BAWA BEKAL KE TEMPAT KERJA

Thursday 13 July 2017

BAWA BEKAL KE TEMPAT KERJA


Assalamualaikum and hye readers~


Selama ni ai tak pernah terfikir untuk membawa bekal makanan ke tempat kerja. Sesekali tu adalah juga bawa. Tapi untuk setiap hari tu belum pernah lagi lah terfikir. Malas nak masak tu satu hal, sebab ai memang bersiap lambat. Tak tahu nak bawa apa tu pun satu hal. Padahal boleh je bawa apa-apa yang boleh dimakan kan.


Selepas cuti raya yang panjang haritu, ai ada bawa balik rendang air tangan mak ai. Rendang tu ai jadikan bekalan untuk ke tempat kerja. Tetiba rasa best pula bawa bekal ke tempat kerja. Makanan sedap, tak perlu keluar dari office, kalau hujan panas tak perlu risau dan jimat pun jimat.



Keesokkannya ai ajak encik husband pergi cari mangkuk tingkat. Boleh sangat kalau nak guna bekas makanan yang ada kat rumah. Tapi saja nak feeling macam ada makanan best dalam mangkuk tingkat tu. Hehehe.


So far ai berjaya bawa bekal ke tempat kerja setiap hari. Menu? Ai panaskan menu malam tadi je. Ataupun ai akan masak pagi-pagi buta. Tapi masak simple-simple je. Asalkan ada. Macam sup sayur or sambal sardin. Kalau dah lambat sangat, telur dadar and sambal belacan pun ai ok je. Sebab tu ai ada standby stok sambal belacan dalam fridge.


Readers yang bekerja, ada tak korang rasa nak berjimat? Ai nasihatkan bawalah bekal ke tempat kerja. Banyak boleh saving tau. Hujung minggu, boleh habiskan duit pula! 😝

10 comments:

  1. bagus bawa bekal hari2 akak pun bawa bekal juga, jimat masa dan kewangan sebab makan beli pun mahal sangat sekarng.

    eh tapi best pulak kalau bawa mangkuk tingkat macam tu, nak beli jugalah satu nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. best.. semangat sikit nak bawa bekal bila bekas lain dari yang lain.. Hehehe..

      Delete
  2. belum kerja lagi. tapi bujang lagi la malas nak masak2 bagai kan hehe

    helloaiman

    ReplyDelete
  3. memang best bawa bekal...waktu lucnh pun leh jimat ..xyah beratur beli makanan

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan.. tak payah risau lewat masuk office..

      Delete
  4. TErbaik lah! suka sangat kalau boleh bawak bekal kan? Yang pasti jimat banyak ok..pastuh kadang boring jugak tak tau nak makan ape sebab dah 9 tahun keje tempat yang sama.HAHAH! And kalau masak tuh memang masuk tekak kita kan. Semoga terus consistent yer.

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaallah.. harap konsisten lah juga ni..

      Delete
  5. selalu bawak bekal beli je hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak apa lah.. nanti lama-lama masak pula..

      Delete

Janga lupa untuk tinggalkan komen =D