March 2020

Sunday 15 March 2020

NAK NAMPAK KURUS DALAM BERFESYEN? CUBA TIPS INI

March 15, 2020 12
NAK NAMPAK KURUS DALAM BERFESYEN? CUBA TIPS INI
Assalamualaikum and hye readers.



Dah jadi suatu kemestian buat kaum Hawa, bila pakai baju je mesti nak nampak kurus. Dah kurus pun masih nak nampak lebih kurus. Rasa tak yakin je nak berfesyen bila tengok cermin, nampak badan berisi. Lebih-lebih lagi untuk gadis-gadis yang tak cukup ketinggian macam ai ni. Bila tengok kawan-kawan, semuanya nampak macam lidi. Tahukah korang, ada cara untuk nampak kurus dalam berfesyen?




Pilih pakaian yang berwarna hitam atau gelap

Tidak kira fesyen apa sekali pun, korang akan nampak kurus bila mengenakan pakaian yang berwarna hitam atau gelap. Tapi janganlah pakai dari atas sampai ke bawah warna hitam pula. Nampak macam berkabung pula nanti. Kalau dah bosan dengan warna hitam, korang boleh juga nampak kurus dengan warna-warna seperti biru gelap, merah gelap, hijau gelap atau apa-apa sahaja warna yang gelap. Senang cerita, warna gelap memang akan menampakkan korang kurus.


Pilih corak pakaian berjalur ke bawah

Corak jalur ke bawah dapat memberikan efek kurus pada si pemakai. Tidak kira korang besar atau kecil, korang sarung je pakaian berjalur ke bawah, terus nampak badan tu kecik sikit. Kalau korang tak percaya, cuba korang pakai pakaian berjalur tegak dan melintang. Korang akan nampak satu memberi efek kurus dan satu lagi memberi efek besar.


Pakai pakaian yang longgar

Pakaian yang mengikut bentuk tubuh bukan lah pilihan yang tepat untuk kelihatan kurus. Mana taknya, sekali korang sarung, berketul-ketul lemak yang sepatutnya tersembunyi munculkan diri. Pilih lah pakaian yang longgar. Selain nampak kurus, korang juga dah memilih untuk menyorokkan aurat korang. Hehehe! Bila ai cakap longgar, jangan pula korang pakai pakaian yang bukan saiz korang tau. Cukup lah tak ketat sahaja. Pastikan bahu baju ngan dengan bahu korang ya.


Jauhi pakaian yang kembang dan beropol

Sekarang tengah 'in' pakaian yang kembang dan beropol di kalangan mereka yang gemar berfesyen. Terutama sekali pada pakaian pengantin. Namun, tak semua orang sesuai dengan fesyen ini. Apatah lagi korang yang tubuh agak berisi. Masih boleh untuk digayakan, tapi untuk menampakkan korang kurus dalam gaya ini, bukan mudah.


Saiz corak juga memainkan peranan untuk menampakkan efek kurus sebenarnya. Tapi ai tak masukkan dalam senarai di atas sebab badan ai tak memberi kesan yang tetap pada corak pakaian. Hahaha! Kadang corak kecil ai nampak kurus dan kadang corak itu juga yang menampakkan ai besar.


Dah ada idea ke nak pakai baju apa untuk ke tempat kerja esok dan nampak kurus? Ai harap tips di atas sedikit sebanyak dapat membantu korang dalam membuat keputusan. Kalau nak nampak kurus yang berpanjangan. Korang jaga lah makan dan senaman yang sihat. Orang kurus ni selalunya pakai apa pun cantik. Haihhh bila lah ai nak kurus kering macam dulu-dulu ya?




aisyaismail

Thursday 12 March 2020

KEMPEN KESIHATAN MENTAL SEMPENA HARI WANITA SEDUNIA - SOFEAROSE

March 12, 2020 12
KEMPEN KESIHATAN MENTAL SEMPENA HARI WANITA SEDUNIA - SOFEAROSE
Assalamualaikum and hye readers.



Pada hari Sabtu yang lepas, ai telah menyertai kempen Kesihatan Mental Wanita bersempena Hari Wanita Sedunia. Kempen ini telah dianjurkan oleh jenama hijab terkenal, SofeaRose. Ini bukan kali pertama SofeaRose menunjukkan keperihatinan mereka terhadap isu yang berkaitan dengan wanita.


Terdahulu, SofeaRose pernah menjalinkan kerjasama bersama Majlis Kanser Negara, MAKNA dalam menjayakan Pinktober Day sempena Hari Kanser Sedunia yang disambut secara global.


Kempen Kesihatan Mental Wanita ini telah diadakan di butik SofeaRose, Central i-City, Shah Alam. Apa yang menariknya, kempen yang diadakan ini berkonsepkan sangat santai. Tak ada susunan kerusi, hanya duduk di atas bean bag dan ada yang hanya bersila di atas karpet sahaja.




SofeaRose tampil dengan membawa tajuk Kesihatan Mental : Dari Perspektif Islam dan Kesihatan. Seperti yang kita tahu, dan ada yang baru tahu, peratusan penyakit mental di dunia ini berada di tahap yang semakin membimbangkan. 1 daripada 3 penduduk di Malaysia ada menghidapi penyakit mental seawal usia 16 tahun. Di antara kita, siapa yang menghidapi penyakit mental? Fikirkan.


Jika dahulu penyakit mental sering dikaitkan dengan keturunan, pada masa kini penyakit mental lebih kepada persekitaran. Pergaulan, viral, kecaman malah media sosial juga adalah penyumbang kepada masalah mental masa kini.


Forum Mini Kesihatan Mental : Dari Perspektif Islam dan Kesihatan dibarisi oleh panel jemputan, Pendakwah Selebriti, Ustaz Don Daniyal Don Biyajid serta Pegawai Perubatan, Dr. Husna Zahry yang mengupas isu penyakit mental dari perspektif Islam dan perubatan. Forum ini juga dimeriahkan oleh moderator hebat dan cantik, Syafinaz Yunus.


Selepas tamat forum yang sangat bermanfaat itu, macam biasalah mesti ada sesi bergambar. Ai juga tak lepaskan peluang untuk membeli belah koleksi cantik SofeaRose. Tahun ini adalah tahun keenam jenama SofeaRose dan mereka telahpun membuka cawangan terbaru mereka di Central i-City Shah Alam dan juga di Kota Bahru.




Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan koleksi hari raya terbaru dari SofeaRose tau. Pasti menambahkan keserian korang di pagi raya. Koleksi raya SofeaRose cantik-cantik dan korang boleh tengok di ig @sofearose_hq atau layari laman web https://www.sofearose.com.




aisyaismail

Thursday 5 March 2020

THE DUDE IN ME - FILEM KOREA

March 05, 2020 12
THE DUDE IN ME - FILEM KOREA
Assalamualaikum and hye readers.



Korang percaya tak yang roh boleh tertukar badan? Kalau dalam dunia realiti memang tak logik lah. Tapi kalau dalam drama atau filem, apa pun tak mustahil macam komik juga kerana hanyalah rekaan semata-mata. Filem fantasi komedi ini ditayangkan pada awal tahun 2019. Filem yang dilakonkan oleh Park Sung-woong, Ra Mi-ran dan Jun Ji-young ini juga menjadi box office di Korea Selatan. 


Gambar hasil carian di google.com.

Sinopsis

The Dude In Me mengisahkan tentang Jang Pan-soo (Park Sung-woong), seorang bos kongsi gelap yang sentiasa serius dan garang dalam apa jua yang dilakukan. Beliau mempunyai seorang isteri di mana isterinya itu adalah anak kepada ketua kongsi gelapnya. Namun Pan-soo tidak pernah bahagia dengan isterinya walaupun mereka hidup dengan penuh kesenangan.


Suatu hari, seorang pelajar sekolah yang berbadan gempal, Kim Dong-hyun (Jung Jin-young) yang selalu dibuli di sekolah tergelincir dari atas bumbung banggunan kerana ingin membantu mendapatkan semula kasut Oh Hyun-jung (Lee Soo-min) daripada pembuli-pembuli yang membuli mereka. Malang buat Pan-soo kerana Dong-hyun telah terjatuh ke atasnya dan mereka berdua cedera parah.


Semasa Pan-soo sedarkan diri di hospital, dia mendapati dirinya berada di dalam badan Dong-hyun. Pan-soo terpaksa berlakon menjadi Dong-hyun. Peristiwa ini mempertemukan semula Pan-soo dengan kekasih lamanya, Oh Mi-sun (Ra Mi-ran) yang juga merupakan ibu kepada Hyun-jung. Dalam masa yang sama, Pan-soo berusaha menurunkan berat badan Dong-hyun yang akhirnya menjadi pelajar yang popular dan digilai pelajar perempuan di sekolahnya.


Ulasan

Menarik filem ni dan tak bosan. Memang layak lah box office di Korea Selatan. Filem ini bukan menfokuskan pada percintaan. Dia lebih kepada kekeluargaan dan gangsterism. Walaupun pelakon-pelakon filem ni ai tak kenal, tapi ai boleh layan sampai habis. Plot twist dia pun ai boleh agak, tapi sebab ceritanya menarik, jadi tak bosan.





aisyaismail

Tuesday 3 March 2020

NAK BIBIR MERAH TAPI MALAS PAKAI GINCU

March 03, 2020 9
NAK BIBIR MERAH TAPI MALAS PAKAI GINCU
Assalamualaikum and hye readers.



Memiliki bibir yang merah bak delima adalah idaman semua orang. Lebih-lebih lagi bila bergelar seorang perempuan. Mana boleh tahan bila tengok bibir lelaki zaman sekarang ni lebih merah mengalahkan perempuan. Tapi malas betul nak pakai gincu setiap masa. Apatah lagi bila gincu juga adalah salah satu penyebab warna bibir menjadi gelap. Apa nak buat ni?




Jangan lupa scrub bibir

Mudah sahaja untuk scrub bibir. Kalau korang tak nak beli dan mahu berjimat, buat je sendiri. Bahan-bahan yang digunakan pun tak susah nak dapat seperti gula, madu, minyak zaitun dan minyak kelapa. Cuba korang jenguk kat dapur, mana tau dah ada. Silap hari bulan dah tarikh luput pun sebab korang tak perasan ada dalam kabinet dapur. Scrub bibir bagus untuk membuang kulit mati di bibir korang. Cuma 1 atau 2 kali seminggu. Mudahkan? Tapi kenapa ramai yang malas untuk scrub bibir ya? Termasuk lah ai!


Butter bukan hanya untuk di dapur

Nak memasak ke nak merawat bibir ni? Jangan terkejut kerana butter elok jika korang mempunyai masalah bibir.  Salah satu faktor bibir gelap adalah bibir yang kering. Jadi, korang sapulah butter di bibir sekerap yang mungkin dalam 20 minit kemudian cuci dengan air bersih.


Madu untuk melembapkan bibir

Terdapat banyak vitamin dan mineral di dalam madu. Dengan sapuan madu pada bibir korang boleh membuang kulit mati penyebab bibir menjadi gelap. Madu juga dapat melembabkan bibir. Cuba sapukan 20 minit sebelum tidur, lepas tu bilas dengan air bersih. Buat secara konsisten.  Dalam beberapa minggu korang akan nampak hasilnya.




Aloe vera banyak khasiatnya

Banyak betul kegunaan aloe vera ni dalam mencantikkan diri. Dari rambut sehingga ke kaki ada sahaja yang aloe vera dapat membantu. Sapu aloe vera di bibir selama 15 minit sekerap yang mungkin. Lepas tu jangan lupa cuci dengan air bersih. Korang akan nampak hasilnya. Selain aloe vera, timun juga bagus untuk digunakan.


Sapukan SUTERA Lip Serum dari Jamu Tun Teja

Ini paling senang. Tak payah nak cari bahan-bahan. Order, sampai terus depan rumah. Sapukan di bibir korang. Semudah ABC. Setiap kali sebelum korang pakai gincu, korang sapu dulu lip serum untuk perlindungan bibir korang. Lepas pakai gincu pun korang boleh sapu lip serum untuk nampakkan bibir berkilat. Seksi gitu! Kalau taknak pakai gincu pun ok je, korang sapu je bila-bila masa yang korang suka. Dan jangan lupa, untuk rawatan malam, sebelum tidur korang sapukan lip serum di bibir. Biarkan semalaman. Pakai dengan kerap dan konsisten, bibir korang akan jadi sihat.




Nak tahu lebih lanjut? Nak beli? Korang boleh terus hubungi Cik Eliza di instagram @einjascat atau facebook Eliza Elias. Ramah dan cantik orangnya. Sejuk hati nak bertanya lebih mengenai produk. Jamu Tun Teja bukan sahaja ada lip serum yang best ni, macam-macam produk best lain ada juga. Korang cari je Cik Eliza untuk pertanyaan lebih lanjut ok.


Selain dari 5 tips di atas, korang elakkan lah hisap rokok dan pengambilan alkohol yang menjadi salah satu punca bibir menjadi gelap. Kalau korang suka pakai gincu pun kalau boleh kurangkanlah. Banyakkan makan buah-buahan dan minum air kosong. Bukan setakat bibir sahaja sihat, badan juga bertambah sihat.




aisyaismail