2022

Friday 9 December 2022

RichWorks Agih Minyak Secara Percuma Di Lembah Klang Hari Ini

December 09, 2022 4
RichWorks Agih Minyak Secara Percuma Di Lembah Klang Hari Ini

 Assalamualaikum and hye readers.




RichWorks agih minyak secara percuma di Lembah Klang hari ini. Minyak percuma? Minyak apa tu? Haa.. minyak apa yang anda nak?


https://www.aisyaismail.com/2022/12/richworks-agih-minyak-secara-percuma.html


Hari ini RichWorks akan mengagihkan minyak yang bernilai RM50,000 kepada anda yang bertuah. Ini bukan contest tau. Anda perlu ke salah satu daripada 5 lokasi yang terpilih untuk dapatkan minyak anda. Kira siapa cepat dia dapat lah. Jika rezeki anda untuk dapatkan minyak tersebut, Alhamdulillah!



RichWorks bimbing Usahawan menjadi Jutawan

Sejak 2008, RichWorks di bawah bimbingan Datuk Wira Dr. Azizan Osman telah melatih lebih 1 juta usahawan daripada Malaysia, Singapura, Indonesia dan Brunei melalui program keusahawanan dan telah melahirkan ramai Usahawan dan Jutawan yang berjaya.


Datuk Wira Dr. Azizan Osman dalam ucapannya selalu berpesan, apabila kita berjaya dan berkemampuan, rezeki yang kita dapat tu perlu disumbangkan semula. Dalam rezeki kita, ada terselit juga rezeki orang lain. Lebih banyak anda memberi, lebih banyaklah anda akan dapat semula. In Syaa Allah.



Sebab itu beliau nak berkongsi minyak percuma bersama anda semua. Dengan perkongsian ini diharapkan sedikit sebanyak dapat meringankan bebanan orang ramai saat ini.



RichWorks agih minyak secara percuma di Lembah Klang hari ini

Eh, dari tadi minyak, minyak, minyak, minyak apa? Di mana nak dapatkan minyak percuma ni? Kalau nak tahu minyak apa dan di mana nak dapatkan minyak ni, anda wajib dengarkan pengumuman daripada Datuk Wira Dr. Azizan Osman secara live di Facebook Azizan Osman Official, hari ini, pukul 2:30 petang! Sedia awal-awal pegang telefon tu, takut terlepas pula pengumuman penting tu.


https://www.aisyaismail.com/2022/12/richworks-agih-minyak-secara-percuma.html


Anda rasa, minyak apa yang Datuk Wira Dr. Azizan Osman nak bagi? Kalau anda berjaya dapatkan minyak tersebut, jangan lupa tinggalkan komen minyak apa yang anda dapat tau! Semoga ada rezeki anda untuk dapatkan minyak secara percuma.





aisyaismail

Saturday 26 November 2022

Tengok Matahari Terbit di Kuantan, Pahang

November 26, 2022 10
Tengok Matahari Terbit di Kuantan, Pahang

 Assalamualaikum and hye readers.




Tengok matahari terbit di Kuantan, Pahang. Alhamdulillah sampai juga di Kuantan. Plan nak ke Kuantan ni bukan cerita 2022, tapi sejak beberapa tahun yang lepas. Dari sebelum pandemik sampai dah endemik. Asal ada masa nak cuti-cuti Malaysia je, tiba-tiba plan bertukar ke tempat lain. Bila tak plan ni, terus tempah hotel dan tahu-tahu dah sampai.


https://www.aisyaismail.com/2022/11/tengok-matahari-terbit-di-kuantan-pahang.html


Ya, kami tak rancang pun nak ke Kuantan tahun ni. Masing-masing sibuk dengan kerja. Bulan lepas baru Ai dan Coco buat keputusn nak ambil cuti sempena ulangtahun perkahwinan kami yang ke enam. Dalam dua ke tiga minggu sebelum. Ambil cuti je, pergi ke mana kami tak buat keputusan lagi. 



Tempat percutian pilihan

Antara tempat-tempat yang menjadi pilihan, sudah semestinya Port Dickson. Senang dan dekat. Tapi bosan juga kalau asyik nak ke Port Dickson kan. Nak ke Melaka, baik Ai balik rumah Mak Baba je. Hehehe! Akhirnya kami plan untuk naik kapal terbang ke Langkawi. Tapi, tiba-tiba ada kes ribut dan kami batalkan niat tu. 



Seminggu sebelum percutian, kami buat keputusan untuk ke Kuantan pula. Terus tempah bilik dan Alhamdulillah percutian kami berjalan dengan lancar. Selalunya benda-benda yang main redah ni memang terbaik. Setuju?



Kenapa Kuantan? 

Ada 3 sebab utama kenapa kami memilih Kuantan. Yang pertama, nak kenang kembali zaman bercinta Ai dan Coco sewaktu kami sama-sama belajar di Kolej Shahputra, Kuantan. Chewah! Kolej Shahputra tu pun dah tak wujud. Sekarang Kolej tu telah dijenamakan semula sebagai Kolej Universiti Widad.


https://www.aisyaismail.com/2022/11/tengok-matahari-terbit-di-kuantan-pahang.html


Yang kedua, Ai nak tengok matahari terbit atau terbenam. Dan yang ketiga, Ai nak makam Mango Cheesecake di Kula Cakes. Nyum nyum. Nampak tak, satu je alasan sepakat bersama, lagi dua Ai yang beriya. Huhuhu! Kalau ikutkan Coco, musim-musim hujan ni dia nak pergi water rafting je.



Kenangan belajar di Kuantan, Pahang

Zaman belajar pastinya zaman yang paling banyak kenangan. Betul tak? Itulah zaman di mana kebanyakan remaja mula belajar berdikari. Belajar berjimat, belajar simpan duit, belajar keluar dengan kawan-kawan, belajar nak bercantik-cantik dan macam-macam lagi.


https://www.aisyaismail.com/2022/11/tengok-matahari-terbit-di-kuantan-pahang.html


Remaja zaman sekarang mungkin dah mulakan semua ni sewaktu di sekolah menengah, atau mungkin ada yang dah mulakan di sekolah rendah lagi. Tapi zaman Ai dulu, sambung belajar tu memang waktu yang Ai belajar buat macam-macam. Kalau tersilap pilih kawan dan iman tak kuat, boleh hanyut! Cara cakap pakai zaman-zaman ni, rasa veteran pula. Hahaha!



Tengok matahari terbit di Kuantan, Pahang

Nak tengok matahari terbit, di Kuala Lumpur atau Selangor pun boleh tengok. Tak payah susah-susah nak pergi ke Kuantan. Tapi  dah alang-alang dah sampai Kuantan tu, kami cari lah hotel yang boleh nampak matahari terbit daripada bilik. Swiss-Belhotel, Kuantan memang perfect. Cuma satu je tak menarik, laut dia warna teh susu cair.


https://www.aisyaismail.com/2022/11/tengok-matahari-terbit-di-kuantan-pahang.html


Hotel ni betul-betul depan laut. Pagi atau petang, anda boleh turun jalan-jalan di persisiran pantai. Tapi hati-hati, ada amaran obor-obor kat pantai tu. Nak mandi atas risiko sendiri. Tapi Ai tak mandi pun. Laut depan Swiss-Belhotel, Kuantan ni laluan bot-bot nelayan. Ai rasa macam berminyak sikit. Jalan-jalan di persisiran pantai pun Ai elak kena air laut. Tapi demi sekeping gambar dan beberapa saat video, sesekali masuk juga dalam air tu.



Itu Ai lah, orang lain ok je main-main kat tepi pantai tu. Diorang mungkin tak cerewet macam Ai. Masa tengahari, air laut surut. Ada beberapa orang berjalan sampai ke tengah untuk kutip sesuatu. Ai tak pasti apa yang dikutip sebab Ai nampak dari dalam bilik tingkat 20. Pemandangan dari tingkat 20 tu memang terbaik, tapi gayat. Hahaha! Kalau air laut biru, sempurna pemandangan Ai.



Makan Mango Cheesecake di Kula Cakes

Siapa tahu Mango Cheesecake yang popular di Kuantan tu? Kat KL pun ada, tapi dapat makan di Kula Cakes tu rasa sedap dia lain macam. Bawa balik dah kurang rasa sedap tu. Mindset je kot. Seorang Aisya Ismail ni pelik kadang-kadang.



Tapi... nak dijadikan cerita, hari yang Ai sampai Kuantan tu, kami tak sempat nak ke Kula Cakes. Banyak tempat nak singgah. Hari kedua pun tak sempat sebab kami ke Terengganu melawat kakak ipar dan anak-anak buah Ai di sana. Hari ketiga, sebelum balik kami singgah dulu. Tapi tutup. Sedih tu tak payah cakap lah. 



Kalau anda teringin nak makan dessert di Kula Cakes, ingat ya tutup hari Isnin. Hari lain buka seperti biasa dari pukul 11 pagi sehingga 6 petang. Alahai, sekejap je. 



Apa yang menarik di Kuantan, Pahang?

Apa lagi yang menarik di Kuantan? Sebenarnya ada macam-macam tempat yang menarik. Tak semua tempat Ai sempat pergi. Tempat wajib, sudah pasti Teluk Cempedak dan Kolej Shahputra yang sekarang sudah menjadi Kolej Universiti Widad. Ai akan senaraikan apa yang menarik di Kuantan dalam entri yang berasingan.


https://www.aisyaismail.com/2022/11/tengok-matahari-terbit-di-kuantan-pahang.html


Kesimpulannya, menarik ke bercuti di Kuantan? Pada Ai sangat menarik. Tapi tak boleh lah nak pergi selalu. Jauh dan bosan nanti. Mungkin 5 tahun lagi kita pergi lagi ke Kuantan. Hehehe! So, ke mana kita lepas ni?





aisyaismail

Friday 23 September 2022

7 Rutin Pagi Untuk Kekal Produktif Sepanjang Hari

September 23, 2022 4
7 Rutin Pagi Untuk Kekal Produktif Sepanjang Hari

 Assalamualaikum and hye readers.




7 rutin pagi untuk kekal produktif sepanjang hari. Pasti menjadi impian setiap orang untuk memiliki hari yang produktif. Bayangkan walaupun dah melakukan aktiviti seharian, masih lagi kekal bertenaga. Siapa yang tak nak? Fokus untuk mulakan hari anda dengan betul kerana hari yang produktif bermula dengan rutin pagi yang betul. Aktiviti anda di waktu pagi yang menentukan perjalanan seharian anda.


https://www.aisyaismail.com/2022/09/7-rutin-pagi-untuk-kekal-produktif.html


7 rutin pagi untuk kekal produktif sepanjang hari

Bangun awal pagi

Terlalu banyak perkara yang anda boleh lakukan jika bangun awal pagi. Untuk yang beragama Islam, sudah tentu anda wajib menunaikan solat Subuh. Ada banyak masa yang terluang di waktu pagi, korang tak perlu terburu-buru untuk melakukan rutin pagi seperti mandi, buat sarapan, gosok baju pada yang tidak gosok di malam hari dan banyak lagi.



Bersyukur

Alhamdulillah, masih diberikan peluang untuk bernafas di pagi hari yang baru. Jangan sesekali terlupa untuk bersyukur ya! Banyak lagi perkara yang anda boleh syukuri. Malah, anda perlu sentiasa bersyukur dan bukan hanya di pagi hari sahaja!



Sarapan pagi yang sihat

Sarapan adalah sumber tenaga pertama anda setiap hari. Potensi anda akan makan berlebihan pada waktu tengahari adalah sangat tinggi jika anda cuba-cuba untk skip sarapan pagi. Masalahnya, ramai yang tak nak amik pusing tentang kebaikan dan keburukan sarapan pagi ini. Tak susah pun! Makan roti Gardenia dua keping setiap pagi pun dah cukup. Haihhh ni comfirm kena perli dengan Coco kalau dia baca. Hahaha!



Senaman keluarkan peluh


https://www.aisyaismail.com/2022/09/7-rutin-pagi-untuk-kekal-produktif.html

Senaman akan memberi kekuatan dan ketahanan pada tubuh badan sepanjang hari. Ia akan meningkatkan metabolisme dan kecergasan fizikal dan mental anda sekali gus mood anda akan bertambah baik sepanjang hari. 15 minit sudah memadai. Tak perlu senaman berat pun. Jika di kawasan rumah anda ada kemudahan gym, gunakan kemudahan tersebut.



Senaraikan 'things to do'

Senaraikan apa tugasan anda sepanjang hari. Apa yang anda nak buat, semua anda senaraikan dan cuba jangan lari dari jadual yang telah anda tetapkan. Mulakan dengan tugasan yang penting dahulu. Jika ada halangan di dalam menyelesaikan tugasan, cuba cari jalan penyelesaian sebelum give up. Jika setiap kali ada masalah anda berhenti terus dari melakukan tugasan, sampai bila tugasan tu nak habis?



Sebut perkara yang baik-baik untuk diri sendiri

Perkara yang negatif sememangnya akan mengganggu mood sepanjang hari. Terutama sekali golongan wanita. Bila dah tak ada mood, orang sekeliling pun akan terbabit sama. Setuju? Tak salah kalau memuji-muji diri sendiri juga. Kalau bukan kita, siapa yang nak puji kan. Hehehe! Dan jangan lupa untuk buat baik kepada orang lain juga.



Sentiasa memberikan senyuman


https://www.aisyaismail.com/2022/09/7-rutin-pagi-untuk-kekal-produktif.html

Senyuman itu kan sedekah. Jika anda keseorangan di rumah, sedekahkan senyuman anda kepada diri sendiri. Latih diri anda untuk sentiasa tersenyum. Senyuman yang manis, orang nak marah pun boleh hilang rasa marah tu.



Cakap memang mudah, tapi bagaimana nak pastikan untuk anda sentiasa bangun pagi dengan aura yang positif? Caranya mudah, tapi mungkin sukar untuk kebanyakan orang. Tidur malam secukupnya! Latih diri anda untuk tidur awal supaya anda boleh bangun awal di pagi hari. Dengan tidur awal, akan dapat mencipta hari yang produktif. Ia akan menjadi lebih mudah daripada yang anda fikirkan.


Baca juga: Ubat sakit gigi

Tuesday 13 September 2022

ReLY - Aplikasi Tuisyen Online Serendah RM99!

September 13, 2022 17
ReLY - Aplikasi Tuisyen Online Serendah RM99!

 Assalamualaikum and hye readers.




ReLY - Aplikasi tuisyen online serendah RM99! Ingat lagi semasa di bangku sekolah dulu, kebanyakan kawan-kawan semua pergi ke tuisyen. Tapi Ai tak memilih untuk pergi ke tuisyen sebab mahal. Lagi pun tuisyen zaman dulu bukan senang macam sekarang. Di mana-mana pun ada. Dulu kena naik bas turun bas, baru sampai ke pusat tuisyen tersebut. Kos lagi. Tapi orang tua-tua kata, makin susah nak dapat ilmu tu makin kita nak belajar betul-betul. Betul ke?


Selepas pandemik Covid-19, lagi bertambah-tambah mudah. Tuisyen boleh didapati hanya di hujung jari sahaja. Dah tak perlu nak keluar rumah. Tak adalah ibu bapa risaukan tentang keselamatan anak-anak di luar rumah. Dulu naik turun bas tu perkara biasa, sekarang ibu ayah kena fikir lebih 100 kali nak biarkan anak-anak bebas tanpa pantauan di luar sana.



Majlis Pelancaran Aplikasi ReLY

https://www.aisyaismail.com/2022/09/rely-aplikasi-tuisyen-online.html


Pada hari Ahad yang lepas, Ai telah berkesempatan untuk menghadiri majlis pelancaran aplikasi RELY di Hotel De Palma, Shah Alam. Majlis ini turut dihadiri dan dirasmikan oleh Y.B. Dato' Sharuddin Bin Abu Sohol, Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat.



Apa itu ReLY?

ReLY adalah aplikasi pembelajaran secara online yang telah dibangunkan oleh Fly High Centre untuk membantu murid sekolah rendah dari pelbagai latar belakang dengan yuran serendah RM99 sahaja. Mata pelajaran yang ditawarkan adalah seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, kelas Al-Quran serta Fardu Ain (KAFA).



Melalui aplikasi ini nanti, semua pelajar berpeluang untuk belajar dan mengakses sistem dalam talian di mana-mana lokasi di seluruh negara. Semua pelajar di Malaysia juga berpeluang untuk belajar dan mendapat manfaat daripada aplikasi ini nanti.


https://www.aisyaismail.com/2022/09/rely-aplikasi-tuisyen-online.html


Kelebihan aplikasi ini adalah, murid boleh memilih sendiri subjek yang ingin dipelajarinya. Modul nota dan set soalan boleh dimuat-turun pada bila-bila masa sahaja. Pembelajaran adalah secara 'live' serta rakaman juga disediakan secara percuma. Jadi, jangan risau jika anak-anak korang nak mengulangkaji pelajaran dan dengarkan rakaman berulang-ulang kali.



Objektif ReLY

  • Menjadi kelas pendidikan alternatif yang berasaskan dalam talian untuk seluruh negara.
  • Menyediakan dan menjadi pemangkin kepada komunikasi dua hala yang efektif.
  • Menyediakan latar belakang dan lapangan kejayaan guru yang mengajar.
  • Menyediakan maklumat jadual kelas yang boleh di akses beserta notifikasi.
  • Menyediakan maklumat transaksi yang tepat.
  • Menjamin tahap keselamatan yang tinggi semasa membuat pembayaran.
  • Menyediakan pasukan sokongan yang boleh berinteraksi dalam tempoh 12 jam.
  • Memberikan respon secepat mungkin


Tenaga pengajar 

ReLY menyediakan barisan tenaga pengajar yang mempunyai pengalaman yang luas di dalam bidang pendidikan daripada Kementerian Pendidikan. 

https://www.aisyaismail.com/2022/09/rely-aplikasi-tuisyen-online.html

https://www.aisyaismail.com/2022/09/rely-aplikasi-tuisyen-online.html

https://www.aisyaismail.com/2022/09/rely-aplikasi-tuisyen-online.html

https://www.aisyaismail.com/2022/09/rely-aplikasi-tuisyen-online.html

https://www.aisyaismail.com/2022/09/rely-aplikasi-tuisyen-online.html


Pakej ReLY

ReLY mempunyai 3 pakej yang bermula dari serendah RM99 untuk 16 sesi iaitu pakej ReLY (Pakej Mampu Milik), pakej Fly High Elite (Pakej Fokus), serta pakej Fly High Premium (Pakej Guru Icon).


Kelas Percuma!

Bermula 16 September 2022 ini, ReLY akan memberikan kelas secara percuma selama 2 minggu untuk pelajar di seluruh Malaysia. Pada 1 Oktober 2022, kelas berbayar akan bermula untuk akademik dan KAFA.


Untuk info lanjut, layari https://www.relyedu.com/

https://www.aisyaismail.com/2022/09/rely-aplikasi-tuisyen-online.html




aisyaismail

Monday 22 August 2022

Gabungan Klasik Dan Moden Dari Koleksi Tudung Tana Hassan

August 22, 2022 4
Gabungan Klasik Dan Moden Dari Koleksi Tudung Tana Hassan

 Assalamualaikum and hye readers.




Gabungan klasik dan moden dari koleksi tudung Tana Hassan. Kalau korang perasan, sejak tahun lepas dah muncul semula fesyen tudung sulam ala-ala zaman mak kita dulu-dulu. Tahun ini semakin menjadi-jadi pula kegilaan pada tudung sulam ni. Punya lah susah nak cari tudung sulam masa Syawal yang lepas. Yang Ai berkenan harga tak masuk akal. Bila harga dah masuk akal, stok pula tak ada.


https://www.aisyaismail.com/2022/08/koleksi-tudung-tana-hassan.html


Gabungan klasik dan moden dari koleksi tudung Tana Hassan

Nak dapat pakai untuk hari raya tak dapat, pakai masa lepas hari raya pun boleh lah. Ai tak minat sangat ikut trend terkini, tapi trend tudung sulam ni lain macam! Rasa tak lengkap pula kalau tak ada koleksi ni di rumah. Dan... akhirnya Ai dapat juga tudung sulam dari koleksi tudung jenama Tana Hassan.



Haa siapa pula Tana Hassan ni? Tana Hassan adalah jenama HijabulousHassanah yang pernah popular satu ketika dahulu. Dijenamakan semula sebagai Tana Hassan. Nama Tana Hassan ini diambil dari nama foundernya sendiri! Wow, lebih catchy kan? Rekaan tudung dari koleksi tudung Tana Hassan bukan sahaja ada tudung sulam, ada juga bawal printed dengan corak yang direka sendiri oleh Tana Hassan.


https://www.aisyaismail.com/2022/08/koleksi-tudung-tana-hassan.html


'NINGRAT' Koleksi pertama Tana Hassan

Koleksi pertama dari Tana Hassan iaitu Ningrat membawa maksud 'noble and classy' eksklusif buat semua yang dihormati. Berhijab bukan untuk menunjuk-nunjuk, tetapi adalah untuk dihormati selain menutup aurat.



Ningrat Sulam Melati

Shawl sulam dari Tana Hassan ni memang menggoda betul. Warna merah pilihan Ai ni bukan merah mak ngah tau, tapi merah hati yang mencairkan hati si pemakainya. Hehehe! Sulamnya pun kemas. Tak sakit mata tengok sulam yang asal boleh.


https://www.aisyaismail.com/2022/08/koleksi-tudung-tana-hassan.html


Yang penting... shawl bersaiz 180cm x 75cn ini kainya lembut, mudah digosok dan senang terbentuk. Senang sangat tau! Dan korang boleh pilih awning nak bahagian bersulam atau bahagian baby seam. Pilihan di tangan korang untuk menggayakannya.



Ningrat Sulam Melati ni ada banyak warna pilihan warna. Ai rasa, hampir semua warna ada. Jangan terkejut kalau Ai ada semua warna Ningrat Sulam Melati ni nanti. Hehehe!



Ningrat Bawal Printed

Ai jatuh cinta habis dengan corak-corak bawal printed dari Tana Hassan ni. Macam Ai cakap tadi, corak-corak ini adalah hasil rekaan oleh Tana Hassan sendiri. Corak yang cantik dengan material satin silk, si pemakai terus jatuh cinta kali kedua selepas shawl sulam tadi. Mudah digosok dan mudah dibentuk. Terletak je di muka.


https://www.aisyaismail.com/2022/08/koleksi-tudung-tana-hassan.html

https://www.aisyaismail.com/2022/08/koleksi-tudung-tana-hassan.html


Di mana nak dapatkan koleksi Tana Hassan?

Tak lama lagi Tana Hassan nak keluarkan koleksi yang terbaru tau. Sebelum koleksi baru tu dilancarkan, korang boleh dapatkan dahulu koleksi Ningrat ni. Habis jangan menyesa! Kalau tak tahu nak pilih yang mana satu, pilih je semua. Hehehe! Korang boleh follow rapat-rapat sosial media Tana Hassan atau beli je di shopee.



Instagram : @tanahassan_

Facebook : TanaHassan

TikTok     : @tanahassan_

Shopee     : Tana Hassan





aisyaismail

Thursday 14 July 2022

Kelebihan SUPERBYTES Dalam Menambahkan Susu Badan Ibu Mengandung

July 14, 2022 2
Kelebihan SUPERBYTES Dalam Menambahkan Susu Badan Ibu Mengandung

Assalamualaikum and hye readers.




Kelebihan Superbytes dalam menambahkan susu badan ibu mengandung. Kalau sebut pasal Supercube, mesti majoriti dari korang dah tahu apakah benda itu. Minuman herba yang mudah, sedap dan mempunyai pelbagai khasiat. Tapi kalau Ai sebut pasal Superbytes, korang tahu tak benda apa ni?


https://www.aisyaismail.com/2022/07/superbytes-tambah-susu-badan-ibu-mengandung.html


Superbytes Snowy Dates & Raisin

Superbytes Snowy Dates & Raisin adalah snek tenaga yang berbentuk kiub dengan campuran oat dan kurma. Ianya sedap dan sangat sesuai untuk dijadikan sarapan pagi tidak kira peringkat usia. Superbytes juga adalah snek yang akan menambah tenaga anda untuk kekal aktif sepanjang hari.



Berbeza dengan Supercube yang perlu dicampur dan dilarutkan di dalam air. Superbytes ni korang hanya perlu masuk mulut dan kunyah sahaja macam makan snek yang lain. Lebih mudah untuk dinikmati. Rasanya pun sedap dan berbaloi sangat untuk dimakan. Kalau korang dalam mode malas sekalipun, korang senang nak nikmati Superbytes ni. Dan yang paling penting, banyak khasiatnya.


https://www.aisyaismail.com/2022/07/superbytes-tambah-susu-badan-ibu-mengandung.html



Kelebihan Superbytes dalam menambahkan susu badan ibu mengandung

Haaa... jangan terkejut sangat. Superbytes mampu memberi tenaga kepada ibu mengandung dan juga menyusukan badan tau. Superbytes juga berfungsi sebagai milk booster dan melancarkan pengaliran susu badan.



Buat ibu-ibu semua, dah tak ada alasan dah korang tak ada cara untuk memperbanyakan susu badan dah tau. Korang boleh usaha dengan kunyah-kunyah Superbytes sahaja. In syaa Allah, ada rezeki anak korang yang sedang menyusu badan tu.


https://www.aisyaismail.com/2022/07/superbytes-tambah-susu-badan-ibu-mengandung.html



Ada rezeki Ai mengandung nanti, hari -hari nak kunyah Superbytes ni. Harap-harap Coco sediakan banyak-banyak untuk Ai jadikan snek harian. Hehehe! Ehemmm, agak-agak dia baca tak ni?



Kandungan Superbytes

Korang tak perlu risau! Sama macam Supercube, kandungan Superbytes semuanya yang baik-baik untuk kesihatan sahaja. 

  1. White Malt
  2. Oat Bran
  3. Dates
  4. Golden Raisin
  5. Puree Dates
  6. Golden Syrup
  7. White Chocolate Compound


https://www.aisyaismail.com/2022/07/superbytes-tambah-susu-badan-ibu-mengandung.html


Kelebihan Superbytes

  1. Memberi tenaga kepada ibu mengandung dan menyusu
  2. Berfungsi sebagai milk booster dan melancarkan pengaliran susu badan
  3. Boleh diambil sebagai sarapan ringan dan sesuai untuk yang sibuk bekerja
  4. 100% natural, rendah kalori dan rendah Indeks Glisemik (GI)
  5. Perut kenyang lebih lama
  6. Sesuai diambil untuk anak-anak dan pelajar sekolah
  7. Grab-and-go snack dan memudahkan rutin workout
  8. Rasa yang sangat menarik dan lazat seperti makan coklat
  9. Senang untuk di bawa ke mana-mana dan mudah untuk disimpan

https://www.aisyaismail.com/2022/07/superbytes-tambah-susu-badan-ibu-mengandung.html


Superbytes ni, Ai makan 1 kiub je dalam satu-satu masa. Sedap memang sedap, tapi pada Ai rasanya agak manis. Ai tak gemar makanan manis-manis ni. Tapi kalau Ai dah suka, manis ke masin ke tawar ke, semua Ai makan je. Cuma Ai akan hadkan kuantiti pengambilan makanan tersebut. Macam Superbytes ni lah. 


Manis ni bukan manis gula tau. Manis sebab ada kurma dan kismis di dalam nya. Tapi bagus juga dia manis sikit. Kalau tak, alamatnya 4 paket Ai boleh habiskan dalam masa sehari je. Kunyah-kunyah Superbytes sambil layan drama Korea. Fuh... tak ada pop corn pun Ai ok!


Untuk info lanjut mengenai Superbytes, atau korang nak order, klik-klik je link di bawah ni.

Instagram        : https://instagram.com/supercube.hq
FB                    : https://m.facebook.com/supercube.hq
TikTok             : https://vt.tiktok.com/ZSdoxctrg




aisyaismail

Wednesday 13 July 2022

Taksir Zakat Sekarang Dan Tebus Baucar!

July 13, 2022 0
Taksir Zakat Sekarang Dan Tebus Baucar!

 Assalamualaikum and hye readers.




Taksir zakat sekarang dan tebus baucar! Zakat apa pula ni? Hari raya kan dah lepas, kenapa masih nak kena tunaikan zakat lagi? Haaa... kalau ada yang tertanya-tanya macam ni, korang kena banyakkan belajar lagi tentang zakat. 


https://www.aisyaismail.com/2022/07/taksir-zakat-sekarang-dan-tebus-baucar.html



Zakat ni bukan setakat Zakat Fitrah je tau. Zakat Harta juga wajib ditunaikan bagi mereka yang memenuhi syarat untuk menunaikan zakat. Dan di bawah Zakat Harta ini, banyak lagi pecahan zakat yang korang kena ambil tahu. Mana lah tahu, korang memang dah lepas syarat wajib untuk tunaikan Zakat Harta, disebabkan tak tahu yang korang kena tunaikan terus tak menjalankan kewajipan sebagai seorang umat Islam.



Jenis-jenis Zakat Harta

Macam Ai cakap tadi, di bawah Zakat Harta ada banyak pecahan zakat yang korang kena tahu. Bukan setakat tahu je tau, kena tunaikan juga. Bila dah tahu, jangan sesekali buat-buat tak tahu.

  1. Zakat Pendapatan
  2. Zakat Perniagaan
  3. Zakat Wang Simpanan
  4. Zakat Pelaburan
  5. Zakat KWSP
  6. Zakat Emas dan Perak
  7. Zakat Takaful
  8. Zakat Padi



Kaedah pembayaran zakat

https://www.aisyaismail.com/2022/07/taksir-zakat-sekarang-dan-tebus-baucar.html


Zaman serba mudah sekarang, dah tak ada lagi alasan susah nak tunaikan zakat. Dulu mungkin boleh lah nak bagi alasan tak ada masa nak pergi ke Lembaga Zakat Selangor, jauh lah, kerja lah dan bermacam-macam 'lah' lagi ada untuk cipta alasan. Sekarang ni, tunaikan je zakat melalui online. Lebih mudah dan selamat.



E-Zakat Pay adalah kaedah pembayaran zakat secara online. Pembayaran melalui kaedah ini terbuka kepada semua pengguna yang mempunyai akaun simpanan atau semasa di bank-bank yang terlibat sebelum boleh membuat pembayaran. Korang hanya perlu layari portal e-zakat di www.zakatselangor.com.my dan klik pada pembayaran E-Zakat Pay untuk membayar zakat.



Selain pembayaran secara online, ada banyak lagi cara untuk korang nak bayar zakat ni. Kalau korang tak suka bayar secara online, korang pilih je cara-cara lain seperti potongan gaji, pergi ke cawangan Lembaga Zakat Selangor, pergi ke kaunter bank dan beberapa cara lain lagi.



Maklumat permohonan agihan zakat

Setiap permohonan zakat akan dinilai kelayakannya melalui kadar Had Kifayah yang disediakan. Sekiranya kelayakan pemohon melebihi Had Kifayah, amil akan mengambil kira kesusahan lain bagi pemohon untuk dipertimbangkan. Had Kifayah yang telah ditetapkan adalah seperti berikut.

  1. Status pekerjaan pemohon sama ada tetap atau sementara
  2. Pemohon atau ahli keluarga pemohon menghadapi masalah kesihatan kronik, sakit yang memerlukan rawatan yang berterusan atau kecacatan anggota yang menghalang daripada bekerja secara aktif.
  3. Pemohon berumur lanjut atau tidak berupaya untuk bekerja
  4. Pemohon yang menanggung jumlah anak yang ramai
  5. Ibu bekerja atau bapa tunggal yang memerlukan tambahan kos penjagaan anak-anak semasa bekerja.
  6. Lain-lain kesusahan yang dikenalpasti

https://www.aisyaismail.com/2022/07/taksir-zakat-sekarang-dan-tebus-baucar.html


Pengiraan pendapatan adalah termasuk pendapatan isi rumah, bukan hanya pendapatan pemohon semata-mata. Amil juga akan mengambil kira keselesaan pemohon seperti pemakaian telefon bimbit, kad kredit dan sebagainya. Siasatan akan dijalankan ke atas setiap permohonan yang diterima.


Bantuan zakat yang sering dipohon oleh golongan asnaf

  1. Bantuan perubatan
  2. Bantuan sewa rumah
  3. Bantuan badan dan persatuan
  4. Bantuan penerapan nilai Islam
  5. Bantuan yuran sekolah
  6. Bantuan hutang
  7. Bantuan kewangan bulanan
  8. Bantuan makanan bulanan
  9. Bantuan bina dan baik pulih rumah

Taksir zakat sekarang dan tebus baucar!

https://www.aisyaismail.com/2022/07/taksir-zakat-sekarang-dan-tebus-baucar.html


Haa dah baca panjang lebar tentang zakat kan? Sekarang jom taksir zakat dan tebus baucar korang! Mudah je! Korang hanya perlu muat turun aplikasi "ZakatSelangor" di App Store atau di Play Store. Kemudian daftar dan log masuk ke akaun anda.


Dah? Gunakan fungsi "Taksir" di dalam aplikasi ZakatSelangor, buat taksiran jenis-jens zakat harta dan "Simpan Taksir Zakat". Selepas itu korang dah boleh tebus baucar korang di cawangan Lembaga Zakat Selangor yang berhampiran beserta taksiran yang korang dah buat tadi. Selagi stok masih ada tau! Dah taksir zakat nak buat apa lagi? Tunaikanlah zakat korang dan menangi hadiah yang menarik.

https://www.aisyaismail.com/2022/07/taksir-zakat-sekarang-dan-tebus-baucar.html


Oh ya! Promosi ini telah mengikut garis panduan syariah penganjuran peraduan zakat oleh Lembaga Zakat Selangor. Tak ada istilah haram atau perjudian sepanjang kempen ini.


Kenapa adanya Bulan Taksir Zakat ni?

Bulan Taksir Zakat ini dianjurkan untuk 
  1. Mendidik dan mengajak seluruh umat Islam di Selangor mengira sendiri zakat dengan lebih mudah dan tepat
  2. Memberi kesedaran untuk taksiran jenis-jenis zakat harta
  3. Membentuk sentimen unruk membudayakan taksiran dan bayar zakat setiap tahun
  4. Menggalakkan kaedah taksiran yang menyeluruh agar jumlah yang dizakatkan lebih tepat
  5. Menganjur dan mempelbagaikan aktiviti menarik di sepanjang tempoh program berlangsung.

Haaa... macam mana, dah faham apa itu taksir zakat dan apa objektif bulan taksir zakat ini dianjurkan? Apa tunggu lagi? Jom taksir zakat, bayar jumlah tepat dan hidup lebih berkat! Untuk info lanjut, layari https://jom.zakatselangor.com.my.




aisyaismail

Tuesday 28 June 2022

Dapatkan Rawatan Anti-Aging Di Klinik Dr Bazilah!

June 28, 2022 1
Dapatkan Rawatan Anti-Aging Di Klinik Dr Bazilah!

 Assalamualaikum and hye readers




Dapatkan rawatan anti-aging di Klinik Dr Bazilah! Zaman sekarang ni ramai betul yang takut dengan penuaan. Sama lah dengan Ai! Takut tu, bukanlah takut yang sampai tak boleh nak keluar rumah bila muka dah nampak berusia atau nak sedap sikit, nampak matang. Tapi takut tak confident dengan muka yang dah tak cantik macam dulu. Eh! Dulu cantik ke? Hehehe!

https://www.aisyaismail.com/2022/06/rawatan-anti-aging-klinik-dr-bazilah.html



Jangan terkejut jika ramai yang nak medapatkan rawatan anti-aging. Rawatan untuk anti-aging ni ada pelbagai cara. Nak makan ubat, nak laser, nak suntik, nak pakai produk dan macam-macam lagi lah. Suntikan botox juga adalah salah-satu daripada kaedah rawatan anti-aging. Cepat atau lambat, berkesan atau tidak dan sakit atau ngilu-ngilu sahaja yang membezakan hasilnya. 



Setiap rawatan atau usaha adalah berbeza-beza. Terpulang cara yang korang nak buat. Walaupun ada pelbagai jenis rawatan anti-aging yang menggunakan pelbagai teknik, tujuannya adalah sama. Untuk membuatkan kulit muka lebih muda, cantik dan sedap mata memandang.



Rejuran Healer Injection

Salah-satu rawatan anti-aging adalah dengan kaedah Rejuran Healer Injection yang juga dikenali sebagai 'Baby Skin Booster'. Kaedah rawatan ini untuk meremajakan semula kulit. Mungkin kedengaran baru, tapi rawatan ini sudah popular di Asia.

https://www.aisyaismail.com/2022/06/rawatan-anti-aging-klinik-dr-bazilah.html



Rejuran Healer diperbuat daripada serpihan-serpihan DNA kecil yang dipanggil polynucleotides. Apabila disuntik ke dalam kulit, polynucleotides ini akan menyembuh dan memperbaiki tanda-tanda penuaan pada kulit dan mengurangkan keradangan pada kulit. Kulit akan menjadi lebih muda dan berseri, licin dan lebih tegang, mengurangkan garis halus dan kedutan.



Bagaimana Rejuran Healer berfungsi?

Polynucleotides dalam Rejuran Healer bertindak melalui 3 mekanisme.


1. Polynucleotides meningkatkan bekalan darah ke kulit untuk menghantar oksigen dan nutrien tambahan kepada sel kulit untuk keremajaan kulit.

2. Rejuran Healer dapat mengurangkan keradangan pada kulit. Keradangan berlaku apabila ada kecederaan pada kulit dan terdedah kepada sinar UV. Masalah keradangan ini akan menyebabkan kerosakan pada sel protein, DNA dan banyak lagi struktur lain.

3. Rejuran Healer juga mencergaskan kulit dengan meningkatkan pembentukan kolagen baru dalam kulit.



Proses Rejuran Healer dilakukan

Rejuran Healer disuntik ke dalam kulit menggunakan injector gun atau suntikan manual menggunakan jarum yang sangat halus. Sebelum proses suntikan Rejuran Healer, krim kebas akan digunakan untuk mengurangkan kesakitan atau rasa tidak selesa.

https://www.aisyaismail.com/2022/06/rawatan-anti-aging-klinik-dr-bazilah.html



Siapa yang sesuai untuk mendapatkan suntikan Rejuran Healer?

Rawatan Rejuran Healer sesuai untuk lelaki dan wanita yang mempunyai tanda-tanda penuaan pada kulit mereka seperti garis-garis halus. Selain itu, rawatan ini juga sesuai untuk mereka yang ada masalah parut jerawat dan tekstur kulit yang kusam dan lemah. Rejuran Healer juga sesuai untuk golongan yang masih muda tetapi nak mengelakan tanda-tanda penuaan dan untuk mengekalkan kulit yang sihat.



Masa untuk nampak hasil Rejuran Healer

Proses ini akan mengambil masa kira-kira 3 hingga 4 minggu untuk menampakkan hasil pada kulit dengan hanya 1 sesi sahaja. Walau bagaimanapun, dinasihatkan untuk mengambil suntikan selama 3 bulan untuk hasil yang lebih baik. Selepas tempoh itu, suntikan setiap 6 hingga 12 bulan sudah memadai.


Selepas suntikan, mungkin akan terdapat kesan suntikan dan benjolan kecil pada kulit di tempat Rejuran Healer disuntik. Kesan ini bersifat sementara dan akan hilang dalam masa 1 ke 2 hari. Jangan bimbang kerana anda masih boleh melakukan aktiviti harian seperti biasa selepas mendapatkan suntikan Rejuran Healer.



Dapatkan Rawatan Anti-Aging Di Klinik Dr Bazilah!

Cerita panjang-panjang tentang suntikan Rejuran Healer ni, tak kan lah nak kena pergi  ke Korea pula untu dapatkan rawatan kan. Kos suntikan 1 hal, kos perjalanan nak ke sana dah 1 hal lagi. Tu belum lagi kos-kos yang lain.

https://www.aisyaismail.com/2022/06/rawatan-anti-aging-klinik-dr-bazilah.html



Korang boleh dapatkan rawatan anti-aging dengan suntikan Rejuran Healer di Klinik Dr Bazilah. Klinik Dr Bazilah adalah klinik kulit yang dipercayai. Ada lesen di bawah KKM tau! Cawangan Klinik Dr Bazilah ada di Shah Alam dan Bangi. Dengar kata, mereka nak buka cawangan baru di Kuala Lumpur pula.

https://www.aisyaismail.com/2022/06/rawatan-anti-aging-klinik-dr-bazilah.html



Untuk sebarang pertanyaan, nak dapatkan khidmat nasihat atau temujanji untuk rawatan, korang boleh hubungi Klinik Dr Bazilah terus.


WhatsApp : wasap.my/60196571563

Temujanji : http://temujanjidrbazilah.wasap.my

Telefon     : 03-89229681 (Bandar Baru Bangi) / 03-50357359 (Shah Alam) / 019-6571563 (Kuala Lumpur)

Website    : www.klinikdrbazilah.com

Facebook : www.facebook.com/klinikdrbazilah

Instagram : www.instagram.com/klinikdrbazilah





aisyaismail

Sunday 12 June 2022

Diabetes Boleh Menyebabkan Mata Menjadi Buta?

June 12, 2022 4
Diabetes Boleh Menyebabkan Mata Menjadi Buta?

 Assalamualaikum and hye readers.




Diabetes boleh menyebabkan mata menjadi buta? Bukan perkara yang baru apabila Malaysia mencatatkan jumlah penyakit diabetes yang tertinggi di Asia. Melihatkan cara pemakanan rakyat Malaysia yang gemarkan kepelbagaian makanan sahaja membuatkan kita yakin dengan fakta tersebut.



Ai tahu diabetes boleh menyebabkan gangguan mata. Mak Ai sendiri mengalami masalah mata akibat penyakit kencing manis yang dihidapinya. Tapi, betul ke diabetes boleh menyebabkan mata menjadi buta? Adakah bahaya kencing manis sehingga ke tahap itu? 


https://www.aisyaismail.com/2022/06/kesan-diabetes-pada-mata.html



Diabetes boleh menyebabkan mata menjadi buta?

Diabetes atau kencing manis adalah sejenis penyakit di mana tahap glukosa dalam darah adalah tinggi. Diabetes yang tidak dikawal dengan baik boleh merosakkan seluruh struktur mata dan dan menyebabkan ulser mata, katarak, glaukoma dan juga retinopati.



Diabetes juga boleh menyebabkan salur darah rosak dan darah menjadi pekat sehingga aliran darah dalam badan menjadi sangat perlahan. Kerosakan pada salur darah ini yang akan menyebabkan organ-organ dalam badan mengalami masalah kekurangan oksigen. Bila kekurangan oksigen pada mata, akan berlaku kerosakan pada retina yang dikenali sebagai retinopati.






Apa itu Diabetik Retinopati

Entri kali ni, Ai nak fokuskan pada Diabetik Retinopati. Diabetik Retinopati ini adalah koplikasi diabetes yang menjejaskan bahagian mata. Hal ini adalah disebabkan oleh kerosakan pada saluran darah tisu sensitif cahaya yang terletak di bahagian belakang mata, iaitu retina.


https://www.aisyaismail.com/2022/06/kesan-diabetes-pada-mata.html


5 tanda-tanda Diabetik Retinopati

Jika korang menghidap diabetes dan mempunyai tanda-tanda ini, tolonglah jangan pandang ringan. Ini sangat bahaya! Jika korang tak ada diabetes, lagi lah korang kena berhati-hati dengan tanda-tanda ini. Dikhuatiri, korang tak perasan yang korang sebenarnya adalah penghidap diabetes. Terutama sekali pada mereka yang sukakan makanan dan minuman yang manis.

1- Penglihatan kabur atau beralun

2- Penglihatan yang kerap berubah-ubah dari hari ke hari

3- Terjadinya tompokan gelap di kawasan tertentu dalam medan penglihatan atau hilang penglihatan.

4- Lemah dalam menentukan warna.

5- Terdapat bintik-bintik atau seolah-olah terapung dalam bahagian mata (floaters)



Mereka yang berisiko untuk menghidapi Diabetik Retinopati

1- Penghidap diabetis yang sudah lama

2- Paras gula dalam darah yang tidak terkawal

3- Obesiti

4- Merokok

5- Penyakit darah tinggi dan kolestrol yang tidak terkawal

6- Pesakit diabetis yang sedang hamil


https://www.aisyaismail.com/2022/06/kesan-diabetes-pada-mata.html



Bolehkah Diabetik Retinopati dirawat?

Rawatan adalah bergantung kepada tahap Diabetik Retinopati. Di peringkat awal mungkin korang hanya perlu membuat pemantauan yang kerap dengan menjaga paras gula dan juga mengubah kepada gaya hidup yang sihat. Ini akan memperlahankan kemerosotan pada mata.



Rawatan lain untuk Diabetik Retinopati adalah dengan memberi suntikan ke dalam mata atau mengeluarkan darah atau tisu dari mata melalui pembedahan. Pembedahan yang biasa dilakukan adalah pembedahan laser.


https://www.aisyaismail.com/2022/06/kesan-diabetes-pada-mata.html



Optometris boleh mendiagnosis Diabetik Retinopati?

Golongan yang berumur 60 tahun atau lebih sangat digalakkan untuk membuat pemeriksaan! Tapi, untuk mengesan Diabetik Retinopati memerlukan pakar mata yang membuat pemeriksaan dengan teknik tertentu. Pemeriksaan mata yang standard tidak akan dapat mengesan Diabetik Retinopati ini.



Anda sudah dapatkan pemeriksaan di Optom Eyecare Optometris, Bangi?

Di mana nak mencari optometris yang boleh membuat pemeriksaan terhadap mata dengan lebih terperinci? Nak jumpa pakar mata di hospital, kena menunggu lama. Buat je appoitment di Optom Eyecare Optometris, Bangi! 



Optom Eyecare Optometris merupakan klinik khas untuk pemeriksaan dan terapi penglihatan yang dikendalikan 100% oleh optometris yang berpengalaman dan mempunyai alat khas untuk pemeriksaan mata secara mendalam.


https://www.aisyaismail.com/2022/06/kesan-diabetes-pada-mata.html



Ramai yang dah syorkan Optom Eyecare Optometris, Bangi untuk membuat pemeriksaan mata. Ai pun nak pergi juga untuk buat pemeriksaan mata. Jangan lupa bawa mak dan ayah korang sekali ke Optom Eyecare Optometris, Bangi tau. Jaga kesihatan mata sama-sama. Dan bagitahu semua kenalan anda juga! 


Set temujanji anda sekarang dengan optometris dengan menghubungi talian 011 1147 9093. Sementara slot masih ada!



Optom Eyecare Optometris, Bangi

Alamat : No. 37, Jalan 8/1, Seksyen 8, Bandar Baru Bangi, 43650 Bangi, Selangor. (Berdekatan MarryBrown)

Waktu Operasi : 9:00am - 8:00pm (Setiap hari)

Instagram : Optom Eyecare

Facebook : Optom Eyecare





aisyaismail

Thursday 12 May 2022

Pembukaan Semula Encore Melaka Dengan Persembahan Teater Yang Menarik

May 12, 2022 14
Pembukaan Semula Encore Melaka Dengan Persembahan Teater Yang Menarik

 Assalamualaikum and hye readers.




Pembukaan Semula Encore Melaka Dengan Persembahan Teater Yang Menarik. Salah satu tarikan di Melaka sebelum pandemik adalah, Encore Melaka! Siapa pernah pergi? Walaupun masih baru, tetapi Encore Melaka sangat terkenal dengan senibinanya yang menarik dan menjadi tumpuan instagrammer yang datang untuk  bergambar.


https://www.aisyaismail.com/2022/05/pembukaan-semula-encore-melaka.html

https://www.aisyaismail.com/2022/05/pembukaan-semula-encore-melaka.html



Pembukaan Semula Encore Melaka Dengan Persembahan Teater Yang Menarik

Encore Melaka adalah teater pertama di Asia Tenggara dengan pentas yang boleh berpusing 360 darjah. Teater ini terletak di Impression City, Melaka.



Hampir 2 tahun Encore Melaka ditutup ekoran pandemik yang lepas. Mula-mula hanya pentas teater sahaja yang ditutup. Atas sebab-sebab yang tertentu, seluruh kawasan juga terpaksa ditutup. Kini, Encore Melaka dibuka semula dengan pelbagai teater yang menarik untuk ditonton. Berbaloi-baloi!


https://www.aisyaismail.com/2022/05/pembukaan-semula-encore-melaka.html



Encore Melaka akan berkerjasama dengan artis-artis tempatan dan juga antarabangsa untuk mengahasilkan pelbagai teater yang lebih  menarik lagi untuk ditonton. Selepas ini, Encore Melaka akan terus berkolaborasi dengan banyak lagi rumah-rumah produksi untuk menghasilkan teater yang lebih menarik dan kreatif.



Teater bertaraf dunia dengan teknologi terkini

Encore Melaka adalah teater yang bertaraf dunia dengan reka bentuk yang menggunakan teknologi yang terkini. Persembahan yang dipersembahkan adalah di dalam gerne yang baru dan penghasilan seni yang lebih inovatif.



Ada beberapa teater yang telah dijadualkan sepanjang tahun ini. Teater ini adalah persembahan hiburan, seni dan budaya secara langsung. Antara teater yang telah dijadualkan adalah "Mending The Broken Sky", sebuah teater muzik berunsurkan gendang Cina yang diterbitkan oleh Orang Orang Drum Theatre, "Mentega Terbang", sebuah teater Bahasa Melayu yang dibawakan oleh Anomalist Production, "Will You Marry Me?", sebuah ceramah muzik yang disampaikan oleh Toh Harnniann dan banyak lagi.


https://www.aisyaismail.com/2022/05/pembukaan-semula-encore-melaka.html

https://www.aisyaismail.com/2022/05/pembukaan-semula-encore-melaka.html



Untuk maklumat lanjut mengenai jadual teater dan harga tiket, korang boleh layari https://encore-melaka.com/show/.



Lokasi yang strategik dan aktiviti menarik

Datang ke Encore Melaka tak boleh singgah sekejap-sekejap ya. Dengan lokasi yang strategik, di Encore Melaka juga terdapat dewan serbaguna, taman, lounge VIP, asrama, pemandangan tepi laut, hostel dan banyak lagi tarikan yang menarik untuk memberi lebih pengalaman terbaik untuk penonton yang hadir. 



Selain menonton persembahan secara langsung, Encore Melaka Theatre juga boleh menampung pelbagai acara lain seperti pertandingan ratu cantik, tayangan perdana filem, penggambaran filem, majlis anugerah, seminar, pameran, acara korporat dan lain-lain. Keluasan kawasan sekitar Encore Melaka juga boleh menampung acara yang besar seperti larian amal, thriathlon, pertandingan dan juga sambutan festival.



Menjadi lokasi untuk pelbagai acara, Encore Melaka juga menyediakan kemudahan untuk keperluan pementasan, katering, marketing serta penjualan tiket. Untuk kemudahan lain seperti audio, reka bentuk pentas, proosi dan lain-lain juga korang tak perlu bimbang kerana korang boleh berunding terus dengan pihak Encore Melaka.


https://www.aisyaismail.com/2022/05/pembukaan-semula-encore-melaka.html

https://www.aisyaismail.com/2022/05/pembukaan-semula-encore-melaka.html



Pengalaman menonton teater di Encore Melaka

Ai pernah menonton teater di Encore Melaka sebanyak 2 kali. 2 waktu yang berbeza dan teater yang berlainan. Pertama kali Ai pergi, Ai sangat teruja dengan jalan cerita yang menarik dan pentas yang sangat luar biasa hebat. Siap pentas berpusing 360 darjah. Pengalaman yang sangat menarik.



Kali kedua Ai pergi baru-baru ini, Ai tonton teater Mending the Broken Sky. Persembahan yang sangat menarik dan bertenaga daripada Orang Orang Drum Theatre. Tapi... jalan ceritanya sangat simple. Ai tertunggu-tunggu pentas tu berpusing, tapi tak ada! Mungkin sebab baru hari pertama pembukaan semula, mereka pilih jalan cerita yang simple. Nak kena pergi lagi sekali ke ni?



Pelbagai lokasi bergambar

Kalau datang ke Encore Melaka ni, memang tak sah kalau tak bergambar. Orang yang rajin, dia akan tawaf seluruh pelusuk kawasan Encore Mall tu. Silap-silap 1 Impression City dia nak pusing. Tapi orang yang tak rajin, depan entrance tu pun dah cantik sangat-sangat. Kalau macam Ai, separuh rajin. Ai tak larat nak pusing ke semua tempat.


https://www.aisyaismail.com/2022/05/pembukaan-semula-encore-melaka.html

https://www.aisyaismail.com/2022/05/pembukaan-semula-encore-melaka.html

https://www.aisyaismail.com/2022/05/pembukaan-semula-encore-melaka.html



Sumpah tak tipu, memang cantik tempat ni. Kalau korang ada sebarang pertanyaan mengenai Encore Melaka, korang boleh hubungi mereka di talian 06-2776657 atau 06-2777718. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.encore-melaka.com.





aisyaismail