PRETTY LITTLE LIARS : SEASON 1

Wednesday, 19 August 2020

PRETTY LITTLE LIARS : SEASON 1


Assalamualaikum and hye readers.



Pretty Little Liars bukan lah drama baru di televisyen. Drama ini telah disiarkan bermula daripada season 1 pada tahun 2010 sehingga lah ke season 7 pada tahun 2017. Lama ya! Kalau bermula dengan lakonan kayu, penutup drama ni kalau masih kayu juga tak tahulah nak kata apa. Hahaha! Drama bersiri dari Amerika Syarikat ini dibintangi oleh Troian Bellisario, Ashley Benson, Lucy Hale, Shay Mitchell, Sasha Pieterse, Janel Parrish, Ian Harding dan ramai lagi.


Mulanya ai tak terlintas pun nak tengok drama ni. Tapi Bila Indonesia buat semula drama Pretty Little Liars ini yang telah disiarkan di viu.com, iklan viu.com tu asyik lalu je di instagram ai. Akhirnya ai tertengok. Dan yang ai paling tak suka, bila dah seronok tengok cerita tu tergantung. Ai tak pasti tergantung sebab COVID-19 atau mereka sengaja nak gantung cerita tersebut. Yang ai pasti, mesti lambat lagi nak keluar season 2. Dengan pantas ai cari versi US.


https://www.aisyaismail.com/2020/08/pretty-little-liars-season-1.html


Sinopsis Pretty Little Liars : Season 1

Pretty Little Liars : Season 1 mengisahkan tentang 5 orang sahabat di Sekolah Tinggi Rosewood iaitu Spencer (Troian Bellisario), Aria (Lucy Hale), Hanna (Ashley Benson), Emily (Shay Mitchell) dan Alison (Sasha Pieterse). Setelah menamatkan zaman persekolahan, mereka berlima mengadakan party yang telah berakhir dengan sebuah misteri. Alison, yang merupakan ketua kumpulan tersebut telah hilang tanpa jejak. Sejak itu persahabatan di antara Spencer, Aria, Hanna dan Emily mula longgar. Lebih-lebih lagi apbila keluarga Aria berpindah ke Iceland dan Hanna mula bersahabat baik dengan Mona (Janel Parrish)


Setahun kemudian, mereka bertemu semula apabila masing-masing belajar di kolej yang sama. Aria yang baru pulang ke Rosewood telah bertemu dan bercinta dengan Ezra Fitz (Ian Harding) yang rupa-rupanya adalah pensyarah Bahasa Inggeris baru di kolejnya. Hanna telah menjadi seorang pelajar yang popular dan gemar membeli-belah setelah ketiadaan Alison. Spencer yang banyak menghabiskan masa dengan belajar menjadi punca hubungan kakak dan bakal abang iparnya putus. Manakala Emily pula telah menjalinkan hubungan dengan seorang gadis yang baru berpindah ke rumah lama keluarga Alison yang telah berpindah ke luar negeri.


Persahabatan mereka kembali terjalin apabila mereka berempat sering menerima pesanan ringkas berbaur ugutan untuk membongkarkan rahsia mereka. Rahsia di mana hanya Alison yang tahu. Penghantar pesanan ringkas tersebut hanya dikenali sebagai "A". Pada mulanya mereka menganggap Alison adalah penghantar pesanan ringkas tersebut sehinggalah mayat Alison ditemui ditanam di halaman rumahnya. Mereka mula mencari jawapan kepada siapa yang membunuh dan kenapa Alison dibunuh? Siapa pula A? Pelbagai misteri mula terungkai satu-persatu. Rahsia yang mereka simpan kemas bukan lagi menjadi satu rahsia. Konflik demi konflik datang di dalam hidup mereka berempat.  


Pada hari pengebumian Alison, mereka berempat telah bertemu dengan Jenna (Tammin Sursok). Setahun yang lepas, Alison telah membaling mercun ke dalam rumah Jenna dan mengakibatkan berlakunya kebakaran yang besar. Kebakaran tersebut menyebabkan Jenna menjadi buta. Alison mengugut Toby (Keegan Allen), iaitu saudara tiri Jenna untuk mengaku sebagai pelaku kebakaran tersebut. Adakah Jenna yang membunuh Alison? Atau mungkinkah Toby?

Ulasan


Dalam banyak-banyak drama pembunuhan yang ai pernah tengok, drama ni paling banyak suspek pembunuhan. Setiap watak mempunyai motif untuk membunuh. Paling menarik, cerita ni tak lambat. 22 episod season 1 tu, sentiasa berdebar-debar nak  tahu apa yang akan jadi selepas ini. Setiap orang dalam tu ai teka apa motif kalau dia yang membunuh. Plot twist dia memang tak terfikir dari awal. Sebab asyik muncul orang baru je. Macam tengok drama Korea pula macam-macam plot ni.


Kalau korang suka tengok drama misteri dan siri penyiasatan, ai syorkan korang untuk tengok drama ni. Cerita ni tak berat sangat. Kalau di awal cerita korang dah boleh teka siapa yang jahat dan apa motifnya, korang memang hebat.



P/S : Ada lagi 6 season nak habiskan.




aisyaismail

23 comments:

  1. menarik jugak tapi permbunuhan gini macam akak tak minat lak hehehe... tapi kalau cite csi layan pulak heheheh

    ReplyDelete

  2. tak berapa minat cerita bersiri yang macam ni. Yang buat orang tertunggu2 episod nya. Setiap episod berkisar pasal mencari siapa suspek.

    Kalau bukan berepisod mungkin akak layan la.

    ReplyDelete
  3. mama suka tgk citer macam ni. rasa saspen kan

    ReplyDelete
  4. igt yg tgh tu selena gomez hehehe hmpr sebijik ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memula ai pun ingat selena gomez.

      Delete
    2. ooo maknanya bkn sy sorg laa yg fikir mcm tu heheeheh

      Delete
  5. sy baru ja habis tengok The Vampire Diaries (8 season) mau sebulan marathon baru dapat habsikan semua season. stop movie kejap, sambung anime pulak haha

    ReplyDelete
  6. Tajuk menarik..tp kalau ber seoson nih..allahu nk menunggu ^_^

    ReplyDelete
  7. Walaupun GV tak pernah tonton drama ini, tapi drama ini mmg sangat top di USA kerana selalu tercalon dalam award award besar di Hollywood. huhu. :)

    ReplyDelete
  8. Tak tengok pulak cerita ni. Kalau dah tengok dari awal memang melekat dan follow setiap seasons.

    ReplyDelete

Janga lupa untuk tinggalkan komen =D