum and hye readers~



Bila balik kampung, sesekali mesti nak menyinggah rumah mak cik, pak cik, nenek saudara, atuk saudara atau pun jiran-jiran yang lebih tua. Terutama sekali bila cuti panjang. Bukan apa, saja nak mengeratkan sillaturrahim. Cewahhh padahal sesekali je pergi teman mak je pun. Kira nak mengeratkan sillaturrahim juga lah kan. Waktu selebihnya ada je terperap kat dalam rumah.


Sesekali bila dah berjumpa tu, mesti macam-macam yang nak diborakkan. Tapi mak ai lah yang berborak. Biasalah orang tua-tua kan, banyak cerita dan kenangan lama yang nak diimbas kembali. Ai ni spesis pemalu and malas bercakap. Kalau tak percaya, jom cuba hangout sama-sama. Nilaikan lah sendiri. Hehehe! Orang tua-tua ni banyak pantang larang. Jangan itu jangan ini. Dulu-dulu bila mak cakap jangan, terus tak buat sebab mak siap bagi reason sekali. Bab reason tu yang gerun. Tapi bila dah besar ni, dah boleh fikir sendiri rasa macam tak logik je. Tapi walaupun tak logik tetap ikut juga.







1- Jangan menyanyi di dapur, nanti kahwin dengan orang tua - Kalau ai dah termenyanyi tu memang rasa gerun juga lah. Kalau tua sikit dari ai tak apa. Kalau tua yang berpuluh tahun dari ai? Hurmmm not my type lelaki matang ni. Tapi bila fikir balik, ajal, maut, jodoh dan pertemuan itu kan di tangan Allah. Siapalah kita nak tentukan usia pasangan kita kan? Mungkin orang dulu-dulu berpesan begitu sebab takut tak berasap dapur tu.

2- Jangan duduk di tangga waktu maghrib, nanti tak ada orang masuk meminang -  Bila balik kampung mak-mak atau arwah nenek bising bila duduk di tangga. Sampai nak duduk kat tangga dalam rumah teres pun takut tak ada orang yang nak masuk meminang. Tapi, dari duduk kat tangga baik duduk dalam bilik atau duduk lah kat ruang tamu. Kenapa nak duduk di tangga juga waktu maghrib?

3- Jangan bercakap masa makan, nanti makanan lari - Boleh bayangkan tak makanan korang lari? Hahaha! Pantang larang ni ai jarang ikut. Waktu makan lah mulut ni asyik nak bercakap je. Mungkin mereka maksudkan nanti rezeki tak masuk kot. Dan mungkin mereka cakap macam tu supaya anak-anak cepat habiskan makanan kot. Entahlah.

4- Jangan bazirkan makanan, nanti makanan menangis - Yes, ai mengaku sejak ai boleh berfikir dan kali pertama ai dengar pantang larang ni, ai memang dapat bayangkan nasi tu menangis bila ai tak habis makan. Sedih tau. Apatah lagi bila kakak ai pernah tunjuk nasi yang ai tak habiskan jadi macam basah-basah. Sayu hati ni. Padahal apa-apa makanan pun kalau dibiarkan akan menjadi lembab. Tapi, membazir itukan amalan syaiton. Jadi, janganlah membazir.

5- Jangan makan beralih tempat, nanti kahwin ramai - Orang lelaki suka lah ni kan? Adik lelaki ai dulu suka sangat makan beralih-alih. Nak kahwin ramai katanya. Kecik-kecik dah fikir nak kahwin. Tapi makin besar, ai tengok makin laju dia makan sampai tak sempat nak beralih tempat. Dah tak jadi nak kahwin ramai pula ke? Mungkin dia dah sedar, kahwin ramai memerlukan poket yang tebal. 

5- Jangan tunjuk pelangi dengan jari telunjuk, nanti jari kudung - Takut? Mestilah. Tak pasal-pasal je kudung sebab tunjuk pelangi. Pantang-larang ni dari kakak-kakak ai masa kecik-kecik dulu. Tak tahu lah mana diorang dapat. Kawan-kawan kat sekolah pun cakap macam tu. So kalau ai nampak pelangi, ai cuma bangitahu je "eh ada pelangi". Kalau nak tunjuk juga, ai tunjuk guna tangan Doraemon. Maknanya ai tak keluarkan mana-mana jari untuk tunjuk. Buat penumbuk je.


Bila ai fikirkan apa yang terjadi di atas muka bumi ini adalah takdir dan ketentuan Allah, itu jauh lagi logik. Tapi, bak kata mak ai, setiap larangan yang dibuat tu ada sebabnya. Nak menegur dalam bahasa yang lebih sedap didengar. Tu yang muncul macam-macam reason yang pelik-pelik. Apa pun, kita sebagai orang muda, dengarlah cakap orang yang lebih tua. Mereka dulu makan garam daripada kita. Kalau susah nak terima sekali pun, jangan lah buat perkara yang dilarang dengan  niat menghormati mereka. Lagipun bukan buat perkara yang salah.




aisyaismail

Friday 12 January 2018

SIAPA KITA UNTUK BERCAKAP BURUK TENTANG ORANG?

January 12, 2018 16
SIAPA KITA UNTUK BERCAKAP BURUK TENTANG ORANG?
Assalamualaikum and hye readers~



Sekarang ni tengah hangat gosip mengenai seorang artis menampar polis dan disyaki positive dadah. Ehh bukan gosip lagi, dah disahkan pun yang artis tu positive dadah. Macam mana boleh jadi macam tu? Dulu ai minat juga lah dekat dia masa baru-baru famous and berlakon dengan Erra Fazira.



SIAPA KITA UNTUK BERCAKAP BURUK TENTANG ORANG?
Gambar hasil carian di google.com



Tapi bukan itu yang ai nak tulis hari ni. Ai tahu artis tu buat salah dan kesalahan dia sememangnya mencetuskan kemarahan banyak pihak dan membuat netizen meluat. Tapi yang ai tak faham, kenapa lah nak kena maki hamun dia macam dia dah membunuh sepuluh orang. Habis segala bentuk cacian korang bagi kat dia. Semua manusia banyak buat silap. Siapa kita untuk komen lebih-lebih? Kita sendiri ada buat silap.


Yang lebih ai tak faham, artis tu yang buat salah sampai isteri dan adik dia sekali kena bash. Ya, ai tahu. Kalau kita buat apa-apa kesalahan keluarga akan menanggung malu. Tapi mereka dah dapat pun malu tu, dalam keadaan yang masih terkejut dan risau bila dapat khabar tak baik ni, kenapa nak ditambah dengan cacian?


Cuba kalau korang berada di tempat mereka. Korang buat salah, tapi habis semua ahli keluarga korang kena hina, korang tak bersedih ke? Atau korang memang sejenis hati batu yang tak fikirkan tentang keluarga? Kalau korang memang tak ada keluarga, jangan lupa suatu hari nanti korang juga akan berkeluarga.


Kalau ada yang buat salah, tak salah lah kalau korang nak tegur dan beri nasihat. Itu memang tanggungjawab kita sesama manusia. Saling ingat dan mengingati. Tapi tegurlah dengan baik. Biar orang tak nak dengar nasihat baik daripada kita daripada orang menjadi lagi teruk disebabkan cacian kita. Jangan sampai orang lain yang buat silap, tapi dosa korang lebih menggunung dari orang yang buat silap. Fikir-fikirkan lah.




aisyaismail

Tuesday 9 January 2018

MALAS BUKAN ALASAN UNTUK MALAS BERSENAM

January 09, 2018 46
MALAS BUKAN ALASAN UNTUK MALAS BERSENAM
Assalamualaikum and hye readers~



Dah lama rasanya tak bersenam. Hari Sabtu lepas ai tak lepaskan peluang untuk menyertai Girl Only Dance Party yang dianjurkan oleh JK1M. Sejak jadi very busy woman ni, nak pandang sport shoes pun macam seram sejuk. Lepas tu bising, berat naik berkilo-kilo lah, double chin lah. Macam-macam benda nak merungut. Tapi usaha nya tak ada. Kalau duduk depan pc je sambil jari menaip dan kaki bergoyang-goyang boleh ke nak kurus?



MALAS BUKAN ALASAN UNTUK MALAS BERSENAM



Sebenarnya, blogger Kak Saidila yang ajak sertai Girl Only Dance Party ni. Event ni anjuran Kevin Zahari. Tapi nama pun girl only, sudah semestinya Kevin Zahari tak ada. So, jangan lah tanya mana Kevin nya. Tak cakap banyak, ai terus setuju. Event diadakan di Stadium Panasonic Shah Alam. Dekat sangat dengan rumah. Kalau jalan kaki, memang tak berparty lah malam tu sebab kaki dah tertinggal separuh jalan.


Ai ni tipikal gadis-gadis Malaysia je. Bila nak pergi tu mulalah tak confident. Nak pakai baju apa? Kasut sesuai ke tak? Over ke dress up macam ni? Padahal pakai baju dengan seluar track je pun. Tapi disebabkan baru pertama kali nak join event yang macam ni, terus tak ada keyakinan diri. Tapi bila ai sampai je di sana, yang berjubah, yang hanya pakai sport bra dan macam-macam lagi lah gaya. Semua ada. Nama pun party kan, so memang bergaya habis lah masing-masing.



MALAS BUKAN ALASAN UNTUK MALAS BERSENAM
Belle Dance by coach Jonathan.



Perkara yang paling mengagumkan ai, bila ramai muslimah yang menyertai event ini. Daripada seawal usia kanak-kanak sehingga lah dah pangkat mak cik pun ada. Ada sorang mak cik tu ai rasa umurnya sudah mencecah 50an, tapi masih berminat untuk menyertai aktiviti sihat macam ini. Tahniah makcik! Saiz tak payah cakap lah. Besar kecil tinggi rendah bulat semua ada. Terus rasa seronok. Tiga jam pun ai pejam mata je. Dah lama tak keluarkan peluh sihat macam tu.


Event ini dibahagikan kepada tiga jenis tarian iaitu Masala Banghra oleh coach  Shah Bariah, Belle Dance oleh coach Jonathan dan Zumba Fitness oleh coach Zin Ray dan Zin Bella. Selepas setiap satu tarian mereka akan pilih seorang peserta terbaik daripada 5 orang peserta yang terbaik. Dapat hadiah ok. Bukan main 5 orang peserta terpilih tu tunjuk bakat masing-masing atas stage. Sporting habis. Thumbs up! 👍



MALAS BUKAN ALASAN UNTUK MALAS BERSENAM
Lebih 300 orang peserta yang hadir.



Pada ai senaman ni penting untuk menjaga kesihatan. Bukan untuk kurus semata-mata je tau. Yang tengah berdiet tu lagi lah perlukan senaman. Biar seimbang kurus dan sihat. Jangan asyik nak kurus tapi tak sihat. Senaman juga bukan hanya untuk orang yang kurus dan urban sahaja. Apa pun saiz dan cara hidup korang, senaman tu penting. Kalau berjalan kaki sahaja pun dah ok. Asalkan keluar peluh sihat tu. Jangan malas-malas tau. Kalau ada lagi event yang macam ni, confirm ai nak join lagi!




aisyaismail

Thursday 4 January 2018

NAFSU SEORANG WANITA

January 04, 2018 13
NAFSU SEORANG WANITA
Assalamualaikum and readers~



Amboiii! Bila buat title pasal nafsu, cepat je klik nak baca story kan. Hehehe! Gurau je. Ai tahu, apa pun tajuk yang ai letak, korang mesti klik juga kan. Korang mesti suka baca entri yang ai tulis kan? Hahaha! Terima kasih korang yang tak putus-putus support ai sampai sekarang. Ai perati je korang semua.. 💋


Hari ini, ai bukan nak bercerita tentang nafsu gitu-gitu dengan korang. Wanita a.k.a gadis a.k.a perempuan kan ada sembilan nafsu. So, ai nak cerita tentang nafsu shopping seorang wanita. Sebagai seorang wanita, apa perasaan korang bila ada duit untuk shopping? Happy!!. Yang feel biasa-biasa tu tahniah ai ucapkan. Jujur, ai hanya lah tipikal wanita yang memang akan happy bila dapat pergi shopping. Lebih-lebih lagi bila ada duit yang banyak untuk shopping.



NAFSU SEORANG WANITA
Gambar hasil carian di google.com



Contoh nafsu yang ai maksudkan, kalau korang ingat dulu ai pernah tulis entri tentang ai menyesal shopping dengan shopee. Bukan sebab shopee tu tak bagus. Tapi, disebabkan ai terus beli backpack yang ai nak dan ai tak survey dulu barang-barang lain. Akhirnya ai terpandang backpack di Zalora yang lebih cantik dan ai terus menyesal. Bila dah menyesal, korang rasa ai beli ke tidak backpack yang ai nampak di Zalora tu? Mesti lah beli. Nafsu kan. Hahaha! Sekarang ai asyik berulang-ulang pakai backpack yang pertama sahaja. Yang lagi satu? Baru sekali je ai pakai.


Pada ai, perempuan ni suka benda yang cantik. Sebab tu lah mereka suka shopping. Lelaki pun suka shopping juga, tapi minat mereka lebih kepada barangan seperti jam ribuan ringgit, kereta, games dan macam-macam lah yang harganya bukan kecik. Tapi, lelaki sekarang shopping barangan kecantikkan boleh tahan ye. Mengalahkan wanita. Ada juga lelaki yang kulitnya lebih gebu daripada wanita. Lelaki tulen tau!


Tak salah pun nak shopping, asalkan berpada-pada. Jangan sebab nak bershopping, hutang korang keliling pinggang. Jangan sesekali amalkan prinsip biar papa asal bergaya. Sebab sekarang memang korang happy dengan gaya korang. Esok lusa nak beli mee segera pun tak mampu. Jangan lupa untuk menyimpan juga tau.




aisyaismail

Monday 1 January 2018

KENANGAN 2017

January 01, 2018 11
KENANGAN 2017
Assalamualaikum and hye readers~


Selamat Tahun Baru ai ucapkan kepada semua pembaca blog aisyaismail.blogspot.com. Warna-warni dan suka duka 2017 telah pun berakhir. Tercapai ke semua azam 2017? Ai tolak tepi semua tu. Taknak fikir dah sebab sekarang bukan lagi 2017. Dah 2018! So, ai hanya focus pada azam 2018. Bagaimanapun, terlalu banyak kenangan dalam tahun 2017 ini. Kenangan yang layak diingati sampai bila-bila. Entri kali ini hanyalah flashback kenangan 2017.



KENANGAN 2017




1- Pertama kali ke Istana Budaya - Ai peminat teater tapi ai tak pernah tengok teater yang dimainkan di Istana Budaya. Dia Semanis Honey sebuah muzikal adalah teater pertama ai di Istana Budaya.

2- Pengalaman di Skytrex - Terima kasih ana sebab ajak pergi Skytrex. Menguji diri juga nak lalui semua halangan dan rintangan sepanjang game.

3- Ipoh Mali - Walaupun cuma satu malam, tapi Ipoh officially tempat percutian pertama ai pergi dengan encik husband. Banyak masa yang dihabiskan di dalam kereta tapi tetap seronok.



KENANGAN 2017



4- Flight pertama - Akhirnya ai berjaya naik kapal terbang. Selama ni bukan taknak, tapi gayat melampau. Bila orang ajak bercuti jauh-jauh ai dah fikir macam-macam. Ai sanggup tak ikut percutian keluarga sebab takut naik kapal terbang punya pasal. Penangan acrophobia.

6- First raya sebagai seorang isteri - Ehemm! Beriya ni nak baju sedondon dengan encik husband. Tapi, ai tak suka sedondon material. Macam nak join nasyid pula. Kalau wedding kena sedondon tu ai ok je.

7- Join KKBA9 - Walaupun dah lama ai nak join KBBA9, tapi ai apply untuk join KKBA9 baru dua ke tiga bulan lepas kalau tak silap. Saja nak tunggu followers cecah 200 orang baru nak apply. Thank you Ben and team sebab sudi bagi ai join KBBA9.



KENANGAN 2017



8- Sambut hari jadi sebagai seorang isteri - Sweet moment 2017. Bertaman bunga bila encik husband tunaikan hasrat nak tengok permandangan dari tempat tinggi. Gayat ok.

9- Our 1st anniversary - Alhamdulillah, syukur selama setahun kami berjaya melalui liku-liku kehidupan sebagai suami isteri. Jauh lagi perjalanan kami. Tolong doakan kebahagian kami sehingga ke syurga.

10- Event pertama bersama blogger - Dulu ai tak rasa nak berjumpa dengan blogger-blogger. Pemalu lah katakan. Tapi 2017 membuka hati ai untuk menyertai event-event yang dianjurkan untuk para blogger. Seronok sangat rupanya. Malu letak tepi. Hihihi!


Cukup sepuluh kenangan manis dalam hidup ai. Ada lagi sebenarnya, tapi cukup lah apa yang ai senaraikan untuk dikongsikan bersama. Kalau nak senaraikan semua, lima entri pun tak cukup tau. Kenangan manis memang layak untuk diingati, kenangan pahit buangkan jauh-jauh. Semoga kita semua dijauhkan dari sifat dendam. Kalau tengok ulangan drama Dendam Aurora tak apa. Hehehe!





                                                                                      aisyaismail