TERPENGARUH DENGAN BLOGGER QASEH DALIA

Sunday, 1 November 2020

TERPENGARUH DENGAN BLOGGER QASEH DALIA


 Assalamualaikum and hye readers.




Ai ni jarang sangat nak terpengaruh kalau rakan-rakan blogger kongsikan apa yang mereka beli di Shopee. Ai lebih memikirkan kepentingan barangan itu untuk Ai dan juga kondisi duit dalam poket ni. Hehehe! Kalau benda tak penting tak payah lah nak bazirkan duit musim-musim jaminan kerjaya tak tahu sampai bila ni.



Baru-baru ni blogger Qaseh ada beli stand holder untuk nak ambil gambar menggunakan kamera telefon. Yang menariknya, stand tersebut hanya perlu klip pada meja. Korang susun lah produk yang korang nak ambil gambar atas meja dan snap. Tak payah susah-susah nak pegang telefon tu. Masalah gegaran pun kurang.


TERPENGARUH DENGAN BLOGGER QASEH DALIA


Stand ni memang sangat berguna untuk Ai bila dapat produk untuk review. Sebelum ni ada juga Ai cari, tapi tak jumpa pun dalam bajet yang Ai nak. Masa Qaseh kongsikan di story instagram, siap ada link sekali. Terus Ai klik dan teruja. Mana tidaknya, hanya RM20 lebih je. Lebih tu Ai lupa berapa.



Terfikir-fikir juga nak beli ke tak. Memandangkan barang pun tak banyak, Ai beli je lah. Dalam masa 2 hari dah sampai rumah. Kali ni Ai tak nak bagi link sebab masa Ai tengok tadi tinggal 1 item je lagi. Tapi korang cuba lah cari di Shopee. Cuba cari 'Mobile Phone Tablet Holder Stand Lazy Bed Desk Support' di ruangan 'search'. Nanti akan keluar banyak pilihan lain.




Tak sabar nak guna dan review produk dengan menggunakan stand holder baru ni. Harap-harap sangat berguna nak berbaloi Ai membelinya.






aisyaismail

22 comments:

  1. nak beli juga satu tapi itulah macam tak penting sgt so kita tangguh dulu.
    itu cara saya psiko diri sendiri untuk tidak terjebak sekali..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe sama lah. Tapi sebab haritu murah so beli juga.

      Delete
  2. Untuktengok kdrama pun bagus jugak ni.hahahah

    ReplyDelete
  3. tapi holder ni mmg penting and senang kan kita.. bukan takat nak snap gmbr..tgk movie pun boleh... tak lengguh tangan nak pgg utk tgk sambil baring :)

    ReplyDelete
  4. pengaruh rakan sebaya ni. hihi..sangat berguna ni sebab gambar lebih sharp tanpa gegaran. tangan pun tak penat nak hold. untuk flatlay sesuai sangat pakai ni. saya guna mobile angle bracket jenis stand :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah sis ingat nak buat flatlay, tapi sampai ke sudah ta buat lagi.

      Delete
    2. slow slow..dah dapat tune dia gerenti tak reti nak stop nanti. hihi

      Delete
  5. thanks share, pasal kak pip memang nak cari stand holder mcm ni tapi tak tahu nama dia apa...

    ReplyDelete
  6. Wow, murah tu. Rasa hampir dipengaruhi Ai dah ni

    ReplyDelete
  7. menarik aisya..boleh la dapatkan satu..

    ReplyDelete
  8. ada barang baru lah..tak tau pulak..

    ReplyDelete
  9. alamak bestnya.. mam pun rasa mcm nak terpengaruh ni

    ReplyDelete
  10. Kalau sy, tngk d fb. Kadang blh terpengaruh jg utk beli

    ReplyDelete

Janga lupa untuk tinggalkan komen =D