REZEKI ORANG BERBEZA-BEZA, JANGAN PERTIKAIKAN!

Tuesday 18 February 2020

REZEKI ORANG BERBEZA-BEZA, JANGAN PERTIKAIKAN!


Assalamualaikum and hye readers.





Bila tengok orang lain lebih pandai, mulalah kita nak pertikaikan kenapa kita tak pandai macam dia. Jangan lupa mungkin dia belajar lebih lama dan banyak dari kita untuk sepandai itu.


Bila tengok orang lain lebih banyak duit, mulalah kita nak pertikaikan kenapa duit kita tak banyak macam dia. Jangan lupa mungkin dia berusaha keras lebih dari kita untuk mendapatkan duit yang banyak.


Bila tengok orang lain ada pekerjaan yang lebih bagus, mulalah kita nak pertikaikan kenapa pekerjaan kita tak sebagus dia. Jangan lupa mungkin dia bekerja lebih tekun dan ikhlas dari kita untuk mendapat pekerjaan yang bagus.


Bila tengok orang lain ada kawan yang sangat baik, mulalah kita nak pertikaikan kenapa kita tak ada kawan yang baik macam dia. Jangan lupa mungkin dia tak suka menyakiti hati kawan-kawan yang menyebabkan kawan-kawan baik padanya.


Bila tengok orang lain ada keluarga yang bahagia, mulalah kita nak pertikaikan kenapa kita tak ada keluarga yang macam dia. Jangan lupa mungkin dia tidak mempunyai kawan-kawan untuk ada dengannya ketika susah dan senang.


Bila tengok orang lain ada suami yang baik dan penyayang, mulalah kita nak pertikaikan kenapa kita tak ada suami yang baik macam dia. Jangan lupa kita tak tahu apa yang berlaku di dalam rumah tangganya di belakang kita.


Bila tengok orang lain berseronok gelak ketawa, mulalah kita nak pertikaikan kenapa kita tak bergelak tawa macam dia. Jangan lupa mungkin semalam dia dah menangis sepuas-puasnya.


Bila tengok orang lain ada anak-anak, mulalah kita nak pertikaikan kenapa kita tak tak ada anak macam dia. Jangan lupa mungkin bukan senang untuk dia nak membesarkan anak-anaknya.


Jangan kita lupa bahawa di atas muka bumi ini tiada yang sempurna. Semuanya ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Teruslah berbuat baik tanpa henti agar kita mendapat balasan yang baik kelak. Setiap perkara baik yang terjadi dalam hidup kita adalah rezeki buat kita. Eh! Teremosi pula hari ni.




aisyaismail

20 comments:

  1. Minta yang baik2
    Fikir yang baik2
    Cakap yang baik2
    Mudah2an Allah beri yang baik2

    ReplyDelete
  2. setuju, rezeki setiap orang tak sama.... sentiasa bersyukur atas apa kurniaan yang maha Esa buat kita

    ReplyDelete
  3. waalaikumussalam. sangat setuju. ada banyak cabang rezeki. kita tak tahu. semua kuasa Allah Taala

    ReplyDelete
  4. Kadang2 tak sengaja nak compare diri sendiri dengan orang lain especially tang kepandaian tu ^^' Memang fitrah manusia agaknya. hashtag menangis sendu

    ReplyDelete
  5. Rezeki kita takkan sama. Allah bagi lebih kat situ ada kurang kat lain. Allah bagi kurang kat situ ada lebih kat sini. Macam tu la kehidupan AI. Sama2 muhasabah diri jafi yang lbh baik. Aamin2

    ReplyDelete
  6. betul sangat. pokoknya, cermin lah diri sendiri dulu sblm nak bersangka mcm2 kt orang lain.
    kita patut bersykur dengan apa yg kite ada.

    ReplyDelete
  7. Kesimpulannya kita kena sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada. Pandang orang di bawah kita bukan yanh di atas.

    ReplyDelete
  8. betul yg penting belajar bersyukur dgn apa yg allah dh berikan..

    ReplyDelete
  9. betul tu.. setuju dengan perkongsian Aisya..

    ReplyDelete
  10. betul. jangan dibeza-bezakan.. Insyallah Allah kasi yang terbaik
    untuk kita semua =D

    ReplyDelete

Janga lupa untuk tinggalkan komen =D