BAYARAN PERTAMA DARIPADA GOOGLE ADSENSE

Wednesday 28 October 2020

BAYARAN PERTAMA DARIPADA GOOGLE ADSENSE


 Assalamualaikum and hye readers.




Alhamdulillah! Alhamdulillah! Alhamdulillah! Tak sangka Ai dah merasa gaji daripada Google Adsense. Selama ini hanya berkongsi kegembiraan dengan kawan-kawan je, kali ini Ai pula dapat merasa rezeki yang sama. Alhamdulillah.


BAYARAN PERTAMA DARIPADA GOOGLE ADSENSE


Mula blogging pada tahun 2008


Jika nak imbas kembali zaman Ai menceburkan diri sebagai blogger adalah pada tahun 2008. Masa tu blogging tengah popular macam Myspace. Ramai kawan-kawan di kolej ada blog sendiri. Aktif dengan tidak je. Ai pun tak ketinggalan nak mencurahkan idea dengan menulis di dalam blog. Tapi tulisan Ai lebih kepada diari kehidupan. Alaaa macam korang tak pernah tulis diari kehidupan dalam blog kan.



Ai ingat lagi zaman tu blog masing-masing berwarna-warni. Belum lagi yang sukakan blink-blink. Theme pun bermacam-macam corak latar belakang. Wiget penuh siap ada lagu-lagu. Jujur Ai cakap, ramai sangat yang kreatif untuk mencantikkan blog masing-masing macam deko bilik.



Bila habis belajar, Ai dah mula tak aktif dengan blog. Ada banyak je masa yang terluang tapi Ai tak ada internet. Masa zaman tu, blog tak lepas nak buka melalui telefon bimbit. Telefon belum pintar lagi. Kalau nak update blog Ai kena pergi ke cyber cafe. Ai pula sejenis yang tak suka lepak lama-lama di cyber cafe.



Mula aktif semula setelah lama berehat


Pada tahun 2015, Ai mula blogging semula bila duduk di rumah sewa. Banyak sangat masa terluang. Dan masa ni Ai perasan blog dah tak sama macam dulu. Dah ramai orang beralih arah daripada diari kepada lifestyle atau niche-niche tertentu. Malah siap boleh buat duit dengan blog. Theme pun dah tak berwarna-warni macam dahulu. Banyak yang Ai nak kena ubah untuk mengikuti trend semasa. Akhirnya Ai delete blog lama dan Ai buat blog baru. 



Pada tahun 2017 Ai mula betul-betul aktif berblogging. Pada tahun yang sama Ai mohon Google Adsense, Ai sertai KBBA9 sampai lah sekarang dan pada tahun yang sama juga Ai bertukar daripada ceritaaisyaismail.blogspot.com kepada aisyaismail.com. Kalau tak silap, Ai mohon Google Adsense 2 bulan selepas Ai mula aktif. Dalam kurang 2 minggu selepas Ai mohon, iklan dah mula berjoget-joget di blog Ai.



Bayaran pertama daripada Google Adsense


Masa tu Ai fikir, senang betul nak buat duit dengan Adsense ni. Tapi bukan semudah yang Ai fikir ya. Nak kumpul 100USD tu bukan senang. Siap kena block sebab ada trafik yang mencurigakan. Dari tahun 2017, sekarang dah hujung tahun 2020 baru Ai merasa rezeki daripada Adsense ni. Alhamdulillah. 


BAYARAN PERTAMA DARIPADA GOOGLE ADSENSE



Rezeki yang tak di sangka bila sejak PKP yang lepas, trafik blog Ai pun tak macam sebelum-sebelum ni. Pendapatan Adsense Ai pun cepat je naik. Alhamdulillah! Ai harap lepas ni Ai boleh lah cash out setiap bulan. Aamiin!





aisyaismail

50 comments:

  1. Aalhamdulillah....tahniah...sis sikit jer lagi nak genap USD100 untuk kali ke 5 cash out....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhadulillah. Wahhh hebat. Semoga success sis. Nanti Ai tolong sumbangkan traffic.

      Delete
  2. Tahniah.. Teruskan usaha. Lepas ni boleh dapat bayaran sebulan sekali pulak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. In syaa Allah. Aamiin. Thank you sis! Thank you sis!

      Delete
  3. tahniah aisya. semoga dimurahkan rezeki selalu :)

    ReplyDelete
  4. Tahniah dik.... mantops

    Dik, akak nk minta alamat awak.. nnti bg kt email akak ye
    norhidana@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you sis! Haa nape tu? Jap lagi Ai email.

      Delete
  5. alhamdulilla!! yay.... rezeki... bestnya.. byk jgk tu.. hehehe keep blogging ya :)atie try jgk apply google adsense tapi tadak rezeki hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Atie jangan give up. Tak semua orang sekali apply terus lulus. Cuba lagi tau. Kalau perlu cari ilmu dengan blogger yang power2.

      Delete
  6. Tahniah Aisya..seronoknya lahai :)
    moga lebih cemerlang lg tau!

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah.. yeay! Happy for you. Semoga makin bertambah angka-angka adsense dan cashout setiap bulan. Aaminnn

    ReplyDelete
  8. Tahniah! akhirnya ada hasil daripada blogging.

    ReplyDelete
  9. Wahhh tahniah sis.. I baru jer buat blog tahun ni... Jauh lagi la perjalananku nak merasa gaji pertama ni.. Hehe...

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah cepat juga. Sis pun x sabar nk merasa gaji pertama AdSense..mgkn lg 5bulan😆.Sikit2 lama2 jadi bukit 🙈

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan give up sis. Bia dah sampai waktunya nanti senyum sampai telinga.

      Delete
  11. Alhamdulillah, kira macam hadiah birthday la tu kan 😉

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah, tahniah ! Doakan saya juga dapat cashout nanti amin. Btw, follow sini juga :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. In syaa Allah Haulia. Teruskan usaha jangan behenti. Ai dah follow back.

      Delete
  13. Alhamdulillah.. tahniah... kita pon nak rasa jugak.. bila entah..huhu

    ReplyDelete
  14. Alhamdulillah...tahniah Aisya...keep it up

    ReplyDelete
  15. Tahniah2..yeay..jom shopping..hehehe

    ReplyDelete
  16. kan..dulu blog lain..lagu la,mcm2 widget la..AD tak delete blog tapi AD delete post yg lama2..heheh..tahniah..AD tak merasa lagi

    ReplyDelete
  17. alhamdulillah..

    nikmat rezeki dari blog amat bermakna buat seorang blogger

    ReplyDelete
  18. Terbaiklah Aisya Ismail. Saya suka blogger yang menggunakan nama sendiri sebagai nama domain mereka.


    Ini membuatkan nama Aisya itu lebih manis, sebab blogger yang macam ini ada BRAND. Bila ada brand, orang akan mudah mengingat Aisya. Dan mereka akan mencari tahu siapa Aisya, dan akhirnya terjumpa blog Aisya.


    Teruskan berblog, semoga jumlah pelawat meningkat ke 5000 sehari. Dan semua pelawat ini diperoleh dari carian organik. Okey kan doa macam ini?


    Kita doa yang baik-baik saja. Saya pun teringin macam ini, selepas melihat pencapaian ini, saya jadi bersemangat untuk menulis.


    Perkongsian ini juga akan mencetuskan semangat membaca dan menulis dalam kalangan rakyat Malaysia kerana tanpa pembacaan kemahiran menulis tidak akan meningkat.

    ReplyDelete
  19. Terbaiklah Aisya Ismail. Saya suka blogger yang menggunakan nama sendiri sebagai nama domain mereka.


    Ini membuatkan nama Aisya itu lebih manis, sebab blogger yang macam ini ada BRAND. Bila ada brand, orang akan mudah mengingat Aisya. Dan mereka akan mencari tahu siapa Aisya, dan akhirnya terjumpa blog Aisya.


    Teruskan berblog, semoga jumlah pelawat meningkat ke 5000 sehari. Dan semua pelawat ini diperoleh dari carian organik. Okey kan doa macam ini?


    Kita doa yang baik-baik saja. Saya pun teringin macam ini, selepas melihat pencapaian ini, saya jadi bersemangat untuk menulis.


    Perkongsian ini juga akan mencetuskan semangat membaca dan menulis dalam kalangan rakyat Malaysia kerana tanpa pembacaan kemahiran menulis tidak akan meningkat.

    ReplyDelete
  20. Alhamdulillah, rezeki. Tahniah, ye, dan happy blogging.

    ReplyDelete
  21. Alhamdulillah, tahniah! Moga makin masyuk income Adsense lepas ni

    ReplyDelete
  22. Alhamdulillah, semoga dipermudahkan urusan ai. Moga lancar rezekinya.

    Saya punya tabung baru 80usd. Berdebar pula nak tunggu penuh tabung buat kali ke-2

    ReplyDelete
  23. Congratulation to you sister for getting your first payment from AdSense.

    ReplyDelete
  24. Tahniah Ai, semoga terus sukses dalam dunia blogging ini yer

    ReplyDelete
  25. Alhamdulilah.. Best nya. Kita x berjaya lagi dgn adsence. In shaa Allah 1 day

    ReplyDelete

Janga lupa untuk tinggalkan komen =D