16 JENIS FOBIA YANG MUNGKIN ADA PADA ANDA

Sunday 21 October 2018

16 JENIS FOBIA YANG MUNGKIN ADA PADA ANDA


Assalamualaikum and hye readers.



Apa itu fobia?

Fobia adalah sejenis ketakutan yang berlebihan terhadap suatu benda atau suatu perkara. Ketakutan yang keterlaluan ini akan menyebabkan penghidap fobia tidak boleh berhadapan langsung dengan benda atau perkara yang ditakuti itu.




Punca-punca fobia

Banyak perkara yang boleh menjadi punca seseorang itu menjadi fobia. Ada yang memang fobia secara semulajadi daripada kecil, ada yang terkesan akibat peristiwa pahit atau trauma dan ada juga yang terikut-ikut dengan fobia orang lain.


Fobia tidak akan mendatangkan penyakit akibat disentuh. Fobia lebih kepada masalah mental yang memerlukan masa untuk bertenang. Masalah mental tidak bermaksud sakit mental atau gila. Akan tetapi, kalau tidak dikawal, boleh menjadi sakit mental ya. Jadi, jangan dibuat gurauan jika ada kenalan kita yang menghidap masalah fobia ini.


Jenis-jenis fobia

Acrophobia - Takut tempat yang tinggi. Bila berada di tempat tinggi terasa seperti nak jatuh walaupun sedang berdiri di tempat yang selamat. Begitu juga ketika menaiki pesawat. Tidur je lah.

Nyctophobia / Achluphobia - Takut pada kegelapan. Tidur malam pun tidak boleh tutup lampu. Tak lena tidur malam kalau lampu tertutup.

Ablutophobia - Takut mandi atau takut air. Macam mana agaknya mereka mandi ya?

Agyrophobia / Dromophobia - Takut jalan raya atau melintas jalan. Untuk penghidap fobia ini, jejantas sangat-sangat membantu.

Aichmophobia - Takut akan jarum atau benda tajam. Jadi, tidak bolehlah penghidap fobia ini menjadi tukang jahit yang sering bermain dengan jarum dan gunting.

Ailurophobia / Elurophobia / Felinophobia - Takut pada kucing. Kucing sememangnya makhluk Tuhan yang sangat comel. Akan tetapi, ada juga orang yang fobia akan kucing.

Baca juga: Cara memilih makanan kucing

Androphobia / Hominophobia - Takut kepada lelaki. Rugilah jika perempuan takut kepada lelaki. Adakah ini punca cinta songsang?

Gynephobia / Gynophobia - Takut kepada wanita. Rugi juga kepada lelaki yang takut kepada wanita. Adakah ini juga punca cinta sonsang.

Astraphobia / Brontophobia - Takut guruh dan petir. Ramai yang takutkan guruh dan petir. Tetapi tidak ramai yang fobia akannya.

Aurophobia - Takut lemas. Siapa yang tidak takut lemas? Penghidap fobia ini akan lebih cenderung menjauhi tempat-tempat yang menjadi punca lemas seperti laut, sungai, tasik dan sebagainya.

Caligynephobia - Takut pada perempuan cantik.  Kalau ai, ai tidak fobia pada perempuan cantik. Ai obses kepada perempuan cantik. Akan tetapi bukan obses terlampau sehingga menjadi psiko tau. Suka tengok sahaja.

Catoptrophobia - Takut dengan cermin. Apa agaknya yang mereka nampak di dalam cermin itu?

Coulrophobia - Takut dengan badut. Rasanya makin ramai penhidap fobia ini selepas menonton cerita IT yang ditayangkan pada tahun lepas.

Dentophobia - Takut dengan doktor gigi. Siapa yang jenis tak boleh fokus pada pembelajaran di sekolah setiap kali doktor gigi datang? Haa! Itu salah satu petanda korang mempunyai fobia dentophobia.

Entomophobia / Insectophobia - Takut dengan serangga. Walaupun serangga hanyalah kumbang berwarna coklat sebesar kuku jari anak korang sahaja. Silap hari bulan kuku korang pun lagi besar daripada kumbang tersebut.

Hemophobia / Hemaphobia / Hematophobia - Takut melihat darah. Pati sirap pun boleh disangkakan darah.


Sebenarnya banyak lagi fobia yang ada, tapi ai bagi contoh fobia-fobia yang biasa kita nampak. Panjang berjela entri ni kalau ai senaraikan semua sekali. Kalau korang nak tau, ada di ntara foobia di atas ada pada ai. Kalau korang pandai, teka lah yang mana satu. Hah! Apa fobia korang pula?





aisyaismail

16 comments:

  1. akak dh tua2 ni fobia lak tempat tinggi....

    ReplyDelete
  2. Takut jarum. Kena ambik darah pun boleh pitam tauu! Kahkahhh. Rasa kelako sangat bila ingat balik.. Bertabahlah demi anak dalam kandungan hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ai tak takut jarum. Tapi apa-apa yang berkenaan injection memang pitam.

      Delete
  3. Oh! kalau takut doktor gigi dentophobia namanya.
    Teringat masa zaman sekolah rendah dulu seorang classmate tu memang phobia betul bila dengar doktor gigi nak datang pernah sekali bila sampai turn dia untuk periksa gigi.
    Dia lari terus habis satu padang sekolah hahahaha kecoh sangat time tu. Ntah manalah dia sekarang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ai buang terus kad doctor gigi tu. Sampai ke sudah tak kena panggil.

      Delete
  4. fobia makan cempedak.. tp oleh kerana sedap. makan sikit je la. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pertama kali dengar fobia cempedak. Sedap kot.. Nak nak cempedak goreng.

      Delete
  5. follow sini. harap sudi follow http://ejulz.blogspot.com

    ReplyDelete
  6. dulu fobia jumpa doktor gigi...sanggup tak buka mulut elak cabut gigi...hehehe..sekarang dah okey

    ReplyDelete
  7. akak fobia dengan org hipokrit. tp terkena jgk

    ReplyDelete
  8. Fobia dengan kucing, takut diorang cakar-cakar. Tengok ok lagi boleh lah puji comel la apa la tapi kalau diorang dekat, dah boleh stand by dah hahaha LARI !!!!

    Btw ada tip tak nak atasi fobia ni? 😌

    Mijablur - Malaysian Lifestyle Blogger


    ReplyDelete
  9. Acrophobia - Fobia yang paling top..ahahaa.. Majoriti pada setiap orang

    ReplyDelete
  10. Acrophobia.. baru tgk gambar je dah berpeluh tangan ni ha.. huhuhu

    ReplyDelete

Janga lupa untuk tinggalkan komen =D