Elakkan Stress dengan 5 Cara Manjakan Diri Di Rumah

Monday 12 February 2024

Elakkan Stress dengan 5 Cara Manjakan Diri Di Rumah


Kalau dikira dengan jari, hampir 5 bulan Ai tak tulis apa-apa dalam blog kesayangan ni. Ini adalah artikel pertama Ai dalam blog ni untuk 2024. Bukan dah buat keputusan untuk pencen, tapi sibuk sangat sampai tak ada masa nak menulis apatah lagi nak manjakan diri


Dulu ada juga masa nak pergi spa, salun rambut, jalan-jalan, main masak-masak, tapi sekarang nak duduk pandang dinding pun rasa penat. Hahaha over tau! Tapi betul, bila dah penat bekerja ni rasa nak duduk rumah je tak nak keluar. Badan pun makin besar.


Sebenarnya boleh je curi masa nak buat semua tu, tapi kalau hati dah kata tak nak memang malas lah ceritanya. Cuba kalau nak, balik kerja pukul 10 malam pun ada masa untuk aktiviti lain. Tak tidur pun tak apa.


Bila tak produktif ni, rasa lesu je. lagi penat dari ada banyak aktiviti. Bukanlah tak ada langsung manjakan diri tu, cuma dah tak kerap macam dulu. Duit jimat, tapi stress je memanjang pun tak boleh juga kan? Jadi kita cari lah cara untuk manjakan diri di rumah je.


Duduk rumah pun ada banyak benda boleh buat selain tidur. Teruskan baca kalau korang nak tahu. Tak nak tahu pun korang kena juga baca. 


Baca juga: Rawatan anti-aging


Manjakan Diri Di Rumah


5 cara manjakan diri di rumah


1. Cipta suasana seperti berada di spa


Seronoknya dapat pergi spa. Dapat urut badan, cantikkan kuku, cantikkan kulit dan sebagainya. Tak dapat pergi ke spa, dapat suasana seperti berada di spa pun jadilah kan? Tak susah pun tau kalau rajin!


Nyalakan lilin aromaterapi dengan bauan yang wangi seperti lavender, mawar atau apa sahaja bauan wangi yang menenangkan korang. Jangan ikut-ikut orang tau! Kalau orang lain bau wangi tapi korang bau macam belacan basi pun tak boleh juga.


Bau dah wangi, selaraskan lampu jadi malap-malap sikit. Bagilah mood romantik untuk diri sendiri. Kemudian pasang lagu-lagu kegemaran korang. Lagu wajib santai dan menenangkan. 


Jangan lupa bancuh teh herba untuk lebih menenangkan. Kalau tak ada teh herba, teh o pun boleh juga. Tak nak teh tapi nak air lain pun suka hati korang lah asalkan kena dengan tekak dan bukan minuman yang berat seperti Chocolate Chip Frappe tu.


2. Mandian yang menyegarkan


Manjakan Diri Di Rumah


Kalau rumah korang ada tab mandi lagi mudah, letakkan essential oil atau bath bomb, kemudian berendamlah sambil dengar muzik yang menenangkan. Kalau tak ada tab mandi pun tak apa, letak dalam baldi atau besen, lepas tu siramlah badan sendiri. 


Jangan risau sebab korang akan dapat kesegaran yang sama. Orang kata mandi air garam pun bagus. Tak perlu nak keluarkan duit beli produk yang mahal, tabur garam je. Tapi garam kasar tau, bukannya garam masakan!


Scrub lah badan selain muka tu untuk tanggalkan kulit mati. Confirm kulit jadi lembut dan licin. Lepas tu sapukan losyen dengan bauan yang wangi. Boleh tidur lena dibuatnya. 


3. Rawatan muka di rumah


Dulu-dulu Ai rajin juga buat rawatan muka sendiri ikut langkah-langkah yang betul. Ai gunakan 1 set produk jenama M. Bagus produk dia, sangat berkesan pada muka Ai ni. Cuma lama-lama Ai jadi kedekut sikit nak keluarkan duit untuk produk tu. Huhuhu. 


Kalau korang ada duit lebih, belilah produk yang bagus-bagus. Kalau tak, beli produk lokal je. Eh jangan salah sangka pula, produk lokal pun banyak yang bagus tau! Cuma ramai orang anggap produk yang bagus tu adalah produk antarabangsa. Produk lokal ni dia pandang sebelah mata je. 


Korang macam ni ke? Dah alang-alang banyak produk antarabangsa kena yang dah tak boleh beli, jom kita support lokal!


Mula dengan membersihkan muka menggunakan pencuci muka untuk menanggalkan solekan dan juga kotoran di muka. Kemudian pakai topeng yang korang boleh beli di kedai atau diy sendiri je. Nak diy macam mana tu, korang bolehlah Google. Jangan lupa letak timun dekat mata tau!


Dalam 15 ke 20 minit, korang dah boleh buka topeng tu. Buat urutan muka pula dengan gerakan membulat yang lebut untuk meransang peredaran darah. Lembapkan muka menggunakan pelembap yang sesuai dengan kulit korang.


4. Masa untuk manjakan rambut


Manjakan Diri Di Rumah


Rambut ni kadangkala boleh jadi penyejuk mata, kadangkala pula boleh jadi pemanas mata. Mana tak nya, ramai orang malas nak jaga rambut. Lebih-lebih lagi yang duduk seorang diri di rumah tu, rambut macam Hantu Mak Limah pun boleh bersabar lagi sebab tak ada siapa pun yang nak tengok. 


Tak salah pun manjakan rambut walaupun bertudung. Bila kulit kepala segar, rasa ringan je kepala. Lepas syampu tu, rajin-rajinkanlah sapu perapi dan biarkan selama 20-30 minit. Jangan buat setiap hari, seminggu dua ke tiga kali pun dah cukup. Takut gugur pula rambut kalau sapu perapi setiap hari. Ok, gurau je.


Jangan lupa urut-urut kulit kepala, ini boleh membantu merangsang aliran darah dan menggalakkan pertumbuhan rambut. Kalau korang suka rambut lebat, amalkanlah urut kulit kepala ni.


Lepas cuci rambut, keringkan dengan tuala kering atau pengering rambut. Kalau korang suka bungkus rambut dengan tuala, terpulanglah. Ada orang akan rasa gatal-gatal bila bungkus rambut, ada orang selesa begitu.


Bila rambut dah kering, bolehlah gayakan rambut korang dengan gaya yang korang akan rasa yakin dan cantik. Untuk tatapan diri sendiri je pun, tak salah korang nilaikan sendiri cantik atau tidak.


5. Putuskan rangkaian dan bersantai


Manjakan Diri Di Rumah


Katakan tidak pada telefon, laptop, komputer atau televisyen. Jangan fikir tentang kerja atau media sosial. Sekejap je bagi masa untuk diri sendiri, apa salahnya. Berehat sekejap daripada melihat skrin.


Cari bahan bacaan yang bagus untuk korang tenangkan fikiran. Kalau orang Islam, luangkanlah masa seketika untuk mengaji. Al-Quran kan bahan bacaan yang terbaik. Dengan membaca boleh menjadi cara yang terbaik untuk melarikan diri dari kesibukan dan berehat.


Selain membaca, tidur juga adalah aktiviti yang baik untuk merehatkan minda. Tapi janganlah tidur dari pagi sampai ke petang, petang ke malam dan malam ke pagi berjaga pula macam burung hantu. Itu dah jadi aktiviti yang tak sihat. Pandai-pandailah bahagikan masa tidur korang.


Aktiviti yang santai


Tak susah pun nak manjakan diri di rumah sebenarnya. Selain dari 5 perkara ini, banyak lagi aktiviti yang korang boleh buat seperti bersenam, bercucuk tanam, mengemas rumah, lipat baju dan sebagainya. 


Pada Ai, manjakan diri ni tak semestinya korang perlu dibelai-belai, tapi lebih kepada buat sesuatu yang menggembirakan dan menenangkan fikiran. Sebab tu penting untuk memilih aktiviti yang korang rasa seronok dan santai serta tak terlalu memenatkan. 


Yang lebih penting lagi, aktiviti itu adalah sesuatu yang bermanfaat pada diri anda sendiri. Luangkan sedikit masa untuk diri sendiri, berehat dan nikmati hari yang indah setiap hari.


Baca juga: Facial muka



6 comments:

  1. setujuuu. GV kalau nak manjakan diri akan bercucuk tanam, kemas rumah dan makan sambil tgk tv/neflix. hihi

    ReplyDelete
  2. Banyak je cara sebenarnya kan Ai.. Nak dengan tak nak je..

    ReplyDelete
  3. Perkongsian yang menarik Dan Bermanfaat ♥️ Ada time malas nak keluar..memang rehatkan diri je dekat rumah lagi lagi bila dah seminggu bekerja full day. Hehe.. Nona pun start manjakan muka sekarang ni bila dah semakin menua ni..haha

    ReplyDelete
  4. Self care is a must especially untuk yang selalu kat rumah je ^^

    ReplyDelete

Janga lupa untuk tinggalkan komen =D