CITY HUNTER - LEE MIN HO, PARK MIN YOUNG

Sunday 5 January 2020

CITY HUNTER - LEE MIN HO, PARK MIN YOUNG


Assalamualaikum and hye readers.



Drama City Hunter ini telah disiarkan pada tahun 2011 dan dibintangi oleh Lee Min-ho dan Park Min-young selaku pelakon utama. Dah lama dah cerita ni. Cerita 8 tahun dahulu. Zaman rambut Lee Min-ho tutup mata macam gadis-gadis. Hahaha! Cerita ini diadaptasi daripada manga Jepun. Tapi ai tak pernah lah tengok versi manga tu.


Gambar hasil carian di google.com


Sinopsis

City Hunter mengisahkan tentang sekumpulan unit khas yang terbunuh kerana ditembak mati di dalam laut di Nampo. Salah seorang daripada mereka iaitu Lee Jin-pyo (Kim Sang-joong) terselamat kerana dilindungi oleh Park Mu-yeol (Park Sang-min). Jin-pyo pulang ke tanah air dan mendapati bahawa perkhidmatan pasukan dan rekod peribadi serangan telah dipadamkan. Dia juga mendapat tahu bahawa ada lima orang pegawai yang terlibat di dalam pembunuhan itu. 


Kerana ingin membalas dendam akan rakan-rakannya yang terkorban, Jin-pyo telah menculik anak Mu-yeol, Lee Yun-Soong ( Lee Min-ho) dan dibesarkan di Segitiga Emas. Yun-soong dilatih berlawan dan memegang senjata daripada kecil. Setelah menamatkan pelajaran di Amerika Syarikat, Yun-soong kembali ke Korea  Selatan untuk misi membalas dendam. Berbekalkan amaran dari Jin-pyo bahawa dia tidak boleh mempercayai sesiapa dan tidak boleh jatuh cinta, Yun-soong  telah mendapat tempat untuk bekerja di Blue House sebagai pakar IT. Di situlah dia telah betemu dengan Kim Na-na (Park Min-young) yang bekerja sebagai pengawal peribadi.


Ulasan

Dalam cerita ini banyak pembunuhan. Daripada awal cerita sampailah hujung cerita, ada shaja yang mati. Hahaha! Tapi ai suka plot twist dia di hujung cerita. Apa status Yun-soong dan kenapa Jin-pyo memilih Yun-soong untuk membalas dendam. Secara keseluruhannya cerita ni ok je pada ai. Boleh lah nak layan bila tak ada cerita nak tengok.




aisyaismail

14 comments:

  1. zaman ni lee minho tengah hot dan time ni kalau tak salah dia tengah dating dengan park minyoung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi kan.. Tak berkenan betul tengok rambut dia dalam cite ni.

      Delete
  2. omg lama gila x tgk city hunter. okay nak kene tgk balik ni.

    ReplyDelete
  3. Walaupun cerita lama, rasanya tak pernah tengok cerita ni. Macam jarang je tengok Lee Min Ho berlakon. Huhu

    ReplyDelete
  4. macam pernah tengok drama ini tapi tak pernah tengok betul-betul, sebab teringat gaya rambut lee min ho tuh... masa tu kan dia tgh ngetop

    ReplyDelete
  5. tak pernah tengok citer korea Tapi anak akak rajin layan..

    ReplyDelete
  6. Dulu layan drama ini sebab lee min ho dan juga ada aksi.. hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu cerita aksi tak banyak cam sekarang kan.

      Delete

Janga lupa untuk tinggalkan komen =D