PROJEK INFAQ RAMADHAN 2021 UNTUK RUMAH KEBAJIKAN DAN FRONTLINERS BERSAMA DAPUR LAPOWEY!

Wednesday 17 March 2021

PROJEK INFAQ RAMADHAN 2021 UNTUK RUMAH KEBAJIKAN DAN FRONTLINERS BERSAMA DAPUR LAPOWEY!


 Assalamualaikum and hye readers.




Pejam celik pejam celik, kurang sebulan je lagi umat Islam nak menyambut semula kehadiran bulan Ramadhan. Alhamdulillah.. masih lagi diberi peluang untuk bertemu dengan bulan yang mulia ini. In syaa Allah! 



Ramai yang dah mula bersemangat bila nak masuk bulan Ramadhan ini. Lebih-lebih lagi pada yang nak menunaikan solat Tarawih yang hanya boleh ditunaikan pada bulan Ramadhan. Harap-harap Ramadhan pada tahun ini dapatlah kita bertarawih di dalam masjid. 



Projek Infaq Ramadhan 2021 Untuk Rumah Kebajikan dan Frontliners Bersama Dapur Lapowey

https://www.aisyaismail.com/2021/03/projek-infaq-ramadhan-2021-untuk-rumah-kebajikan-dan-frontliners-dari-dapur-lapowey.html



Ai percaya, selain solat Tarawih, pasti ramai yang sudah mula tanamkan niat untuk bersedekah di bulan yang mulia ini. Orang Malaysia sangat ramai yang pemurah dan baik hati. Terbaik! 



Kalau korang bercadang untuk membuat infaq makanan kepada rumah kebajikan seperti rumah anak yatim, rumah orang tua mahupun frontliners, apa kata korang sertai Projek Infaq Ramadhan bersama Dapur Lapowey?



Untuk projek infaq ramadhan ini, korang hanya perlu membuat tempahan kepada pihak Lapowey mengikut menu yang ada dan minima tempahan adalah 100 pax. Harga setiap pax bermula dari hanya rm8 sahaja. Ada 6 pilihan menu yang menarik.


  • Set A - Briyani Kambing Tok Cu
  • Set B - Ayam Percik Merecik
  • Set C - Briyani Daging Klate
  • Set D - Daging Salai Gomoncheh
  • Set E - Briyani Ayam Merah
  • Set F - Ikan Masam Manis


https://www.aisyaismail.com/2021/03/projek-infaq-ramadhan-2021-untuk-rumah-kebajikan-dan-frontliners-dari-dapur-lapowey.html


Apa yang lebih menarik lagi, setiap 1 set makanan didatangkan sekali dengan kurma dan air mineral. Tak payah lagi nak kena beli asing-asing. Tempah sekali je. Senang kan? Tiada caj tambahan akan dikenakan untuk kurma dan air mineral kerana ia sudah termasuk di dalam set makanan yang korang order.


Penghantaran PERCUMA di sekitar kawasan Lembah Klang

Selepas membuat pesanan, pihak Lapowey akan menguruskan yang selebihnya daripada memasak sehinggalah kepada penghantaran ke tempat rumah kebajikan atau frontliners pilihan korang untuk infaq makanan. Penghantaran adalah PERCUMA di sekitar kawasan Lembah Klang sahaja. Untuk penghantaran ke luar daripada kawasan Lembah Klang, korang boleh berbincang terus dengan pihak pengurusan Lapowey.


Selepas segala proses infaq makanan ini selesai. Pihak Lapowey akan memberi bukti penghantaran kepada korang dan juga memuat naik di media sosial @lapo_wey sebagai tanda bahawa infaq makanan telah selesai disampaikan bagi pihak penderma. Maklumat korang sebagai penderma tidak akan didedahkan di media sosial.


Rasa makanan yang sedap dan memuaskan

https://www.aisyaismail.com/2021/03/projek-infaq-ramadhan-2021-untuk-rumah-kebajikan-dan-frontliners-dari-dapur-lapowey.html


Alhamdulillah.. Ai dah rasa 2 dari 6 menu yang ada iaitu Ayam Percik Merecik dan juga Briyani Daging Klate. Sedap dan mengenyangkan. Lebih-lebih lagi apabila didahulukan dengan 3 biji kurma.


Ayam percik tu ada rupa macam masak lemak, tapi ada rasa manis-manis sikit. Mula-mula memang Ai ingatkan masak lemak rupa-rupanya percik. Memang sedap. Rasa dia lain sebab kalau beli percik kat pasar malam pun bukan rasa macam tu. Jadi Ai boleh  katakan rasa dia unik. Korang boleh bayangkan tak? Hahaha!


Kurma dia paling Ai suka dan akan cari untuk stok bulan Ramadhan akan datang. Benda sedap, tak cukup dengan kuantiti yang sedikit. Hehehe!


https://www.aisyaismail.com/2021/03/projek-infaq-ramadhan-2021-untuk-rumah-kebajikan-dan-frontliners-dari-dapur-lapowey.html


Lagi satu yang bagusnya adalah pada pembungkusan makanan ini. Pihak Lapowey menggunakan mangkuk plastik  yang dah siap membahagikan antara lauk-lauk dan nasi. Bila lauk dan nasi tidak bercampur, sekali gus mengelakkan masalah cepat basi pada makanan tersebut.


Cara untuk membuat tempahan

Kalau korang berminat untuk membuat tempahan atau mempunyai sebarang pertanyaan yang lebih terperinci mengenai Infaq Ramadhan Lapowey ini, korang boleh terus hubungi pihak Lapowey.

Facebook : Lapo Wey
Instagram : @lapo_wey

Call / Whatsapp :

Office - 03-77341278

Za'ba - http://www.wasap.my/60126098484/infaq

Fahmi - http://www.wasap.my/60176762067/infaq

Mala - http://www.wasap.my/60198834745/infaq

Irwan - http://www.wasap.my/60172996004/infaq





aisyaismail

24 comments:

  1. Tengok pun buat rasa laparkan.. barulah yakin penderma nak infaq..

    ReplyDelete
  2. Kalau menu macamni, memang terus lapa. Senang nak berinfaq kan, ada servis macamni bagus

    ReplyDelete
  3. ooh bayar utk kebajikan dan amal solehh. aminn

    ReplyDelete
  4. Bagus sambil makan sambil berinfaq

    ReplyDelete
  5. Sama2 kongsi rezeki 😊

    ReplyDelete
  6. Ai ni buat kita rasa lapar la pulak...bagusnya kita dapat berinfaq sambil nikmati makanan kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Ada rezeki lebih memang teringin nak buat.

      Delete
  7. Insyaallah... Ada rezeki lebih boleh berinfaq bulan ramadhan nnt 🥰

    ReplyDelete
  8. Lembah klang ye..dapat tgk jela kiter ni ^_^
    Inshaa Allah rezeki lebih boleh bantu infaq dibulan ramdahan nanti :)

    btw jemput join GA shida ya jika kelapangan :)
    https://www.shidaradzuan.com/2021/03/giveaway-raya-bersama-shida-radzuan-blog.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kawasan luar boleh tanya-tanya pada pihak Lapowey. In syaa Allah SHida. Thank you invite.

      Delete
  9. Bagusnya ada projek infaq ramadan begini 😊

    ReplyDelete
  10. wahhh menarik ni! boleh tambah pahala ;-)

    ReplyDelete
  11. Nice la effort camni... encourage orang untuk buat perkara baik

    ReplyDelete
  12. semua menu nampak sedap. siap tambah pahala

    ReplyDelete
  13. Ai beli tak utk berbuka? Hehe

    ReplyDelete

Janga lupa untuk tinggalkan komen =D