TAMAN KAKTUS GERSANG - TAMAN BOTANI NEGARA SHAH ALAM

Friday 6 November 2020

TAMAN KAKTUS GERSANG - TAMAN BOTANI NEGARA SHAH ALAM


  Assalamualaikum and hye readers.




Ingat tak entri Ai pasal Taman Botani Negara Shah Alam, cantik tapi banyak tempat yang tak terjaga dah? Kalau tak ingat atau belum baca, korang boleh baca di sini. Sebelum PKPB haritu Ai pergi lagi sekali. Kalau sebelum-sebelum ni ai selalu explore laluan sebelah kanan, kali ni Ai explore yang di sebelah kiri pula. 


TAMAN KAKTUS GERSANG - TAMAN BOTANI NEGARA SHAH ALAM


Mana satu pilihan hati?


Ai pernah je ikut laluan sebelah kiri ni. Tapi jarang sangat. Dan ini adalah kali pertama Ai masuk sampai ke penghujung jalan. Kalau nak dibandingkan kedua-dua laluan ni, Ai rasa laluan di sebelah kiri ni lebih penat dan lebih jauh. Yeke? Rasanya lah. Hahaha!



Masa nak buat keputusan laluan tu payah sangat. Rasa macam nak naik flying fox, tapi kalau dah ikut sebelah kiri, agak jauh nak ke tempat flying fox tu. Memang tak mungkin lah Ai nak tawaf satu Taman Botani Negara Shah Alam tu. Mahu sampai ke petang Ai berkampung kat dalam tu nanti. Kalau berbasikal masih boleh dipertimbangkan lagi. Tapi Ai jalan kaki je. Nanti lah ada rezeki lebih Ai dan Coco beli lah basikal sorang satu.


TAMAN KAKTUS GERSANG - TAMAN BOTANI NEGARA SHAH ALAM


Taman buah-buahan tapi tak ada buah


Dah suku perjalanan, baru kami tengok peta yang disediakan. Banyak peta di sepanjang perjalanan tu. Kami nak tahu apa yang menarik di sepanjang laluan tersebut. Jadi kami tahu lah sampai mana kami nak berjalan. Ada taman buah-buahan! Ai tak pernah tahu pun adanya taman buah-buahan di situ. Terus rasa teruja. 



Tapi bila sampai kat taman tu, Ai rasa kecewa sikit. Dalam perjalanan tu banyak taman-taman yang sepatutnya cantik dah jadi menakutkan. Ada taman paku-pakis kalau tak silap. Penuh dengan rumput-rumput tinggi. Jambatan pun dah rosak. Ai percaya, taman tu mesti cantik kalau dijaga dengan baik.


TAMAN KAKTUS GERSANG - TAMAN BOTANI NEGARA SHAH ALAM

TAMAN KAKTUS GERSANG - TAMAN BOTANI NEGARA SHAH ALAM


Tapak Skytrex yang dilanda ribut pun dah menjadi usang. Tapi ai faham, tempat besar macam tu makan masa untuk dinaiktaraf semula. Taman buah-buahan pun hanya ada pokok-pokok tanpa buah. Itu yang paling kecewa! Hahaha! Kalau ada buah pun, ciku yang belum masak dan kelapa yang tinggi. Taman buah-buahan tu ai rasa untuk buat kajian je. Sebab tak besar pun kawasan tu. Ingatkan adalah orang jual buah sekali kat situ. Hahaha!


TAMAN KAKTUS GERSANG - TAMAN BOTANI NEGARA SHAH ALAM


Taman kaktus gersang di Taman Botani Negara Shah Alam


Paling best adalah taman kaktus. Tolong jangan berharap terlalu tinggi ya semua. Taman Kaktus tu pun dah menjadi gersang. Tak ada pun pokok kaktus. Ada lah sebatang dua je. Jadi lah dripada tak ada langsung kan. Tapi Ai tak pernah sampai kat situ. Jadi, taman kaktus tu jadi taman yang paling menarik yang ada. Batu-batu yang merah dia mendamaikan mata ni. Pada Ai, cantik lah walaupun gersang.


TAMAN KAKTUS GERSANG - TAMAN BOTANI NEGARA SHAH ALAM

TAMAN KAKTUS GERSANG - TAMAN BOTANI NEGARA SHAH ALAM

TAMAN KAKTUS GERSANG - TAMAN BOTANI NEGARA SHAH ALAM


Sepatutnya seminggu dua selepas Ai pergi ke Taman Kaktus tu, Ai dan Coco dah rancang nak panjat Bukit Sapu Tangan sekali lagi. Nak pergi beriadah sekeluarga. Tapi apa kan daya, tiba-tiba Selangor kena PKPB. Hiking kat rumah je lah.





aisyaismail

15 comments:

  1. besar kaktus tu..gersangnya taman tu

    ReplyDelete
  2. sayangnya tengok tak terjaga semuanya... tengok di tangga tu berjatuhan pelepah palma tu, kaktus pun ada yang pelesu je... memang takde yang jaga ke camne ye

    ReplyDelete
  3. Nampak dah kurang penjagaan taman tu.

    ReplyDelete
  4. ini photoshoot weeding ke , anything la cantik gila tapi klu ada org jaga... mesti lagi cantik kan

    ReplyDelete
  5. Suatu ketika dulu, masa tempat ni dinamakan Taman Pertanian Bukit Cerakah, saya pernah pergi situ. Ada dalam album gambar lama, masa kat Taman Kaktus. :)

    ReplyDelete
  6. Macam scary pun ye jugak sebab macam ada zombie.. haha banyak tengok movie la i ni hehe.

    ReplyDelete
  7. sayangnya macam terbiar. mmg cantik kat taman botani tu tempat best utk beriadah

    ReplyDelete
  8. kering dah kawasan cactus garden tu..kalau dak mesti mghijau tanaman kat situ..

    ReplyDelete
  9. bestnya jalan2... suka tempat2 yang macam ni, very green gitu.

    ReplyDelete
  10. Taman ni kalau dijaga dan selalu diselenggara mungkin jadi satu daya tarikan menarik di Shah Alam ni.

    ReplyDelete
  11. Hari tu sebelum PKPB housemate ada ajak ke sana tapi tiba2 PKPB plan pun terbatal

    ReplyDelete
  12. sangat menarik la tempat...

    ada peluang peluang teringin juga nak pergi

    ReplyDelete
  13. kalau sorang2 ni memang tak masuk la.. nampak mcm tak terjaga

    ReplyDelete
  14. Kalau terjaga mesti lagi cantik Taman Botani ni. Segersang taman cactus tu pun cantik juga. ala rustic gitu. Tapi kalau ada banyak cactus, lagilah cantik kan

    ReplyDelete

Janga lupa untuk tinggalkan komen =D