2025

Sunday, 27 April 2025

Air Selangor: Tarif Air Naik, Gangguan Bekalan Air Boleh ‘Settle’ Ke?

April 27, 2025 0
Air Selangor: Tarif Air Naik, Gangguan Bekalan Air Boleh ‘Settle’ Ke?

Masalah Air Selangor ni memang tak akan pernah habis ke? Selalu sangat ada gangguan. Nak buat kerja harian pun terganggu.


Jangan kata bekalan air terputus je, air yang keluar dari paip pun selalu keruh dan kuning. Nasib tak baik, dah macam air teh. Tadi nak cuci tangan, air paip berbau. Huhuhu..


Kalau air paip macam chipsmore sekejap ada sekejap tak ada pun dah rasa gelabah, cuba bayangkan kalau air tak ada berhari-hari. Nak mandi susah, nak masak terganggu, nak pergi kerja dan hantar anak-anak nak ke sekolah pun jadi kelam-kabut.


Macam itulah yang ramai rakyat Selangor terpaksa hadapi. Gangguan bekalan air yang tak berpenghujung. Dan benda ini bukan cerita baru pun, tapi sejak bertahun-tahun lamanya.


Air Selangor


Baca juga: Cara Elakkan Stres Di Rumah


Masalah air yang berulang

Memanglah bukan berlaku setiap hari, tapi masalah yang sama berulang je. Rakyat Seangor dah mula rasa tertekan bila gangguan bekalan air makin menjadi-jadi.


Pada 23 Julai tahun lalu, tujuh kawasan utama termasuk Klang, Shah Alam, Gombak dan Hulu Selangor lumpuh akibat pencemaran bau di Sungai Kundang dan Sungai Sembah. Empat loji rawatan air terpaksa dihentikan.


Persoalannya, dah berapa kali benda ni jadi? Kenapa pencemaran ni seakan-akan tiada penghujung? Macam tak ada sistem kawalan langsung.


Antara punca utama yang selalu disebut-sebut adalah loji rawatan air dan sistem paip yang dah lama atau uzur dan tak cukup kapasiti. Macam mana tak stres bila teknologi yang ada tak mampu tampung permintaan penduduk yang semakin ramai?


Lepas tu bila musim kemarau atau hujan lebat, loji tak boleh berfungsi. Masalah jadi berganda-ganda dan membebankan.


Air Selangor


Pada pertengahan tahun lepas, Air Selangor mengumumkan perlantikan CEO baru dengan harapan untuk selesaikan masalah lama. Tapi setakat ni, Ai masih lagi tertanya-tanya, apa perubahan yang dah dibuat?


Bekalan air masih terputus, sungai masih tercemar, paip lama masih belum diganti sepenuhnya dan servis pun tetap sama. Kalau ada pelan jangka panjang atau inisiatif yang sedang berjalan, kenapa rakyat tak rasa kesannya? Kenapa masih ramai yang kena simpan air dalam baldi dan tong macam hidup di era 90-an. 


Tapi sekarang lagi canggih. Kalau mampu, boleh lah beli tangki air yang cantik-cantik letak kat belakang rumah.


Sepatutnya dengan pemimpin baru, datanglah dengan semangat dan hala tuju yang lebih jelas. Tapi malangnya, buat masa ni yang baru cuma nama CEO dan bukan kualiti perkhidmatan.


Ekonomi pun kena tempias

Ekonomi pun kena tempias. Kesan gangguan air bukan pada rumah sahaja. Hospital, kilang dan kedai makan, semuanya terganggu. Bila bekalan air tersekat, aktiviti perniagaan turut terbantut. Akhirnya, bukan sahaja pengguna rasa tertekan, peniaga pun pening kepala.


Air Selangor


Sektor ekonomi negeri pun boleh terjejas kalau perkara ini tak diselesaikan dengan segera. Bila gangguan jadi kebiasaan, pelabur pun boleh lari. Siapa yang nak melabur di tempat yang tak stabil?


Tarif air naik lagi? Seriuslah?

Belum habis masalah bekalan, rakyat pula dikejutkan dengan berita kenaikan tarif air. Tahun 2024 dah naik, tahun 2025 dirancang nak naik lagi. Bagi pengguna domestik 50m³ sebulan, bila air naik dari RM56.86 (2023) ke RM 87.63 (2025). Kenaikan 54.12%. Banyak tu!


Cuba kita bayangkan... bil tahunan naik sehingga RM369. Bagi peniaga pula, kos naik sehingga RM1686 setahun. Tengah rakyat bergelut dengan harga barang, minyak dan elektrik yang naik, tarif air pula nak join the party.


Ya, Air Selangor ada berikan alasan. Mereka rancang bina loji baru, guna semula air kumbahan untuk industri, tukan 300 km paip setahun dan pasang panel solar. Pada 2024, rizab air pun dah naik ke 18.60% dan kualiti air capai 99.93%. Secara teknikal, ada progress.


Tapi kenapa setiap kali naik tarif, servis tetap macam dulu? Selalu ada gangguan air, masih ada sungai yang tercemar dan bekalan air yang kotor. Tengah mandi, tiba-tiba keluar air keruh.


Ada bantuan, tapi cukup ke?

Kerajaan Selangor memang ada memberi sumbangan Skim Air Darul Ehsan (SADE), air percuma untuk golongan B40. Tapi bagaimana dengan M40 yang tak cukup kaya, tapi tak layak untuk mendapatkan bantuan? Dan peniaga-peniaga kecil? Mereka juga turut terkesan, malah kadang-kadang lebih teruk lagi.


Air Selangor


SPAN pula cakap kenaikan tarif air ni sebahagian usaha nak selaraskan harga air seluruh negara. Ok, faham. Tapi kenapa rakyat Selangor yang dah lama menderita jadi antara yang kena dulu? Ramai dah bersuara, dan ada yang mengadu sampai viral di media sosial. Tapi tindakan kadang-kadang lambat, atau langsung tak nampak. Penat lah macam ni.


Bukan nak hentam, tapi nak suara kami didengari. Nak ada tindakan yang jelas, bukan sekadar alasan teknikal dan press statement. Yang duduk kawasan tinggi, yang berniaga secara kecil-kecilan, semua ini adalah manusia yang mempunyai kehidupan masing-masing, bukan nombor dalam laporan tahunan.


Sampai bila?

Soalan paling besar sekarang, sampai bila nak kena bersabar?


Air ni bukan barang mewah, tapi adalah keperluan asas. Hak rakyat! Nak mandi, masak, membasuh, menyiram, semua gunakan air. Bila air tak ada, semua benda jadi susah.


Kita boleh diam jika berlaku sekali-sekala. Kita faham dalam dunia ni, mana ada yang sempurna. Tapi kalau dah bertahun masalah yang sama masih berulang-ulang, itu bukan takdir. Itu adalah tanda pihak pengurusan kena perbaiki banyak benda.


Kami sebagai rakyat perlukan penyelesaian jangka panjang. Bukan ubat tahan sakit yang sementara. Bukan kenaikan harga dengan alasan 'penambahbaikan'. Kami tak minta banyak, cuma nak hidup macam biasa dengan air yang bersih dan sentiasa ada bila buka paip. Harap masalah Air Selangor ni akan pulih dalam masa yang terdekat.

Wednesday, 22 January 2025

Pengalaman Haji Eksklusif dengan MKM Ticketing Travel & Tours

January 22, 2025 2
Pengalaman Haji Eksklusif dengan MKM Ticketing Travel & Tours

Jika diberikan rezeki dan peluang untuk menunaikan ibadah haji, siapa je yang tak nak? Ibadah haji ni adalah impian terbesar bagi setiap umat Islam. Lebih-lebih lagi bila usia dah semakin meningkat.


Bukan je sekadar impian, tapi wajib bagi umat Islam yang berkemampuan. Haa… jangan pula ada yang cakap tak tahu. Dalam Rukun Islam yang kelima pun ada bagitahu wajib menunaikan ibadah haji bagi mereka yang berkemampuan.


Mampu tu bukan saja dari segi wang ringgit, tapi termasuk juga fizikal, mental dan kesihatan yang baik.


Bagi kebanyakan orang, peluang untuk menunaikan haji adalah sesuatu yang dinanti-nantikan sepanjang hidup. Namun, tak semua berpeluang menunaikan haji pada waktu yang diinginkan.


Kadangkala, keadaan kewangan atau kesihatan menjadi penghalang. Namun, bagi yang belum berkesempatan, dapat menunaikan umrah sudah menjadi nikmat yang amat disyukuri.  Kalau tak mampu juga, Ai doakan korang akan dapat peluang tu nanti.


Insya-Allah kalau ada rezeki, doakan untuk Ai juga dapat jejakkan kaki ke Tanah Suci untuk menunaikan ibadah umrah dan haji.


MKM Ticketing Travel & Tours

Dah cerita tentang haji ni, Ai nak bagitahu kat korang tentang sebuah syarikat yang memberi peluang untuk korang menunaikan haji secara ekslusif.


Haji


MKM Ticketing Travel & Tours Sdn. Bhd. (MKM) merupakan sebuah syarikat pelancongan yang berlesen dan diiktiraf sepenuhnya oleh Kementerian Pelancongan Malaysia (KPL6666) dan telah diperbadankan dibawah Akta Syarikat 1965 pada 13hb Oktober 2011 sebagai sebuah syarikat berhad menurut syer dengan modal dibenarkan sebanyak RM 1,000,000.00.


MKM juga adalah salah sebuah syarikat yang berdaftar dengan Kementerian Haji Saudi bagi menguruskan Visa Umrah dan juga mempunyai Lesen Haji daripada Tabung Haji atau disebut sebagai “Pengelola Jemaah Haji (PJH)” bagi menguruskan jemaah Haji Malaysia.


Sebagai sebahagian daripada industri pelancongan di Malaysia, MKM dapat memenuhi segala permintaan serta kehendak pelanggan di pasaran terutamanya bagi mereka yang ingin membuat tempahan tiket penerbangan, pakej-pakej lawatan serta pelancongan dan sebagainya.


Sebagai salah sebuah syarikat 100% milikan bumiputra, MKM Ticketing Travel & Tours mempunyai potensi dan peluang untuk terus berkembang dan membangun pada masa hadapan terutamanya dalam bidang pengurusan Haji & Umrah.


MKM menawarkan pelbagai pakej haji premium yang disesuaikan untuk memenuhi keperluan setiap jemaah. Haaa... musim haji 2025 dah makin hampir, inilah masanya untuk korang pilih pakej dari MKM.


Objektif MKM Ticketing Travel & Tours Sdn. Bhd.

MKM sentiasa berusaha untuk mencapai matlamat & aspirasi syarikat serta berharap prestasi dan pencapaian mereka akan memenuhi objektif-objektif berikut;

Haji


  • Penginapan yang terbaik
  • Perjalanan yang lancar
  • Pengurusan yang cekap
  • Perkhidmatan profesional
  • Pelbagai pilihan kepada pelanggan
  • Memberi altenatif yang sesuai mengikut citarasa pelanggan

Pakej Haji Istimewa 2025


MKM menawarkan pakej haji yang terbaik dan insya-Allah bakal memuaskan hati setiap jemaah Malaysia yang pergi bersamanya. Ada 4 pakej yang korang boleh pilih sesuai dengan kehendak dan bajet yang korang pilih. 

Haji

Pakej Salam

Pakej ini adalah pilihan ideal untuk korang yang mencari keselesaan dan kemudahan. Penginapan yang ditawarkan dalam pakej ini berada berhampiran dengan Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.

Tempoh perjalanan: Lebih kurang 40 hari (Tertakluk penerbangan carter TH)

Penginapan: 
MINA: Khemah Muassasah (Muassim)
MEKAH: Rayannah Hotel (Lebih kurang 400m dari Dataran Masjidil Haram)
MADINAH: Millenium Al-Aqeeq (Lebih kurang 50m dari Dataran Masjidil Nabawi)

Harga: Bermula dari RM 54,900

Pakej Menara Jam

Menara Jam adalah salah satu mercu tanda ikonik di Mekah. Dengan Pakej ini, jemaah dapat menikmati penginapan di hotel yang berdekatan dengan Menara Jam dan menawarkan pemandangan yang menakjubkan ke arah Kaabah.

Tempoh perjalanan: Lebih kurang 40 hari (Tertakluk penerbangan carter TH)

Penginapan: 
AZIZIYAH: Al-Maqam Suites & Khemah Muassasah (Jarak ke Dataran Mina lebih kurang 400-500m)
MEKAH: Movenpick Hajar (Lebih kurang 50m dari Dataran Masjidil Haram)
MADINAH: Millenium Al-Aqeeq (Lebih kurang 50m dari Dataran Masjidil Nabawi)

Harga: Bermula dari RM 75,900

Pakej Safa

Pakej Safa direka khas untuk jemaah yang menginginkan keselesaan dengan kemudahan yang moden.

Tempoh perjalanan: Lebih kurang  20 hari (Tertakluk penerbangan carter TH)

Penginapan: 
AZIZIYAH: Al-Maqam Suites & Khemah Muassasah (Jarak ke Dataran Mina lebih kurang 400-500m)
MEKAH: Marwa Rayhaan Rotana (Lebih kurang 50m dari Dataran Masjidil Haram)
MADINAH: Millenium Al-Aqeeq (Lebih kurang 50m dari Dataran Masjidil Nabawi)

Harga: Bermula dari RM 115,000

Pakej Firdaus

Bagi yang mencari pengalaman eksklusif, Pakej Firdaus adalah pilihan yang sempurna. Dengan layanan premium, termasuk penginapan mewah. 

Tempoh perjalanan: Lebih kurang 18 hari (Tertakluk penerbangan carter TH)

Penginapan: 

AZIZIYAH: Al-Maqam Suites & Khemah Muassasah (Jarak ke Dataran Mina lebih kurang 400-500m)
MEKAH: Marwa Rayhaan Rotana (Lebih kurang 50m dari Dataran Masjidil Haram)
MADINAH: Millenium Al-Aqeeq (Lebih kurang 50m dari Dataran Masjidil Nabawi)

Kemudahan:
  • Penerbangan Business Class (Tertakluk kepada kelulusan TH)
  • Airport Khas (Ketika ketibaan di Saudi)
  • Premium Lounge
  • GMC & Bas VVIP
  • Khemah VIP Mina (PMN)
Harga: Bermula dari RM 275,000

Haji

Kenapa kena pilih MKM Ticketing Travel & Tours Sdn. Bhd.?

MKM bukan sekadar syarikat pelancongan biasa. Mereka memahami keperluan setiap jemaah dan berusaha untuk menyediakan perkhidmatan yang terbaik. Berikut adalah beberapa sebab kenapa korang patut memilih MKM untuk perjalanan haji korang.

Pengalaman luas

Dengan pengalaman bertahun-tahun dalam menguruskan jemaah haji, MKM tahu apa yang diperlukan untuk memastikan perjalanan ibadah korang berjalan lancar. Mereka memahami setiap aspek perjalanan haji dan akan memastikan  korang mendapat bimbingan yang diperlukan.

Pakej fleksibel

MKM menawarkan pelbagai pakej yang disesuaikan mengikut keperluan dan bajet korang. Sama ada korang mencari pakej asas atau pakej mewah, terdapat pilihan untuk semua. Fleksibiliti ini membolehkan korang memilih pakej yang paling sesuai dengan keperluan korang.

Bimbingan ibadah

Bagi mereka yang pertama kali menunaikan haji, bimbingan ibadah adalah sangat penting. MKM menyediakan bimbingan yang lengkap sepanjang perjalanan korang dan memastikan korang memahami setiap langkah ibadah yang perlu dilakukan.

Kemudahan moden

Dari penginapan hingga pengangkutan, semua kemudahan yang disediakan oleh MKM adalah moden dan selesa. Mereka memastikan setiap jemaah mendapat pengalaman yang terbaik sepanjang berada di Tanah Suci.

Haji

Rancang perjalanan haji dengan MKM Ticketing Travel & Tours Sdn. Bhd.

Umrah atau haji, tak semua orang mampu walaupun hampir semua umat Islam tak nak ketinggalan untuk dapat peluang ini. Jadi, pilihlah agen yang betul-betul beri yang terbaik sepanjang perjalanan korang menunaikan ibadah.

Nak dapat yang sempurna tu, memang susahlah sebab tak ada benda yang sempurna dalam dunia ni. Betul tak? Tapi sekurang-kurangnya, dapat yang hampir sempurna tu, satu nikmat yang perlu disyukuri juga. Insya-Allah.

Kalau korang ada perancangan nak tunaikan haji tahun ni, MKM Ticketing Travel & Tours Sdn. Bhd. Mungkin pilihan terbaik untuk korang.

Semoga perjalanan korang diberkati dan menjadi ibadah yang mabrur. Insya-Allah.

Haji

Untuk info lanjut

MKM Ticketing Travel & Tours Sdn. Bhd.
Alamat: Star Avenue Commercial Centre B-29, Jalan Zuhal U5, 179, Seksyen U5, Bandar Pinggiran Subang, 40150 Shah Alam, Selangor.
Telefon: 03-7831 6740 / 03-7831 3740 / 019-700 0079
Emel: haji@mkm.my
Laman Web: http://www.mkm.my