BLOGWALKING CARA AISYA ISMAIL

Thursday 25 January 2018

BLOGWALKING CARA AISYA ISMAIL


Assalamualaikum and hye readers~



Salah satu perkara yang penting dalam dunia blogging ni adalah blogwalking. Lebih-lebih lagi untuk blogger yang baru. Blowalking adalah melawat ke blog-blog blogger lain untuk baca entri mereka. Jangan lupa untuk tinggalkan jejak. Kalau tak, blogger lain tak tahu pun kewujudan korang.


Dengan blogwalking ni, blogger dapat meningkatkan pv dan dapat ramai kenalan baru. Selalunya kalau korang dah tinggalkan jejak, kemungkinan besar blogger tersebut blogwalking ke blog korang tu ada. Percayalah, kebanyakkan blogger ni ramah-tamah dan mudah mesra walaupun tak pernah jumpa. Korang yang baru jadi blogger tu mesti cepat dapat kawan di kalangan blogger. Yang penting jangan sombong. Kalau malu macam ai tak apa.


Macam mana nak tau blogger lain ada entri terbaru?



Cari Entri Baru di Reading List


BLOGWALKING CARA AISYA ISMAIL


Selalunya ai memang akan pergi ke reading list saja. Senang sebab semua entri terbaru blog yang ai follow ada kat situ. Tapi, bukan semua entri ai akan baca. Banyak blog yang ai follow, tak sempat nak baca kesemuanya. Jadi, ai akan memilih entri pada tajuknya. Jika ai tertarik pada tajuknya, maka entri itulah yang ai akan baca.


Bloglist


BLOGWALKING CARA AISYA ISMAIL


Tak kisah lah blog sendiri atau blog orang lain, ai memang rajin klik. Bila blogwalking, jika ai ternampak bloglist yang blogger lain letak, ai mesti akan klik jika ai belum baca entri tersebut. Dari sini lah ai dapat ramai kenalan blogger baru. Hari ni ai baik hati sikit. Siapa yang nak exchange bloglist dengan ai, boleh tinggalkan link di bawah. Win-win situation ok.


Komen


BLOGWALKING CARA AISYA ISMAIL


Kalau korang tinggalkan jejak di komen box ai, in syaa Allah ai akan blogwalking ke blog korang. Sebab ai nak tinggalkan jejak juga. Dengan harapan, pembaca lain terbaca komen ai, mereka akan berkunjung ke blog ai yang tak seberapa ni. Hehehe! Oh ye, tinggalkan jejak di shout box pun ai akan berkunjung semula ke blog korang.


Group Whatsapp

Group whatsapp ni pada ai penting. Kawan-kawan blogger akan paste link terbaru di situ. Lagi senang. Klik je link tu terus masuk ke dalam blog mereka. Senang kan. So kalau korang yang masih baru tu, boleh rajin-rajin tanya blogger yang dah lama macam mana nak join group whatsapp blogger. Mengeratkan sillaturrahim antara blogger.


Group Blogger di Facebook

Banyak sangat group blogger di facebook yang korang boleh follow. Di situ, para blogger akan tinggalkan link untuk pembaca tahu ada entri terbaru untuk dibaca.Ai rajin juga scroll. Setiap hari ada sahaja entri terbaru. Korang pun boleh tinggalkan link di situ. Secara tak langsung, PV korang pasti akan meningkat. Tak banyak, sikit tu mesti ada.



Ok, lima cara ni sahaja yang ai lakukan untuk blogwalking dan baca entri-entri baru daripada rakan-rakan blogger. Kalau korang ada cara lain lagi yang best boleh lah kongsikan di ruangan komen di bawah. Tapi kan, ada juga entri yang ai baca tapi tak komen. Sebab nak juga merasa jadi silent reader. Hihihi!




aisyaismail

33 comments:

  1. Yeah...sama macam LeYa jugak laa..hehehe..

    ReplyDelete
  2. saya pun baca dalam ruangan reading lsit

    ReplyDelete
  3. wah group ws pun ada? nak join jugakkk!

    ReplyDelete
  4. Ika pun baca dari reading list :D

    ReplyDelete
  5. dulu nad pun baca dekat reading list..sekrg jarang tgk,..nak kene buka balik..hehe..kalau sempat blogwalking,

    ReplyDelete
  6. Samalah! Hana selalunya terjah blog org melalui reading list dan blog list ^^

    ReplyDelete
  7. Miera pun suka style blogwalking macam ni.. sambil membaca entry kawan-kawan sambil dapat rapatkan hubungan sesama blogger.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul-betul. Ai dapat kawan blogger dari blogwalking.

      Delete
  8. wow. terima kasih untuk tips ni. Baru nak start balik dunia blogging. Rasa dah tepu betul.

    ReplyDelete
  9. eh sha baru perasan function reading list haha..dulu2 tmplate blogger sblm upgrade sllu tgk blog org dr sna..ish2 tq aisya for sharing

    ReplyDelete
  10. cara 1,2,3 tu sama. Group wasap n fb tu x pernah lah pulak

    ReplyDelete
  11. atiah memang akan bukak reading list, nak tengok entri baru dari blog kita follow. kalau rajin memang akan baca

    ReplyDelete
  12. Enter, Unclouded. Never take it personally!

    ReplyDelete
  13. I hope you update and will enhance the sport.

    ReplyDelete
  14. Thanks very interesting blog!

    ReplyDelete
  15. Appreciate the recommendation. Let me try it out.

    ReplyDelete
  16. Keep on writing, great job!

    ReplyDelete
  17. hai.. salam kenal ai. visit https://duniataipmenaip.blogspot.com/

    ReplyDelete
  18. hye, boleh walking blog saya

    http://www.wanfar.com

    ReplyDelete

Janga lupa untuk tinggalkan komen =D