Aisya Ismail

Sunday, 4 August 2019

SEMANGAT UNTUK HARI ESOK

August 04, 2019 14
SEMANGAT UNTUK HARI ESOK
Assalamualaikum and hye readers.



Akhir-akhir ni badan ni rasa lesu je. Lemau! Rasa macam nak buat apa-apa pun malas. Mungkinkah kerana faktor usia? Tak mungkin! Ada makcik pakcik yang berumur lewat 50an pun masih aktif dan bertenaga. Apalah sangat kita yang masih muda walaupun bukan di dalam kategori belia lagi.


Dalam tahun ni, ai rasa ai dah menjaga makan sebaik mungkin. Ai dah kurangkan makan makanan segera dan juga makanan ringan. Mee segera tu, boleh dikira dengan jari berapa kali je ai makan. Nak terus buang tabat makanan tak sihat tu memang susah lah sebab pergi mana-mana pun ai akan jumpa makanan-makanan yang tak sihat ni.


Bila ai termenung dan merenung ke luar jendela, mulalah banyak berfikir. Ai tak sihat ke? Sakit ke? Macam-macam perkara negatif masuk dalam kepala ni. Tak ada benda yang baik. Sebab tu ai tak suka mula berfikir. Tapi apa nak jadi kalau tak nak berfikir?


Mungkin badan ai lesu kerana ai tak bersenam. Bukan kurang ya, tapi memang langsung tak bersenam. Setakat naik turun tangga je lah. Nak jalan kaki lebih sikit pun malas. Cuaca panas kan. Hehehe! Kena buat sesuatu ni. Esok nak mula berjogging lah. Buat masa ni senaman ringan dulu kat rumah. Takut terkejut pula tiba-tiba berjogging.




Harapnya azam ni bukan hanya tinggal azam seperti azam-azam yang sebelum ni. Dah nekad habis nak amalkan gaya hidup sihat. Jaga makan jaga senaman, in syaa Allah badan ni akan lebih bertenaga. Ada juga rasa nak ikuti program kuruskan badan, tapi sebab nak stamina je lah. Bukan nak kurus pun. Tapi memandangkan ai susah nak ikut jadual yang ditetapkan, ai jadi malas. Malas lagi!


Kita tengok je lah esok jadi nak jogging ke tak. Harap mood tak kelaut. Dan semoga lepas ni takde lah rasa malas lagi nak buat semua benda. Chaiyokk!




aisyaismail

Friday, 2 August 2019

WAJAH BARU BEDAK AGNESIA DENGAN WANGIAN YANG MENYEGARKAN

August 02, 2019 12
WAJAH BARU BEDAK AGNESIA DENGAN WANGIAN YANG MENYEGARKAN
Assalamualaikum and readers.



Sebut sahaja bedak Agnesia, ai terus teringatkan bedak dalam tin empat segi yang mak ai akan lumur di kulit ai setiap kali ai mengalami kegatalan. Sampai sekarang pun ai masih gunakannya, tapi dah tak jumpa lah yang dalam tin macam dulu.


 Bedak Agnesia


Lebih 80 tahun berada di pasaran

Bedak Agnesia ni dah boleh sangat kalau nak digelarkan sebagai bedak legend. Kenapa ai cakap bedak legend? Sebab jenama Agnesia sudah lebih 80 tahun berada di pasaran. Maknanya zaman atuk nenek kita dulu pun dah ada bedak ni.


Selalunya, barang yang bertahan lama di pasaran adalah barang yang lebih bagus dari yang baru. Kalau tak, takkan lah produk itu bertahan berpuluh tahun lamanya. Betul tak? Banyak je produk yang tak kekal di pasaran dan tak banyak yang bertahan. Agnesia salah satu jenama yang mampu bertahan  di dalam pasaran.


Wajah baru dengan wangian yang menyegarkan

Bedak Agnesia sekarang sudah berwajah baru di bawah rangkaian Beau Care dengan haruman lavender dan ros yang pasti menenangkan. Ai lebih suka bau lavender. Tapi, ada juga yang lebih gemarkan bau ros. Ikut selera bau masing-masing.


 Bedak Agnesia


Jenama bedak Agnesia tidak mengandungi asbestos dan terbukti mampu untuk membasmi 99.9% bakteria. Rumusan bedak Agnesia Hygiene Care memang terkenal dengan melegakan dari kegatalan kerana ia mengandungi bahan pelindung serta anti bakteria dengan 25% Zink Oksida dan 0.5% Chlorohexidine.


Bedak ini juga mampu menyerap lembapan yang berlebihan pada kulit. Maklum sahaja lah, cuaca di Malaysia ni memang senang buat badan kita berpeluh. Bedak Agnesia merupakan pilihan yang terbaik kerana mampu menyegarkan dan mengeringkan kulit. Kering daripada kelembapan dan gatal tau. Bukan kering yang sampai dehidrasi. Jangan silap ok.


Bedak Agnesia disahkan halal

Paling penting, bedak Agnesia sudah disahkan Halal. Jadi, tak perlu perlulah korang nak risaukan tentang isu halal dan haram bedak ini. Bedak Agnesia sangat sesuai dan elok digunakan setiap kali selepas mandi. Bedak ini juga selamat dan sesuai untuk kegunaan anak dan juga seisi keluarga.

Kebetulan kakak ai tengah mengandung anak yang ketiga. Masa ai letak gambar bersama bedak Agnesia di instagram, dia minta ai hadiahkan satu set bedak ini untuk kelahiran anaknya nanti kerana dia memang gunakan bedak ini sejak anak yang pertama. Bedak Agnesia mampu milik, jadi ai tak ada masalah untuk hadiahkan kepadanya.


 Bedak Agnesia



Di mana bedak Agnesia boleh didapati?

Tak susah pun nak cari bedak Agnesia ni. Rangkaian bedak Agnesia boleh didapati di semua farmasi utama, Aeon Wellness, pasar raya besar seperti Mydin dan juga 99 Speedmart. Untuk sebarang maklumat lanjut, sila layari https://www.facebook.com/AgnesiaMY/.




aisyaismail

Tuesday, 16 July 2019

DESCENDANTS OF THE SUN

July 16, 2019 10
DESCENDANTS OF THE SUN
Assalamualaikum and hye readers.



Semasa viral #songsongcouple, ai blur tak tahu apa benda tu. Yang ai tahu pasangan artis korea berkahwin dan hashtag itu terus menjadi viral. Ai tak kenal pun  #songsongcouple tu. Tapi selepas ai tengok cerita Descendants Of The Sun, barulah ai tahu pasal mereka berdua ni. Hah, nak cakap ai lambat lah tu. Hahaha! Ai mengaku memang ai lambat. Tapi tak adalah lambat sangat sebab ai dah tengok tahun lepas.




Sinopsis

Descendants Of The Sun mengisahkan tentang Yoo Si-jin (Song Joong-ki), seorang kapten unit Angkatan Khas di Korea Selatan. Si-jin dan rakan setugasnya, Sarjan Major Seo Dae-young (Jin Goo) menangkap seorang pencuri motosikal, Kim Gi-bum (Kim Min-seok). Gi-bum telah tercedera semasa penangkapannya dan dihantar ke hospital. Dae-young yang menyedari telefon bimbitnya telah dicuri oleh Gi-bum pergi ke hospital bersama-sama Si-jin untuk mendapatkan telefon tersebut.


Si-jin telah bertemu dengan Dr Kang Mo-yeon ( Song Hye-kyo) di hospital untuk kali pertama dan terus tertarik dengan Mo-yeon. Mo-yeon pula telah tersilap menganggap Si-jin adalah salah seorang penjenayah kerana dia digelar sebagai 'Big Boss'.


Si-jin dan Mo-yeon mula menjalinkan hubungan. Sepanjang perhubungan mereka, janji temu mereka selalu terganggu  oleh kerja-kerja rahsia pasukan khas Si-jin. Ditambahkan dengan perbezaan mereka sebagai seorang askar yang membunuh untuk melindungi nyawa sementara Mo-yeon sebagai seorang doktor sentiasa berusaha untuk menyelamatkan nyawa tidak kira siapa sahaja pesakitnya itu menyebabkan akhirnya mereka berpisah.


Beberapa bulan kemudian, Si-jin dan Mo-yeon bertemu semula apabila mereka ditugaskan di tempat yang sama di Uruk. Mo-yeon mula faham akan kerja dan tanggungjawab yang dipikul oleh Si-jin demi negara yang tercinta. Mereka akhirnya bersama semula semasa berada di Uruk.




Ulasan

Ai rasa, Descendants Of The Sun ni drama Korea yang paling best dalam banyak-banyak drama yang ai pernah tengok. Asyik tengok cerita orang kaya bercinta dengan orang miskin lepas tu cinta terhalang oleh orang tua dan ada perempuan atau lelaki yang cuba nak rampas hero atau heroin. Jalan cerita dan konflik yang dipaparkan pun tak bosan. Sentiasa berdebar-debar nak tunggu episod yang seterusnya. Ai syorkan korang tengok drama ni. Terbaik.




aisyaismail

Saturday, 13 July 2019

ENCORE MELAKA - TEMPAT YANG WAJIB DILAWATI DI MELAKA

July 13, 2019 27
ENCORE MELAKA - TEMPAT YANG WAJIB DILAWATI DI MELAKA
Assalamualaikum and hye readers.



Akhirnya... Ai dah sampai juga ke Encore Melaka. Selalunya ai tengok je gambar kawan-kawan di instagram mahupun facebook. Cool teruk tempat dia dalam gambar. Putih suci tepi laut pula tu. Memang cantik dan luas mata memandang.


Ai memang selalu lambat sikit dengan benda atau perkara yang tengah popular ni. Malas nak bersesak dengan orang ramai. Lokasi cantik pun boleh jadi serabut. Macam tengok wayang juga lah. Bila keadaan dah reda, orang pun dah tak berpusu-pusu sangat nak pergi, waktu itu baru lah ai pergi.




Encore Melaka

Mesti korang dah tahu lebih awal dari ai apa bendanya Encore Melaka ni kan? Kalau korang masih tak tau tempat apa ni, meh ai nak bagi tau. Ramai yang ingatkan Encore Melaka adalah panggung wayang. Tapi buka ya. Encore Melaka adalah pentas teater.


Korang tau Istana Budaya atau Sydney Opera House? Hah macam tu juga lah dengan Encore Melaka ni. Tapi selalunya kita hanya tengok prop di atas pentas bertukar-tukar setiap kali bertukar lokasi, di Encore Melaka platform penonton yang akan berpuutar sebanyak 360 darjah.


Kiri kanan depan belakang adalah pentas teater. Dan kalau korang lambat masuk, korang akan rugi kerana laluan masuk tidak boleh digunakan dan korang perlu menunggu kira-kira 20 minit sebelum dibenarkan masuk ke dalam.


Tiga pintu itu adalah laluan masuk sebelum ditutup untuk memulakan persembahan.


Buat masa ini, Encore Melaka hanya menayangkan satu jenis cerita sahaja. Akan datang In Syaa Allah akan ada pelbagai cerita yang lebih menarik lagi. Kalau korang ada produksi dan nak buat pementasan di Encore Melaka pun boleh. Apa ai boleh katakan, pentas Encore Melaka memang canggih. 


Unfold Stories Behind Melaka Inheritance

"Ini adalah kapal." "This is ship." "这是一艘船。" Kalau korang dah pergi ke Encore Melaka dan tengok teater Unfold Stories Behind Melaka Inheritance, mesti korang kenal tiga ayat ni. Ya betul, ayat pembuka teater tersebut.


Teater ini menggabungkan tujuh cerita yang menarik penonton kembali ke zaman dahulu Melaka. Penonton akan disajikan dengan dialog dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Mandarin, Bahasa Tamil, dialek tempatan dan Portugis untuk mencerminkan keharmonian pelbagai bangsa yang ada di negeri Melaka.




Kalau tanya ai, ai akan cakap teater ni menarik. Bukan kerana jalan cerita, tetapi kerana cara jalan cerita ini dipersembahkan. Daripada muzik, tarian sehingga ke prop semuanya ai suka. Paling gempak pada ai semasa adegan sewaktu hujan. Air betul ok!




Tapi hebat mana pun teater ni, kalau korang tak minat teater dan apatah lagi sejarah, korang akan rasa bosan sepanjang menyaksikan teater tersebut.


Senibina dan landskap yang cantik

Perkara yang paling menarik di Encore Melaka adalah senibina bangunan nya sendiri. Dinding yang putih bersih dan seperti sisik ikan itu menarik untuk dijadikan lokasi bergambar. Para instagrammers suka lah kan tempat-tempat macam ni. Tepi laut pula tu. Haritu ai beruntung, sebab ai dapat tengok sunset yang cantik.




Pada sesiapa yang nak bercuti di Melaka, jangan lupa masukkan Encore Melaka di dalam senarai tempat yang wajib korang lawati. Oh ya, di Encore Melaka belum ada tempat makan yang korang boleh lepak sambil makan tau. Kalau nak berada lama di situ, jangan datang dengan perut kosong. Dan korang juga dilarang untuk mendekati laut. Ini amaran keras! Dikhuatiri korang terjatuh ke dalam laut pula nanti.


Melaka International Cultural Night

Pada hari yang sama ai berada di sana, Encore Melaka ada mengadakan Malam Kebudayaan semperna ulangtahun Encore Melaka yang pertama. Dapat lah ai tengok jualan hasil karya seni dan juga tarian kebudayaan negeri Melaka.




Kebanyakan jualan di situ adalah hasil seni buatan tangan para pembuatnya. Siap ada yang buat secara terus di situ. Nasib baik ai beringat, kalau tak mesti dah beli macam-macam sebab cantik. Lepas tu simpan je di rumah jadikan hiiasan dinding.




Waktu Tayangan

Isnin hingga Sabtu - 5.30 pm dan 8.30 pm
Ahad                      - 2.30 pm dan 5.30 pm


Macam ai cakap tadi, ini teater dan bukannya panggung wayang. Jadi, datanglah sebelum pintu ditutup. Rugi tau tak dapat tengok permulaan cerita. Abang-abang sado main drum. Hahaha!


Harga Tiket

Standard       - RM128 untuk pemegang mykad dan RM148 untuk tanpa mykad.
Premium       - RM228 untuk pemegang mykad dan RM248 untuk tanpa mykad.
VIP               - RM528 untuk pemegang mykad dan RM568 untuk tanpa mykad.
Wheelchair   - RM98 untuk pemegang mykad dan RM98 untuk tanpa mykad.


Sempena ulangtahun yang pertama, Encore Melaka ada diskaun dengan hanya RM77 untuk dua orang sepanjang bulan Julai. Harga ini untuk tempat duduk Standard dan Premium. Siapa cepat dia dapat lah tempat duduk yang best. Korang boleh juga buat pembelian di shopee dengan klik je link ni  https://bit.ly/2YkOWR8. Kalau cepat confirm dapat tempat duduk premium.


Untuk pembelian tiket boleh layari https://encore-melaka.com/ticketsonly/ atau hubungi mereka di talian +6062707777. Sebarang keterangan lanjut pula korang boleh layari https://encore-melaka.com atau hubungi +062707700.


Encore Melaka

No. 3 Jalan KSB - Impression 8,
Impression City @ Kota Syahbandar,
75200 Melaka, Malaysia


06-2707700 ( Customer Service )
06-2707777 ( Tiket )




aisyaismail

Friday, 5 July 2019

SUKA ATAU TIDAK, AMBIL SAHAJA

July 05, 2019 11
SUKA ATAU TIDAK, AMBIL SAHAJA
Assalamualaikum and hye readers.



Pergi bercuti memang seronok. Yang tak seronok bila ada yang mengirim barang bermacam-macam dengan bermodalkan air liur. Terpulang kepada individu yang pergi bercuti tersebut sama ada nak membeli barangan yang dikirim ataupun terus-terang sahaja yang korang nak duit untuk kiriman itu.


Kalau ai, setakat murah-murah tu boleh lah dahulukan duitnya. Tapi kalau dah sampai beratus beribu, tak bagi duit memang tak ada lah barang. 


Korang mesti selalu terima ole-ole dari keluarga dan kawan-kawan yang pergi bercuti kan? Seronok sebenarnya berkongsi kegembiraan ni. Tapi kalau tak cukup modal tak perlulah beriya juga nak keluarkan modal untuk berikan sesuatu kepada kawan-kawan.




Pernah tak korang tolak pemberian tersebut dengan alasan sudah ada atau tidak memerlukan barangan tersebut? Pada ai, kalau korang dah ada sepuluh barang yang sama sekalipun, ambil lah ole-ole tersebut. Bukan barangan terpakai pun, malah dibeli di tempat yang jauh.


Ada orang yang fikir, dari tak guna barang tu baik bagi pada orang lain. Tapi fikirlah apa perasaan orang yang beli tu. Dia pergi jauh-jauh dan ingat pada kita, tapi kita tolak barang dia. Kalau perkara ni terjadi pada ai, ai dah tak akan belikan apa-apa untuk sesiapa yang tolak ole-ole dari ai tu.


Tak salah pun kalau korang ambil je ole-ole yang diberi tu. Pastu simpan lah. Jika perlu untuk bagi pada orang lain, korang bagi. Yang penting korang terima ole-ole tu dengan senang hati dan sudah tentu si pemberi berasa senang hati. Kita hormat pemberian orang dan orang akan hormat kita. Sekian luahan untuk hari ini.




aisyaismail