KELEBIHAN DAN KEKURANGAN BEKERJA DARI RUMAH (WORK FROM HOME)

Saturday 24 October 2020

KELEBIHAN DAN KEKURANGAN BEKERJA DARI RUMAH (WORK FROM HOME)


  Assalamualaikum and hye readers.




Selama melalui alam pekerjaan, inilah pertama kali Ai bekerja dari rumah. Semasa PKP bulan Mac haritu, Ai dicutikan sementara tanpa perlu bekerja. Tapi lain pula PKPB kali ni. Kerja tetap kerja walaupun hanya duduk di rumah tanpa perlu ke tempat kerja. Dan hari ini sudah masuk hari kedua Ai bekerja dari rumah.


KEBAIKAN DAN KEBURUKAN BEKERJA DARI RUMAH (WORK FROM HOME)


Sebelum arahan bekerja dari rumah dikeluarkan, di sosial media banyak perbalahan yang ai nampak. Ada yang nak bekerja dari rumah dilaksanakan dan ada yang tak mahu. Ai tak kisah yang mana satu. Kalau bekerja dari rumah, banyak kelebihannya. Tapi ada juga kekurangannya. Jadi kalau bos kata 'Aisya, you work from home', maka Ai kerja lah dari rumah dan begitu juga jika sebaliknya.



Kelebihan bekerja dari rumah


Mengelakkan penularan COVID-19

Bila kita terlalu yakin yang kita dah menjaga SOP sebaik yang mungkin, tapi macam mana dengan orang lain? Setiap kali pergi ke pejabat, kita tak tahu apa aktiviti rakan-rakan sepejabat di luar waktu bekerja. Begitu juga jika kita singgah di kedai atau bertemu dengan supplier atau client, macam mana jika salah seorang dari mereka sudah dijangkiti? Lebih baik duduk di rumah sahaja tanpa perlu risau akan risiko yang tinggi.


Tidak perlu tergesa-gesa untuk bersiap ke tempat kerja

Bila bekerja dari rumah, kalau terbangun lambat daripada kebiasaan pun tak pelu risau kerana kita tak perlu nak tergesa-gesa untuk bersiap. Pakai baju tidur pun boleh mula bekerja. Make up pun jimat.


Tidak perlu gosok baju

Siapa yang pakai baju formal ke tempat kerja, mesti faham betapa pentingnya gosok baju. Yang bertudung kena lah gosok tudung. Bila bekerja dari rumah tak perlu dah nak menggosok. Tapi Ai tetap kena juga gosok baju sebab Coco bekerja macam biasa.


Jimat minyak dan tambang ke tempat kerja

KEBAIKAN DAN KEBURUKAN BEKERJA DARI RUMAH (WORK FROM HOME)

Haa ini satu lagi kelebihan bekerja dari rumah. Jimat minyak dan duit tambang. Setiap hari Coco akan hantar dan ambil Ai dengan menaiki motor. Minyak motor wajib diisi penuh beberapa kali dalam seminggu. Tapi bila Ai bekerja dari rumah, minyak motor isi seminggu sekali je. Itu pun ada lagi lebihan dan boleh guna sampai minggu hadapan.



Kekurangan bekerja dari rumah


Kena menyediakan ruang untuk bekerja

Bayangkan lah setiap hari nak bekerja dari pukul 9 pagi hingga 6 petang. Takkan nak kerja atas katil sahaja kan. Sakit pinggang oi. Silap hari bulan tertidur. Mesti nak kena ada ruang kerja yang selesa untuk bekerja dengan efisyen setiap hari. Yang rumah yang dah memang ada ruang bekerja tu, sangat-sangat membantu.


Perlukan internet berkelajuan tinggi

Kalau selalunya data telefon 8GB cukup untuk korang bertahan selama 1 bulan. Sepanjang bekerja di rumah, silap hari bulan sehari pun tak cukup. Dengan zoom meetingnya, emailnya, download kerjanya dan itu belum lagi termasuk nak bersosial media dan youtube selepas waktu bekerja. 


Kurang komunikasi dua hala

Lebih mudah sebenarnya bekerja kalau kita berjumpa dengan rakan sekerja depan-depan. Nak bagi penerangan dan menerangkan pun mudah. Bila berkomunikasi melalui gajet, kadang-kadang apa yan kita nak sampaikan tak sampai pada orang lain. Begitu juga sebaliknya.


Kurang berdisiplin

Jujurnya bila bekerja dari rumah, perasaan malas tu akan ada. Rumah kan tempat untuk berehat selama ni. Tiba-tiba kena bekerja. Apatah lagi bila meja kerja di dalam bilik. Katil tu memanggil-manggil tau. Mak Ai kata pasang tirai jangan bagi nampak katil tu. Hahaha! Nasib baik kerja ai kejar dateline, kalau tak hari-hari Ai nak cuba menu baru macam PKP sebelum ni. 


Rasa bersalah duduk dalam bilik

KEBAIKAN DAN KEBURUKAN BEKERJA DARI RUMAH (WORK FROM HOME)

Kalau korang pembaca setia aisyaismail.com mesti korang tahu yang Ai masih lagi menetap dengan mak mertua. Ai tak ada masalah dengan mak mertua mahupun bapa mertua. Alhamdulillah, itupun satu rezeki. Tapi bila Ai bekerja dalam bilik dan mak mertua Ai yang kena masak, Ai jadi serba-salah. Tau-tau turun makan tengahari. Nak kurang kan rasa bersalah, Ai nak cuba masak menu baru hujung minggu ni. In syaa Allah. Hehehe!



Baru Ai tahu macam mana dugaan bekerja dari rumah ni. Kalau bagi pilihan, Ai memilih untuk bekerja di pejabat macam biasa je. Sebelum mula bekerja dari rumah, Ai ingatkan Ai boleh buat kerja sambil layan Running Man. Tak sempat rupanya. Hahaha! Sama je macam bekerja di pejabat. Kerja banyak juga.



aisyaismail

24 comments:

  1. wfh ni sebenarnya lagi meletihkan dari wfo..huhu.. bagi sayalah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Same goes here. Lagi banyak benda nak kena fikir dalam 1 masa.

      Delete
  2. ada kelebihan dan kkurgan ..apa yg Ai titipkn dlm entri semuanya betul..bersabar lah moga semua cepat berlalu..dan kita semua dpt bkerja dgn aman secara normal..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin.. harap sangat cepat-cepat berakhir segala kedukaan.

      Delete
  3. Good luck sis! Memang akan ada kelebihan dan kekurangannya.

    ReplyDelete
  4. Zumal sejak PKPB ni terus hilang job part time. Huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Owhhh yeke? Takpe mungkin ada rezeki yang lagi besar lepas ni.

      Delete
  5. memang ada pro n cons wfh ni tapi apapun yg p[enting kejes siap on time kan

    ReplyDelete
  6. Yupp betul tu kena ada persediaan yang lengkap. Nama pun kerja. Hehehe.

    ReplyDelete
  7. bagi akak kerja di rumah memang best tapi penat, penat nak layan anak, penat nak kemas umah nak masak... aduhai
    di pejabat kita boleh duduk tempat kerja diam-diam buat kerja tanpa ganggu orang lain... tak perlu masak, kemas umah ke apa hehehhe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab tu kalau wfh mental kena kuat kan sis. Expeacially yang ada anak, takkan nak biarkan anak macam tu je bila dah nampak depan mata.

      Delete
  8. Memng akan ade pro and cons.. Kelebihan dekat org bujang atau belum ade anak.. Okla kot kerja kat rumah.. Yang ada anak.. Huri hara

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe tu lah tu. Tapi kalau explain diorang ok kot.

      Delete
  9. un pula suka kerja di rumah, senang..tapi anak-anak hntr p rumah pengasuh la.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ikutkan wfh memang best. Tapi tu lah, more to rasa bersalah tak turun ke dapur. Hehehe

      Delete
  10. mmg ada pro & cont bila bekerja di rumah..tp ms pkp dlu mcm tk percaya dkt 3 bln tk masuk opis..rasa mcm cuti bersalin..nk plak ank manjang lapar mcm2 request soh mak masak hehe tp nasibaik la husband melayan anknya sbb husband slalu masak...akak pn stay ngan mertua dh masuk thn ke 14...mmg gilir2 masak tp bila work from home slalunya husband yg masak...tp pkpb ni ok lg la commpare awal2 pkp dlu kn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahhh.. Ai ni first time wfh, so memang rasa kekok sangat lah.

      Delete
  11. betul, klu WFH kena ada good wifi kan..sbb nak meeting la..video call la.. updating files la...

    ReplyDelete
  12. kelebihan tu boleh jimat masa nak bersiap dan minyak tu okaylah. Tapi kerja lagi efficient bila bekerja WFO berbanding WFH kan sebab semuanya lengkap di office. apapun semuanya ada kebaikan dan keburukan :) selamat bekerja WFH.

    ReplyDelete
  13. Kerja dari rumah perlu displin yang kuat. Tapi bagi seorang ibu yang ada anak ramai, agak mencabar juga. Semua kerja rumah kena siapkan dulu, seperti memasak, dan sebagainya.

    ReplyDelete

Janga lupa untuk tinggalkan komen =D