Aisya Ismail
Aisya Ismail
  • Home
  • About
    • Writer
    • Privacy Policy
    • Disclaimer
  • Fashion
    • Outfit
    • Hijab
    • Tip Fesyen
    • Kecantikan
    • Popular
  • Lifestyle
    • Resipi
    • Jalan-jalan
    • Kreatif
    • Makan Sedap
    • Tutorial
    • Drama dan filem
    • Random
  • Featured
    • Kolaborasi
    • Kempen
    • Info Terkini
    • Pilihan Editor
  • Contact

Selamat tinggal Shoe City Malaysia. Selepas 6 tahun bersama Shoe City Malaysia dan selepas 8 tahun bersama bos yang sama, akhirnya Ai terpaksa melepaskan tempat kerja yang Ai suka. Sampai di sini sahaja jodoh kita.



Pada sesetengah orang, 6 dan 8 tahun itu sekejap je. Ada lagi yang dah berkhidmat dengan tempat kerja mereka sampai berpuluh tahun lamanya. Tapi pada Ai, pengalaman dan ilmu yang Ai dapat di tempat kerja lama sangatlah tak ternilai harganya. Bukan senang Ai seorang yang cepat bosan nak bertahan di suatu tempat selama itu. 


https://www.aisyaismail.com/2022/01/selamat-tinggal-shoe-city-malaysia.html



Pertama kali kerja di dalam pejabat


Ai kenal bos Ai, Mr Kan semasa temuduga dalam 8 ke 9 tahun yang lepas. Pekerjaan pertama Ai di dalam pejabat. Sebelum itu Ai bekerja di dalam studio yang terletak di dalam Parkson Pavilion. Atas dasar percaya, pagi Ai temuduga, petang itu HR dah telefon bagi berita gembira. Tak sempat nak sampai rumah. Terus boleh pergi shopping baju kerja.



Walaupun banyak cakap-cakap belakang yang Ai dengar tentang bos Ai, Ai tenang-tenang je. Sebab Ai tak nampak bos Ai teruk pun. Baik je. Pada Ai, biasalah cerewet-cerewet bos tu. Nama pun bos kan. Ada ke bos yang tak cerewet? Hahaha! Ai ok lagi kalau cerewet selagi tak kacau dan menyusahkan Ai.



Ai masih ingat lagi masa bos ajak Ai ikut dia ke syarikat baru. Terharu! Dan mesti lah Ai ikut. Gaji pun ok. Hahaha! Selama 6 tahun bersama dalam turun naik syarikat, akhirnya pada September 2021 Ai buat keputusan untuk tinggalkan Shoe City Malaysia. Sedih! Sob sob! 



Selamat tinggal Shoe City Malaysia


Disebabkan Covid-19, macam kebanyakan syarikat lain, Shoe City Malaysia juga terkesan. Shoe City Malaysia buat keputusan untuk berpindah ke tempat yang susah untuk Ai nak ikut. Hahaha! Jauh wooo! Walaupun di KL je. Habis masa kat atas jalan raya je nanti. 


https://www.aisyaismail.com/2022/01/selamat-tinggal-shoe-city-malaysia.html



Bos ada bagi pilihan untuk Ai bekerja dari rumah. Tapi sampai bila? Dah lah Ai ni sejenis yang tak boleh nak bekerja dari rumah. Sekejap-sekejap boleh lah. Dalam jangka masa panjang, buntu kepala ni. Nasib baik ada blog tercinta ini dan Coca Design. Adalah duit tabung untuk dikorek selama tak bekerja. Huhuhu! Dan nasib baik juga ada Coco yang sentiasa support apa yang Ai nak buat.



Kalau ikutkan, bulan Oktober adalah bulan terakhir Ai bersama dengan Shoe City Malaysia. Hadiah hari jadi tu. Kena berhenti kerja. Huhuhu! Tapi atas kertas, hari terakhir Ai adalah pada bulan November. Baik tak bos? Mestilah baik. Staff favourite kan. Ecehhh!



Semoga Shoe City Malaysia terus maju


Sedih memang sedih. Tapi dah tertulis jodoh Ai dengan Shoe City dan bos tak panjang. Haaa kalau korang nak cuba nasib kerja di Shoe City Malaysia, cuba email resume korang. Mana tahu masih ada lagi kekosongan tempat Ai tu. Kriteria yang diperlukan, korang kena sentiasa bersedia dengat kejutan-kejutan yang terkejut. Tu je. Hehehe!


https://www.aisyaismail.com/2022/01/selamat-tinggal-shoe-city-malaysia.html



Tahun 2022 ini, Ai berharap Shoe City Malaysia terus berjaya dan berjaya. Ai pun dah mula bekerja di tempat yang baru. Alhamdulillah. Banyak ilmu dan pengalaman baru. Buat masa ni, Ai selesa di tempat baru ini. Harap-harap ini adalah pekerjaan yang Ai nak dan minat supaya Ai boleh kerja di sini sampai tua. Hahaha!





aisyaismail

Marrybrown kembali dengan 'EGG-STRA ONG' lagi power lagi egg-stra bahagia sempena Tahun Baru Cina! Sebelum ni Marrybrown pernah keluarkan menu telur masin. Korang pernah rasa tak? Sedap ke? Kalau tak sempat rasa lagi atau rindukan menu lazat tersebut, jangan risau kerana Marrybrown telah kembalikan menu kegemaran ramai itu.


https://www.aisyaismail.com/2022/01/marrybrown-egg-stra-ong-sempena-tahun-baru-cina.html


Marrybrown kembali dengan 'EGG-STRA ONG' lagi power lagi egg-stra bahagia sempena Tahun Baru Cina!


Bersempena Tahun Baru Cina yang bakal tiba ini, "Egg-stra Ong, Lagi Power' kembali lagi. Kali ini lebih power lagi dengan limpahan sos telur masin yang power gila! Sumpah sedap. Dari hidangan, sehingga ke cara penyediaan dan perkhidmatannya memang terbaik. Kombinasi yang cukup sempurna dengan rasa pedas dan masin yang akan beri kejutan kat korang.



Prihatin dengan nasib rakyat Malaysia yang mengalami detik suka duka sejak pandemik, Marrybrown berharap tahun ini dapat meraikan perayaan bersama orang yang tersayang. Marrybrown juga berharap hidangan Egg-stra Ong ini dapat memberikan egg-stra kegembiraan dan semangat yang lagi power di musim perayaan.



Kalau korang nak makan Egg-stra Ong Burger dan Chicken bersama keluarga atau kawan-kawan, korang ada pilihan sama ada Egg-stra Ong Big Box atau pun Egg-stra Ong Family Meal. Sangat sesuai untuk dijadikan pilihan makanan sewaktu perayaan.


https://www.aisyaismail.com/2022/01/marrybrown-egg-stra-ong-sempena-tahun-baru-cina.html


Harga Marrybrown Egg-stra Ong


Harga sajian Egg-stra Ong bermula daripada RM2.50 dan ke atas.



Egg-stra Ong Chicken

Single 

2pc - harga bermula daripada RM12.70

3pc - harga bermula daripada RM12.70

Combo

2pc - harga bermula daripada RM18.50

3pc - harga bermula daripada RM22.90


Egg-stra Ong Chicken Burger

Single - harga bermula daripada RM8.90

Combo - harga bermula daripada RM14.90


Egg-stra Ong Big Box

Harga bermula daripada RM25.80


Egg-stra Ong Family Meal

Harga bermula daripada RM80


Egg-stra Ong Sauce

Harga bermula daripada RM2.50



Egg-stra Ong Big Box adalah kombinasi Egg-stra Ong Chicken Burger dan dua ketul Egg-stra Ong Chicken. Hidangan ini juga dilengapi dengan kentang goreng dan secawan Minute Mate Refresh Orange. Manakala satu lagi set besar Egg-stra Ong Family Meal dilengkapi dengan dua Egg-stra Ong Chicken Burger, 8 ketul Egg-stra Ong Chicken, 1 mashed potato (L) dan 1 botol 1.5 liter Coca-Cola.


https://www.aisyaismail.com/2022/01/marrybrown-egg-stra-ong-sempena-tahun-baru-cina.html

https://www.aisyaismail.com/2022/01/marrybrown-egg-stra-ong-sempena-tahun-baru-cina.html

https://www.aisyaismail.com/2022/01/marrybrown-egg-stra-ong-sempena-tahun-baru-cina.html

https://www.aisyaismail.com/2022/01/marrybrown-egg-stra-ong-sempena-tahun-baru-cina.html


Marrybrown adalah rangkaian makanan segera Halal tempatan terbesar yang sentiasa memberikan sesuatu yang berbeza kepada pelanggan mereka. Marrybrown juga kini melayani berjuta-juta pelanggan melalui lebih daripada 500 buah restoran di 16 buah negara dengan penyediaan standard kualiti, servis, kebersihan dan nilai tertinggi untuk pemakanan yang sempurna.



Maklumat lanjut


Untuk maklumat lanjut mangenai Marrybrown, promosi dan perkhidmatan penghantaran, klik je link-link d bawah.


Facebook : MarrybrownMalaysia

Instagram : Marrybrownmy

Twitter : MarrybrownMY

Youtube : MarrybrownTV

Delivery : https://mbdelivery.com.my

Website :  https://marrybrown.com/


https://www.aisyaismail.com/2022/01/marrybrown-egg-stra-ong-sempena-tahun-baru-cina.html


Ok, korang dah boleh pergi beli kerana menu ini akan berakhir pada 28 Februari 2022. Kalau korang bertangguh, takut tak sempat pula. Limpahkan kegembiraan dan keseronokan kepada orang yang tersayang dengan hidangan Egg-stra Ong, Lagi Power pada Tahun Baru Cina ini.





aisyaismail

RichWorks komited bantu 605,000  Bangsa Usahawan Bangkit Semula selepas pandemik di tahun 2021 yang sangat mencabar. Bukan sahaja kita diduga dengan pandemik yang tidak berkesudahan, malah kita juga diduga dengan banjir besar yang melanda negara. Walaupun Ai tak terkesan secara fizikal kerana air banjir tak sempat masuk ke dalam rumah, tapi Ai turut terkesan secara emosi apabila melihat ramai keluarga dan kenalan rapat yang kehilangan harta benda akibat banjir tersebut.



Siapakah RichWorks?


Ai pasti masih ramai lagi yang tak tahu apakah atau siapakah RichWorks ini. Sebelum korang blur-blur nak main teka-teki siapakah RichWorks, biar Ai bagitahu dulu. Silap hari bulan korang pun boleh jatuh hati bila dah kenal dengan RichWorks.


https://www.aisyaismail.com/2022/01/richworks-komited-bantu-usahawan-bangkit-semula.html


RichWorks International adalah sebuah syarikat penganjur keusahawanan yang terbesar di Asia Tenggara. Kepakaran RichWorks merangkumi pemasaran, jualan, perakaunan, percukaian, pematuhan, operasi perniagaan, pengurusan sumber manusia dan juga kepimpinan. Senang cerita, RichWorks ini adalah tempat yang paling sesuai untuk korang dapatkan ilmu untuk menjadi usahawan yang berjaya.



Pada yang belum tahu tapi nak tahu, RichWorks bukanlah syarikat yang baru bertapak di Malaysia. RichWorks telah ditubuhkan pada tahun 2008 oleh Datuk Wira Dr Azizan Osman. Syarikat ini telah mendapat pelbagai pengiktirafan di dalam dan luar negara. 



Dijangkiti COVID-19 bersama ahli keluarga


Pengasas RichWorks International Sdn. Bhd., Datuk Wira Dr Azizan Osman juga salah seorang yang telah dijangkiti COVID-19 bersama 31 ahli keluarganya. Ibu mertua beliau juga meninggal dunia kerana COVID-19. Malah, beliau sendiri hampir maut. Alhamdulillah keadaan beliau kembali pulih dan baginya ini adalah peluang kedua yang diberikan oleh Allh SWT. Peluang ini akan digunakan sebaiknya untuk memberikan lebih lagi kepada bangsa usahawan.


https://www.aisyaismail.com/2022/01/richworks-komited-bantu-usahawan-bangkit-semula.html



RichWorks komited bantu usahawan dengan program percuma


Selepas keluar daripada hospital dan masih di dalam proses pemulihan, Dr Azizan sudah memulakan program untuk membantu para usahawan. Beliau menjalankan 7 program secara percuma bersamaan 98 jam masa yang diberikan dan telah dihadiri oleh ribuan orang. 



Secara keseluruhannya, RichWorks telah dapat membantu hampir 605,000 orang melalui 13 program keusahawanan yang ditaja sepenuhnya oleh RichWorks pada tahun lalu. 


https://www.aisyaismail.com/2022/01/richworks-komited-bantu-usahawan-bangkit-semula.html


Program RichWorks, Wanita Bangkit Berniaga (WBB) juga mendapat pengiktirafan kerajaan apabila disebut di dalam Dewan Rakyat sebagai rakan kolaborasi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.



Menyumbang melalui Pertubuhan Kebajikan RichWell


Ketua Pegawai Perniagaan RichWorks, Radz Mohd. memberitahu, pihaknya tidak ketinggalan untuk menyumbang kembali kepada masyarakat. Kempen #RichWellBantu berjaya mengumpulkan sebanyak RM501,497 untuk membantu lebih 2000 keluarga yang terkesan. 



Sumbangan kilat yang berjumlah RM500,000 juga dapat dikumpulkan daripada usahawan RichWorks sendiri dalam masa 24 jam. Sumbangan ini adalah untuk mangsa banjir yang terkesan di Selangor.


https://www.aisyaismail.com/2022/01/richworks-komited-bantu-usahawan-bangkit-semula.html



RichWorks bersama ahli Titanium & Spire turut menyumbang sebanyak 762 ekor kambing dan 84 ekor unta keseluruhannya bernilai RM824,160 dalam ibadah korban tahun lalu.  Sempena Maulidur Rasul pula, ahli Titanium dan anak didik RichWorks telah menaja seramai 9 orang pelajar ke Tarim Yemen dengan sumbangan sebanyak RM180,000.



RichWorks meneruskan misi dalam membangun dan mengembangkan usahawan ke tahap yang lebih tinggi


Pada tahun lalu, seramai 1855 orang peserta mentoring dari RichWorks yang terdiri daripada ahli Titanium, Spire dan EliteX berjaya mengumpul jualan sebanyak RM3.7 bilion. Satu angka yang sangat banyak. Bagi ahli Titanium sahaja, sebanyak 312 orang usahawan berjaya menghasilkan RM3.2 bilion diikuti RM495 juta dengan 519 orang ahli Spire dan RM46.9 juta dengan 1024 orang ahli EliteX. 


https://www.aisyaismail.com/2022/01/richworks-komited-bantu-usahawan-bangkit-semula.html


Seramai 72 orang usahawan melalui program bimbingan Spire telah mencapai jualan sebanyak RM1 juta pertama dalam setahun. Bukan itu sahaja, 77 perniagaan di bawah bimbingan RichWorks telah berjaya mencapai jualan lebih daripada RM10 juta, 5 perniagaan mencapai jualan lebih RM50 juta dan 5 perniagaan mencapai angka jutaan lebih RM100 juta pada tahun 2021.



Satu pencapaian yang sangat membanggakan buat RichWorks sendiri. Dalam ujian yang dihadapi, ada banyak kejayaan yang telah dicapai pada tahun 2021 yang lalu.



Itulah sedikit sebanyak perjalanan RichWorks yang diusahakan dan akan dipertingkatkan lagi di tahun 2022 ini. In syaa Allah. Semoga segala usaha RichWorks di dalam misinya untuk membantu lebih ramai bangsa usahawan akan dipermudahkan dan diberkati oleh Allah SWT. Aamiin! Tidak ada yang mustahil dengan adanya teknik yang betul daripada RichWorks.







aisyaismail

Newer Posts Older Posts Home

Hello

Aisya Ismail
“Good things make people feel something.”

Berkongsi perspektif tentang fesyen, penulisan kreatif, gaya hidup, resipi dan pelbagai perkara yang random.

SUBSCRIBE & FOLLOW

POPULAR POSTS

  • CARA DOWNLOAD VIDEO DARIPADA YOUTUBE
  • Beli Rumah Pertama Dah Kena Scam?
  • Splash Mania: Siapa Kata Tak Best?
  • Air Selangor: Tarif Air Naik, Gangguan Bekalan Air Boleh ‘Settle’ Ke?
  • Seni dan Budaya: 11 Tarikan di Pasar Seni Yang Anda Wajib Rasai Sendiri

Advertisement

Copyright © Aisya Ismail. Designed by OddThemes