Aisya Ismail
Aisya Ismail
  • Tentang
    • Writer
    • Privacy Policy
    • Disclaimer
  • Fesyen
    • Aksesori
    • Hijab
    • Outfit
    • Popular
    • Tip Fesyen
  • Kecantikan
  • Gaya Hidup
    • Drama dan filem
    • Info & Ilmu
    • Jalan-jalan
    • Kreatif
    • Makan Sedap
    • Random
    • Resipi
  • Sorotan
    • Info Terkini
    • Kempen
    • Kolaborasi
    • Pilihan Editor
  • Hubungi
Berdegup laju jantung ni, rasa nak gugur bergolek-golek bila dapat whatsapp 'korang, mak masuk hospital'. Bila jarak terlalu jauh dengan mak baba, kesihatan mereka memang sering kami risaukan. Apatah lagi bila dapat berita macam ni, tak jadi kerja dibuatnya.


Sebelum ini, ai pasti akan bergegas balik ke Melaka. Memandangkan adik dan kakak ai memang sudah ada di sana, ai tangguhkan dulu untuk balik. Bukan tak risau, risau sangat. Cuma kalau semua orang balik serentak, susah untuk kami bergilir-gilir untuk jaga mak di hospital.


Keputusan itu dibuat setelah mengetahui kondisi mak. Kalau masih tak stabil, memang ai akan balik juga. Ai pulang pada hari keempat, dapat lah jaga tiga hari. Nasib baik hari last ai di Melaka mak dah boleh keluar. Tak ada lah risau sangat. Kalau masih di hospital maknanya masih kritikal lah kan?


Awan mendung. Sekadar gambar hiasan.


Sepanjang berada di hospital, tak ada benda-benda pelik pun terjadi. Mak pun beransur baik walaupun masih lemah. Masa mak tidur tu, ai sempat lah merayau dalam hospital. Ramah betul semua pesakit dan penjaga. Jadi, tak ada istilah bosan ye. Bosan masa baru sampai sahaja.


Bermacam-macam penyakit yang dihidapi oleh pesakit di dalam hospital itu. Ada yang strok, sakit buah pinggang, kencing manis, kolestrol dan macam-macam lagi lah. Masing-masing tak lokek untuk berkongsi masalah sakit mereka. Yang bagi tips pada pesakit lain pun ada.


Paling ai sedih, bila ada pesakit yang tiada penjaga. Tambahan pula warga emas. Ada doktor dan jururawat untuk membantu mereka di hospital itu. Namun, jauh disudut hati mereka memerlukan keluarga untuk menjaga mereka di situ. Itu adalah luahan seorang nenek yang menunggu kehadiran anak cucunya yang tak kunjung tiba. 


Lagipun, doktor dan jururawat di situ bukan boleh fokus pada pesakit yang tiada penjaga itu sahaja. Banyak lagi kerja lain yang perlu mereka buat. Setiap pesakit perlu diberi layanan yang sama sahaja. Tiada yang lebih dan tiada yang kurang.


Bila pesakit yang tiada penjaga minta tolong ai, ai sangat berbesar hati untuk membantu. Setakat tolong naik dan turunkan katil, ambilkan air atau makanan, hulurkan barang, buka tutup lampu atau benda-benda kecil macam tu, apalah sangat. Tak rugi pun. Malah seronok bila ada peluang membantu mereka. Bila lagi nak beramal kan. Hehehe!


Ai taknak lah judge kenapa anak-anak tak mahu jaga ibu bapa di hospital. Ai percaya masing-masing ada alasan mereka. Walaupun alasan sibuk, ai terima sebab bukan semua orang bernasib baik dapat kerja yang mudah untuk cuti. Tapi apa pun alasan korang, jenguk lah ibu bapa nenek atok korang yang terlantar di hospital tu. Sekejap pun tak apa. Sedih tau dengar luahan nenek tu.


P/s : Gambar di hospital tak ada sebab sibuk membawang.




aisyaismail
Zaman sekarang, tidak kira wanita atau lelaki sama-sama tahu memasak. Tak dinafikan, hanya segelintir lelaki yang tidak tahu masuk ke dapur. Tapi yang malas masuk dapur memang ramai. Bertuah lah mak atau isteri zaman sekarang kalau anak atau suaminya nak membantu di dapur. Satu dalam seribu tau tak. Korang kena bersyukur.


Memandangkan lelaki pun dah mula masuk ke dalam bidang masakan ini, penting ke untuk perempuan pandai memasak? Kalau dulu, tak pandai masak mak mertua mesti nak rejected. Sekarang masih macam tu ke? Ada lagi ke mak-mak yang memandang masak tu suatu keperluan yang wajib bakal menantu tahu? Ya, masih ada. Zaman moden, tapi bukan semua orang moden pemikiran ok.


Event Domino's pada April 2018


Teringat masa zaman sekolah dulu. Mak ai tak ajar ai masak pun. Belum masanya lagi kata mak. Lagipun ai ada kakak-kakak lain yang lebih besar dan mereka boleh bantu mak untuk memasak. Ai hanya tahu goreng telur, masak nasi, masak air dan masak meggi sahaja. Sampai tercetusnya menu 'Telur Goreng Petai'. Tapi basuh pinggan, memang ai dengan adik punya kerja. Sampai besar ok. Jangan kata ai goyang kaki.


Bila habis saja SPM, ai tidak dibenarkan langsung bekerja. Kena duduk rumah, belajar memasak sampai diterima masuk ke mana-mana institusi pengajian. Begitu juga dengan adik-beradik perempuan yang lain. Kami ok je, tak ada pula sampai nak memberontak sebab nak bekerja. Kalau ibu bapa dah tak bagi, ikutkan je lah. Kalau nak juga bekerja, pujuk dengan cara yang baik. Mana tau lembut hati mereka kan.


Bila ai dah sambung belajar, ai dah berhenti masuk ke dapur. Hanya sesekali je bila balik bercuti. Itu pun kalau ada kakak-kakak ai, mereka yang akan masak. Ai hanya tolong-tolong siapkan bahan sahaja. Macam potong sayur, siang ayam, siang sotong dan sebagainya. Basuh pinggan, memang kerja tetap. Perkara ini masih lagi kami amalkan sehingga ke hari ini. Habis skill memasak ai hilang sikit demi sedikit.


Tamat belajar dan mula bekerja, ai duduk dengan kakak-kakak ai. Korang rasa siapa yang memasak kat rumah? Mestilah kakak-kakak. Hahaha! Sesekali tu masak juga, tapi menu yang simple je. Bila balik kampung mesti nak makan air tangan mak. Sampai dah pindah duduk rumah sewa baru lah ai rajinkan diri memasak. Tapi ai masak yang simple-simple je. Sebab nak kurangkan kos makan di luar. Sejak itulah ai mula pupuk minat untuk memasak. Balik kampung pun ai dah ringan tulang memasak.


Me'nate Ramadan Preview pada April 2018


Selepas berkahwin, memang mak mertua ai yang masak. Kerja kan. Pernah ai cakap kat mak mertua tak payah masak, tapi kalau tak masak apa mereka nak makan untuk tengahari. Jadi, ai rajinkan diri masuk ke dapur pada hujung minggu. Ok lah dari tak buat apa-apa.


Jujur ai nervous. Lebih-lebih lagi bila mak mertua ai ada sekali di dapur. Perkara pertama ai akan cakap, "ibu pergi lah duduk kat depan, biar sha masak". Lepas tu apa lagi, amik handphone buka blog buka youtube untuk cari resepi. Kalau memang dah plan awal menu untuk dimasak lagi senang. Ai tak payah susah-susah tanya pakcik G. Telefon je mak minta resepi. Pasti jadi.


Pada ai, tak penting pun pandai memasak ni. Yang penting korang nak dan ada usaha nak memasak. Rajin-rajinkan lah diri untuk masuk ke dapur. Pupuk keinginan memasak tu. Bila keinginan dah ada, tapi korang tak tahu memasak, secara automatik korang akan cari jalan untuk belajar memasak. Cari resepi, belajar guna itu dan ini dan amik tahu setiap keperluan di dapur.




aisyaismail
Selamat Hari Raya ai ucapkan kepada semua pembaca aisyaismail.com yang meraikannya. Maaf zahir dan batin jika ada terasa hari dengan setiap patah tulisan ai sepanjang menulis di dalam blog ini. Macam lambat sangat ucap kan? Nak buat macam mana balik kampung gajet kena simpan tepi. Lagipun, raya kan sebulan.




Alhamdulillah tahun ni sama macam tahun-tahun lepas, ai terima tempahan untuk design dan jahit baju raya. Penat dia tak payah nak cakap lah, siang mengadap pc malam mengadap mesin. Demi sesuap ketupat ai layankan saja. Tahun depan ai nak tutup tempahan untuk raya sebulan atau dua bulan sebelum puasa supaya tak terkejar-kejar nak siapkan. Siapa nak hantar boleh hantar awal ok. Tak ada booking ok.


Hari raya pertama, kedua dan ketiga, meriah ai tengok kawan-kawan muat naik gambar baju raya masing-masing di media sosial. Yang mana baju yang ai buat, dan menerima pujian di ruangan komen, ya ai rasa gembira. Yelah, hasil sentuhan jari-jemari ini dipuji, siapa yang tak gembira kan. Kalau korang pun mestilah bangga kan. 


Bercakap pasal baju raya, apa warna tema baju raya korang tahun ni? Tahun lepas, selepas cari kain untuk baju raya, Encik Husband cakap dia teringin nak pakai baju raya warna hitam. Jadi kami buat keputusan untuk pakai hitam pada tahun ini. Tapi susah pula nak cari kain bertemakan hitam yang bercorak mengikut citarasa kami. Akhirnya tema hitam merah menjadi pilihan. Ok lah tu, ada juga hitamnya.


Shopping punya shopping, kami sepakat untuk buat empat pasang baju raya tahun ini. Wow! Meriah betul sampai empat pasang. Paling banyak ai pernah jahit baju raya sendiri pun hanya dua pasang. Disebabkan semangat nak sedondon dengan Encik Husband, empat pasang pun empat pasang lah. Ai ok je. Tak keluar duit upah menjahit pun. 


Tapi itu lah yang dikatakan kita hanya mampu merancang. Ai janjikan empat pasang baju raya untuk Encik Husband, namun ai hanya sempat siapkan satu sahaja. Nasib baik Encik Husband bukan jenis yang beriya sangat. Bila kejarkan dateline untuk baju-baju customer, rasa malas pula nak siapkan baju sendiri.


Selamat hari raya.


Dulu ai tak faham, kenapa tukang jahit suka beli baju untuk diri sendiri. Bukankah lebih jimat jika jahit baju sendiri. Nak pattern macam mana, cakap sahaja mesti boleh jadi. Tapi sekarang ai dah faham sangat. Tak payah cakap apa-apa kalau tak ada di tempat orang lain. Ai respect dekat korang yang tak pernah jemu-jemu mengadap mesin jahit siang dan malam tu. Korang memang idola ai tak kira lah siapa pun.




aisyaismail
Dam dam dum, bunyi mercun! Eh! Belum lagi lah. Minggu depan baru raya. Tapi ai dah terasa kehangatan raya tu. Sebab, meriahnya lagu raya kat pc ai di office. Hari-hari ai dengar lagu raya supaya bersemangat sikit nak sambung menjahit di rumah nanti. Siang sibuk di depan pc, malam sibuk di depan mesin jahit. Demi sesuap nasi. Alhamdulillah!


Kalau mood raya korang masih tak sampai-sapai lagi, apa kata korang dengar lagu-lagu raya macam ai juga. Favorite ai sudah semestinya lagu-lagu raya yang ai dengar dari zaman kanak-kanak sehingga ke zaman remaja. Lagu-lagu raya baru bukan tak menarik, tapi bukan minat ai.





55 Lagu Raya

1- Aidilfitri - Sanisah Huri
2- Aidilfitri Di Alaf Baru - Siti Nurhaliza, Noraniza Idris, Liza hanim dan Anis Suraya
3- Air Mata Syawal - Siti Nurhaliza
4- Anugerah Aidilfitri - Siti Nurhaliza
6- Balik Kampung – Sudirman 
7- BersabarlahSayang – Sanisah Huri 
8- Bersama Di Hari Raya – Cenderawasih 
9- Bila Hari Raya Menjelma – Siti Nurhaliza
10- Bila Takbir Bergema – Rafeah Buang
11- Cahaya di Aidilfitri – Black Dog Bone
12- Dendang Perantau – P. Ramlee 
13- Dari Jauh Ku Mohon Maaf – Sudirman 
14- Di Pagi Aidilfitri – Rosemaria
15- Gembira Bersama Di Hari Raya – Othman Hamzah
16- Halaman Asmara – Awie & Ziana Zain 
17- Hari Raya Bahagia – Jay Jay 
18- Hari Raya Mulia – Norazia Ali 
19- Hari Raya Tetap Tiba – Sweet September 
20- Indah Di Hari Raya – Ziana Zain 
21- Indahnya Beraya Di Desa – Azlina Aziz
22- Joget Aidil Fitri – Sanisah Huri 
23- Kain Songket – Saloma
24- Keindahan Aidilfitri – FMC Artist
25- Kepulangan Anakmu – Aman Shah 
26- Ku Pohon Restu Ayah Bonda – Mamat Exists 
27- Lebaran – Effa Rizan 
28- Lenggang Mak Limah – Halil Chik & Trio Manja
29- Menjelang Hari Raya – DJ Dave 
30- Nazam Lebaran – Siti Nurhaliza 
31- Nikmat Hari Raya – Siti Nurhaliza, Noraniza Idris, New Boyz & Aqasha 
32- Puasa Dan Raya – Senario 
33- Pulang di Hari Raya – Anita Sarawak 
34- Pulang di Hari Raya – Noorkumalasari  
35- Pulanglah – Aishah 
36- Raya – Jalil Hamid 
37- Selamat Hari Raya – Fazidah Jonet 
38- Suasana Riang di Hari Raya –Junainah M Amin 
39- Satu Hari di Hari Raya – M. Nasir 
40- Selamat Hari Raya – Ahmad Jais 
41- Setitis Cahaya di Aidilfitri – Aishah 
42- Selamat Berhari Raya – Rahimah Rahim
43- Setahun Sekali – Amy Mastura 
44- Senandung Hari Raya Untukmu – Dayangku Intan 
45- Suasana Hari Raya – Sharifah Aini 
46- Sesuci Lebaran – Siti Nurhaliza 
47- Selamat Hari Raya – Sudirman 
48- Seloka Hari Raya – Uji Rashid & Hail Amir 
49- Seminggu Berhari Raya – Senario 
50- Suasana Hari Raya – Anuar Zain &Ellina 
51- Selamat Hari Raya – Saloma
52- Suara Takbir – P. Ramlee & DJ Dave
53- Salam Aidilfitri – Jamal Abdillah 
54- Warna-warni Aidilfitri –  Artist  Sony 
55- Zapin Aidilfitri – Nurhaida 


Haa yang mana satu favorite korang? Mulanya ai nak link kan dengan video lagu-lagu ini. Tetapi memandangkan ramai artis lama yang sudah menutup aurat, ai tak jadi nak berbuat begitu. Jadi, korang carilah sendiri kalau nak tengok video ye. Selamat berhibur.




aisyaismail
Pagi-pagi keluar rumah, ai ternampak kapal terbang lalu di atas sana. Nampak besar dari biasa. Mungkin kerana jaraknya lebih dekat walaupun masih tinggi di atas. Tapi itu normal kerana rumah ai dengan Airport Subang bukanlah jauh sangat. Dia nak mendarat di Airport Subang lah tu.


Kalau korang nak tahu, ai ni sejenis yang penakut nak naik kapal terbang. Ai pernah tinggal di Kuala Lumpur seorang diri semata-mata tak mahu ikut keluarga bercuti dengan menaiki kapal tebang. Tapi entah macam mana tahun lepas boleh sampai ke Sabah dan Sarawak pula. Orang kata, kalau dah cuba sekali mesti nak lagi. Tahun ni macam nak ke luar negara pula. Pergi negara yang dekat-dekat dulu baru fikirkan yang jauh.




Bali atau Phuket ya? Atau Krabi? Jakarta pun macan best. Pergi Korea terus pun ok. Alah! Banyaknya tempat yang ai nak pergi! Nak kena buat itirinery ni. Nak cop penginapan yang menarik dan nak plan aktiviti lagi! Nak book flight! Banyak nya benda yang ai nak kena fikir. Tapi, AirAsia kan ada. Korang macam ai tak? Kalau korang suka travel jauh-jauh dengan bajet yang dalam kemampuan korang, mesti AirAsia akan menjadi flight pertama yang korang fikirkan. Betul tak?


Nama AirAsia ni memang dah tak perlu nak diperkenalkan lagi, rata-rata orang sudah tahu dan memang sudah terkenal dengan tiket flight yang murah. Promosi selalu gila-gila lah. Lagi pula, tiket flight murah ke lebih daripada 165 destinasi yang merangkumi 25 buah negara. Menariknya! Banyak sungguh pilihan. Pilihan yang ada dalam fikiran korang mesti ada dalam senarai punyalah. Confirm. Hahaha!


Bila bercerita tentang AirAsia, sebenarnya bukan mudah perjalanan AirAsia untuk sampai ke tahap yang tinggi seperti sekarang. AirAsia mula beroperasi pada tahun 1996 dan pernah mengalami kerugian yang besar suatu ketika dahulu. Tony Fernandes membeli dan ubah wajah AirAsia 100% dan bermulaa dari itu lah nama AirAsia mula berkembang dan semakin mendapat nama.




Selepas beliau meletakan tawaran harga tiket serendah RM1, Air Asia terus membuka hab kedua di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Johor pada tahun 2003. Mana nak dapat harga tiket RM1? Kalau ai dah ada duit sendiri waktu itu, habis semua tempat ai book tiket. Dari sinilah bermulanya penerbangan antarabangsa AirAsia yang pertama, iaitu ke Bangkok. Sejak dari itu, dengan tidak menoleh ke belakang, AirAsia terus mengorak langkah dan menubuhkan anak syarikat Thai AirAsia dan seterusnya menawarkan penerbangan ke Singapura dan Indonesia.


Tidak lama kemudian, AirAsia menambah lagi penerbangan pada tahun 2004. Penerbangan kali ini lebih jauh ke destinasi seperti Macau, Xiamen dan seterusnya ke Manila, Vietnam dan Kemboja pada tahun 2005 serta Brunei dan Myanmar pada tahun 2006. Orang kata, perkembangan pesat AirAsia dalam menawarkan perkhidmatan penerbangan antarabangsa ini bertambah kuat lagi pada tahun yang sama apabila Tony Fernandes memperkenalkan strategi lima tahun untuk mengukuhkan pengaruh di Asia.


Hasilnya, pada tahun 2007, jumlah penumpang meningkat dengan mendadak kepada 13.9 juta. Pada akhir tahun 2008, AirAsia telah mengumumkan akan menambah lagi sebanyak 106 daripada 60 laluan yang sudah sedia ada. Fuh, banyak tu! Hasilnya, makin banyak anak-anak syarikat AirAsia ditubuhkan di sekitar benua Asia dan serata dunia. Ini adalah bertujuan untuk menampung lebih banyak laluan dan peningkatan permintaan pelanggan, termasuklah AirAsia X yang dibuka untuk penerbangan jarak jauh AirAsia. Dengan kemasukan ke Jepun pada tahun 2011 dan India pada tahun 2013, semakin banyak lah pilihan yang kita ada kalau nak melancong ke luar negara. Dah menarik sangat ni.


Kredit photo from asia.nikkei.com.

Oh ya, kalau korang nak tahu, terbang bersama AirAsia ini juga banyak manfaatnya sebagai penumpang dan pelanggan. Harga tiket yang AirAsia tawarkan selalunya lagi murah jika nak dibandingkan dengan harga tiket yang ditawarkan oleh syarikat penerbangan yang lain. Kalau korang nak lagi selesa sikit, korang boleh melaraskan penerbangan  untuk dapatkan seat yang lebih elok dan lapang.  Kalau korang yang suka membeli-belah di destinasi percutian korang dan rasa memang akan bawa barang yang banyak, korang boleh juga untuk tambah had barangan. Barang-barang korang pun in syaa Allah akan terjaga dengan elok.


Untuk korang yang suka dan selalu travel ni, kalau korang ada kad loyalty BIG lagi best tau! Korang boleh kumpul point setiap kali korang naik flight atau membeli barangan melalui third party merchant. Bila dah cukup point korang tu, boleh lah korang tukarkan dengan tiket penerbangan dan berjalan lagi. Macam AirAsia sponsor tiket penerbangan di atas kesetiaan koraang bersama AirAsia lah. Dah terbuktikan betapa berkalibernya AirAsia bila masuk bab internasional flight.


Apa yang korang tunggu lagi tu? Teruslah buka website AirAsia di browser ataupun di apps AirAsia. Jangan bertangguh-tangguh lagi untuk menikmati pelbagai promotion untuk SEMUA AirAsia flights yang sentiasa berlangsung dari semasa ke semasa. Dapat je offer yang menarik terus cepat-cepat grab. Masuk line, bayar atas talian, online check in dan selamat bercuti. Hahaha! Tak ada apps AirAsia? Download lah sekarang. Ai percaya handphone masing-masing canggih tu.




Korang dah boleh tanda check untuk satu benda, FLIGHT TICKET!! Sekarang dah boleh lah korang nak fokuskan kepada perkara lain pula. Pastikan semuanya yang terbaik  untuk travel yang paling best tahun ini. Yeayy! Ai pun nak book tiket juga ni. Jangan lupa abadikan kenangan terindah dengan bergambar. Selamat bercuti!




aisyaismail
Newer Posts Older Posts Home

Hello

Aisya Ismail
“Good things make people feel something.”

Berkongsi perspektif tentang fesyen, penulisan kreatif, gaya hidup, resipi dan pelbagai perkara yang random.

SUBSCRIBE & FOLLOW

POPULAR POSTS

  • CARA DOWNLOAD VIDEO DARIPADA YOUTUBE
  • Drama Korea : Kingdom Season 1 & 2
  • Akar Villa, Port Dickson: Family Day Untuk 25 Orang
  • Solo Living: Kelebihan Hidup Bersendirian Yang Semakin Menjadi Pilihan
  • Staycation 2 Hari 1 Malam di Cyberview Resort & Spa

Advertisement

Copyright © Aisya Ismail. Designed by OddThemes