May 2019

Friday 17 May 2019

TIPS UNTUK PILIH BAJU RAYA

May 17, 2019 12
TIPS UNTUK PILIH BAJU RAYA
Assalamualaikum and hye readers~



Raya dah nak dekat sangat ni. Apa persiapan yang korang dah buat? Baju? Mesti rata-rata pembaca blog ai dah siapkan baju raya. Yang tempah baju dekat tailor tapi masih belum siap tu, jangan lupa tanya khabar baju korang tau. Takut tak siap je. Huhuhu! Saja bagi korang cuak.


Selalunya bila tiba hari raya, yang menjadi keutamaan dalam persiapan adalah baju raya untuk golongan muda dan juadah raya untuk golongan yang tua.  Yang ramai ada anak-anak yang masih dibawah tanggungan tu, keutamaan selalunya diberikan kepada anak-anak.


Hitam merah jadi pilihan tema raya tahun lepas.

Zaman sekarang ni, bermacam-macam rekaan baju raya yang diperagakan setiap tahun. Ada yang melaram seperti di pentas peragaan dan ada juga yang berserdahana. Yang rekaan baju raya mengalahkan artis  pun ada. Tahun ni ai boleh katakan adalah tahun batik. Sana-sini iklan baju raya batik.


Tak dinafikan baju raya sangat penting semasa tibanya hari raya. Kalau tiada baju raya terasa tidak lengkap untuk keluar beraya. Tetapi apa yang perlu dititikberatkan untuk bergaya di pagi raya? Selera masing-masing, tapi selera yang membuatkan diri sendiri tidak selesa sehingga orang lain terseksa perlu dielakkan.


Jenis fabrik

Fabrik salah-satu penentu hasil baju raya seseorang. Fabrik yang sering menjadi pilihan di pagi raya adalah seperti cotton, satin, chiffon dan como crepe. Ai sendiri gemar memilih kain jenis cotton. Dulu zaman badan macam rangka, suka juga dengan chiffon. Tapi sekarang, cotton lebih selesa. Pilih fabrik yang betul penting supaya baju tidak panas dan tidak selesa di badan.


Corak

Kita sedia maklum yang corak jalur menegak sesuai untuk yang berisi dan jalur melintang sesuai untuk yang bertubuh kurus. Tapi, takkan nak pakai baju corak jalur sahaja kan untuk bergaya di pagi raya. Korang tahu tak yang corak mampu menyerikan baju raya korang? Jadi pilih lah corak-corak lain seperti flora, geometrik atau apa-apa yang korang suka. Tapi corak besar akan menampakkan korang mengembang sedikit. Nak selamat pilihlah baju yang tiada corak.


Rekaan baju raya 2019 oleh Misslily Shop. Rekaan yang simple dan lari dari tema batik. Klik gambar.


Warna yang bersesuaian

Setiap kali nak raya, mesti ada yang dah membuat perancangan awal tema baju raya. Yang suka sedondon bersama keluarga lagi meriah. Pilihan warna haruslah mengikut kesesuaian semua orang. Bukan pilih disebabkan suka sahaja. Warna yang kita suka pakai tak semestinya sesuai untuk kita atau orang lain. Selalunya yang berkulit cerah tiada masalah dalam pemilihan warna. Untuk yang berkulit gelap, pilihlah warna-warna pastel. Elakkan warna-warna yang terang.


Rekaan yang sesuai

Kalau tanya ai, ai lebih sukakan baju-baju tradisional seperti baju kebaya, baju kurung biasa, kurung riau dan kurung kedah. Malah, baju pertama yang ai jahit untuk diri sendiri adalah baju kebaya. Selain itu baju peplum, jubah dan kurung moden juga menjadi pilihan ai. 

Ai kagum melihat gadis-gadis yang beraya dengan memakai rekaan berlapis-lapis dan berkasut tumit tinggi runcing. Lebih-lebih lagi di kawasan kampung. Hebat meraka menahan panas dan bergetar-getar kaki nak berjalan di atas tanah yang tidak rata. Kalau yang beraya naik turun kereta sahaja tiada masalah. Tapi, penting ke pakai kasut tumit tinggi kalau berjalan tak sampai sepuluh langkah?


Tidak terlalu ketat

Keselesaan adalah keutamaan. Kalau boleh janganlah pakai baju yang terlalu ketat. Susah untuk nak berjalan. Lagipun baju ketat akan membuatkan korang lebih cepat berpeluh. Kalau berpeluh, pasti korang tak selesakan. Jadi, janganlah pakai pakaian yang terlalu ketat.


Pada sesiapa yang masih belum dapat idea nak pilih baju raya, korang cuba lah gunakan tips yang ai bagi ni. Masih sempat nak cari sekarang. Biar lambat asalkan ada baju raya yang bersesuai.




aisyaismail

Monday 13 May 2019

YANG MENIAGA ONLINE, JANGAN HANYA TUNAIKAN ZAKAT FITRAH SAHAJA

May 13, 2019 7
YANG MENIAGA ONLINE, JANGAN HANYA TUNAIKAN ZAKAT FITRAH SAHAJA
Assalamualaikum and hye readers.



Dah lebih seminggu kita menjalani ibadah berpuasa di bulan Ramadhan yang mulia ini. Korang dah tunaikan zakat fitrah ke belum? Waktu wajib bayar zakat fitrah adalah apabila terbenam matahari akhir Ramadhan sehingga terbit matahari satu Syawal. Tapi korang boleh je bayar sepanjang bulan Ramadhan ni kalau takut tak sempat nak tunaikan pada waktu wajib. 




Apa itu zakat?

Bila bercakap pasal zakat, korang tahu tak apa itu zakat? Ke korang bayar je sebab wajib dibayar? Zakat adalah mengeluarkan harta yang tertentu dengan kadar dan syarat-syarat yang tertentu dan untuk diagihkan kepada golongan yang tertentu. Dalam erti kata lain, zakat wajib dibayar oleh orang-orang yang memenuhi syarat wajib untuk membayar zakat. Berdosa besar bagi mereka yang mampu tapi dengan sengaja meninggalkan kewajipan membayar zakat.


Jenis-jenis zakat

Zakat Fitrah

Zakat fitrah adalah zakat diri yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan Islam yang memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan. Zakat Fitrah dibayar sepanjang bulan Ramadhan dengan kadar yang tertentu mengikut setiap negeri.


Zakat Pendapatan

Zakat pendapatan adalah zakat yang dibayar sebahagian daripada hasil pendapatan setiap individu dengan syarat-syarat tententu. Hasil pendapatan termasuklah semua jenis upah dan hasil yang diperolehi secara baik tidak kira secara tetap atau tidak.


Zakat Perniagaan

Zakat perniagaan adalah zakat yang wajib dikeluarkan hasil daripada keuntungan urus niaga yang baik. Perniagaan ini tidak kira sama ada pemilikan secara individu, perkongsian sesama Islam mahupun bukan Islam dan sama ada syarikat, koperasi, saham dan sebagainya.


Zakat Wang Simpanan

Menyimpan pun kena bayar zakat tau. Bukan simpan semata-mata. Nilai zakat simpanan mengikut jenis-jenis simpanan seperti simpanan tetap, simpanan biasa, simpanan di dalam satu akaun dan juga beberapa akaun.


Zakat Pelaburan

Zakat Pelaburan adalah zakat yang dibayar hasil daripada pelaburan di dalam syarikat mahupun secara individu. 


Zakat KWSP

Kenapa kena bayar Zakat KWSP jika wang KWSP tidak boleh dikeluarkan? Ini kerana KWSP sama seperti wang simpanan dan ianya dibayar setelah individu mencapai umur tertentu dan dalam kata lain setelah duit KWSP dikeluarkan.


Zakat Emas dan Perak

Emas dan Perak yang dibeli juga wajib dizakatkan apabila barang-barang tersebut mencapai berat dan nilai yang tertentu.


Zakat Takaful

Produk takaful merupakan salah satu bentuk simpanan dan wajib zakat jika memenuhi syarat-syarat wajib. 


Zakat fitrah dan zakat harta sama-sama wajib ditunaikan pada yang berkemampuan. Zakat harta bukan hanya wajib pada yang mempunyai harta berkepuk-kepuk atau yang mempunyai syarikat sahaja. Kalau korang meniaga secara online, keuntungan itu juga wajib dizakatkan jika mencapai syarat yang ditetapkan. Jangan hanya ingat untuk bayar zakat fitrah di bulan Ramadhan sahaja tau.




Dengan membayar zakat kita membersihkan dan menyucikan harta kita. In syaa Allah harta dan rezeki kita akan bertambah. Tak jatuh miskin pada mereka yang menunaikan zakat. Malahan dapat membantu pada golongan yang memerlukan. Layari https://www.zakatselangor.com.my untuk info lebih lanjut.




aisyaismail

Thursday 9 May 2019

THE HEIRS

May 09, 2019 17
THE HEIRS
Assalamualaikum and hye readers.



Drama yang telah disiarkan pada tahun 2013 ini dibintangi oleh Lee Min-ho, Park Shin-hye dan Kim Woo-bin. Ai tak ingat bila ai tengok drama bersiri The Heirs ni, tapi disebabkan Lee Min Ho dah tamat dari menjalani perkhidmatan ketenteraan, ai nak tulis tentang salah satu drama yang dilakonkan oleh beliau.




Sinopsis

The Heirs mengisahkan tentang Kim Tan (Lee Min-ho) yang merupakan salah seorang pewaris kepada perusahaan yang besar, Jeguk Group. Kim Tan dihantar jauh ke Amerika Syarikat oleh abangnya, Kim Won (Choi Jin-hyuk) yang cuba mengawal perniagaan keluarga.


Di Amerika Syarikat, Kim Tan telah bertemu dengan Cha Eun-sang (Park Shin-hye), yang kebetulan pergi ke sana untuk mencari kakaknya. Bermacam-macam perkara yang berlaku di sana, dan akhirnya mereka berpisah dan bertemu semula di Korea.


Apabila kembali semula ke Korea, Kim Tan bertemu semula dengan Eun-sang di sekolah yang sama. Ketegangan mula berlaku apabila Choi Young-do (Kim Woo-bin), iaitu sahabat karib Kim Tan yang kini telah menjadi musuhnya turut sama jatuh cinta kepada Eun-sang. Kim Tan pula terpaksa memilih antara tanggungjawabnya untuk mengejar perniagaan keluarga atau cintanya pada Eun-sang.


Ulasan

Cerita ni tak lari dari cerita cinta yang biasa kita tengok kat televisyen. Seorang lelaki kaya yang jatuh cinta dengan seorang gadis yang miskin. Jurang darjat diorang memang jauh berbeza. Hero boleh dapat apa saja dalam sekelip mata, yang heroin pula nak makan sehari pun susah. Lepas tu ayah hero tak suka heroin. Ai tak suka sangat cerita cinta yang ada tentangan keluarga ni. Hahaha! Tapi masih ramai lagi kan yang suka tengok cerita cinta yang macam ni?




aisyaismail

Tuesday 7 May 2019

SOALAN-SOALAN LAZIM UNTUK PEMBEDAHAN LAPAROSCOPY

May 07, 2019 34
SOALAN-SOALAN LAZIM UNTUK PEMBEDAHAN LAPAROSCOPY
Assalamualaikum and hye readers.



Ingat tak ai pernah cerita ai pernah menjalani pembedahan laparoscopy pada bulan Januari yang lepas? Banyak juga soalan-soalan cepu emas yang ai dapat. Kalau korang ada apa-apa pertanyaan yang korang segan nak tanya, cuba baca ni. Mana tahu persoalan korang ada tersenarai di bawah.


Gambar hasil carian di Google.

Sakit ke pembedahan laparoscopy ni?

Semasa menjalani pembedahan memang tak rasa apa-apa sebab ai dah dibius terlebih dahulu dan ditidurkan. Bila dah bangun tu, mula rasa sakit pada bahagian pembedahan. Jujurnya, teramat sakit tapi hanya untuk beberapa hari sahaja sebelum kesakitan beransur hilang. Selain itu ai turut sakit di bahagian dada, bahu dan tekak. Tapi itu normal kerana tindak balas gas yang dimasukkan untuk mengembungkan perut semasa pembedahan dijalankan.


Berapa lama tempoh masa pembedahan?

Tambah tolak bahagi darab, dalam tiga jam ai berada di dalam bilik pembedahan. Itu tidak termasuk semasa berada di ruang menunggu. Tapi menurut doktor, kalau tiada masalah yang serius, setengah ke satu jam pun sudah mencukupi.


Apakah kesan sampingan selepas pembedahan?

Sudah semestinya rasa letih sangat dan mengantuk. Selain itu korang akan rasa sakit tekak, kembung perut, sakit bahu dan sakit belakang. Tapi itu semua kesan-kesan yang normal ya. Tak perlu risau.


Berapa lamakah masa untuk pulih daripada pembedahan?

Tempoh masa untuk pulih tu bergantung kepada pembedahan itu sendiri dan macam mana korang menjaganya. Harus diingatkan, pembedahan melibatkan luka dalaman dan kita tidak nampak. Jadi, wajib untuk jaga elok-elok. Jangan melasak selepas pembedahan. Berpantang lah macam pantang lepas bersalin.


Macam mana hedak buang air selepas pembedahan?

Dulu, sebelum buat pembedahan, ai pun risau macam mana nak buang air. Dari pengalaman orang lain, ada yang kena pakai tiub dan ada juga yang terpaksa pakai lampin. Tapi Alhamdulillah, ai dapat buang air secara normal di dalam tandas. Tapi sakitnya Tuhan sahaja yang tahu. 


Gambar hasil carian di Google.

Bolehkah bekerja selepas menjalani pembedahan?

Boleh kalau korang dah ok. Kalau ai hari tu, memang cuti sebulan terus. Selepas sebulan pun masih terasa sakit-sakit sedikit. Alhamdulillah semuanya baik-baik sahaja. Amaran keras! Jangan angkat barang-barang berat sehingga benar-benar sembuh.


Makanan apa yang tak boleh dimakan selepas pembedahan?

Elakkan makan makanan laut kerana akan menyebabkan luka korang gatal-gatal. Telur pun elakkan. Mula-mula ai tak tahu tak boleh makan telur, gatal dia Allah sahaja yang tahu. Benda-benda masam juga elakkan dan juga kekacang. Banyakkan minum air masak.


Selamat ke pembedahan laparoskopy?

Alhamdulillah ai selamat menjalani pembedahan. Terima kasih kepada Doktor Nazri di KPJ Selangor.


Berapa lama ditahan di hospital?

Dalam 3 ke 5 hari bergantung kepada masalah yang korang hadapi selepas pembedahan. Yang masuk sehari sahaja pun ada. Bak kata doktor, jangan manjakan sangat sakit tu. Makin dimanjakan makin lambat nak baik. Tapi jangan juga tak pedulikan ya. Takut terkoyak balik luka pembedahan tu.


Ada pendarahan selepas pembedahan?

Ya, ada. Korang kena pakai pad macam masa datang bulan. Tapi darah yang keluar bukan darah haid dan boleh solat. Tapi kalau masa tu korang memang tengah datang bulan, janganlah solat. Boleh bertanya pada doktor jika korang tidak pasti.


Macammana nak cepat baik selepas pembedahan?

Jangan makan makanan yang akan menyebabkan luka korang lambat sembuh dan gatal, makan makanan yang berprotein untuk membaiki tisu-tisu otot dan banyakkan bergerak. Akan tetapi jangan terlalu lasak. Ikan haruan pun bagus untuk cepat bagi luka cepat baik. Ikan haruan buat masak lauk tau, bukan pati ikan haruan. Kalau korang seorang yang merokok, silalah berhenti merokok.


Saja letak gambar throwback.

Entri kali ni dapat membantu korang tak? Ai harap siapa yang takut untuk buat pembedahan tu, tak salah rasa takut tapi korang kena juga beranikan diri untuk lakukan pembedahan. Ini adalah untuk kebaikan jangka masa panjang untuk badan korang.




aisyaismail

Saturday 4 May 2019

WHY FLOWERS FOR MOTHER'S DAY GIFT?

May 04, 2019 7
WHY FLOWERS FOR MOTHER'S DAY GIFT?
Assalamualaikum and hye readers.



For the endless loves your mother gives you ever since, showing gratitude to her is a must. Everyone should appreciate the never-tiring care and unconditional love of their mother and Mother’s Day is a perfect time to show it. Let your mother know how much you care for her and love her for who she is.


And to express your gratitude and appreciation, Little Flower Hut can be your best buddy. There are hundreds of flower selections when it comes to the designs or the arrangements, but florist can help you to choose or create one that you desire for sure.




Flowers are very symbolic and synonymous in expressing gratitude and love. A hand bouquet of flowers will be a very special gift to give to the celebrant, no matter what is the special occasion. Choose the best design that your mother will love and ask the expertise florist if you are not familiar with flowers or not sure which flower arrangement that is suit with the occasion and your mother’s taste.


The Online florist can make you a design of flower bouquet wrapped beautifully in the paper bouquet or a vase and a can. Yes, the flower delivery also has different flower plants in cans or pots in case you want the flowers to last longer. You can then pick one that able to convey your message of love and care in a way that suit your mother’s personality. What is your mother’s taste in flowers?




Baskets and hampers of flowers with sets or packs of her favorite items or stuff are perfect as gift to give on the Mother’s Day, too. If you are looking for a more creative idea than only a bouquet of flowers, you can give your mother a basket or hamper gift instead. And you can still add a complimentary gift of flowers too in the basket gift if you want.


Don’t hesitate to prepare a special gift for her. On this Mother’s Day, your mother deserves the best from you. Show her your truest feeling of love sincerely through the best mother’s day flowers and she will definitely appreciate it.




aisyaismail

Friday 3 May 2019

PENGALAMAN MENGINAP DI BEST WESTERN i-CITY SHAH ALAM DAN MENONTON WAYANG DI TGV IMAX 2D

May 03, 2019 13
PENGALAMAN MENGINAP DI BEST WESTERN i-CITY SHAH ALAM DAN MENONTON WAYANG DI TGV IMAX 2D
Assalamualaikum and hye readers.



Demam Avengers End Game masih berleluasa di seluruh negara. Ramai yang dah tengok dan ramai juga yang belum lagi tengok. Ai tak mahu buat review pasal filem ni sebab risau terjadi spoiler pula. Lagipun mesti dah ramai yang tulis review filem ini. Korang cari je kat twitter ok.


Hari Sabtu yang lepas ai dah tengok Avengers di TGV IMAX 2D di Central i-City. Tiket ai pada pukul 1.30 pagi dan habis pada pukul 4.30 pagi. Jadi kami buat keputusan untuk menginap di Best Western i-City untuk satu malam. Gigih kan nak tengok Advengers punya pasal sampai check in satu malam.


Best Western i-City Shah Alam

Macam biasa lah waktu check in di hotel selalunya pada pukul 2 petang. Ai dan Encik Husband tiba pada pukul 3 lebih. Baik pekerja hotel yang uruskan urusan check in kami. Senyum dan lemah lembut je. Terlupa siapa nama dia. Satu benda yang ai paling suka, masa check in sekejap je, tak sampai 5 minit pun.




Lagi satu perkara yang best di Best Western i-City Shah Alam adalah, internet dalam bilik sangat laju. Tak payah nak guna data internet sendiri. Jadi, kami berehat di dalam bilik sambil tengok hindustan je. Hahaha!


Pukul 5 petang kami keluar untuk ke Central i-City. Yelah, wayang kan pukul 1.30 pagi. Semua kedai dah tutup waktu tu. Dari hotel ke Central i-City, kami hanya berjalan kaki sahaja. Penat sikit lah, tapi kalau naik kereta tak dapat nak menikmati keindahan i-City. Selain jalan kaki dan naik kereta, shuttle juga disediakan dari Best Western ke Central i-City.


Dalam Central i-City lebih kurang macam pusat membeli-belah yang lain. Tapi, besar sangat dan banyak juga pilihan tempat makan yang ada. Kalau korang sejenis yang kurang suka jalan kaki, mungkin korang akan tak larat nak pusing dalam tu.


Apa yang menariknya, setiap kategori kedai ada di tempat yang sama. Contohnya kalau nak pergi farmasi, semua farmasi seperti Watsons, Caring, Himalaya, Guardian dan lain-lain ada sebelah menyebelah. Begitu juga dengan kedai telefon, kedai makan, kedai baju dan macam-macam lagi. Senang kalau nak buat perbandingan harga. Tak payah nak tawaf satu banggunan untuk dapatkan harga yang terbaik.


Oh ya, kalau korang nak makan menu Thai, ada banyak gerai-gerai kecil di Central i-City yang menjual juadah Thai. Antaranya seperti buah mangga Thailand, aiskrim kelapa, tom yam, pulut mangga, kerabu dan macam-macam lagi lah. Reka bentuk nya pun menarik dan unik sikit.


Selepas makan malam di Sepiring, kami berjalan pulang ke hotel semua. Nak balik ke hotel sangat meriah sebab Taman Tema i-City tu dah mula beroperasi. Sangat meriah dengan lampu-lampu. Ai dan Encik Husband pusing-pusing sekejap dan terus pulang ke hotel.




Pukul 12 tengah malam, kami keluar semula ke Central i-City. Cukup lah berehat dalam 3 jam. Kami masih lagi memilih untuk berjalan kaki kerana di Taman Tema i-City masih lagi meriah. 


TGV IMAX

Ini kali pertama ai menonton wayang selain daripada hall yang biasa. Haa nampak tak penangan Advengers? Sanggup beli tiket mahal sikit. Tapi ai rasa berbaloi sebab wayang 3 jam kan. Tak adalah sakit badan sebab kerusi dia sedap.


Apa yang membezakan hall IMAX dengan hall biasa yang lain? Di IMAX, skrin nya lebih besar dari sisi ke sisi dan dari atas ke bawah. Kiranya sebesar-besar dinding depan tu skrinnya. Kerusi pun lebih besar dan penyandar boleh kebelakang sedikit. Tak adalah tegak je tengok wayang tu. Ruang kaki juga lebih luas dan yang paling best, kerusi di bahagian hadapan separas lutut korang je. Tak ada langsung masalah terlindung kepala orang. Maklum lah, ai kan kecil molek orangnya.


Satu perkara yang ai kurang suka adalah, bila skrin terlalu besar dan dengan tontonan 2D, rasa mual pula bila nak fokus pada cerita tersebut. Silap besar lah siapa yang duduk depan-depan tu. Nasib baik tempat duduk ai di bahagian tengah. Tapi kalau sejenis yang memang suka tengok tv dekat-dekat mungkin tak ada masalah macam ni kot.




Tepat tiga jam ai duduk dalam wayang tu. Komen ai, cerita best tapi.... Korang nilai lah sendiri.


Masa nak balik ke hotel, ai mula rasa satu kesilapan besar kami tak bawa kereta ke Central i-City. Taman Tema i-City yang tadinya penuh dengan lampu-lampu dah menjadi gelap gelita. Yelah, dah dekat pukul lima pagi. Seram weyh. Entah macam mana kami berdua beranikan juga jalan kaki. 


Korang jangan ikut macam kitorang ni, kalau apa-apa jadi nanti susah. Gelap-gelap tu kita tak tau siapa tengah tunggu kat dalam tu. Orang luar pun senang je nak masuk dan bersempunyi di celahan pokok. Tak pun haiwan-haiwan batu tu semua hidup dan terkam korang, kan dah susah. Siapa nak tolong? Ok, merepek! 


Sampai di hotel kami berehat sepuas-puanya dan bangun untuk sarapan di The View Cafe di tingkat 5 hotel. Ai syorkan kalau korang tempah bilik di Best Western i-City Shah Alam, ambillah pakej yang sudah siap ada sarapan. Kalau tak termasuk pakej, harga dalam RM40 macam tu untuk satu kepala.


Selesai sarapan, kami bersiap-siap untuk pulang ke rumah dan sambung dengan aktiviti gotong-royong bersama keluarga di rumah. Dah siap semua, terus pengsan tak ingat dunia. 




aisyaismail