Bulan December lepas ai ada cerita tentang
Showcase Gempak Giler yang diadakan di Bangi Wonderland. Sebenarnya ai tak puas mandi manda masa tu. Sebab banyak rides yang ai teringin nak cuba tapi ai tak cuba. Takutttttt! Terutamanya Magic Funnel. So, minggu lepas ai repeat untuk kali kedua.
Kali ni ai pergi dengan adik-beradik ai. Pada awalnya kami plan nak pergi ramai. Tetapi, makin nak dekat tarikhnya, seorang demi seorang tak dapat nak turut serta. Kalau semua dapat join hari tu, mesti lagi seronok. Ye lah, jarang-jarang dapat berkumpul kan. Hehehe!
Kalau sebelum ni ai takut nak cuba rides di Bangi Wonderland, tapi tidak untuk kali ini. Rasanya hampir semua rides ai cuba. Mula-mula kami warm up di Typhoon River. Menyusuri sungai keliling Bangi Wonderland. Ai tak suggest korang susur sungai tu waktu panas. Hitam! Hahaha! Tangan ai belang sampai sekarang.
Selepas selesai mengelilingi sungai, kami beralih kepada Kids Adventure. Kami bawa tiga orang kanak-kanak, takkan nak main permainan orang dewasa je kan, Kesian kat budak-budak tu. Sebelum kita happy, kita bagi diorang happy dulu. Barulah mereka tak meragam. Selepas tu barulah kami beralih kepada Anaconda Trail. Tapi ai tak naik pun. Takutt!
Tengoklah budak ni. Dia sorang yang turun macam Superman.
Insane Racer! Ni favorite ai. Satu-satunya slide dewasa yang mesra pengunjung dan boleh naik ramai-ramai serentak. Kenapa ai cakap mesra pengunjung? Sebab tak takut sangat, dan budak pun boleh main. Lepas tu diorang nak cuba Magic Funnel pula. Ai? Mesti lah taknak. Hahaha! Terus ai suruh anak buah ai yang ikut sebab walaupun budak tapi badan dia besar. Ok lah kot. Hehehe! Ai ikut juga sebab nak amik video. Bila sampai sana, anak buah ai tak dibenarkan sebab untuk budak ada had tinggi dan berat yang ditetapkan. Kesian dia. Lagi kesian pada ai, sebab ai dipaksa jadi pengganti. 😢
Bila dah cuba, ai boleh katakan Magic Funnel tu memang best. Ya, seram sampai ai nak terlepas pelampung tu. Tapi best, best sangat. Yang tak bestnya, bontot ai terhentak-hentak atas slide. Sakit wehhh!! Bila diorang ajak main Green Pearl, ai surrender. Ai tunggu mereka untuk meneruskan adventure di Anaconda Trail. Kalau berani naik Magic Funnel, Anaconda Trail tu apa lah sangat kan. Hahaha! Kami repeat, kali ni ai join. Best, tapi Magic Funnel masih the best.
Beralih pula kepada Spiralax. Ai tak dapat main slide yang ni. Penat tau panjat tangga bertingkat-tingkat. Sampai atas, penjaga tu cakap ai tak boleh naik dengan encik husband. Better seorang dewasa dan seorang kanak-kanak untuk tujuan keselamatan. Bila semakin berat, potensi pelampung tu terbang tinggi ada. Dia suruh naik dengan seorang budak yang ai tak kenal. Oh tak apa lah, ai rasa tak selamat bila ai yang kena jaga budak tu. Hahaha! So, ai turun menggunakan Body Slides.
Dah selesai mencuba semua slides yang menggerunkan tu, kami beralih ke Kids Adventure semula. Slides The Fall dan Wonder Loop kami abaikan. Seram teruk. Di Kids Adventure ada banyak slides. Yang tinggi yang rendah, tertutup, terbuka semua ada. Dan semua slides ni mesra pengunjung. Bila dengar je bunyi siren, kami terus berlari-lari anak ke Pirates Bay. Main ombak.
Ombak di Pirates Bay bukan sentiasa ada. Ombak jadian kan, mesti lah nak kena berehat juga. Bunyi siren tu menandakan ombak nak bermula. Bila ada ombak, masa ni lah Pirates Bay dipenuhi dengan pengunjung. Dengan pelampungnya yang besar-besar. Macam pesta air pula. Hahaha! Tapi kalau tanya ai, masa ombak ni ai lebih suka duduk dekat-dekat dengan gigi air. Ombaknya masih kuat, tapi ai pening bila lama-lama dekat ombak besar bahagian air dalam. Nasib tak termuntah. Pirates Bay ni pun ai tak galakkan korang berendam masa panas. Nanti berbelang macam ai.
Ombak habis, Pirates Bay mula ditinggalkan pengunjung sebab dah jadi macam kolam biasa tanpa ombak. Hehehe! Panas pula tu. Masing-masing lebih memilih Kids Adventure. Sebelum kami beralih ke Kids Adventure, Encik Husband, kakak dan abang ipar ai pergi mencuba Boomeriang. Ai tak mahu dah main slides yang menggunakan pelampung.
Dalam perjalanan ke Kids Adventure, anak buah ai ajak repeat main Insane Racer. Nak tebus kekalahan katanya. Kami pun layan kan saja. Tapi dia tetap kalah. Hahaha!
Sebelum balik, ai teringin nak cuba Water Cannon. Masa pergi sebelum ni lagi ai dah teringin nak main Water Cannon tu, tapi tak ada keberanian. So, kali ni kena cuba. Dan setelah mencuba, itulah pertama dah terakhir kali ai cuba Water Cannon. Perasaan dia macam korang kena campak sekuat hati masuk ke dalam kolam. Ting tong sekejap. Lepas tu kami habiskan masa bermain di Kids Adventure sebelum bersiap untuk pulang.
Tercabut life jacket hakak.
Kali ni ai memang puas hati sangat bermain di Bangi Wonderland. Buat masa ni belum terfikir untuk ke mana-mana waterpark lagi. Hahaha! Mungkin bila belang ni dah hilang baru ai akan terfikir lagi kot. Oh ya, sediakan mental dan fizikal tau untuk naik tangga tinggi setiap kali nak main slide.
Harga untuk masuk ke Bangi Wonderland adalah rm58 untuk dewasa dan rm48 untuk kanak. Kalau korang nak tahu lebih lanjut tentang Bangi Wonderland, korang boleh masuk ke website
Bangi Wonderland. Selalu ada promosi, tapi korang kena rajin survey.
aisyaismail