ReLY - Aplikasi Tuisyen Online Serendah RM99!

Tuesday 13 September 2022

ReLY - Aplikasi Tuisyen Online Serendah RM99!


 Assalamualaikum and hye readers.




ReLY - Aplikasi tuisyen online serendah RM99! Ingat lagi semasa di bangku sekolah dulu, kebanyakan kawan-kawan semua pergi ke tuisyen. Tapi Ai tak memilih untuk pergi ke tuisyen sebab mahal. Lagi pun tuisyen zaman dulu bukan senang macam sekarang. Di mana-mana pun ada. Dulu kena naik bas turun bas, baru sampai ke pusat tuisyen tersebut. Kos lagi. Tapi orang tua-tua kata, makin susah nak dapat ilmu tu makin kita nak belajar betul-betul. Betul ke?


Selepas pandemik Covid-19, lagi bertambah-tambah mudah. Tuisyen boleh didapati hanya di hujung jari sahaja. Dah tak perlu nak keluar rumah. Tak adalah ibu bapa risaukan tentang keselamatan anak-anak di luar rumah. Dulu naik turun bas tu perkara biasa, sekarang ibu ayah kena fikir lebih 100 kali nak biarkan anak-anak bebas tanpa pantauan di luar sana.



Majlis Pelancaran Aplikasi ReLY

https://www.aisyaismail.com/2022/09/rely-aplikasi-tuisyen-online.html


Pada hari Ahad yang lepas, Ai telah berkesempatan untuk menghadiri majlis pelancaran aplikasi RELY di Hotel De Palma, Shah Alam. Majlis ini turut dihadiri dan dirasmikan oleh Y.B. Dato' Sharuddin Bin Abu Sohol, Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat.



Apa itu ReLY?

ReLY adalah aplikasi pembelajaran secara online yang telah dibangunkan oleh Fly High Centre untuk membantu murid sekolah rendah dari pelbagai latar belakang dengan yuran serendah RM99 sahaja. Mata pelajaran yang ditawarkan adalah seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, kelas Al-Quran serta Fardu Ain (KAFA).



Melalui aplikasi ini nanti, semua pelajar berpeluang untuk belajar dan mengakses sistem dalam talian di mana-mana lokasi di seluruh negara. Semua pelajar di Malaysia juga berpeluang untuk belajar dan mendapat manfaat daripada aplikasi ini nanti.


https://www.aisyaismail.com/2022/09/rely-aplikasi-tuisyen-online.html


Kelebihan aplikasi ini adalah, murid boleh memilih sendiri subjek yang ingin dipelajarinya. Modul nota dan set soalan boleh dimuat-turun pada bila-bila masa sahaja. Pembelajaran adalah secara 'live' serta rakaman juga disediakan secara percuma. Jadi, jangan risau jika anak-anak korang nak mengulangkaji pelajaran dan dengarkan rakaman berulang-ulang kali.



Objektif ReLY

  • Menjadi kelas pendidikan alternatif yang berasaskan dalam talian untuk seluruh negara.
  • Menyediakan dan menjadi pemangkin kepada komunikasi dua hala yang efektif.
  • Menyediakan latar belakang dan lapangan kejayaan guru yang mengajar.
  • Menyediakan maklumat jadual kelas yang boleh di akses beserta notifikasi.
  • Menyediakan maklumat transaksi yang tepat.
  • Menjamin tahap keselamatan yang tinggi semasa membuat pembayaran.
  • Menyediakan pasukan sokongan yang boleh berinteraksi dalam tempoh 12 jam.
  • Memberikan respon secepat mungkin


Tenaga pengajar 

ReLY menyediakan barisan tenaga pengajar yang mempunyai pengalaman yang luas di dalam bidang pendidikan daripada Kementerian Pendidikan. 

https://www.aisyaismail.com/2022/09/rely-aplikasi-tuisyen-online.html

https://www.aisyaismail.com/2022/09/rely-aplikasi-tuisyen-online.html

https://www.aisyaismail.com/2022/09/rely-aplikasi-tuisyen-online.html

https://www.aisyaismail.com/2022/09/rely-aplikasi-tuisyen-online.html

https://www.aisyaismail.com/2022/09/rely-aplikasi-tuisyen-online.html


Pakej ReLY

ReLY mempunyai 3 pakej yang bermula dari serendah RM99 untuk 16 sesi iaitu pakej ReLY (Pakej Mampu Milik), pakej Fly High Elite (Pakej Fokus), serta pakej Fly High Premium (Pakej Guru Icon).


Kelas Percuma!

Bermula 16 September 2022 ini, ReLY akan memberikan kelas secara percuma selama 2 minggu untuk pelajar di seluruh Malaysia. Pada 1 Oktober 2022, kelas berbayar akan bermula untuk akademik dan KAFA.


Untuk info lanjut, layari https://www.relyedu.com/

https://www.aisyaismail.com/2022/09/rely-aplikasi-tuisyen-online.html




aisyaismail

16 comments:

  1. bagusnya..utk sek rendah je yer, sek men x de la plak...kalu x leh try

    ReplyDelete
  2. Bagus kan sekarang tuisyen di hujung jari je. Kenangan dulu tuisyen naik bas semua.dahla jauh. Bagus ada rely ni

    ReplyDelete
  3. bgusnya tak sabar nak msukkan humaira

    ReplyDelete
  4. Senang dah skarang kt umah pun dah boleh jpin tuisyen heee

    ReplyDelete
  5. Bagus ada aplikasi Rely ni. Nk daftarkan anak2 sini

    ReplyDelete
  6. takde ke untuk murid ppki? kalau ada mesti sangat membantu

    ReplyDelete

Janga lupa untuk tinggalkan komen =D