COLORING BOOK FOR ME & MANDALA

Monday 24 July 2017

COLORING BOOK FOR ME & MANDALA


Assalamualaikum and hye readers~

Pernah dengar tak 'Coloring Book For Me & Mandala'? Apa benda Mandala tu?




Mandala adalah sebuah konsep Hindu yang turut digunakan di dalam konsep Buddha yang juga dikenali sebagai 'lingkaran'. Mandala sekarang dah banyak digunakan di dalam design grafik atau geometri mahupun di dalam bentuk lukisan tangan. Corak Mandala ini juga boleh dilihat dijadikan corak pada pakaian. Banyak juga lah baju yang ai tengok bercorakkan Mandala ni. Paling famous, korang tunggu Deepavali. Cantik weh diorang tabur beras tu. Kreatif sangat!

Jadi, apa pula 'Coloring Book For Me & Mandala'?

'Coloring Book For Me & Mandala' ini adalah sejenis aplikasi mewarna. Fungsi dia samalah macam buku mewarna yang kita beli untuk anak buah, tapi kita yang over warna buku tu sampai habis. Sebabnya, anak buah tu kecik lagi. Bukan tahu mewarna pun. Hahaha! Tapi 'Coloring Book For Me & Mandala' ni buku mewarna di dalam gadget.




Ai download aplikasi ni dah lama dah. Memang best ok! Aplikasi ni bukan macam buku mewarna kanak-kanak yang warna seketul-seketul gambar kura-kura, tikus or pokok semua tu. Tapi aplikasi ni mencabar sikit lah, sebab terlalu banyak garisan di dalam satu gambar. So terpulang lah kat korang nak warna macam mana. Kalau korang jenis tak minat aktiviti macam ni memang cepat bosan. Tapi ni favorite ai tau.




Ada banyak sangat kategori gambar. Rambang mata nak pilih. Kalau ai dah mengadap benda ni, memang susah nak berhenti. Kalau korang memang jenis suka mewarna tu, better download aplikasi ni. Dekat mana-mana pun korang boleh mewarna. Especially time bosan or tak tahu nak buat apa tu. 

Cara nak download dia, korang pergi je kat google play store atau app store. Alaa macam korang tak tahu cara nak download kan.. Korang search je 'Coloring Book For Me & Mandala'. Kalau search 'coloring book' atau 'mandala' je pun dia akan keluar dalam pilihan tu.


aplikasi dia gambar mandala.


Best tau aplikasi ni. Recommended! By me! Hehehe! Jom lah tengok hasil daripada kereativity tangan ai mewarna. Kalau tak cantik jangan kecam ok. Kalau cantik, ai alu-alukan untuk korang puji-puji. Hehehe!



Cepat pergi download sekarang tau.. Oh ye? Korang dah join ke BFF contest tu? Kalau belum, sila klik banner di bawah ye. Selamt berjaya!!



4 comments:

  1. bestnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

    ReplyDelete
  2. banyak aplikasi mewarna kan sekarang ni..gee ada upload jugak..bagus untuk anak-anak..bagi tajamkan kreativiti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. banyakkk.. tapi ai lagi suka mandalam ni.. sesuai lah untuk orang dewasa..

      Delete

Janga lupa untuk tinggalkan komen =D