THE DUDE IN ME - FILEM KOREA

Thursday, 5 March 2020

THE DUDE IN ME - FILEM KOREA


Assalamualaikum and hye readers.



Korang percaya tak yang roh boleh tertukar badan? Kalau dalam dunia realiti memang tak logik lah. Tapi kalau dalam drama atau filem, apa pun tak mustahil macam komik juga kerana hanyalah rekaan semata-mata. Filem fantasi komedi ini ditayangkan pada awal tahun 2019. Filem yang dilakonkan oleh Park Sung-woong, Ra Mi-ran dan Jun Ji-young ini juga menjadi box office di Korea Selatan. 


Gambar hasil carian di google.com.

Sinopsis

The Dude In Me mengisahkan tentang Jang Pan-soo (Park Sung-woong), seorang bos kongsi gelap yang sentiasa serius dan garang dalam apa jua yang dilakukan. Beliau mempunyai seorang isteri di mana isterinya itu adalah anak kepada ketua kongsi gelapnya. Namun Pan-soo tidak pernah bahagia dengan isterinya walaupun mereka hidup dengan penuh kesenangan.


Suatu hari, seorang pelajar sekolah yang berbadan gempal, Kim Dong-hyun (Jung Jin-young) yang selalu dibuli di sekolah tergelincir dari atas bumbung banggunan kerana ingin membantu mendapatkan semula kasut Oh Hyun-jung (Lee Soo-min) daripada pembuli-pembuli yang membuli mereka. Malang buat Pan-soo kerana Dong-hyun telah terjatuh ke atasnya dan mereka berdua cedera parah.


Semasa Pan-soo sedarkan diri di hospital, dia mendapati dirinya berada di dalam badan Dong-hyun. Pan-soo terpaksa berlakon menjadi Dong-hyun. Peristiwa ini mempertemukan semula Pan-soo dengan kekasih lamanya, Oh Mi-sun (Ra Mi-ran) yang juga merupakan ibu kepada Hyun-jung. Dalam masa yang sama, Pan-soo berusaha menurunkan berat badan Dong-hyun yang akhirnya menjadi pelajar yang popular dan digilai pelajar perempuan di sekolahnya.


Ulasan

Menarik filem ni dan tak bosan. Memang layak lah box office di Korea Selatan. Filem ini bukan menfokuskan pada percintaan. Dia lebih kepada kekeluargaan dan gangsterism. Walaupun pelakon-pelakon filem ni ai tak kenal, tapi ai boleh layan sampai habis. Plot twist dia pun ai boleh agak, tapi sebab ceritanya menarik, jadi tak bosan.





aisyaismail

11 comments:

  1. yesss dah tgk..best! Recommeded sgt

    ReplyDelete
  2. menarik filem ini, kenapa lah akak tak pernah tengok... sebelum ada drama korea yang tertukar roh jugak pernah akak layan... nnti nak cuba la tengok macamne filemnya ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak drama filem korea sampai tak terlayan.

      Delete
  3. Movie ni lawak gila tengok dengan my sister, berdekah time dorang bersemuka tu.
    Forever will love this movie.

    ReplyDelete
  4. Movie korea byk yg best walau simple je jln cerita dia kan. Kak ana layan juga movie2 mcm ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn. Nak layan pun antara sempat ngan tidak.

      Delete

Janga lupa untuk tinggalkan komen =D