BOLEH KE LELAKI DAN PEREMPUAN MENJADI KAWAN BAIK?

Saturday 5 August 2017

BOLEH KE LELAKI DAN PEREMPUAN MENJADI KAWAN BAIK?


Assalamualaikum and hye readers~


Haihhh! Hari tu di Malaysia meletup-letup kisah artis yang bergelar suami berscandal dengan artis bujang. Sebelum tu pun ada banyak kisah scandal dengan suami orang ni. Kesian isteri kat rumah tu. Eh eh eh! Ai tak nak komen pun pasal diorang. None of my business. Ecehh. Tapi betul lah, ai malas komen sebab ai tak tahu cerita sebenar di antara both side walaupun dah nampak siapa salah siapa benar. Lagipun cerita dah basi kan?





Korang rasa kan, lelaki dan perempuan ni boleh jadi kawan baik ke? Since dulu-dulu lagi, ai sekeras-kerasnya mengatakan, lelaki dan perempuan tidak boleh menjadi kawan baik. Keras lah sangat kan. Actually bukan tak boleh. Boleh je. Tak salah pun. Cuma tak sesuai. Macam pelik sangat lah.


Her : You, jom teman I pergi shopping.
Him: Ok, boleh. Tapi I tanya wife I dulu.
Her : Mesti dia bagi punya.
Him: Husband you tak kisah ke?
Her : Mesti lah tak. You kan BFF I, bukan orang lain.

Him: You I nak share problem kerja ni.
Her : Ok, cerita lah.
Him: *berceloteh panjang*
Her : Eh wife you dah tahu? Apa kata dia?
Him: Mestilah dah tau, wife I kan. Tapi you BFF I, so I kena luahkan dekat you juga.


Kalau dari segi persefahaman, yes memang ai tak nafikan dua jantina yang berlawanan boleh jadi kamcing. Dapat pula kalau jenis dua-dua open minded, memang tak ada hal lah. Tapi macam mana pula dari segi perasaan? Dah kalau hari-hari text, jumpa, amik berat antara satu sama lain, komen manja, dari mata turun ke hati? Ok, kalau korang berdua single and available, nak BFF sepuluh orang pun tak ada siapa nak kisah. Kepochi je yang akan kisah.


Banyak relationship yang ai nampak macam ni. Mula-mula berkawan, selepas itu?


Kerat tangan yang kat belakang tu kang!


Ai percaya, memang korang ada yang jenis macam mana baik dan caring pun kawan baik korang tu, kawan tetap kawan. Tak mungkin ada perasaan. Korang memang yakin sangat dah dengan perasaan korang yang tak akan suka lebih dari seorang kawan pada dia. Tapi kawan korang tu? Korang tahu ke perasaan dia? Kalau dia bersungguh-sungguh kata yang dia tiada perasaan pada korang, tapi kebenarannya korang tahu ke? Hehehe! Nampak tak ai nak saiko?


Sebab tu ai tak percaya lelaki dan perempuan BFF forever ni. Kalau bukan dua-dua fall in love, salah sorang mesti diam-diam sukakan kawan dia tu. Tak suka pun, minat-minat mesti ada. Kalau dilayan perasaan, terus jadi suka. Tak semua, tapi kebanyakkannya mesti ada. Kalau tak, macam mana boleh terjadi kecurangan rumah tangga bila husband / wife mula berkawan dengan jantina berlawanan? KRT sangat ai hari ni.


Ai tak cakap yang tak ada BFF yang berjaya berkawan but no heart feeling ni. Ada je. Ramai. Cuma lebih ramai lagi yang mudah berminat pada BFF sendiri. Sebab kononnya dah kenal hati budi. Eh, macam ada pengalaman pula kan?


Tapi ai tabik hormat pada kawan yang cintakan kawan tapi boleh relaks buat macam tak ada apa walaupun kawan baik dia frindzone kan dia. Ai respect you all lebih lah. Sebab ai kalau suka kan seseorang sangat, boleh down tau kalau dia berpacaran dengan perempuan lain. Tapi itu kalau suka sangat lah. Kalau minat biasa-biasa je, lantak kau lah!


Ai dah biasa dah tengok kejadian-kejadian macam ni. Dah biasa terjadi di kalangan kawan-kawan. Dia kawan dengan dia, jatuh cinta. Dia kawan dengan dia, cinta bertepuk sebelah tangan. Dia kawan dengan dia, murung Bff nak kahwin dengan orang lain. Even ai dengan encik husband pun starting as bestfriend. Tapi kitorang tak ada lah acah-acah bestfriend forever. Ai tak reti BFF dengan kaum tak sejenis. Kecuali yang yang tak sejenis tu ada special kes! Ai ni pemalu orangnya.


Korang  kalau rasa nak kawan dengan boyfriend orang ke, suami orang ke, jagalah batas pergaulan. Tak kisah lah lelaki ke, perempuan ke. Fikirkan perasaan pasangan mereka. Kalau esok lusa kalau tak jadi kat korang balik, mana tahu family or anak korang ke jadi perkara yang sama. Orang kalau kecewa putus cinta ni, macam-macam doa keluar dari mulut dia. Jaga-jaga tau. 😈

15 comments:

  1. kita pun tak berapa nak sokong kalau yg dah kawen ada bff lain jantina..i rasa tak perlu kot..for what reason?maybe mencegah lebih baik..daripada rumahtangga bergolak baiklah berjaga-jaga kan..

    ReplyDelete
  2. Dulu kita ada bestfriend laki. Memang rapat yang lepas exam kat Uni pun dia call tanya ok ke tak (sebab dia tahu kita lemah paper tu). Tapi sekadar kawan rapat, masing masing tak pernah luahkan apa apa. One day kita bagitahu dia yg Im in relationship with someone. Lepastu slow slow dia menjauhkan diri. Sampai lah sekarang, completely tak pernah contact, dah takde say hi ke apa, gurau2 ke apa. Dah 4 tahun berlalu. Baru2 ni dapat tahu dia dah ada girlfren, nak kahwin dah pun. Sedih sebab dia tetiba menjauhkan diri, sbb we used to be closed. Hmmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada juga a few kawan ai yang jadi macam ni..

      Delete
  3. Hahahaha....saya rasa tak boleh kot....baik elak sebelum jadi apa apa kan =)

    ReplyDelete
  4. kalau aisya tanya aida, aida jwb - tak boleh.
    sebab lumrah lelaki dan perempuan, takkan boleh selamanya takde perasaan.
    sedangkan kalau lelaki tu lembut pun, pasti dia ada perasaan kelelalakian nyer.

    ReplyDelete
  5. ermm bagi Misaki, boleh berkawan lelaki perempuan.. Boleh jadi bestfriend. tapi dari sudut pandangan Inslam tak elok.

    and anyway, selalunya salah sorang mesti akan ada perasaan... ataupun dua2 mungkin ada feeling.

    kalau hubungan bff laki perempuan tak menganggu dan merosakkan hubungan antara bff dan jga hubungan bff dgn family sendiri tak ada masalah.. tapi, selalunya terganggu..

    terganggu tu bukan bermaksud semua bff kacau rumahtangga bff or bff kacau relationship. bff..

    cumanya, bila kita ada bff kita akan cerita masalah kita dkt bff... takkanlah masaah hubungan pun nak cerita dkt bff... yg ni terlampau open dan membuka ruang utk berlakunya utk curang dan lain-lain yang tak dibenarkan Islam. Bukan berfikiran negatif, tapi sebagai langkah berjaga-jaga. Bff lah kalau nak bff, just jaga batas pergaulan tambah-tambah lepas dah ada tanggungjawab besar sebagai isteri/suami atau ayah/mak kepada anak2.. itu je :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup.. that's why ai tak setuju konsep BFF laki perempuan ni..

      Delete
  6. Menarik.

    Bff atau sahabat sejati pertama kalinya sanggup menunggu kawannya menangis hingga berhenti. Kali kedua bila kawannya menangis dia akan mengelap air mata yg jatuh ke pipi. Kali ketiga bff akan cuba untuk kawannya tidak menangis lagi. That's what i believe and in my simple words i'll say: everyone hears what we say. Friends listen to what you say but best friends listen to what you don't say.

    ReplyDelete
  7. Hehehe amboi, mesti rajin ushar horoskop ni..

    ReplyDelete
  8. salam perkenalan..:)
    bagi saya, boleh kalau belum kawin. dah kawin, tak sesuai ada bff lain jantina.

    ReplyDelete

Janga lupa untuk tinggalkan komen =D