TENGOK DAN BELAJAR MENGENAI HAIWAN - FARM IN THE CITY

Friday 21 September 2018

TENGOK DAN BELAJAR MENGENAI HAIWAN - FARM IN THE CITY


Assalaualaikum and hye readers.



Pada cuti Hari Malaysia yang lepas, komuniti #KBBA9 telah mengadakan family day di Farm In The City yang terletak di Seri Kembangan. Dah namanya pun hari keluarga, ramai lah blogger dari pelbagai negeri hadir pada hari tersebut. Ai dan Encik Husband turut tidak melepaskan peluang untuk menyertai acara ini. Ramai yang ai tak pernah jumpa dan kami sudah pun bertemu di sana.



Farm In The City

Farm In The City adalah sebuah kawasan riadah yang mengabungkan keseronokan hidupan liar dengan keindahan alam dan kehijauan tumbuh-tumbuhan. Reka bentuk di dalamnya seolah-olah pengunjung berada di dalam sebuah kampung yang mengusahakan ladang penternakan yang berjaya. 


Kalau korang pernah baca, tengok tv ataupun tengok gambar orang-orang yang mengusahakan ladang ternakan, macam itu lah perasaan bila berada di dalam Farm In The City. Bezanya sudah tentu Farm In The City menjadi tumpuan pengunjung. Pengunjung keluar dan masuk, jadi tidak sunyi seperti yang nyata. 

Nampak tak kerbau albino kat situ?


Ai paling suka di kawasan tasik, memang sejuk mata memandang. Di tambah pula dengan rumah atas air yang dikelilingi pokok-pokok hijau. Sama macam rumah idaman ai. Rumah di hadapan tasik dan dipenuhi pokok-pokok yang hidup subur. Tapi macam bahaya lah pulak. Berani ke nak tinggal kat rumah macam tu?

Nak rumah tu.


Apa yang menarik?

Keunikan dan menariknya di Farm In The City ini adalah taman ini seperti sebuah sangkar yang besar. Pengunjung boleh masuk ke dalam sangkar dan bebas bersama haiwan-haiwan yang berkeliaran. Kebanyakan haiwan di Farm In The City sangat mesra pengunjung dan pandai posing maut tau.


Pengunjung juga boleh memegang haiwan-haiwan tersebut. Kalau nak beri makan pun dibenarkan, tiada masalah. Yang tak pernah  sentuh dan main dengan haiwan-haiwan ternakan tu, haaaa ini lah masanya korang nak buat benda-benda ni semua. Ada juga haiwan yang tidak bebas seperti burung unta, buaya, kangaroo, ular sawa dan macam-macam lagi. Yang duduk dalam sangkar khas, jangan pula korang lompat masuk dalam tu tau.

Berjaya juga Encik Husband bagi dia makan.

Boleh tunggang pony untuk kanak-kanak sahaja.


Korang rasa ai pegang tak haiwan-haiwan tu semua? Mesti lah tak! Ai jumpa kambing, ai yang lari. Ibarat ai yang akan jadi manusia golek makanan si kambing. Hahaha! Ai minta maaf pada semua yang ai terlanggar masa lari keluar dari tempat kambing tu. Orang berpusu-pusu nak masuk, tapi ai lari dan rempuh semua orang sebab kambing nak datang dekat ai. Fuhh! 


Keseronokan bermula di sini

Terdapat beberapa bahagian yang terdapat di Farm In The City. Setiap bahagian mempunyai keunikan dan keseronokan yang tersendiri. Setiap bahagian tidak sama dengan bahagian-bahagian yang lain. Lebih dari 100 haiwan ada terdapat di dalam Farm In The City ni. Jadi tidak hairanlah jika ada haiwan yang korang tak pernah lihat.



Pertama kali tengok ni. Cantik kan?

Ewahhh! Dia punya posing.

Macam pengantin tau. Mesti korang teruja kalau tengok depan-depan.


Paling ai teruja bila nampak kangaroo. Ye lah, nak kena pergi Australia tau baru boleh jumpa. Tapi kangaroo ni kecik je. Spesis terkecik. Kesian dia sekor je dalam tu. Siap menyorok tak nak jumpa ai. Jadi tak dapatlah ai amik gambar dia yang comel tu. Di sini juga, buat pertama kali ai melihat Alpaca. Siap kena ada penghawa dingin 24 jam.


Di Farm In The City juga terdapat banyak spesis kura-kura yang ai baru pertama kali nampak. Paling menakutkan adalah kura-kura giant. Besar sangat, seram tengok muka dia. Tapi ai berani sebab ai tahu kalau ai lari dia tak akan dapat kejar ai. Orang kata kalau bela kura-kura ni membawa rezeki kepada tuannya. Siapa yang percaya tu percaya lah.

Cengkerang yang unik.



Jangan lupa tengok Parrot Show tau! Geram je ai tengok burung kakak tua tu semua. Pandai sangat berlakon. Mendengar kata pula tu. Trainer dia kata, mengambil masa dalam tiga ke enam bulan untuk melatih burung-burung tersebut. Yang penting usaha, tak mustahil diorang nak dengar cakap korang. Ai nak bela burung kakak tua lah lepas ni.



Harga Tiket

Nak masuk Farm In The City ni ada tiket ya. Boleh beli di kaunter tiket. Kaunter tiket korang kena masuk ke dalam. Di sebelah kanan ada tangga. Lepas turun tangga tu, korang akan jumpa kaunter tiket di sebelah kiri. Laluan untuk kerusi roda dan stroller ada disediakan. Boleh bawa, tapi risiko pada roda dia. Kalau korang tak suka kotor, baik jangan bawa masuk lebih-lebih lagi musim hujan.


Harga tiket seperti berikut :

Harga Biasa
Dewasa - RM55
Kanak-kanak - RM45
Warga Emas - RM45

Pemegang MyKad
Dewasa - RM37
Kanak-kanak - RM30
Warga Emas - RM30

Kanak-kanak dengan ketinggian kurang daripada 90cm adalah percuma.


Waktu Operasi

Isnin                                  - 10.00am hingga 6.00pm
Selasa                                - TUTUP kecuali cuti sekolah dan cuti am
Rabu - Jumaat                   - 10.00am hingga 6.00pm
Sabtu & Ahad                   - 9.30am hingga 6.00pm
Cuti Sekolah & Cuti Am  - 9.30am hingga 6.00pm


Nasihat ai, kalau korang nak pergi, baik pergi awal supaya tiada masalah untuk parking kereta. Lebih-lebih lagi pada hari cuti. Waktu pagi tak ramai sangat orang dan yang penting matahari belum tegak atas kepala. Bersemangat sikit nak berjalan dalam tu.


Cuti sekolah dah nak dekat ni. Dah elok sangat lah korang masukkan Farm In The City ni dalam senarai aktiviti cuti sekolah anak-anak korang. Sambil beriadah dengan keluarga, anak-anak boleh mengenali haiwan-haiwan dengan lebih dekat. Nanti tak adalah takut kambing macam ai. Sebarang pertanyaan lanjut boleh lawati laman sesawang https://www.farminthecity.my.

Baca juga: Kucing

10 comments:

  1. bestnya tempat maam ni! sha walaupun taksuka sangat haiwan tapi suka tengok haiwan haha

    ReplyDelete
  2. Memang best ke FITC ni, anak² akak seronok sangat!

    ReplyDelete
  3. Seronok korang bergather kat situ aritu yerr

    ReplyDelete
  4. Best tu kalau dapat rumah idaman camtu. Tapi tu laa...takut gak kalau sorang2 hehe. Btw, fitc ni memang best. Berbaloi dengan harga tiket dia memang byk haiwan comel2

    ReplyDelete
  5. Bestnya.. sha dah beli tiket, tgh tgu cuti sekolah je..

    ReplyDelete
  6. anak excited pergi fitc ni..bolehla datang lagi

    ReplyDelete

Janga lupa untuk tinggalkan komen =D