January 2020

Thursday 16 January 2020

BANYAK TEMPAT MAKANAN VIRAL DI IPOH RUPANYA

January 16, 2020 17
BANYAK TEMPAT MAKANAN VIRAL DI IPOH RUPANYA
Assalamualaikum and hye readers.



Entri kali ni sambungan daripada entri Genting Highlands yang sebelum ini. Balik dari Genting, keesokkan harinya ai dengan Encik Husband bersama seorang lagi kawan kami bertolak ke Ipoh, Perak pula. Tapi bukan untuk berjalan-jalan tau. Kami menghadiri majlis perkahwinan kawan kami. Balik hari je. Hari Ahad boleh lah berehat di rumah.




Kami bertolak dalam pukul 10 pagi dan sampai di sana ngam-ngam masa makan tengahari. Pengantin pun tengah makan. Jadi, sampai je sana kami bertiga terus amik pinggan isi nasi dan lauk. Sedap lauknya. Dah lama tak pergi majlis kahwin ala kampung-kampung. Tak sia-sia datang dari jauh bila dijamu dengan lauk yang sedap. Hahaha!


Pengantin lelaki adalah kawan kami sejak kami sama-sama belajar di Kuantan dulu. Bila dah jumpa balik tu, memang macam-macam punchline masa zaman belajar keluar. Masing-masing masuk air. Bila dah lama tak jumpa  macam itu lah. Walaupun ada rasa malu-malu yang menebal dalam diri. Rindunya zaman tak payah nak fikirkan masalah dunia.


Selepas makan dan sesi bergambar bersama pengantin, kawan ai ajak pergi beli air soya dan nasi ganja. Famous katanya. Dalam kepala ai, nasi ganja adalah Nasi Vanggey. Rupanya tak. Ada yang lagi berganja rupanya. Ai dan Encik Husband ikut je lah. Sebab kami memang tak tahu pun area situ. Kawan ai kata memang famous.




Dekat kawasan Bandar Ipoh tu memang sesak. Kereta jalan perlahan je. Nasib baik bergerak. Mana taknya, sana-sini kedai makan orang beratur panjang. Majoriti kedai makan kat situ adalah kedai cina dan mamak. Terpulang pada korang lah yakin atau tidak dengan status halal mereka. Dah macam dekat Pulau Pinang pula persekitaran kat situ.


Kawan ai memang dah biasa di Ipoh kerana dia selalu kerja luar kawasan di sana. Dia dah macam pemandu pelancong pula kenalkan tempat-tempat makan pada kami. Air soya yang dikatakan famous tu, siap ada drive thru. Dalam kesesakan kereta jalan perlahan, ada pelayan datang ambil pesanan. Lepas kawan ai order, berlari-lari anak dia membungkus pesanan kawan ai. Sekejap je. Sebab memang dah siap dalam botol. Nak minum di situ pun boleh. Tapi kami tak sanggup menunggu untuk dapatkan tempat duduk.




Dah dapat soya, baru kami pergi beli nasi ganja. Nasi ganja kena beratur. Barisan memang panjang lah. Nak makan kat situ pun boleh. Tapi kami baru je makan di kenduri kahwin, tak muat perut ni nak isi makanan lagi. Tapi, lepas selesai beli nasi ganja, kami lepak di Plan B sebelum balik. Korang rasa kami lepak minum ke makan? Mestilah makan. Kebetulan tengah hujan lebat, perut pun lapar. Ni kira makan petang lah.


Masa ai berbulan madu di Ipoh dulu, Plan B ni tak ramai orang pun. Tapi kali ni penuh pula. Nasib baik ada tempat duduk kosong untuk kami. Rezeki. Mungkinkah disebabkan pernah viral atau disebabkan hari hujan yang membuatkan Plan B dipenuhi pelanggan? Entahlah. Ai tak pasti. Yang pasti laksa Johor Plan B sedap yang amat.




Korang tau tak, lorong di antara Plan B dan Sekeping Kong Heng adalah tempat ootd paling popular kar area situ? Ya! Tak putus-putus orang bergambar di situ. Selepas makan, kami pun tak lepaskan peluang untuk bergambar di situ. Wajib ok walaupun  tak secantik korang-korang yang cun berootd. Hahaha! Selesai bergambar kami pun meneruskan perjalanan pulang ke pangkal jalan.




Sampai rumah dah lepas Isya'. Jauh juga Ipoh rupanya. Tapi tak terasa sangat sebab jalan lurus dan tak sesak. Sampai rumah, Encik Husband bersiap-siap untuk keluar main badminton dan ai pula bersiap-siap untuk makan nasi ganja. Makan lagi! Pada ai nasi ganja tu sedap pada ayamnya. Sedap. Kari mamak pula bukan selera ai. Tapi.... ai tetap ai. Tak berapa rajin sangat nak beratur panjang untuk mendapatkan makanan yang sedap.




aisyaismail

Saturday 11 January 2020

3 HARI 2 MALAM DI GENTING HIGHLANDS - GEO 38 RESIDENCE

January 11, 2020 29
3 HARI 2 MALAM DI GENTING HIGHLANDS - GEO 38 RESIDENCE
Assalamualaikum and hye readers.



Lama betul tak menulis dalam blog kesayangan ni. Dah terlambat ke kalau ai nak ucapkan selamat tahun baru pada semua yang membaca entri ni? Selamat tahun baru ai ucapkan kepada semua. Tahun ni ai tak ada azam yang nak ditulis tapi ai nak cuba banyakkan menulis dalam blog ni. Itu je.


Entri kali ni ai nak ceritakan pengalaman semasa bercuti di Genting Highlands pada cuti Christmas yang lepas. Seingat ai, kali terakhir ai jejakkan kaki di Genting Highlands masa zaman sekolah menengah dahulu. Dah lama sangat tu. Dah lupa Genting tu apa.


Masa ni baru lepas gerhana matahari.


Dari Tanjung Malim ke Genting Highlands

Percutian kali ni sebenarnya rancangan tiba-tiba. Sepupu Encik Husband kahwin pada 25 hari bulan tu di Tanjung Malim. Dah alang-alang jalan jauh, kami buat keputusan nak terus pergi bercuti. Destinasi pilihan pertama adalah Pulau Pangkor. Tapi disebabkan terlalu lambat nak cari penginapan, kami tak dapat penginapan yang sesuai dengan bajet dan kemahuan kami. Cari punya cari, akhirnya kami tukar destinasi ke Genting Highlands.


Pagi Rabu tersebut, kami bertolak ke Tanjung Malim terlebih dahulu untuk menghadiri kenduri kahwin yang bertempat di Kompleks Sukan Proton. Tahniah pada pengantin baru. Sejuk mata memandang pemandangan dari padang Kompleks Sukan Proton. Berbukit-bukit.




Selepas sesi bergambar, dalam pukul 4 petang kami bergerak dari Tanjung Malim ke Genting Highlands. Ikut jalan Batang Kali dalam sejam lebih juga lah baru kami sampai. Kami menginap di Geo 38 Residence yang terletak betul-betul di sebelah Geo Resort & Hotel. Geo 38 Residence ada 38 tingkat kalau ai tak silap. Kediaman kami terletak di tingkat 23. Tinggi tu.... gayat!


Sampai Genting dah lambat, jadi kami berehat dalam rumah je. Lepas Maghrib baru kami keluar cari makan. Kami makan di Zul Corner. Keluar awal tau, kalau lambat nanti penuh. Di Geo 38 Residence ni tak susah nak cari makan. Ada je kedai-kedai makan yang berhampiran. Starbucks, 7 Eleven dan pasar mini pun ada. Boleh lah kalau nak cari kudapan di tengah malam.


Jalan-jalan di Genting Highlands

Keesokan harinya selepas sarapan pagi, kami ambil Grab ke Puncak Genting. Grab turunkan kami di First World Hotel dan dari situ kami berjalan ke Skytropolis, Sky Avenue dan Resort World Genting. Penat weyh berjalan kat Genting! Kejung kaki. Makanan kat atas boleh tahan mahal tau. Kami memilih untuk makan di Kyochon.


Lepas makan kami naik Genting Skyway untuk ke Genting Premium Outlet pula. Genting Skyway ni adalah kereta kabel kalau ada yang tak tau. Beratur punya lah panjang. Nak beli tiket pun lama nak beratur. Tapi syukur alhamdulillah kami dapat laluan pantas sebab ayah mertua ai warga emas. Kalau korang ada bawa warga emas jangan lupa bagitahu masa beli tiket. Harga tiket pun tak sama macam harga kita-kita ni.




Pengalaman ai naik Genting Skyway ni, tak ada perubahan dari ai naik kereta kabel di Langkawi dulu. Sama! Tetap tak buka mata. Hahaha! Di Genting Premium Outlet kami hanya berjalan-jalan santai je. Masuk keluar kedai A, masuk kedai B. Keluar kedai B masuk kedai C. Dan begitu lah seterusnya tapi lenggang kangkung tak beli apa. Pada ai tak ada apa yang menarik pun. Tapi tak tahu lah kalau butik-butik yang kena beratur panjang tu.


Naik teksi dri GPO ke Geo 38 Residence

Dah penat berjalan, kami pun amik teksi untuk pulang. Letih kaki. Teksi di Genting ni korang kena pandai-pandai lah nego harga. Kalau tak, senyum je lah pemandu teksi bila korang bayar tambang. Ai tak tahulah teksi lain, tapi lebih 3 buah teksi yang kami tahan semuanya tidak menggunakan meter. Tapi bila penumpang memilih untuk naik Grab, korang bising job dah kurang. Eh, terbebel pula.


Lepas Maghrib kami turun bawah untuk mandi kolam. Tapi ai tengok je Encik Husband dengan abang dan adik dia melayan anak buah kami mandi sambil kuis-kuis air dengan kaki. Tak sejuk pun. Air dia suam-suam. Memang ramai yang mandi malam tu. Siap ada yang main baling-baling bola lagi.


Hari terakhir di Genting, kami bersantai-santai sebelum checkout. Kabus tebal pagi tu. Kami yang di tingkat 23 memang tak nampak apa. Pukul 11 pun kabus masih tebal. Sebelum pukul 12 tengahari, kami dah turun untuk ambil gambar. Banyak lokasi yang cantik untuk bergambar di situ. Nasib baik masa tu kabus dah tak banyak. Kalau tak, kelam je lah gambar-gambar.


Tempat bersantai ni hanya ada di tingkat  3, 13, 23 dan 33 sahaja.


Dari tempat ni boleh nampak Puncak Genting. Cantik waktu malam.





Habis sesi bergambar, kami terus pulang ke rumah dan tidak singgah di mana-mana. Kaki penat berjalan sehari suntuk semalamnya. Hahaha! Nampak sangat pemalas nak bersenam. Cuba kalau berjalan dengan duit berkepuk, mungkin kurang sikit penat tu. Hahaha!


Cuaca sejuk di Genting Highlands

Sebelum ai naik ke Genting, ai tak tahu nak bawa baju apa sebenarnya. Sebab ai tak tahu cuaca kat Genting tu macam mana. Kalau ikutkan kenalan yang baru turun dari Genting, cuaca kat sana sejuk sikit je dari di bawah. Jadi ai anggap tak sejuk lah sebab kat bawah ni panas lit lit. Bila sampai kat atas tu, terus sejuk beku.


Hari Ketiga kami di sana, kabus tebal sangat. Sampai tak nampak apa. Masa kami nak checkout kabus dah berkurang. Mungkin disebabkan tengah musim hujan. Alhamdulillah masa kami pergi hanya hujan renyai-renyai sahaja. Kalau tak, mungkin ai dah beku jadi ais. Jalan pun tak licin.


Tengahari pun masih berkabus.


Di Genting sekarang ni dah ada macam-macam tempat yang menarik untuk jalan-jalan macam kebun strawberi dan ladang lebah. Siapkan duit je. Kami tak masuk semua tu sebab memang tak ada dalam plan. Memang nak cuci-cuci mata sambil tenangkan fikiran je. Tapi pada ai, tarikan utama Genting Highlands adalah outdoor theme park. Kalau dah siap nanti, pasti lebih sesak Genting Highlands.




aisyaismail

Sunday 5 January 2020

CITY HUNTER - LEE MIN HO, PARK MIN YOUNG

January 05, 2020 14
CITY HUNTER - LEE MIN HO, PARK MIN YOUNG
Assalamualaikum and hye readers.



Drama City Hunter ini telah disiarkan pada tahun 2011 dan dibintangi oleh Lee Min-ho dan Park Min-young selaku pelakon utama. Dah lama dah cerita ni. Cerita 8 tahun dahulu. Zaman rambut Lee Min-ho tutup mata macam gadis-gadis. Hahaha! Cerita ini diadaptasi daripada manga Jepun. Tapi ai tak pernah lah tengok versi manga tu.


Gambar hasil carian di google.com


Sinopsis

City Hunter mengisahkan tentang sekumpulan unit khas yang terbunuh kerana ditembak mati di dalam laut di Nampo. Salah seorang daripada mereka iaitu Lee Jin-pyo (Kim Sang-joong) terselamat kerana dilindungi oleh Park Mu-yeol (Park Sang-min). Jin-pyo pulang ke tanah air dan mendapati bahawa perkhidmatan pasukan dan rekod peribadi serangan telah dipadamkan. Dia juga mendapat tahu bahawa ada lima orang pegawai yang terlibat di dalam pembunuhan itu. 


Kerana ingin membalas dendam akan rakan-rakannya yang terkorban, Jin-pyo telah menculik anak Mu-yeol, Lee Yun-Soong ( Lee Min-ho) dan dibesarkan di Segitiga Emas. Yun-soong dilatih berlawan dan memegang senjata daripada kecil. Setelah menamatkan pelajaran di Amerika Syarikat, Yun-soong kembali ke Korea  Selatan untuk misi membalas dendam. Berbekalkan amaran dari Jin-pyo bahawa dia tidak boleh mempercayai sesiapa dan tidak boleh jatuh cinta, Yun-soong  telah mendapat tempat untuk bekerja di Blue House sebagai pakar IT. Di situlah dia telah betemu dengan Kim Na-na (Park Min-young) yang bekerja sebagai pengawal peribadi.


Ulasan

Dalam cerita ini banyak pembunuhan. Daripada awal cerita sampailah hujung cerita, ada shaja yang mati. Hahaha! Tapi ai suka plot twist dia di hujung cerita. Apa status Yun-soong dan kenapa Jin-pyo memilih Yun-soong untuk membalas dendam. Secara keseluruhannya cerita ni ok je pada ai. Boleh lah nak layan bila tak ada cerita nak tengok.




aisyaismail