CENDAWAN GORENG TEPUNG JANJI MANISMU - Aisya Ismail

Thursday, 16 November 2017

CENDAWAN GORENG TEPUNG JANJI MANISMU

Assalamualaikum and hye readers~



Bila pergi pasar malam, ai selalu tertarik dengan cendawan goreng. Ai seorang penggemar cendawan, dan bagi ai cendawan goreng tu sangat menarik. Akan tetapi, melihat harganya, terus ai berubah fikiran. Setahu ai, cendawan mentah tidaklah terlalu mahal di pasaran, tapi harga cendawan goreng boleh mencecah rm2.50 satu cup. Atau ai je yang rasa mahal?


Baru-baru ni, ai nak sangat makan cendawan goreng. Tapi nak tu tak adalah sampai tahap menangis kalau tak dapat. Ai tengok di pasar malam, macam biasa ai batalkan niat sebaik sahaja melihat harga. Akhirnya ai amik keputusan untuk buat sendiri. Sedap! Patutlah mahal. Seumur hidup ai, ini kali kedua kot ai makan. Sigh~ So, ai tak tahu rasanya sama atau tidak seperti di pasar malam. Ok jom ai kongsikan cara-cara buat cendawan goreng tepung janji manismu. Resepi ni ai try and error je tanpa rujukan mana-mana. Senang je, janji sedap untuk tekak ai, ok lah.





Bahan-Bahan :

1-  Cendawan
2- Tepung gandum
3- Kunyit
4- Garam
5- Telur
6- Air
7- Minyak masak





Cara-Cara :

1- Tuangkan tepung gandum di dalam mangkuk bersesuaian dengan kuantiti cendawan.
2- Pecahkan telur.
3- Masukkan sedikit kunyit dan garam secukup rasa.
4- Tuang air sedikit demi sedikit sambil mengacau tepung.
5- Kacau tepung sehingga sebati dan tidak terlalu cair.


Adunan tepung siap!


6- Celupkan cendawan ke dalam tepung. Tepung mesti menyalut semua bahagian cendawan.
7- Panaskan minyak.
8- Masukkan cendawan yang sudah bersalut tepung ke dalam minyak yang telah panas.
9- Goreng sehingga warna bertukar kuning keemasan.
10- Siap! Boleh lah jamu keluarga.



Selamat mencuba!


P/s : Pastikan cendawan sudah dibasuh terlebih dahulu.




8 comments:

  1. Cendawan goreng juga kegemaran saya. Mula tau masa pergi ke Cameron Highland. Memang sedap. Dan tak cukup sebenarnya 1cup kalau nak makan sendiri, apatah lagi nak share...hahahaha jadi memang la kena buat sendiri baru puasti.

    Tq share resipi nya. Nanti hujung minggu insyallah kita cuba.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tak cukup. lagipun satu cup tu tak padat pun. celah gigi bak kat mak ai.

      Delete
  2. Tengok cendawan goreng ni baru teringat anak akak request cendawan goreng dah 2 minggu dah...alahai..akak lupa la..balik weekend ni kena la pi buatkan untuk dia...

    ReplyDelete
  3. selalu prgi medan makan nak beli tapi hari sha nak beli mesti takdak huwaaa nanti nak trylah buat sendiri

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buat sendiri je.. puas hati dapat makan banyak.

      Delete
  4. nampak simple, tapi mesti sedap punya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagi ai memang sedap. Terutama bila makan time panas. Fuhhhh.

      Delete

Janga lupa untuk tinggalkan komen =D