February 2021

Thursday 25 February 2021

INI YANG MALAS BILA DAH MULAKAN

February 25, 2021 27
INI YANG MALAS BILA DAH MULAKAN

 Assalamualaikum and hye readers.




Dah lama Ai tak terjebak layan drama atau filem Korea. Seingat Ai, kali terakhir Ai layan dalam hujung tahun 2019. Maknanya dah setahun lebih. Drama apa pun Ai dah tak ingat. Ai mula berhenti layan drama dan filem Korea sebab Ai nak fokus pada Runningman. Hahaha! Lama-lama Ai mula bosan, dan malas nak layan Korea terus.



Kalau nak diikutkan, banyak drama-drama Korea yang Ai nak tengok. Tapi mood nak tengok tu tak sampai lagi. Ai ni sejenis kalau tengok, kena tengok sampai habis terus. Kalau tak, mula lah tertanya-tanya apa jadi seterusnya. 


https://www.aisyaismail.com/2021/02/ini-yang-malas-bila-dah-mulakan.html


Walau drama Melayu sekali pun Ai akan tengok bila dah beberapa episod ditayangkan. Baru lah syok marathon terus. Pandai-pandai lah cari secara atas talian. Lepas tu bila dah habis, mula lah itu tak kena ini tak puas hati. Ada je yang Ai nak komen. 



Ini yang malas bila dah mulakan

Baru-baru ni Ai tengok drama melayu. Tengok di iQIYI. Habis je drama tu, iQIYI bagi cadangan drama-drama Korea pula. Ai cuba dah nak pejam mata je. Tapi ternampak pula drama Tale of the Nine Tailed. Sebagai peminat cerita-cerita dongeng, Ai tertarik untuk baca sinopsis drama tersebut. Dan disebabkan Lee Dong Wook heronya, Ai tertengok juga. 



Nasib baik drama menarik. Lepas habis drama tu sambung pula drama lain. Lepas tu sambung lagi. Diam tak diam, dah beberapa siri drama Ai habiskan. Haaa.. sebab itulah Ai tak boleh mulakan tengok drama Korea ni. Sebab nanti susah nak berhenti. Hahaha!



Memandangkan Ai dah mula terjebak semula dengan drama-drama Korea, apa kata korang cadangkan drama-drama yang menarik dan wajib untuk Ai tonton. Filem pun ok. Ciri-ciri yang Ai suka mestilah tak bosan, ada lawak-lawak sikit dan tak ada kisah cinta terhalang oleh keluarga. Jangan cadangkan drama yang terlalu fokuskan kisah cinta tau. Lagi satu ciri penting, watak-watak dia kena cantik, kacak dan tak kayu.





aisyaismail

Sunday 21 February 2021

RESIPI MUDAH : AYAM KOREA PALING MUDAH DENGAN SOS KOREA ADABI

February 21, 2021 26
RESIPI MUDAH : AYAM KOREA PALING MUDAH DENGAN SOS KOREA ADABI

 Assalamualaikum and hye readers.




Ramai tak pembaca blog Ai ni yang minat menu Ayam Korea? Selalunya ayam ni bahagian kepak ataupun peha ayam yang comel-comel. Harga pun boleh tahan. Sekarang korang dah boleh buat sendiri di rumah tau. Senang sangat dengan menggunakan Sos Korea Adabi. Pilih lah bahagiam ayam yang mana pun korang suka. Apa yang penting, lebih menjimatkan daripada beli di luar.

https://www.aisyaismail.com/2021/02/resipi-mudah-ayam-korea-paling-mudah.html


Resipi mudah Ayam Korea paling mudah dengan Sos Korea Adabi


Bahan-bahan

1. 1/2 ekor ayam

2. Sos Korea Adabi

3. 1/2 sudu kunyit

4. 3 sudu tepung beras

5. 1 biji telur

6. Minyak masak 

7. Sedikit bijan


Cara-cara

1. Gaul ayam dengan telur dan garam dan biarkan sebentar.

2. Salut ayam dengan tepung beras dan goreng menggunakan minyak panas. Tepung jangan tebal. Biar nipis-nipis je.

3. Setelah ayam masak, keluarkan dari kuali ke dalam bekas lain. Masukkan sos Korea Adabi dan gaul sehingga sebati. Kalau suka pedas letak lah lebih. Tapi kalau tak suka pedas letak sedikit je. Asalkan merah je dah cukup. Hehehe!

4. Taburkan bijan. Siap untuk dihidang.



P/s : Ai tak gunakan bijan sebab Ai tak suka.





aisyaismail

Wednesday 17 February 2021

TERJATUH HATI DENGAN JENAMA L'OCCITANE!

February 17, 2021 39
TERJATUH HATI DENGAN JENAMA L'OCCITANE!

 Assalamualaikum and hye readers.




Dah lama Ai teringin nak pakai produk dari jenama L'Occitane ni. Bila lalu sebelah kedai dia, bau harum semerbak tak boleh dibawa berbincang. Bila baca review memang ramai yang berikan review yang baik-baik. Paling Ai nak, sabun mandi. Tapi bila tengok harga, nanti-nanti lah. 



Setiap kali nak beli kena fikir 44 kali dulu barulah boleh buat keputusan nak beli atau tidak. Itupun keputusan lebih cenderung ke arah tak payah beli. Bak kata Coco, kalau nanti-nanti teringin lagi tu tandanya memang betul-betul nak. Masa tu baru kita beli.  Hahaha!



Ye lah, sayang nak keluarkan duit untuk produk yang berharga beratus-ratus. Tapi kita tak tahu lagi produk tu sesuai atau tidak dengan kulit kita. Kalau sesuai tak apa, tapi kalau tak sesuai? Dah jadi satu pembaziran. Nak jual balik pun belum tentu ada yang nak.



Kalau dah namanya rezeki memang tak ke mana. Ai tak sangka Ai dapat juga merasa gunakan produk jenama L'Occitane ni. Bukan 1 tapi 3 produk terus. Sabun, syampu dan serum. Alhamdulillah!



Terjatuh hati dengan jenama L'Occitane


L'Occitane's Immortelle Reset Oil-In-Serum

https://www.aisyaismail.com/2021/02/terjatuh-hati-dengan-jenama-loccitane.html


Lepas pakai beberapa hari je dah terus terjatuh cinta dengan Immortelle Reset Oil-In-Serum ni. Serum ni tak melekit macam kebanyakkan serum yang  Ai cuba. Itu yang makin suka. Rasa selesa je bila nak sapu pada kulit muka. Bau dia pun sedap je. Tak rimas semsa dan selepas pakai. Bangun pagi pun sedap je pegang kulit muka. Oh ya, pakai Immortelle Reset Oil-In-Serum ni selepas toner dan sebelum serum. Kira pre-serum lah.


L'Occitane's Intensive Repair Shampoo

https://www.aisyaismail.com/2021/02/terjatuh-hati-dengan-jenama-loccitane.html


Syampu ini membersihkan rambut Ai dengan baik. Lembut je rambut selepas dicuci. Kulit kepala pun rasa sejuk dan ringan je. Syampu ini mengandungi 5 pati minyak dan banyak bahan semulajadi untuk menjadikan rambut segar, bersih dan bebas minyak. Bila pakai tudung, kenalah manjakan rambut lebih sedikit supaya rambut tak kepam. Memang penting untuk memilih syampu yang sesuai.


L'Occitane's Almond Shower Oil

https://www.aisyaismail.com/2021/02/terjatuh-hati-dengan-jenama-loccitane.html


Di antara ketiga-tiga produk ini, Almond Shower Oil ni yang Ai paling suka. Bau sabun ni boleh buat Ai tidur lena tau. Hahaha! Wangi macam di spa. Kulit pun rasa lembut je. Memang Ai rasa macam nak mandi tiap-tiap jam. Sabun ini diperbuat daripada minyak badam semulajadi. Dia macam minyak. Dah nama pun Almond Shower Oil kan. Tapi bila kena air texture dia terus berubah jadi milky. Hilang terus minyak tadi. Guna sedikit je pun tetap berbuih. Memang rasa puas lah mandi.



Untungnya pakai produk mahal ni sebab tak payah guna dengan banyak dalam setiap penggunaan. Guna sikit-sikit je. Jadi produk boleh lah tahan berbulan-bulan. Tapi jangan sikit sangat, tak berkesan pula nanti. Tapi bila nak beli balik, kena fikir 44 kali balik. Hahaha!



Sekarang Ai dah kena buat tabung untuk produk-produk penjagaan kulit. Baru lah tak terasa sangat nak beli produk jenama mahal-mahal ni. 



Untuk pengetahuan korang, Ai tak dibayar oleh L'Occitane untuk tulis review di blog ni tau. Review ni jujur dan ikhlas dari Ai. Memang Ai betul-betul sukakan hasil dari pemakaian setiap hari. Benda yang Ai suka, Ai kongsilah. Dan sekarang Ai baru mencuba produk Eucerin pula untuk menghilangkan bintik-bintik hitam di muka. Kalau ok, nanti Ai akan kongsikan juga ya.



P/s : Sebutan L'Occitane yang betul adalah LO-CI-TAN.





aisyaismail

Monday 8 February 2021

PELBAGAI PETUA UNTUK KEHIDUPAN SEHARIAN

February 08, 2021 16
PELBAGAI PETUA UNTUK KEHIDUPAN SEHARIAN

  Assalamualaikum and hye readers.




Sebelum wujudnya teknologi yang canggih, kehidupan seharian manusia tidak lari dengan petua-petua yang telah diguna pakai sejak zaman orang-orang yang terdahulu. Sampai sekarang pun masih ada yang selesa untuk mengamalkan petua-petua di dalam kehidupan seharian. Ada petua yang benar-benar membantu dan ada juga petua yang hanya dimomokkan untuk mengelakkan kita dari melakukan sesuatu.



Korang percaya tak pada petua? Tak semua orang percaya kan? Lebih-lebih lagi dengan adanya teknologi moden yang ada sekarang. Masing-masing ada pilihan untuk memilih teknologi mahupun petua lama. Asalkan ianya logik dan tak memudaratkan. Ok, Ai nak kongsikan petua-petua yang boleh korang cuba di rumah. 



Pelbagai petua untuk kehidupan seharian


Atasi masalah uban dengan kelapa tua

https://www.aisyaismail.com/2021/01/pelbagai-petua-untuk-kehidupan-seharian.html

Ambil sebiji kelapa tua yang telah diparut. Perah parutan kelapa tersebut dan ambil santannya. Kemudian didihkan santan tersebut sehingga mengeluarkan minyak. Tuang di dalam botol dan rendam bersama halba. Sapukan sedikit pada rambut setiap hari macam memakai serum rambut. Uban akan hilang dan rambut akan kembali hitam. In syaa Allah.


Hilangkan bau hanyir pada daging

Sewaktu membasuh beras, tadah airnya di dalam bekas. Air basuhan beras tersebut gunakan untuk membasuh daging pula. Basuh sehingga daging menjadi putih sedikit. Bau hanyir dan lendir daging akan hilang serta-merta.


Bunga cengkih menghalau lalat

https://www.aisyaismail.com/2021/01/pelbagai-petua-untuk-kehidupan-seharian.html

Jangan keliru antara bunga cengkih dan bunga lawang ya. Bunga cengkih sebatang kecil-kecil manakala bunga lawang ada berkelopak. Ambil beberapa kuntum bunga cengkih dan letakkan di dalam mangkuk berisi air.  Letak di atas meja dan lalat tidak akan datang mengganggu. Ai tak pernah cuba petua ini tapi kejap lagi Ai nak cuba.


Elakkan mulut berbau dengan minyak zaitun

Berkumur dengan minyak zaitun pada setiap malam sebelum tidur dan pada waktu pagi sebaik sahaja bangun tidur. Minyak zaitun berfungsi untuk menyerap bakteria punca bau mulut. Jangan lupa bancuhkan dengan air supaya tidak terlalu likat.


Atasi masalah sakit gigi dengan bunga cengkih

Bunga cengkih ni memang banyak kegunaan ya. Ambil beberapa kuntum bunga cengkih dan gigit menggunakan gigi yang sakit. Atau boleh juga tumbuk atau kisar sehingga menjadi serbuk. Titiskan sedikit air dan sapu pada gigi yang sakit. Tapi seeloknya jumpa doktor gigi terus.


Garam dan limau hilangkan bau hanyir ikan

https://www.aisyaismail.com/2021/01/pelbagai-petua-untuk-kehidupan-seharian.html

Petua ni memang setiap rumah gunakan untuk hilangkan bau hanyir pada ikan. Hanya lumurkan garam dan limau pada atau lemon pada ikan selepas disiang dan biarkan seketika. Limau yang boleh digunakan hanya limau kasturi, limau nipis dan limau purut sahaja. Jangan guna limau mandarin atau limau bali pula ya.


Elakkan tidur berdengkur dengan minum susu

Ambil 7 biji badam dan kisar sehingga halus. Campurkan dengan segelas susu. Minum setiap hari sebelum tidur. Amalkan sehingga dengkur korang hilang.


Teh cina membantu mengilatkan barang kemas

Rendam barang kemas di dalam teh cina yang telah dibancuh semalaman. Bilas dan keringkan menggunakan kain yang bersih.


Hilangkan bau pada bekas makanan

https://www.aisyaismail.com/2021/01/pelbagai-petua-untuk-kehidupan-seharian.html

Rendam beberapa helai surat khabar di dalam bekas makanan yang berbau dan biarkan selama beberapa jam. Surat khabar tersebut akan menyerap bau bekas.



Ada di antara petua-petua di atas yang korang pernah cuba tak?  Jujur Ai katakan, kalau melibatkan pemakanan atau dalaman Ai lebih memilih untuk berjumpa dengan yang pakar. Tapi kalau luaran, Ai tak ada masalah untuk mencuba. Macam yang Ai katakan tadi, selagi ianya logik dan tidak memudaratkan, kenapa tidak untuk mencuba.





aisyaismail