BILA JIRAN POSITIF COVID-19

Monday 24 May 2021

BILA JIRAN POSITIF COVID-19


 Assalamualaikum and hye readers.




Sejak kebelakangan ini, makin menjadi-jadi pula jumlah kes COVID-19 di Selangor. Nak keluar pergi kerja pun dah rasa tak selamat. Tapi apakan daya, demi sesuap nasi. Kita gagahkan lah juga diri untuk pergi.



Bila jiran positif COVID-19

Seminggu sebelum hari raya haritu, kawasan kejiranan Ai dikejutkan dengan berita jiran kami dijangkiti COVID-19. Tapi tak kecoh pun. Siapa yang tahu tu tahu lah. Seramai 5 dari 7 orang di dalam satu rumah positif COVID-19. 2 orang kuarantin di rumah, dua orang dibawa ke MAEPS, seorang dibawa ke Sungai Buloh dan 2 orang lagi negatif dan kuarantin di rumah.


https://www.aisyaismail.com/2021/05/bila-jiran-positif-covid-19.html


Rumah jiran yang positif dengan rumah Ai dekat sangat. Masa dapat berita tu memang berdebar-debar sangat. Rasa nak berkurung dalam bilik je dan tak mahu berjumpa dengan sesiapa. Tapi lepas difikir-fikirkan balik mereka semua kuarantin di dalam rumah. Tak ada apa yang nak dikhuatiri kalau masing-masing tahu jaga SOP.



Lagi pula, kalau kita rasa takut dan menjauhkan diri daripada mereka siapa pula nak beri bantuan pada mereka jika bukan jiran-jiran. Ai terus positifkan fikiran ini. Coco dan jiran-jiran yang lain beri bantuan untuk belikan keperluan seperti barangan peribadi dan makanan kepada mereka.



Pada malam raya, Ai masak rendang ayam resipi dari mak Ai. Coco hantarkan rendang dan lemang untuk mereka jamah di pagi raya. Tapi, bukan kami sahaja yang beri tau. Lebih 5 buah rumah yang memberi juadah hari raya kepada mereka. Sampai tak termakan. Hahaha! Waktu-waktu susah begini lah baru kita akan nampak kebaikan jiran sekeliling.



Alhamdulillah, sekarang mereka berlima yang positif sudah kembali sihat dan pulang ke rumah. Rasa sedih tak dapat beraya, sedih lagi mereka kena beraya dengan tidak boleh berjumpa sesiapa dan risaukan kesihatan diri sendiri. Susah kita, ada lagi yang lebih susah. Cuma Allah nak tunjuk depan mata kita atau tidak sahaja.





aisyaismail

16 comments:

  1. Insya-Allah, jasa baik Ai dan suami akan dibalas Allah berlipat ganda. Kesian kan, dia orang yang kena pisah dari family, sebab covid ni.

    ReplyDelete
  2. SEmoga dijauhi daripada jangkitan wabak pendemik ini

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah semua jiran tu dah sihat, yelah kesian bila kita fikirkan jiran dahla sakit nak kene kuarantin diri.... bagus jiran-jiran yang bagi juadah pagi raya...

    ReplyDelete
  4. Baik sungguh AI dan kejiranan :)
    Jiran yang baik akan dibalas kebaikan juga!

    Terima Kasih AI menjadi jiran yg baik dan prihatin :)

    ReplyDelete
  5. Tak rugi berbaik dengan jiran tetangga kan. Alhamdulillah, lega rasa hati. Take care AI.

    ReplyDelete
  6. waa....baik2 jiran2 kat situ

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah.. jgn la kita pulaukan mereka

    ReplyDelete
  8. bagu ai.. mcm ni la cara kita support dan bantu jiran yg sedang dilanda musibah. siapa tahu, hari ini hari dia kan

    ReplyDelete
  9. risau dengar jiran terkena..tapi dah sembuh alhamdulillah

    ReplyDelete
  10. Bagus alhamdullilah baik semuanya☺️

    ReplyDelete
  11. alhamdulillah jiran tu dibantu sebaiknya. byk dapat pahala bg yg membantu

    ReplyDelete

Janga lupa untuk tinggalkan komen =D