SUP AYAM TERATAI LAYU DI TASIK MADU - Aisya Ismail

Tuesday, 15 August 2017

SUP AYAM TERATAI LAYU DI TASIK MADU

Assalamualaikum and hye readers~


Dah fikir ke nak masak apa hari ni? Ai suggest masak yang simple-simple je. Tapi kalau korang nak masak yang berat-berat, it's up to you. Ai suggest je. Hehehe!


Ok, ai nak kongsikan resipi sup ayam teratai layu di tasik madu. Dulu malas betul nak masak sup. Alasan susah. Sup remeh. Padahal senang gila kot! Nak dengan taknak je.


Nampak menyelerakan tak 😋

Bahan-bahannya :

1- Setengah ekor ayam ( potong kecil)
2- Rempah empat sekawang (beli je kat kedai dah siap packet kecik-kecik)
3- 5 biji bawang merah (dihiris halus)
4- 3 ulas bawang putih (dihiris halus)
5- 1 inci halia (dihiris halus)
6- Air secukupnya
7- 3 biji kentang (dipotong 6)
8- 1/4 lobak (hiris jangan terlalu nipis)
9- Garam


Cara-caranya :

1- Tumiskan rempah empat sekawan.

2- Apabila dah naik bau, tumiskan pula bawang merah dan bawang putih. 

3- Apabila sudah naik bau wangi bawang dan bawang keperangan sedikit, masukkan halia.


4- Masukkan air.

5- Apabila sudah mendidih, masukkan kentang dan lobak.


6- Setelah agak-agak kentang dah empuk, tambah kan air. (boleh cucuk guna garfu)

7- Apabila air mendidih, masukkan ayam dan kacau-kacau sedikit.

8- Masukkan garam secukup rasa. Kalau nak tambah serbuk perasa juga boleh.

9- Siap dihidang untuk santapan.




Nampak menyelerakan dan mudah kan? Jangan tanya kenapa macam tak ada lobak dalam sup tu tau. Ai terlupa beli lobak. Hehehe. Ai hidangkan bersama sayur bendi goreng cili. Baru lah balance, ada pedas-pedas sikit. Ai akan kongsikan resipi bendi goreng cili di entri akan datang.


Yang nak mencuba resipi ni, selamat memasak ye!

18 comments:

  1. Salam singgah!

    Nama resepi ni dah macam Siti Sarah punya resepi ^_^

    Saya suka masak sup ayam sebab anak-anak memang suka resepi berasaskan ayam. Lagipun kalau dah tak tahu nak masak apa, memang sup jelah jadi target! Senang!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul.. tak tahu nak masak apa memang sup lah pilihan nya.. btw ni fauziah latiff =D

      Delete
  2. Masa masak ni kena nyanyi tak? hihi

    ReplyDelete
  3. Masak simple pun kalo kena dengan selera mmg sedap...huhu

    ReplyDelete
  4. Lauk peberet tiap kali xde idea nak masak...

    ReplyDelete
  5. Akak suka makanan bersup, cara akak lain sikit, tumis rempah ratus berasingan dan toskan minyak.

    Kurangkan minyak dalam masakan.. 😀

    ReplyDelete
    Replies
    1. ai memang tak guna banyak minyak.. so tak perlu tos.. tapi periuk or kuali kena guna yang anti lekat tu.. kalau tak bawang tak masak..

      Delete
  6. Salam kenal & akak follow balik
    Sup masakan febret yang anak akak suka masak dan kami sekeluarga suka makan.

    ReplyDelete
  7. hahahhaa suka buat sup ayam sebab campak semua lepastu tinggal je buat kerja lain

    ReplyDelete
  8. Hakak kadang kadang buh perencah sup Adabi Ai hihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh gak.. tapi banyak sangat msg.. ai tak suka sangat..

      Delete
  9. Sup la paling senang... Saya slalu masak sup lagi2 ada baby ni... Malas nak masak yang lain... Masuk semua bahan, tinggalkan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye laa.. dulu tu maybe ai malas kot.. tu yang alasan susah terus muncul.. hehehe

      Delete

Janga lupa untuk tinggalkan komen =D