TAK RUGI MENJADI PENDENGAR YANG BAIK - Aisya Ismail

Tuesday, 19 December 2017

TAK RUGI MENJADI PENDENGAR YANG BAIK

Assalamualaikum and hye readers~



Bila ada masalah, ada orang akan cari seseorang untuk meluahkan masalah. Ada juga yang suka bersendiri. Kadang-kadang orang yang ada masalah ni tak boleh mengawal perasaan. Macam-macam rasa dalam diri tu. Ai salah seorang yang tidak dapat kawal perasaan ketika bermasalah. Kadang-kadang rasa nak menangis, kadang-kadang rasa nak marah dan kadang-kadang rasa kosong. Sampai satu tahap, ai akan menyendiri atau mencari seseorang untuk meluahkan apa yang ai rasa. Tapi selalunya, akan tidur lah. Refresh balik minda sebelum luahkan sesuatu.



Gambar hasil carian di google.com.



Menjadi seorang pendengar kepada masalah orang lain kadang-kadang satu masalah yang besar untuk kita. Bukan apa, bila orang yang bermasalah ni dalam keadaan emosi, semua benda tak kena. Tipulah kalau sentiasa bersabar kan. Mesti mengata juga dalam hati bila orang yang bermasalah tu menjadi masalah kepada kita. Tapi dalam masa yang sama, ikhlas memang nak mendengar masalah tu dan jika mampu nak membantu. Jadi apa yang kita perlu lakukan untuk menampakkan keprihatinan dan dalam pada masa yang sama nak tahan dengan emosi orang yang bermasalah ini?


1- Berdiam diri dan bersabar - Kalau korang tak tahu apa nak komen, better senyap. Tak perlu nak beri komen apa-apa. Kalau mereka marah, bersabarlah. Sabar itu kan separuh daripada iman. Kalau beri pendapat tapi tak kena dengan apa yang mereka mahupun belum tentu tak kena marah. So, apa bezanya?

2- Berikan Tumpuan - Apabila seseorang meluahkan masalah pada kita, itu adalah kerada dia memerlukan seseorang untuk mendengar dan percaya pada kita. Korang berilah tumpuan dengan masalah mereka. No handphone please. Jangan tunjukkan yang korang bosan untuk mendengar.

3- Tanya apa-apa soalan - Jika perlu atau tidak faham dengan apa yang disampaikan, tak salah untuk bertanya. Dengan cara ini juga menampakkan yang korang prihatin dan bersungguh untuk mendengar.

4- Dengar sebelum memberi pendapat - Jangan sesekali korang jump into conclusion sebelum mendengar masalah mereka. Jika conclusion korang salah, tak mustahil mereka akan beremosi serta-merta. 

5- Memberi sokongan - Tak salah jika korang menyokong atau berpihak kepada mereka. Jika korang rasa mereka salah, korang bersetuju dulu dengan point-point yang mereka beri. Setelah itu, barulah berikan pendapat korang.

6- Tinggalkan je - Itu tak kena, ini salah, cakap macam ni kena marah, cakap macam tu kena marah. Padahal memang terang-terangan diorang dah buat sesuatu yang salah. Jenis yang tak nak terima langsung nasihat orang lain. Korang blah je. Tak payah tunggu. Tapi jangan lah disimbah minyak pada api. Bagilah apa-apa alasan yang logik untuk pergi. Percayalah, mereka hanya mahukan perhatian.



Gambar hasil carian di google.com.


Tak salah untuk meluangkan masa untuk mendengar masalah orang lain. Terutamanya orang yang dekat dan rapat dengan kita. Hari ini kita mendengar masalah mereka, esok lusa mungkin kita pula yang perlukan seseorang untuk mendengar masalah kita. Buat baik dibalas dengan kebaikan, buat jahat, ada balasan nya nanti. Yang penting, jangan sesekali mencari masalah.





18 comments:

  1. yes setuju. bila kita jd pendengar yg baik kita akan dpt tolong org lain at least a little. and it's the same vice versa

    ReplyDelete
  2. Kalau kat office akak biasanya mmg kena jadi pendengar yang tak bertauliah..semua yg ada masalah cari akak termasuk bos..kadang kita ynag ada masalah ni takde sapa nak hirau pun..sedih kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhuhu. Tapi kalau ai lebih suka luahkan pada yang rapat. so orang lain tak nak dengar xpe laa.

      Delete
  3. Pendengar yang baik amat diperlukan... Tak semua orang mampu jadi pendengar yang baik... Nice tips... Boleh guna nanti...

    ReplyDelete
  4. Tak semua org mampu menjadi pendengar yg baik..
    jadi sebelum bercerita pd sesiapa masalah kita,kena selidik btl²..
    kdg² kita tidak mampu bantu menyelesaikan masalah org tp sekurang-kurangnya kita boleh mendengar masalah org lain... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yelaa.. sebab tu ai boleh je jadi pendengar tapi susah ai nak cari orang jadi pendengar.

      Delete
  5. setuju. We need to be a good listener to others yeah

    ReplyDelete
  6. saya pulak suka jadi jurucakap yang baik...hehehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. cikgu biasa lah. sentiasa ada nasihat berguna untuk dikongsi. hehehe

      Delete
  7. sha selalu dengar masalah kawan kawan samaada maalah cinta ka masalah dgn kawan kawan ka masalah study ka haha tapi kalau sha ada masalah sha suka diam daripada bgtau orang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama laa. Tapi ai selalu kongsi dengan orang yang rapat.

      Delete
  8. salam kenal..tq sudi terjah blog akak..hehe
    Akak adalah sorang pendengar yg setia di ofis akak.. akak pun hairan kenapa akak dipilih oleh kawan2 sebagai pendengar masalah dan luahan mereka.. mungkin ada sebabnya kenapa kawan2 akak berbuat begitu... mungkin akak yg jenis penyimpan rahsia dan pendengar yang boleh memberikan mereka kata2 yg memberansangkan.. mungkin dengan cara ini kita disenangi oleh kawan2 di ofis... berkawan biar beribu bermusuh jgn sesekali....

    ReplyDelete
    Replies
    1. maybe diorang semua percaya kat akak kot. sebab tu diorang selesa bercerita.

      Delete

Janga lupa untuk tinggalkan komen =D