BENDI GORENG CILI DAG DIG DUG

Wednesday 16 August 2017

BENDI GORENG CILI DAG DIG DUG


Assalamualaikum and hye readers~


Ingat tak masa ai update resipi sup ayam teratai layu di tasik madu, ai ada cakap nak kongsikan resipi bendi goreng cili? Mempersembahkan, Bendi goreng cili dag dig dug. Favorite ai ni. Semua resipi yang ai kongsi adalah favorite ai. Hehehe!


Sangat membuka selera kan?


Bahan-bahannya :

1- Minyak masak
2- 1 biji bawang merah yang kecil-kecil je (dihiris halus)
3- 1 ulas bawang putih (dihiris halus)
4- 1 1/2 sudu makan cili kisar
5- 1 keping asam keping
6- 9 batang bendi (dihiris 3mm)
7- Garam
8- Gula



Cara-caranya :

1- Panaskan minyak.

2- Tumiskan bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau wangi bawang.

3- Masukkan cili dan goreng sehingga garing. 

4- Masukkan asam keping. Kacau sedikit.

5- Masukkan bendi dan kacau sehingga rata. Pastikan cili kena pada semua bahagian bendi.

6- Masukkan garam secukup rasa dan secubit gula. Kacau sehingga rata. Boleh cuga jika nak masukkan serbuk perasa.

7- Siap dimasak. Boleh lah dihidang untuk santapan.


Serius sedap! *Puji diri sendiri*

Haaa senang kan? Tak remeh pun. Kalau korang jenis suka pedas, nak lebihkan cili pun boleh. Dan kalau guna cili merah hidup tu pun boleh. Lagi sedap kalau tumbuk tau. Ai tengok mood ketika memasak nak guna cara mana satu.


Selamat mencuba ya kawan-kawan. 😉


P/s : Asam keping tu untuk kurangkan lendir bendi sahaja. Bukan untuk mengubah rasa masakan.

13 comments:

  1. Jarang sangat beli bendi, goreng tumis mcm tu apatah lagi Ai...selalu masuk dlm asam pedas je, tak pun celur cicah dengan sambal belacan.

    Tp sebenarnya masak apa apa pun sedap janji ikut selera kita kan hihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul.. ai suka sangat bendi.. tapi malas masak sebab lendir tu..

      Delete
  2. Berliur tgkk... sedap.. malam ni jgk nk try

    ReplyDelete
  3. Makan dengan nasi sedap ni.. tp kite diet '_______________________'

    ReplyDelete
  4. Anak akak yg besar2 pun seperti Ai suka sangat makan sayur bendi...kalau dia org balik pasti suruh beli sayur bendi.Febret dorang bendi celur cicah sambal asam.

    ReplyDelete
  5. tenok gmbr pon sedapp bendi goreng cili dag dig dug tuu., nyum2 ;p

    ReplyDelete
  6. sedapnya memang kecur liur tengok :)

    ReplyDelete

Janga lupa untuk tinggalkan komen =D