"TOGETHER-GETHER FUND" - DOMINO'S PIZZA

Monday 7 May 2018

"TOGETHER-GETHER FUND" - DOMINO'S PIZZA


Assalamualaikum and hye readers~



Apa benda "Together-gether Fund" ni? Kalau korang nak tau, Domino's Pizza telah melancarkan Together-gether Fund sempena bulan Ramadan yang akan tiba tidak lama lagi. Ai sekali lagi berkesempatan untuk menyertai event yang dianjurkan oleh Domino's Pizza.




Dana yang ai maksudkan di atas adalah bertujuan untuk mewujudkan satu platform di mana Domino's akan bersama-sama pelanggannya menyumbangkan dana kepada individu yang layak melalui Domino's Unsung Heroes. Di dalam event yang ai hadiri juga pihak Domino's ada menyerahkan sumbangan kepada Unsung Heroes kita untuk diserahkan kepada mereka yang layak.


Mesti ramai yang dah garu kepala memikirkan apa benda yang disebut-sebutkan sebagai Unsung Heroes ni. Unsung Heroes adalah orang-orang yang melakukan kebaikan dalam diam. Dalam erti kata lain, bila mereka buat sesuatu perkara yang baik, korang tak akan tahu pun. Mereka akan membuat secara senyap. Bila ada orang lain yang tahu dan sebarkan, baru korang akan tahu kebaikan yang mereka lakukan.




Antara Unsung Heroes yang hadir dan mendapat sumbangan daripada Domino's Pizza adalah staff daripada Hospital UMRA, abang-abang bomba daripada Kota Anggerik Fire Station, Mr Lex Low, Mr Palani Kumar, Mr Kuan Chee Heng atau juga dikenali sebagai Pak Cik Kentang dan Encik Ahmad Fazal. Siapa mereka dan apa yang menjadikan mereka bergelar Unsung Heroes, korang google lah sendiri ok. Hihihi.


Korang pun boleh tau kalau nak bersama-sama ambil bahagian dalam Together-gether Fund ni. Senang je, korang beli pizza Ramadan Deals kegemaran korang. Setiap Ramadan Deals yang korang beli akan menyumbang sepotong pizza kepada Together-gether Fund. Kempen ini akan berlangsung daripada 14 May 2018 sehingga 3 Jun 2018. Jadi korang jangan lengahkan masa nak ke Domino's tau.


Untuk sama-sama meraikan bulan Ramadan yang hampir tiba, Domino's membuat tawaran yang menarik dan menjimatkan untuk korang nikmati bersama keluarga dan teman-teman.




Dengan belian The Buddy Combo yang berharga RM39.90 korang akan dapat 1 Regular Pizza, 1 Twisty Bread, 1 Ayamhaseyo dan 2 tin minuman ringan. The Super Combo yang berharga RM59.90 pula korang akan dapat 2 Regular Pizza, 1 Cgeesy Mozzarella/Cheddar Stix, 1 Ayamhaseyo dan 1 botol 1.5L minuman ringan.Jangan lupakan The Super Tuesday promo setiap hari Selasa tau. Korang boleh dapatkan personal size Pizza dengan hanya rm3.90 dengan belian secara on-line dan take away, dan rm4.90 untuk belian di kaunter.


Untuk order, sila layari www.dominos.com.my atau hubungi 1300-888-333 atau lawati cawangan Domino's Pizza yang terdekat dengan korang.





aisyaismail

3 comments:

Janga lupa untuk tinggalkan komen =D