Aisya Ismail
Aisya Ismail
  • Tentang
    • Writer
    • Privacy Policy
    • Disclaimer
  • Fesyen
    • Aksesori
    • Hijab
    • Outfit
    • Popular
    • Tip Fesyen
  • Kecantikan
  • Gaya Hidup
    • Drama dan filem
    • Info & Ilmu
    • Jalan-jalan
    • Kreatif
    • Makan Sedap
    • Random
    • Resipi
  • Sorotan
    • Info Terkini
    • Kempen
    • Kolaborasi
    • Pilihan Editor
  • Hubungi

Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul | Sudah lebih seminggu kejadian banjir yang melanda negeri Selangor, namun masih hangat diperkatakan. Ai sangat bersimpati kepada semua mangsa-mangsa banjir. Untuk yang kehilangan ahli keluarga di dalam bencana alam ini, takziah Ai ucapkan. Semoga korang semua terus tabah untuk menghadapi dugaan. Aaamiin.


https://www.aisyaismail.com/2021/12/banjir-2021.html



Semasa kejadian Ai tiada di rumah. Ai dan Coco menghadiri majlis pernikahan adik lelaki Ai di Negeri Sembilan. Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar walaupun hujan turun dengan lebat sebelum majlis. 



Selepas majlis hujan dah mula turun semula. Kami singgah di rumah saudara di Kuala Pilah terlebih dahulu. Dah lama tak ke sana. Sampai di Kuala Pilah, Ai tak cakap banyak terus tidur sebab kepala Ai dah pusing dengan jalan yang bengkang-bengkok. Ai tersedar bila Ai terdengar kecoh-kecoh. Rupanya kakak Ai nak balik dulu kerana rumahnya di Selangor dah dinaiki air. 



Bila buka group di Whatsaap, rumah mak mertua di Selangor juga hujan lebat tak henti-henti. Air longkang besar berhampiran rumah dah mulai naik. Ai dan Coco ok lagi. Biasalah hujan lebat dan air longkang tu naik. Tapi selama Ai duduk situ tak pernah lagi melimpah.



Petang tu, sepanjang perjalanan nak pulang ke Melaka hujan tak berhenti. Sekejap lebat sekejap renyai. Alhamdulillah kami selamat sampai tanpa masalah. Tapi bila tengok group Whatsapp, keluarga mertua dan jiran-jiran dah mula kongsikan gambar-gambar air dah mula naik di kawasan sekitar. Allah..


https://www.aisyaismail.com/2021/12/banjir-2021.html



Risau.. memang risau. Lebih-lebih lagi elektrik dah mula ditutup di kawasan taman perumahan. Kalau kami balik masa itu juga, tak tahulah bila kami akan sampai dari Melaka ke Selangor. Jadi kami sabar. Lagipun hari Selasa nanti dah janji nak bawa baba pergi temujanji di hospital. Nasib baik ada adik ipar kat rumah mertua. 



Keesokkan harinya, air makin naik. Tapi Alhamdulillah setakat betul-betul depan pintu rumah sahaja. 2 rumah jiran di sebelah air dah masuk melalui dapur. Rumah kami yang ketiga. Air tak sempat nak naik masuk ke dalam rumah, banjir dah surut. Alhamdulillah. Nasib baik juga air banjir di kawasan kami tidak berlumpur. Alhamdulillah.



Bekalan elektrik terputus selama 2 malam. Orang yang paling risau mestilah Coco sebab dia jauh daripada rumah. Ai boleh nampak dia tak happy. Bila banjir dah surut dan elektrik dah mula ada kembali, barulah dia boleh menarik nafas lega.


https://www.aisyaismail.com/2021/12/banjir-2021.html



Tapi, banjir di rumah kakak Ai air naik sehingga hampir paras pinggang. Sedih sangat sebab anak kecil-kecil kan. Bila air banjir dah surut, rumah dah macam tongkang pecah. Frizer yang baru dibeli beberapa bulan lepas pun terbalik. 



Memang ramai lagi mangsa banjir yang lebih teruk daripada itu. Yang air naik sampai ke bumbung pun ada. Ai sangat-sangat bersimpati. Tapi apa-apa hal, kita akan lebih terasa sedih pada ahli keluarga yang terkesan. 



Pada hari Rabu, kami pulang ke Selangor. Sebelum tu kami singgah di rumah kakak Ai terlebih dahulu. Sedih sangat tengok keadaan rumah mereka. Banyak perabot dan barangan yang rosak dan tidak boleh digunakan lagi di luar rumah. Dengan motor yang baru keluar bengkel lagi. Sedih. 


https://www.aisyaismail.com/2021/12/banjir-2021.html



Itu kisah Ai yang tiada di Selangor ketika banjir berlaku. Banyak kisah-kisah yang lebih menyayat hati yang Ai dengar. Baik daripada orang-orang yang Ai kenal mahupun melalui sosial media. Semuanya ada kisah masing-masing. Belum lagi yang kehilangan orang yang tersayang. Tabahnya korang. Berat mata yang memandang, berat lagi bahu yang memikulnya.



Dari satu sudut yang positif, Ai kagum melihat rakyat Malaysia yang saling bantu-membantu. Sama-sama bekerjasama melakukan aktiviti pembersihan, kutipan derma, sokongan moral dan yang bergadai nyawa untuk operasi menyelamatkan mangsa banjir. 



Dari satu sudut yang lainnya, Ai kecewa ada juga yang nak mengambil kesempatan di dalam keadaan banjir yang sedang melanda. Budaya perli-memerli dan memburuk-burukkan sesetengah pihak walaupun tidak berada di tempat kejadian masih tinggi ya. Seram Ai baca sosial media menghentam pihak itu dan ini macam tahu situasi dari A sampai Z. Biarlah mereka di tempat kejadian sahaja yang bersuara. Tak perlu lah kita nak menokok tambah.



Ai berharap, tiada lagi bencana alam yang meragut nyawa dan harta benda di Malaysia ini. Malah di dunia sekali pun. Aamiin! Jika bencana alam ini adalah balasan dosa-dosa kita di dunia, harap kita belajar sesuatu daripadanya. In syaa Allah.





aisyaismail

Mudahnya tunaikan zakat dengan online perbankan Ambank | Masa zaman sekolah dulu, Ai ada belajar tentang zakat yang wajib dibayar. Akan tetapi, apabila masuk ke alam pekerjaan Ai mula terfikir, kenapa kena bayar zakat? Yelaa, manusia ni bila kena keluarkan duit sendiri baru nak fikir kenapa, nak buat apa, perlu ke?



https://www.aisyaismail.com/2021/12/mudahnya-tunaikan-zakat-dengan-online-perbankan-ambank.html



Ya, perlu! Bukan hanya perlu tapi wajib ya adik-adik, kakak-kakak, abang-abang, mak cik dan pak cik. Wajib kepada umat Islam yang cukup umur dan berkemampuan. Kalau korang belum cukup umur, tak payah lah nak bayar walaupun mampu. Dan kalau korang tidak berkemampuan, tak payah lah nak pening kepala fikir macam mana nak menunaikan zakat. Cari duit untuk makan pakai korang dulu.



Mudahnya tunaikan zakat dengan online perbankan Ambank


Nak bayar zakat sekarang dah mudah sangat. Tak perlu nak keluar beratur di kaunter macam dulu-dulu. Segalanya di hujung jari. Bayar je secara online. Online perbankan pun sangat lah mudah. Macam-macam bank korang boleh gunakan untuk membayar secara online. Pilih je!



Entri kali ini Ai nak fokuskan betapa mudahnya tunaikan zakat dengan online perbankan Ambank.


https://www.aisyaismail.com/2021/12/mudahnya-tunaikan-zakat-dengan-online-perbankan-ambank.html

https://www.aisyaismail.com/2021/12/mudahnya-tunaikan-zakat-dengan-online-perbankan-ambank.html



Pembayaran melalui online perbankan Ambank terbuka kepada semua pembayar-pembayar zakat. Perkara pertama yang korang perlu buat adalah, korang kena ada akaun simpanan atau akaun semasa dengan Ambank. Dan korang juga perlu pastikan korang kena ada online perbankan Ambank.



Tunaikan dengan lebih mudah dan pantas melalui online banking Ambank. Dan yang paling penting korang boleh bayar pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja. Tak perlu tunggu kaunter zakat dibuka ok.


https://www.aisyaismail.com/2021/12/mudahnya-tunaikan-zakat-dengan-online-perbankan-ambank.html



Jom Tunai Zakat 'Menang & Kongsi'


Dah tunaikan zakat? Ok, ada berita baik. Korang mesti suka kerana korang boleh memenangi hadiah yang menarik dan kongsi hadiah korang dengan asnaf-asnaf yang terpilih. Menarik kan? Jom Tunai Zakat 'Menang & Kongsi' akan berakhir pada 31 Disember 2021. Yang belum tunaikan zakat, lakukan sekarang.


https://www.aisyaismail.com/2021/12/mudahnya-tunaikan-zakat-dengan-online-perbankan-ambank.html

https://www.aisyaismail.com/2021/12/mudahnya-tunaikan-zakat-dengan-online-perbankan-ambank.html



Jom Tunai Zakat 'Menang & Kongsi' terbuka kepada semua orang yang telah membuat bayaran zakat harta di mana-mana saluran bayaran yang telah disediakan oleh LZS. Untuk info lebih lanjut korang klik je link di bawah ni.


https://my2point5.zakatselangor.com.my/



Ai suka ulang quote ni, tak akan jatuh miskin orang yang menunaikan zakat.


https://www.aisyaismail.com/2021/12/mudahnya-tunaikan-zakat-dengan-online-perbankan-ambank.html



Website :
https://www.zakatselangor.com.my/

Tunai zakat anda di :
https://fpx.zakatselangor.com.my/

Facebook : Zakat Selangor | Instagram : Zakat Selangor

Telefon :
1 300 88 4343




aisyaismail

Entri kali ni Ai nak cerita pasal staycation 2 hari 1 malam di Cyberview Resort & Spa bersama Coco selepas dibebaskan daripada PKP. 

Staycation ni sempena ulangtahun perkahwinan kami yang ke 5. Hehehe! Asyik tengok kawan-kawan je pergi bercuti sakan, nak juga walaupun percutian kami hanya satu hari sahaja.

https://www.aisyaismail.com/2021/12/staycation-2-hari-1-malam-di-cyberview-resort-spa.html

Staycation kali ni memang kami berdua nak cari tempat yang tenang-tenang. Kalau boleh nak habiskan masa kat dalam hotel je. 

Masih tak rasa selamat lagi nak ke tempat-tempat viral dan bersesak dengan orang ramai. Hotel pun kami cari yang dekat-dekat sebab satu malam je kan, buat penat badan je kalau pergi jauh-jauh.

Banyak juga hotel yang kami pilih dan ada juga yang banyak ulasan yang tidak baik di Google. Ada yang kami suka, ulasan di Google juga ok. Tapi dah penuh untuk tarikh yang kami nak. 

Itu namanya tak ada rezeki kan. Akhirnya kami dipertemukan dengan Cyberview Resort & Spa di Cyberjaya. 

Untuk Cyberview Resort & Spa ni Ai yang nak sangat pergi sebab banyak pokok! Hahaha! 

Kalau korang follow Ai di Instagram, korang mesti tahu Ai suka sangat pergi tempat-tempat yang banyak pokok. 

Harga yang kami dapat pun jauh lebih murah daripada harga biasa. Kalau nak pergi tanpa promosi, memang tidak lah kot.

https://www.aisyaismail.com/2021/12/staycation-2-hari-1-malam-di-cyberview-resort-spa.html

Kolam renang di Cyberview Resort & Spa juga menarik. Macam tasik. Tapi Coco tak suka sangat. Dia kata macam kolam ikan! Hahaha! 

Sebab warna kolam renang tu coklat bukannya biru atau hijau macam kebiasaan warna hotel-hotel lain gunakan. Tapi dia ok je sebab hotel yang dia nak tak ada kekosongan untuk tarikh yang kami pilih.

Jalan-jalan di Cyberjaya

Walaupun Cyberjaya dengan rumah kami tak jauh, tapi pagi-pagi kami dah keluar. Destinasi pertama kami adalah Taman Tasik Cyberjaya. 

Nampak tak, pergi berjalan pun tetap nak pergi taman tasik. Kalau boleh semua taman tasik yang ada kat Malaysia ni Ai nak pergi. 

Taman Tasik Cyberjaya ni cantik. Ada banyak aktiviti yang boleh dilakukan. Nanti Ai buat entri khas untuk Taman Tasik Cyberjaya ni. Korang baca tau. Mesti korang jatuh cinta juga. 

https://www.aisyaismail.com/2021/12/staycation-2-hari-1-malam-di-cyberview-resort-spa.html

Dah penat berjalan di taman tasik, Ai dan Coco menuju ke Dpulze Shopping Mall untuk sejukkan badan. Singgah untuk beli kudap-kudap je. Lepas tu kami cari tempat makan pula. 

Sebennarnya banyak tempat makan di dalam Dpulze Shopping Mall, tapi kami nak makan di luar. Kami memilih untuk makan di Salam Noodle, Cyberjaya. 

Sumpah sedap! Tapi... haa ada tapi tau. Kalau korang terlalu lapar, carilah tempat lain untuk makan. Atau bawa kudapan siap-siap. 

Masa kami pergi, tak ramai pun orang di Salam Noodle. Tapi lepas order makanan selepas lebih setengah jam baru dapat makanan kami. 

Nasib baik rasa makanan dia A+, sejuk hati Ai. Terus terlupa makanan tu sampai lambat. Portion pun banyak. Untuk Ai, siap boleh tapau bawa ke hotel. 

Ai sarankan korang amik Dim Sum Daging. Sedap weyh! Ai yang tak minat makan dim sum pun boleh makan separuh pinggan. Selepas makan, kami terus menuju ke Cyberview Resort & Spa.

https://www.aisyaismail.com/2021/12/staycation-2-hari-1-malam-di-cyberview-resort-spa.html

Staycation 2 hari 1 malam di Cyberview Resort & Spa

Di Cyberview Resort & Spa, masa untuk check in adalah pada pukul 3 petang dan check out pada pukul 12 tengahari. Tapi ramai je yang Ai tengok dah check in awal. 

Lepas selesai check in, kami pergi ke bilik yang diberi. Siap dapat peta ya, sebab kawsan tu besar sangat. Takut sesat! 

Korang boleh bawa kereta dan letak kereta di sebelah bilik. Tak perlu susah-susah nak angkat barang jalan kaki. Melecet kaki korang nak naik turun bukit.

Bilik di Cyberview Resort & Spa sangat memuaskan hati Ai. Bilik besar dan ada tub mandi. 

Setiap bilik ada balkoni. Tapi balkoni yang Ai dapat menghadap belakang bar. Spoil sikit! Kalau tak, luas pemandangan Ai kat situ. 

Nasib baik dapat bilik di tingkat 2, kalau tingkat 1 lagi tak nampak apa-apa. Dan nasib baik juga bilik Ai tepi sekali. Boleh tengok pemandangan di sebelah kanan. Nampak lah kehijauan. 

Untuk yang muslim, dalam bilik ada disediakan sejadah dan arah kiblat. Telekung bawa sendiri ya.

https://www.aisyaismail.com/2021/12/staycation-2-hari-1-malam-di-cyberview-resort-spa.html

https://www.aisyaismail.com/2021/12/staycation-2-hari-1-malam-di-cyberview-resort-spa.html

https://www.aisyaismail.com/2021/12/staycation-2-hari-1-malam-di-cyberview-resort-spa.html

https://www.aisyaismail.com/2021/12/staycation-2-hari-1-malam-di-cyberview-resort-spa.html

Petang tu Ai dan Coco keluar untuk mandi kolam ikan. Hahah! Tapi sebelum mandi, kami jalan-jalan melawat kawasan dulu. Habis satu resort kami tawaf. 

Bila lagi kan nak tengok-tengok keadaan kat dalam tu. Ini lah masa dia. Cantik! Tapi macam Ai cakap tadi, ada bahagian yang ditutup. Dan ada kawasan yang tak terjaga sangat. 

Ai faham, baru lepas PKP kan. Baru nak hidupkan semula resort tu. Sebab tu harga pun murah. Huhuhu!

Dah puas berjalan, tiba lah masanya kami nak masuk ke dalam kolam ikan. Hahaha! 

Di Cyberview Resort & Spa ada 3 buah kolam. 2 kolam kanak-kanak dan 1 kolam dewasa. Tapi kolam kanak-kanak yang bersebelahan dengan kolam renang dewasa ditutup untuk dibaik pulih. 

Jadi, ramailah di dalam kolam renang dewasa. Kolam renang kanak-kanak lagi satu ada di bahagian atas.

https://www.aisyaismail.com/2021/12/staycation-2-hari-1-malam-di-cyberview-resort-spa.html

Sebelum masuk dalam kolam renang, Ai rasa macam tak best tengok air tu. Bila dah masuk dalam tu, memang terasa macam betul-betul mandi dalam kolam ikan. 

Air kolam rasa berminyak. Ai tak berani nak rendam kepala dalam air. Lantai pun tak best. Batu-batu kecil tu terasa tajam-tajam. Sakit kaki nak berjalan.

Sekejap je kami dah naik balik ke bilik. Dah macam ikan dah dalam tu. Mungkin sebab pengubahsuaian yang belum selesai itu.

Makan malam korang ada pilihan untuk makan di restoran yang ada di dalam resort atau tempah untuk dihantar ke dalam bilik. 

Kalau macam kami, kami pilih untuk makan di luar dari resort. Banyak je pilihan kedai makan di kawasan yang berhampiran. Tak susah nak makan. Yang penting jauh lebih murah.

Kami bercadang nak makan burger sahaja di myBurgerLab. Tapi, kami tak jumpa myBurgeLab. Sama ada dah tak ada, tutup atau hijab kami yang dah tertutup untuk nampak kedai tu. 

Akhirnya kami pergi ke Burger & Taco di Tamarind Square. Kedai Burger & Taco kecil je tapi ramai orang. Kami tapau dan makan di Putrajaya. 

Ai tak tahu tempat kami pergi, tapi di bawah jambatan. Cantik pemandangan dari situ. Tapi tak ramai orang. Tempat letak kereta pun gelap. 

https://www.aisyaismail.com/2021/12/staycation-2-hari-1-malam-di-cyberview-resort-spa.html

Esoknya, kami sarapan pagi di dalam resort sahaja. Bufet sarapan pagi  untuk 2 orang dah termasuk di dalam pakej bilik. 

Lepas sarapan, kami pergi semula ke kolam renang untuk tangkap gambar. Lepas tu terus balik ke bilik dan sambung tidur. 

Kalau kolam mandi seronok, mesti kami habiskan masa berendam pagi-pagi. Tak pe lah, tidur pun best juga.

Tepat pada pukul 12 tengahari, kami check out. Proses check out senang je, serahkan kad sahaja. Tak perlu lama-lama di kaunter seperti check in. 

Selesai check out kami menuju ke Tamarind Square. Ai habiskan masa hampir 3 jam di Bookexcess sahaja. Bengang Coco. Hahaha! 

Seronok tau. Macam-macam buku ada. Tapi panas sebab tak ada aircond. Dua-dua tempat ini sangat recommended dari Ai. Tapi nanti lah Ai ceritakan tentang Tamarind Square dan Bookexcess di dalam entri yang berlainan. Panjang nak cerita di dalam satu entri. 

https://www.aisyaismail.com/2021/12/staycation-2-hari-1-malam-di-cyberview-resort-spa.html

Sebelum balik, Ai dan Coco makan dahulu di Tiger and Prawn, Tamarind Square. Pada Ai sedap tapi agak mahal untuk makan selalu. Sebagai rakyat marhaen, nak makan sesekali itu boleh lah. Selesai makan-makan, kami pulang ke pangkal jalan dan sambung tidur lagi.

 Assalamualaikum and hye readers.




Tips bagaimana nak menjaga mata anak tanpa tinggalkan penggunaan gajet - Dr Mohd Hafidz Ithnin | Zaman sekarang ni susah betul nak membendung penggunaan gajet di kalangan kanak-kanak. Tapi tidak boleh 100% menyalahkan ibu bapa yang memberi gajet kepada anak-anak juga. Bukan semua ibu bapa malas nak melayan anak-anak. Tapi kita sedia maklum, zaman sekarang memang zaman di mana-mana sahaja menggunakan gajet.


https://www.aisyaismail.com/2021/12/tips-bagaimana-nak-menjaga-mata-anak-tanpa-tinggalkan-gajet.html



Ada ibu bapa yang bersungguh-sungguh mengajar anak-anak tanpa penggunaan gajet. Tapi bila bertemu saudara-mara, kawan-kawan atau jiran-jiran secara tak langsung mereka akan terdedah dengan gajet juga bila ada di antara rakan sepermainannya itu bermain dengan gajet. Sistem pembelajaran sekarang juga banyak menggunakan gajet.



Bila anak-anak dah setiap hari bersama gajet, mesti akan mula rasa risau akan menjejaskan masalah mata anak-anak. Dr Mohd Hafidz Ithnin, pakar mata di Optom Eyecare Bangi dan pensyarah UIAM ada berkongsikan cara menjaga mata anak-anak tanpa meninggalkan gajet di dalam seminarnya yang bertajuk "Bagaimana Nak Menjaga Mata Anak Tanpa Tinggalkan Penggunaan Gajet" pada 1 Disember 2021 yang lepas.


https://www.aisyaismail.com/2021/12/tips-bagaimana-nak-menjaga-mata-anak-tanpa-tinggalkan-gajet.html



Kesan penggunaan gajet pada mata kanak-kanak


Peningkatan power spek mata

Daripada manusia lahir ke dunia ini, mata manusia memerlukan perkembangan dari semasa ke semasa. Jika perkembangan tidak berlaku dan mata asyik terlalu fokus kepada gajet, mata akan cepat bermasalah. Masalah mata menyebabkan kanak-kanak terpaksa memakai cermin mata. 


Makin lama power spek mata akan bertambah. Dan semakin anak-anak membesar, kanta cermin mata akan bertambah tebal. Jika tidak dibendung masalah mata ini, boleh mengakibatkan saraf belakang mata rosak dan koyak. Jika sampai terkoyak, boleh mengakibatkan buta.


https://www.aisyaismail.com/2021/12/tips-bagaimana-nak-menjaga-mata-anak-tanpa-tinggalkan-gajet.html



Otot fokus mata tidak stabil

Kanta mata berfungsi untuk fokus pada sesuatu yang kita lihat. Bila terlalu fokus, mata akan cepat letih dan penglihatan akan mula pudar. Jika sudah tidak terkawal, perlukan masa yang lebih panjang untuk menjadi normal semula.


Mata cepat penat dan masalah juling

Apabila fokus terhadap gajet terlalu lama, mata akan kurang bekerlip dan menjadi punca kepada mata cepat kering dan penat. Kerlipan mata amat penting untuk menghasilkan air mata yang melembabkan mata. Bila anak-anak menggosok mata yang kering boleh menyebabkan power semakin meningkat. Keletihan mata kerana terlalu fokus terhadap gajet itu juga adalah punca kepada masalah juling.


Susah nak tidur / imsomnia

Cahaya biru yang banyak dihasilkan oleh gajet bahaya kerana boleh menyebabkan kesukaran untuk tidur di waktu malam. Malah bilik tidur juga tidak disarankan untuk menggunakan lampu LED yang bewarna biru.


https://www.aisyaismail.com/2021/12/tips-bagaimana-nak-menjaga-mata-anak-tanpa-tinggalkan-gajet.html



Tips bagaimana nak menjaga mata anak tanpa tinggalkan penggunaan gajet - Dr Mohd Hafidz Ithnin


Berehat sebentar

Kita tak boleh nak elak untuk anak bermain gajet selama berjam-jam. Tak semua anak-anak nak mendengar kata. Boleh bermain gajet setiap hari, tapi pastikan dengan kawalan. Apa yang kita boleh lakukan, berehat sebentar daripada bermain gajet setiap satu jam. 


Alihkan pandangan mata kepada sesuatu yang lebih segar seperti melihat pemandangan di luar rumah. Paling bagus untuk tengok tumbuh-tumbuhan hijau. Elakkan melihat tv semasa sesi rehat tersebut. Boleh set alarm untuk tidak terlepas tempoh masa satu jam itu.


Galakkan aktiviti di luar rumah

Fokus terhadap gajet terlalu lama boleh mengakibatkan juling dan power mata menjadi tinggi. Semakin lama semakin ramai kanak-kanak yang yang menghidapi masalah mata. Kajian ada mengatakan, kanak-kanak yang banyak menghabiskan masa di luar rumah kurang menghidapi masalah ini berbanding kanak-kanak yang banyak menghabiskan masa di dalam rumah. 


Gunakan kanta khas untuk penggunaan gajet

Jika anak-anak sudah tidak boleh dikawal langsung dan dibimbangi akan tantarum yang berterusan, gunakan spek mata dengan kanta khas yang boleh mengawal cahaya gajet dari masuk terus ke dalam mata. 


Kanta khas mempunyai penapis cahaya yang bewarna biru. Terutama sekali untuk kanak-kanak yang kerap bermain gajet di waktu malam sebelum ttidur. Ini adalah supaya cahaya biru tidak akan masuk ke dalam mata anak-anak dan menjadi punca kepada gangguan tidur malam.


https://www.aisyaismail.com/2021/12/tips-bagaimana-nak-menjaga-mata-anak-tanpa-tinggalkan-gajet.html



Beri ganjaran kepada anak

Bila bercakap mengenai ganjaran, ia tidak semestinya dengan duit. Jangan didik anak-anak dengan memberi duit untuk melakukan sesuatu. Takut terbiasa sehingga ke besar. "No money no talk" kata orang. 


Korang boleh cuba bagi ganjaran, kalau tidak bermain dengan gajet korang akan bawa mereka keluar berjalan-jalan. Atau korang boleh tawarkan aktiviti-aktiviti yang mereka gemari. Dalam pada masa yang sama dapat mengeratkan lagi hubungan korang dengan anak-anak. Bukankah itu lebih menyeronokan?


https://www.aisyaismail.com/2021/12/tips-bagaimana-nak-menjaga-mata-anak-tanpa-tinggalkan-gajet.html



Bolehkah masalah juling kerana bermain gajet diubati


Masalah juling kanak-kanak kerana bermain gajet boleh diubati jika masih di dalam peringkat awal dan bergantung kepada keterukan juling tersebut. Korang kena bawa anak-anak korang berjumpa dengan pakar mata dengan segera. Jangan dibiarkan kerana juling tersebut boleh menjadi kekal. 


Jika juling itu tidak teruk, anak-anak perlu menjalani rawatan dan terapi selama 6 bulan sehingga setahun diikuti dengan rawatan susulan selepas itu. Jika juling itu teruk, tempoh rawatan dan terapi akan melebihi dari setahun. Dan lebih teruk lagi, anak-anak mungkin perlu melakukan pembedahan.



11 Disember 2021 - Pemeriksaan mata kanak-kanak


Sempena tahun baru 2022, bermula daripada 11 Disember 2021 ini Optom Eyecare Bangi akan mengadakan pemeriksaan mata untuk kanak-kanak. Untuk pemeriksaan mata ini, sebulan sekali boleh datang ke Optom Eyecare Bangi dan berjumpa dengan doktor pakar mata, Dr Hafidz Ithnin. 


Korang boleh buat temu janji untuk 11 Disember 2021 ini di talian 011-11479093. Kalau tidak boleh bulan ini, buat temu janji bulan hadapan atau bila-bila berkesempatan.



Jangan bertangguh lagi untuk membuat pemeriksaan mata anak-anak korang kerana dibimbangi akan melarat ke peringkat yang lebih teruk. Pastikan anak-anak kurang masalah mata. Tak perlu tunggu dah ada simptom sakit mata baru nak berjumpa pakar. Penglihatan mata sangat mahal ya. Jaga mata anak-anak bermula dari sekarang. 



Klik link di bawah ini ya!

https://youtu.be/vgaBc0SB2gA



Untuk info selanjutnya boleh melayari website https://optom.com.my/.



Optom Eyecare Bangi :

No.31 Jalan 8/1,  Seksyen 8, Bandar Baru Bangi, 43650 Bangi, Selangor.

Waktu operasi :

9.00am - 8pm setiap hari

Facebook : Optom Eyecare

Instagram : Optom Eyecare

WhatsApp : wasap.my/601111479093





aisyaismail

Newer Posts Older Posts Home

Hello

Aisya Ismail
“Good things make people feel something.”

Berkongsi perspektif tentang fesyen, penulisan kreatif, gaya hidup, resipi dan pelbagai perkara yang random.

SUBSCRIBE & FOLLOW

POPULAR POSTS

  • CARA DOWNLOAD VIDEO DARIPADA YOUTUBE
  • Drama Korea : Kingdom Season 1 & 2
  • Akar Villa, Port Dickson: Family Day Untuk 25 Orang
  • Staycation 2 Hari 1 Malam di Cyberview Resort & Spa
  • Solo Living: Kelebihan Hidup Bersendirian Yang Semakin Menjadi Pilihan

Advertisement

Copyright © Aisya Ismail. Designed by OddThemes