RAJINNYA UPDATED BLOG!

Wednesday 26 July 2017

RAJINNYA UPDATED BLOG!


Assalamualaikum and hye readers~


Apa khabar semua pagi ni? Dah sarapan? Tengah fikir nak update apa ke tu? Haa pagi-pagi ni banyak pulak soalan ai. Saja nak beramah-mesra dengan readers yang singgah ke sini.





Rajinnya updated blog? Dah nama pun blogger, kena lah rajin kalau tak nak blog terbengkalai.


Sebenarnya kan, update blog ni sama je macam up status kat facebook, up gambar kat instagram ataupun tweet-tweet di twitter. Apa yang terlintas di fikiran, ai update. Cuma yang membezakan blog dengan media sosial yang lain, blog ni kena buat karangan. So kalau tak minat nak membebel panjang-panjang, susah lah.


Tapi ada je blogger yang create account but untuk jadi silent reader je. Hak dan cara masing-masing lah. Kita mana boleh paksa untuk suka apa orang lain buat, begitu juga sebaliknya.


Ada juga yang cakap, kalau dah selalu buat karangan panjang berjela, tak ada kerja lain ke? Life memang mengadap pc je ke? Hahaha! Yang ni lain blogger lain style juga tau. Ada yang jadikan blog punca rezeki utama, ada mengisi masa lapang dan ada juga on off blogging.


Macam ai, ai blogging as part time je. Ada masa terluang ai tulis, kalau busy, ai tak tulis. Tapi macam kerap je entri ai naik kan?

Ai ni banyak idea tau. Ada je benda yang ai nak tulis. Selalunya, bila terlintas idea ai nak mengarang tapi ai tak ada masa, so ai takkan terus tulis. Ai akan klik new post and tulis tajuk je. Lepas tu save. Automatik dia akan saved kat draft. Boleh nak kata, draft ai memang banyak lah topik yang belum ditulis lagi.


Bila ai ada maca terluang, ai akan tulis sikit-sikit. Ikut lah idea apa yang terlintas waktu tu. Tapi sekali idea ai dah datang, memang laju tangan menaip. Kalau tak ada idea, tak ada lah. Dah siap entri, ai akan baca balik. Kalau ai rasa tak ok, ai akan hold dulu or delete je. Kalau ok, ai akan schedule kan tarikh dan masa untuk publish. Bila sampai tarikh dan masa tu akan auto publish. If ai terlupa pun tetap akan publish. So, senang kerja. 




Masa ai selalu menulis adalah pagi-pagi bila sampai office, lunch hour dan sementara tunggu encik Husband datang menjemput. Tapi kalau busy, ai tak update pun. Sebab tu ai dah tulis entri siap-siap. Senang kan kerja di kemudian hari. Rumah? Memang tak sempat lah nak menulis. Time di rumah ai busy menjahit. Padat sangat schedule ai kan.


Tapi.. tapi.. tapi.. Untuk pengetahuan korang, ada juga blogger yang mampu update entri tiga hingga lima topik dalam masa sehari. Fuhhh memang tak ada life ke macam mana? Kebas punggung duduk menghadap pc je.


P/S : Yang bekerja tu, jangan update blog waktu bekerja tau!

30 comments:

  1. sama la anum partime shj

    ReplyDelete
  2. Semua tergantung pada diri masing-masing kan...tapi PC kagum pada blogger yang boleh up entri lebih daripada satu sehari..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama lah.. minat blogging tu memang ada dalam diri dia lah tu.. Bonus bila boleh tulis article gempak!

      Delete
  3. maksudnya tgh tak busy la tu... hehehe escape kejap je kat blog, pasni sambung balik

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe.. kalau mengantuk memang selalu escape..

      Delete
  4. saya silen reader coba mulai cakap cakap :D

    ReplyDelete
  5. Biasanya macam tu full-time blogger dan banyak buat aktiviti luar... so senang diaorang banyak cerita.... lagi satu bila area blogger tu banyak buat event... lagi senang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul lah tu.. Tu yang kagum.. Kelebihan rezeki dia kat situ..

      Delete
  6. ok ni... teruskan berblog ya...

    ReplyDelete
  7. Kita ikut dan juga. Kalau dtg idea tgh malam buta pun kita menaip. Haha. Oh menjahit juga? Kita pun ada beberapa tempahan tak siap2. Tu pun nak ikut mood. Salah kalau keje nak tetas je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah.. menjahit pun part time je. cari duit lebih =D

      Delete
  8. sy berbelog sebab suka sharin sambil untuk berbisnes

    ReplyDelete
  9. Same here babes. Sebenarnya memang idea tuh ade ajer. Masa ajer la kan kena cari and manage bebetul. Kagum juga pada mereka yang mampu update blog dalam sehari boleh sampai 2-3 entry. Akak ni kadang satu entry taip bersambung sampai esok. HAHAH! Banyak keja nak buat kat rumah termasuklah jadi mak supir kat anak-anak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu.. kadang tu update blog pun nak kena buat reseach juga kan.. takot salah fakta.. tu yang take time nak update sesuatu entri.

      Delete
  10. memang kena rajin update.. kite ni pun dah lame tak update sebb tengah stres kat opis.. nk menaip pun takde mood.. hukhuk

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan.. mood malas tu tak boleh ada.. kalau ada habis laa..

      Delete
  11. Mama selalu update malam2 pastu schedule pagi esoknya. Ye la sapa nak baca tgh2 mlm kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. malam hujung minggu je masih ramai pembaca..

      Delete
  12. hehehe semoga rajin sentiasa.. CT pun tenggelam timbul. time rajin banyakla entry hehe..

    ReplyDelete
  13. same here , partime je ada masa ada lah entri kena tengok keadaan jugak..kalu free hari-hari up entri

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan.. so far belum boleh nak mengadap hari-hari blog ni.. hiks!

      Delete
  14. Dulu masa baru buat blog kemain semangat update blog, tapi sekarang ni dah malas walaupun tak buat apa pun dekat rumah hahaha sbb takdak benda pun nak cerita :')

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu perkara biasa.. Ai dulu pun activ blogging sampailah busy melampau terus x tertengok blog .. Sekarang ni baru activ balik..

      Delete
  15. Saya pun part time blogger jugak..huhu...Thanks for your support ya.. =)

    https://thisni3zahata.blogspot.my/2017/07/new-bloglist-by-nieza.html

    ReplyDelete

Janga lupa untuk tinggalkan komen =D