BABY BARU DAN DEMAM KUNING

Monday 31 July 2017

BABY BARU DAN DEMAM KUNING


Assalamualaikum and hye readers~


Pada 21st July 2017 yang lepas, semasa orang lelaki sedang menunaikan Solat Jumaat, adik ai telah selamat melahirkan seorang baby boy yang diberi nama Abdul Harris. Comel sangat! Ada ke baby yang tak comel? I don't think so.. Bagi ai, baby semua comel-comel belaka.


Sehari selepas lahirnya baby Harris ke dunia ini, dia tiba-tiba dapat or terkena jaundis atau pun demam kuning. Ai macam confused, kenapa da sehari baru dapat jaundis ni? Anak kakak ai dulu pun pernah kena jaundis juga, tapi seingat ai, jaundis tu dah ada masa dilahirkan. 




Ai taknak pening-peningkan kepala,ai terus menggunakan khimat pak cik G. Ye laa! Preparation juga untuk ai once ada baby nanti. At least ada lah sedikit ilmu di dada.


Ini sedikit sebanyak info yang ai dapat hasil carian di google. Thank you pak cik G!


Punca-punca Jaundis

  • Penggunaan ubat untuk mempercepatkan kelahiran.
  • Selepas lahir, bayi kurang disusukan.
  • Jaundice juga kerap menyerang bayi yang tidak cukup bulan atau pramatang.
  • Ibu dan bayi yang dilahirkan berlainan jenis darah.
  • Berlakunya jangkitan atau trauma semasa proses kelahiran.
  • Jika adik beradik bayi pernah terkena penyakit ini maka risiko bayi tersebut terkena jaundice sangat tinggi.

Dalam kes adik ai ni, sebab adik ai dengan baby Harris berlainan jenis darah. Adik ai berdarah O manakala baby Harris berdarah A.


Tanda-tanda Jaundis

Bahagian kulit dan mata putih kelihatan kekuningan. Kuning ini mula kelihatan di bahagian kepala terlebih dahulu sebelum menurun ke bahagian badan.


Baby Harris ni berkulit cerah macam umi dan abinya. So, walaupun jaundis tu belum teruk, kuningnya dah nampak jelas.


Ni baby Harris sebelum kena Jaundis


Cara Merawat Jaundis

  • Kalau di hospital, baby akan diletakkan di bawah cahaya lampu biru (Bililight).
  • Berikan bayi menyusu dengan lebih kerap. 
  • Dedahkan pada cahaya matahari. Tapi jangan direct sangat. Kesian baby tu.
  • Minum susu kambing.
  • Minum jus anggur hitam
  • Mandikan dengan air kucai

👆 Tapikan, ada juga orang cakap, petua orang dulu-dulu ni tak semestinya mujarab di zaman moden serba canggih ni. Ikut luck masing-masing. Sebab semasa mengandung, ibu-ibu makan macam-macam makanan yang tak sesuai untuk kandungan. 

Baca juga: Ulser mulut bayi


So, ai rasa better rujuk pada doctor. Itu yang terbaik. Sebab doctor lebih arif tentang penyakit ini. Di samping itu, boleh lah kita turut mengikut petua orang dulu-dulu di rumah. Kalau yang ada rezeki mampu breastfeed, bagi susu tu sekerap yang boleh. Susu ibu kan susu terbaik di dunia. Sebagai langkah usaha. Allah dah janjikan, ada doa, usaha dan tawakal, insyaallah semuanya dipermudahkan. Kita hanya mampu merancang, Allah yang tentukan segalanya. 💖

14 comments:

  1. Semoga baby Harris dikurniakan kesembuhan dengan kadar segera

    ReplyDelete
  2. Anak buah anak lahir 7.7 lepas. Pun kuning tggi. Ikhtiar mandi dengan air daun kucai. Alhamdulillah turun kuning tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Daun kucai daun yang memasak tu ea? Ok ai tambah dalam list di atas.

      Delete
  3. Tahniah =) semoga jaundice cepat turun yer baby

    ReplyDelete
  4. Anak saya semua kena kuning ni masa kecik-kecik, pak cik saya dah tua baru dapat kuning ni... semuanya berkaitan fungsi hati...

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh yeke? tak tahu pula ada kaitan dengan hati.

      Delete
  5. saya dlu anak first prolonged jaundice, cuba sumenya tp turun naik je..last pn smp dkt sebulan bacaan still 200++ dh lama doc ckp ilang sendri je tp kna refer pakar jgk ..setiap anak lain2 kan :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. 200++? tingginya.. hurmm tulah.. ragam bayi kan.. anak orang kita tak tahu..

      Delete
  6. Semoga baby haris for sihat. Biasalah Tu lepas sehari kena jaundice sebab sistem perkumuhan belum matang. Bila minum Susu barulah dikumuhkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah mama.. alhamdulillah now ada perkembangan positive.

      Delete

Janga lupa untuk tinggalkan komen =D