AYAM MASAK KICAP BERCILI OH MANISNYA SENYUMANMU - Aisya Ismail

Sunday, 12 November 2017

AYAM MASAK KICAP BERCILI OH MANISNYA SENYUMANMU

Assalamualaikum and hye readers~



Nak masak apa hari ni? Jom cuba menu ayam masak kicap bercili manisnya senyumanmu ni. Pasti tersenyum sampai ke malam. Hahaha. Simple je menu ni, tapi sedap. Kalau tak sedap, takkan lah ai nak kongsikan resepikan.



Panas lagi ni, baru keluar dari kuali.


Bahan-bahan:

1- 1/2 ekor ayam
2- Minyak masak
3- Garam
4- 2 biji kentang dipotong dadu
5- 3 sudu makan cili kisar
6- 2 ulas bawang besar (hiris sedikit selebihnya potong dadu)
7- Kicap Masin secukup rasa
8- 1 sudu makan sos tiram
9- Air
10- 1 sudu makan asam jawa (dibancuh dan air tidak perlu banyak)


Cara-cara:

1- Lumurkan ayam dengan kunyit dan garam kemudian goreng separuh garing.
2- Panaskan sedikit minyak di dalam kuali.
3- Goreng bawang besar yang dihiris beserta cili kisar sehingga garing.
4- Masukkan sos tiram dan kicap masin, kacau.
5- Masukkan air asam diikuti dua gelas air dan kacau sehingga mendidih.
6- Masukkan kentang. Tunggu sehingga empuk kemudian masukkan bawang besar dan kacau.
7- Masukkan garam. Jika tidak cukup air boleh tambah air.
8- Setelah cukup rasa, masukkan ayam dan digaul rata.



9- Siap dan boleh dihidang!


Haa senang je kan? Selamat mencuba!





12 comments:

  1. sedapnyaaaa bilalah nak ada masa nak memasak ni haha

    ReplyDelete
  2. Sha tak pernah bubuh sos tiram dalam masak kicap.. Macam best je.. Boleh cuba nie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sos tu nak pekatkan kuah. Tapi sedap juga.

      Delete
  3. Sedapnyaaa lpr terus. Hehe
    mellyacrayola.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. Masakan paling senang dan sedap dimakan. Hakak masak tak buh cili kisar dan sos tiram Aisya....kalau letak sure lagi sedapkan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau biasa memang tak letak cili dan sos tiram. Saja nak special sikit.

      Delete
  5. amboi ai, tajuk menu ....
    memang manis senyuman kak pip ni kalau dapat semangkuk ayam masak kicap bercili ni...
    meh hantar satu utk kak pip. sedap tengok menu ai buat ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha kak pip cuba lah. simple menu je.

      Delete

Janga lupa untuk tinggalkan komen =D