2015

Monday 24 August 2015

CLASH OF CLAN a.k.a COC

August 24, 2015 7
CLASH OF CLAN a.k.a COC
Assalamualaikum~

Siapa peminat tegar Clash Of Clan a.k.a COC?? Apa?? Tak tau apa itu COC?! Hurmm alaaa.. Game yang katanya buat orang bercerai berai tu. Kan famous awek-awek up status facebook kerana bengang boyfriend gila coc sampai tak layan awek whatsapp.


CLASH OF CLAN a.k.a COC


INSTAGRAM REVIEW

August 24, 2015 6
INSTAGRAM REVIEW
Assalamualaikum~

Majoriti manusia yang ada smartphone di dunia ni mesti ada instagram betul tak? Sama ada active atau tak acc tu belakang cerita lah. Instagram adalah social network di mana kita kongsi-kongsi kan gambar kita. Depends juga pada minat seseorang tu. Ada selfie, pemandangan, quote e.t.c.



INSTAGRAM REVIEW
Gambar hasil carian di google

Friday 21 August 2015

Nasi Goreng Cintamu Mekar Di Hati

August 21, 2015 7
Nasi Goreng Cintamu Mekar Di Hati
Assalamualaikum~


Nasi Goreng Cintamu Mekar Di Hati. Curlass kau nama menu. Dah macam nama lagu kan? Bukan apa, sekarang kan ramai gadis-gadis yang up daily menu kat aplikasi Facebook. 

Macam-macam nama menu yang diorang cipta. Padahal menu ikan bilis goreng je, tapi nama menu "bilis ku sayang ku cinta kau bersemadi di salam perutku".. GITUWW!! So Ai pun feeling created nama menu yang ala-ala cinta mekar berkembang dalam hati.

Sesuai dengan nama menu, ni ai nak kongsikan menu nasi goreng yang very simple

Ai tau ramai gadis kat luar sana yang tengah hangat bercinta tu teringin nak masakkan untuk boyfriend korang kan? 

Tapi masalahnya korang tak pandai nak masak atau mungkin tak ada bajet nak masakkan masak lemak ketam untuk boyfriend korang. Maklum laa, student lagi kan. 

Isteri-isteri pun kalau tak sempat nak masak untuk suami tapi suami memang jenis makan air tangan isteri je, boleh lah cuba. Ataupun untuk anak-anak yang balik sekolah dengan perut kelaparan mencari makanan di bawah tudung saji. 

Kalau macam Ai, Ai masak untuk perut sendiri. Maklum lah bujang kan. Nak makan luar tak selera pula bila Ai pandang pinggan, pinggan pandang Ai.

Bahan-Bahan ( Ai tak ada sukatan, ikut hati je )

1. Hirisan isi ayam (depends korang nak bentuk macam mana. Kalau hebat boleh buat bentuk hati =P Kalau nak tukarkan dengan udang, sotong atau sewaktu dengannya pun boleh)
2. Bawang besar dihiris kasar (Nak halus atau dadu pon boleh)
3. Kentang (ini pun ikut korang nak mencorakkan bentuknya. Kalau tak nak letak pun tak apa)
4. Telur (malam tadi Ai tak letak sebab telur habis)
5. Cili boh
6. Sos
7. Nasi putih
8. Minyak masak

Cara-cara

1. Mula-mula korang panaskan minyak masak. Goreng kentang, isi ayam dan telur. Satu kan di dalam satu mangkuk. Kalau korang tak nak letak bahan-bahan ni takde masalah. Tapi dah tak mekar di hati lah kan kalau kosong sangat. Ai lebih suka makan nasi goreng yang banyak isinya.

2. Minyak yang korang gunakan untuk menggoreng tadi, kurangkan kuantiti di dalam kuali. (Boleh guna minyak yang sama) Goreng cili boh sehingga garing. 

Mak ai kata masa dulu-dulu, kalau nak tau dah garing ke belum, kalau tak pandai tengok cuba bau. Kalau batuk-batuk tu tandanya belum garing.

3. Bila cili boh dah garing, masukkan sos. Kuantiti sos tidak boleh lebih banyak daripada cili boh. Nanti nasi goreng korang akan jadi nasi goreng sos. Korang kacau sehingga sebati. 

4. Lepas tu masukkan kentang, ayam dan telur yang korang dah goreng tadi beserta bawang. Telur tu make sure telur hancur ye. Jangan goreng telur mata pula. Gaulkan sehingga semua bahan sebati.

5. Masukkan sedikit air. Sikit je tau. Jangan banyak-banyak. Tujuan air ni supaya senang korang nak gaulkan dengan nasi nanti. 

Kalau korang letak air banyak sangat, nasi korang akan basah atau boleh dikenali sebagai nasi goreng basah. 

6. Masukkan sekali garam dan ajinomoto jika diperlukan secukup rasa.

7. Apabila air tadi dah mendidih, masukkan nasi dan gaul sebati. Macam mana nak tau dia dah mendidih? 

Air dalam kuali tu akan keluarkan gelembung-gelembung udara. Korang cuba masak air, korang perhatikan. Macam tu lah caranya.

8. Selepas nasi tadi dah sebati dengan cili dan bahan-bahan lain, cuba rasa. kalau tak cukup garam tambah garam. Kalau semua dah ok.... SIAP!

NASI GORENG CINTAMU MEKAR DI HATI

Taraaaaaa!! Ni lah hasil nya. Nasi Goreng Cintamu Mekar Di Hati. Nampak yummy tak?

Korang jangan complain "nampak biasa-biasa je" atau seumpama dengannya. Nama pun nasi goreng yang "very simple". 

Nasi ni untuk makan malam Ai malam tadi, so Ai tak beriya nak menghias. Tak kuasa laa. Makan sorang je pun. 

Kalau korang nak nampak menarik, Korang boleh letak daun salad, timun, tomato etc. Pandai-pandai lah korang nak hias pinggan korang bagi nampak gedebaboomm..

Nasi Goreng Cintamu Mekar Di Hati siap dihidang =) Selamat mencuba =)

Tuesday 18 August 2015

5 cara menghilangkan dagu berlapis. Buat kat rumah je!

August 18, 2015 10
5 cara menghilangkan dagu berlapis. Buat kat rumah je!
Assalamualaikum and very good morning.


5 cara menghilangkan dagu berlapis. Buat kat rumah je! Pagi ni Ai bangun pagi dan perasan sesuatu dekat muka Ai. Double chin! Hahaha! 

Ai percaya ramai gadis di luar sana yang cepat resah dan gelisah bila naik badan. Betul tak? Ai pun salah seorang daripada gadis-gadis itu. 

Mana tak nya, Ai ni kecik molek je orangnya. Sesiapa yang mempunyai ketinggian yang sama dengan Ai mesti akan rasa benda yang sama. Orang tinggi-tinggi naik badan masih nampak cantik chubby-chubby. Tapi bila kita, confirm nampak macam doraemon. 


Friday 14 August 2015

Dari suka-suka jadi minat

August 14, 2015 1
Dari suka-suka jadi minat
Dari suka-suka jadi minat. Dah lama sangat tak blogging. Dulu semasa zaman belajar di kolej dan universiti, Ai agak aktif juga blogging. 

Ai suka menulis. Masa sekolah dulu selalu dapat markah A untuk karangan. Acah-acah nak jadi penulis novel kononnya. Kononnya laa! Padahal tak minat pun menulis novel.

Bila blogspot ni tengah famous masa tu, Ai pun acah-acah penggemar tegar blog. Inilah permulaan Ai menjadi seorang blogger picisan pada tahun 2008.

Bercerita merapu entah apa-apa, siap luahkan segala perasaan suka, duka, kecewa. Hahaha! Belum lagi masuk luahkan masalah bergaduh dengan teman lelaki. Warna-warni blog tak payah cakap la kan, seceria kehidupan Ai. 

Blog mula terkubur


Tapi bila Ai habis belajar, Ai da mula jarang melekat dengan laptop dan menulis pun tak ada masa. Ok ni cari alasan, padahal malas. Dengan secara rasminya blog Ai pun terkubur.

Dari suka-suka jadi minat

Entah macam mana selepas beberapa tahun terkubur, pagi tadi Ai buka balik blog www.aisyaismail.blogspot.com. 

Tudia.. Tak sangka dulu-dulu Ai salah seorang yang buat karangan menggunakan ejaan "diew" "sayew" "cayunk" dan seumpama dengannya. Rasa macam... eiuwww.. Kita eja macam tu?? Hahahah!

Belek punya belek baru perasan banyak sangat gambar Ai tak pakai tudung. Memandangkan Ai sekarang mula cuba untuk buat perubahan, Ai pilih untuk delete semua gambar-gambar tanpa mencacatkan blog tu. Sayang tau.. Zaman-zaman muda remaja punya kisah-kisah. 

Hilang yang lama muncul yang baru


Saat-saat mendebarkan pun bermula apabila Ai dapati blogspot dah tak boleh nak masuk menggunakan email Yahoo. 

Semua kena buat perubahan dan gunakan email Gmail, tapi Ai memang pengguna email Yahoo tegar kononya masa tu. 

Bermula lah episod Google mencari jalan selesaikan masalah. Alhamdulillah. Berjaya juga masuk ke dalam blog. 

Selepas beberapa jam buang itu, buang ini, buang sana, buang sini, makin banyak pula benda-benda yang yang rumit dan Ai tak faham. 

Disebabkan Ai tak tahu macam mana nak buang semua benda tu, Ai pilih untuk nyahaktifkan je blog tu. 


Sedih la juga tapi tu cuma blog. Macam kelakar je nak sedih-sedih semua. 

Macam tak best pula bila takde blog ni. Tadaaaaa! Blog Aisya Ismail  kembali semula. Hahahaha gigih Ai create URL baru. Kihkihkih!

Ok sampai di sini sahaja entri Ai. Nak edit blog ni jap. Banyak nak kena belajar balik ni.
Bubbye~