September 2017 - Aisya Ismail

Friday, 29 September 2017

SEGMEN SUAI KENAL BLOGGERS SELURUH MALAYSIA: NICKNAME 'AI'

11:30 16
SEGMEN SUAI KENAL BLOGGERS SELURUH MALAYSIA: NICKNAME 'AI'
Assalamualaikum and hye readers~


Hari ni ai nak join segmen yang telah dianjurkan oleh blogger Sofinah Lamudin. Ai tertarik sungguh dengan segmen ni. Kenapa? Sebab ai dapat kenal latar belakang ramai blogger melalui segmen ini. Kalau print and buat compilation, dah macam buku biodata zaman sekolah dulu. Bukan kah ini seperti mengimbau kenangan silam? Hah bahasa pun dah skema semacam.


Klik banner untuk join

Due Date : 1st December 2017


Ai dah mula blogging sejak tahun 2008 lagi. Tapi blog ai masa tu childish sangat. More to nak meluahkan perasaan lah kononnya. Masalah boyfriend, masalah kawan, masalah itu masalah ini semua ai nak ceritakan dalam tu. Majoriti followers ai dari kalangan kawan-kawan yang sama-sama blogging. Ai rasa memang trend blogger zaman tu kot. Kalau boleh semua perkara nak diceritakan.


Pada tahun 2015, atas beberapa faktor yang ai tidak mampu untuk elakkan, ai telah buat keputusan untuk menutup blog tersebut. Fikir banyak kali juga, sebab sayang kan. But it's ok, ai boleh create blog yang baru. Dan terwujudlah blog ceritaaisyaismail yang ai gunakan sekarang. Content masih lagi sama, ai jadikan blog ni macam diari kehidupan. Masa tu kawan-kawan ai dah tak active blogging. Ai seorang je yang masih berminat untuk menaip panjang-panjang. Ke ai yang tak perasan diorang still active? Entah. Yang pasti masa tu ai menulis untuk bacaan ai seorang. Ai tak private blog and ai jadi silent reader.


Sampailah dalam tahun ni, ai terbaca blog seorang syed, and tiba-tiba ai rasa nak blogwalking. Sejak dari situ ai banyak menegur ramai blogger and guess what? Blogger ni ramah rupanya. Sejak dari situ lah ai mula active blogwalking dan banyak meninggalkan jejak. Entri yang mengundang semua ai delete! Ai tak rasa entri-entri tu ada kepentingan dalam kehidupan seharian. Ok panjang pula intro ai. Here we go.


Korang boleh mengenali ai sebagai Aisya Ismail. Tapi dalam dunia blogging ni, panggil ai dengan panggilan ai pun dah cukup. Simple. Tapi ai tu bunyinya bukan lah 'A.I' tau. Pelik pulak bila ada orang hubungi ai dengan menggunakan panggilan A.I. Hahaha! Nama panggilan dua suku kata ni tak pelik. Contohnya Minah, Senah, Dollah, Maiko, Apple or apa-apa lah. Normal kan? A.I pun maybe normal bagi sesetengah orang, tapi ai belum biasa lagi.


Ai nak bagitahu di sini, kata ganti nama 'AI' yang ai gunakan bukan lah ai nak acah-acah ber i-u i-u dengan korang semua. Itu adalah singkatan untuk A for Aisya and I for Ismail. Sebutannya berbunyi 'I' dan bukanlah 'A.I'. Ye ye sepatutnya dari reason yang ai bagi, betullah sebutannya A.I kan? Tapi nama ai, suka hati ai lah nak suruh sebut macam mana kan. Korang anggap je lah AI tu short name for Aisya. Ok tak? Ke tak ok?





Wednesday, 27 September 2017

APA YANG KORANG NAMPAK DAN APA YANG ORANG LAIN NAMPAK

11:30 11
APA YANG KORANG NAMPAK DAN APA YANG ORANG LAIN NAMPAK
Assalamualaikum and hye readers~


Kreativiti adalah kelebihan kepada sesetengah individu yang tidak dapat kita nafikan. Tak semua orang ye yang ada daya kreativiti yang tnggi. Kita tahu, ramai yang boleh melukis. Tetapi adakah mereka semua golongan yang kreatif? Jawapannya tidak. Ai cuba nak buat entri formal ni.


Tidak semua orang yang boleh melukis itu mempunyai daya kreativiti yang tinggi. Melukis adalah meniru sesuatu yang kita lihat atau fikirkan dan dilakarkan dengan menggunakan alatan seperti dakwat, warna, pen, pensel dan sebagainya. Manakala kreativiti pula adalah kemampuan seseorang menghasilkan sesuatu yang baru menggunakan imaginasi dengan mengolah apa yang dilihat. Macam bila kita belajar matematik. Kita dapat 100 markah di dalam ujian kerana kita mampu menghafal semua formula yang di ajar. Tetapi mampukan kita jika disuruh untuk mencipta formula matematik yang baru? Ada juga yang mempunyai kebolehan itu, tetapi tidak semua orang akan mampu untuk mencipta formula itu.


Antara hasil kreativiti yang ai lihat adalah perception images. Apa tu? Perception images adalah kreativiti yang dihasilkan dalam bentuk gambaran lukisan atau objek. Kita dapat melihat lebih dari satu gambar di dalam satu gambar. Contohnya kita melihat gambar seorang wanita muda, tetapi jika kita lihat betul-betul kita boleh dapat melihat gambar seorang nenek tua di dalam gambar yang sama. Bila tengok lagi, kita sendiri jadi confuse gambar tu adalah gambar seorang wanita muda atau nenek tua. Kadang-kadang apa yang kita nampak dalam gambar itu, orang lain pula tidak nampak. Jom kita layan beberapa contoh perception images di bawah.



Berapa banyak kaki gajah?


Lurus ke tidak?



Nampak bentuk muka atau lain?


Do you need a shouder to cry?



Wanita tua atau muda?


Banyak gambar di dalam satu gambar





Monday, 25 September 2017

CARA DOWNLOAD VIDEO DARIPADA YOUTUBE

11:30 26
CARA DOWNLOAD VIDEO DARIPADA YOUTUBE
Assalamualaikum and hye readers~


Ramai yang masih tidak tahu cara-cara download video daripada youtube. Ai tak tahu jika ada aplikasi tertentu, tetapi ai menggunakan cara manual untuk download video di youtube. Jom ai kongsikan caranya.


Gambar hasil carian di google.com


1- Pergi ke website youtube iaitu https://www.youtube.com/. Klik je link yang ai bagi tu. Terus masuk website youtube.

2- Taip video yang korang nak di ruangan search. Jangan lupa enter.

3- Letakkan ss di hadapan url seperti di bawah dan enter.



4- Akan dapat seperti di bawah ini. Klik download. Tunggu loading. Siap! Check downloads file. Dah boleh didengar berulang kali tanpa ke halaman youtube. 




Senang je kan? Cara ini boleh juga digunakan melalui handphone. Tapi nanti handphone korang confirm berat. Selamat mencuba!






Saturday, 23 September 2017

GEMBIRA DATANG DENGAN SENDIRI

11:30 4
GEMBIRA DATANG DENGAN SENDIRI
Assalamualaikum and hye readers~


Apa khabar semua pembaca Ceritaaisyaismail? Kalau tak sihat pergi klinik cepat-cepat. Kalau sihat sejahtera, alhamdulillah! Boleh lah bekerja dengan berhemah. Yang tak berkerja tu, dah boleh sangat ni kalau nak mula buat kerja-kerja rumah. Selaraskan rutin kerja di rumah sama macam yang berkerja di pejabat. 


Hati ai hari ni berbunga-bunga riang sangat. Entah kenapa rasa lapang je dada ni. Orang kata, kalau rasa macam dalam hati ada taman tu tandanya jatuh cinta. Hahaha!





Korang nak tau tak apa favorite spot ai di office ni? Dekat tingkap office ai yang tak dilindungi dengan kabinet yang gedabak besar tu. Selalunya time lunch staff lain pergi lunch, tapi ai duduk mengenang nasib kat situ. Bawa bekal kan. So tak payah keluar. Dari situ ai boleh lah cuci mata tengok tasik yang sentiasa ada pengunjung tak kira masa. Korang percaya tak, pukul 12 tengahari panas terik pun ada orang yang gigih jogging! OMG! So not me. Yang memancing pun tak kurang juga. Tapi, selama ai bekerja di sini ai belum pernah selidik ikan apa yang ada dalam tasik tu.


Tapi dua tiga hari ni mendung je cuaca. Hujan tak kira masa. Bila tengah malam tu paling syok nak tido. Nyenyak sampai ke pagi. Waktu-waktu lain pun ai ok je. Cuma ai selalu berharap jangan lah hujan time pergi balik kerja. Basah lencun lah atas motor. Memang boleh naik kereta, tapi kena hadap lah dengan jammed sepanjang jalan. Kesian encik husband nak kena drive.


Macam biasa bila ai sampai office awal, ai memang sempat sangat nak scroll facebook, instagram dan twitter sebelum update entri di blog. Masa tengah scroll facebook, ai terbaca status seorang rakan facebook "mendung awan semendung hati ini". Daripada situ ai tahu lah dia tengah bersedih. So ai pun ringan jari bertanya khabar. Kot-kot lah tengok komen ai, terus panas terik sampai kemarau hati dia kan. Niat ai nak bantu menceriakan hari dia je. Hehehe. Rupa-rupanya dia ada masalah di tempat kerja. Salah faham dengan rakan sekerja.


Ai tak tahu lah nasihat apa yang patut ai berikan pada dia. Sebab ai bukanlah penasihat yang baik. Tapi kalau perlukan seorang pendengar yang baik, ai lah orangnya. Tak syak lagi. Ada ciri-ci nak bangga diri tu. Ai cuma cakap dekat dia, kalau memang bersalah, minta maaf je. Kalau tak salah buat je macam biasa. Jangan disebabkan kawan ai mengasingkan diri, orang lain ingat dia yang bersalah. Tapi dia cakap tak seronok lah satu pejabat tapi masam-masam muka.


Ya, betul! Ai setuju sangat. Tapi bagi ai seronok tu subjektif. Kalau asyik fikir kan masalah je, macam mana nak gembira? Betul tak? So, jangan disebabkan masalah dengan seseorang merosakkan hubungan kita dengan semua orang. Ecewah, pandai betul bercakap ai ni. Hahaha. Tapi betul kan? Kalau susah betul nak happy, amik wuduk pergi solat. Mengadu dekat Tuhan. Insyaallah gembira tu akan datang dengan sendirinya.





Thursday, 21 September 2017

TAK NAK TERJEBAK!

11:30 9
TAK NAK TERJEBAK!
Assalamualaikum and hye readers~


Hari ni ai menjalani rutin yang sama seperti hari-hari yang lepas di office. Nothing special. Tapi rasa macam ada benda yang ai tak buat. Ok ai belum check email. Dengan tenang ai open email and check semua email yang masuk. Macam-macam.. Pening pula email berderet-deret.





Scroll punya scroll. Open satu persatu. Mata ai tertumpu pada satu email. Subject dia 'Hi Aisya, We are so sorry!' Siap tanda seru kau! Tak gabra pula kan. Dah siapa pula dah buat salah ni. Ke ada apa-apa application yang kena reject. Dengan tenang ai click pada email tersebut. Laaaa.....


Rupanya email daripada slimming center. Ai menang gift voucher rupanya.


Ini bukan scam tau. Email daripada slimming center yang sah.

Kalau ikutkan, banyak tu rm508. Including satu slimming treatment and satu fat burning cream pula tu. Tapi memandangkan dah ramai yang bad talk pasal slimming center tu, ai terus mengabaikan email tersebut. Kalau tak ai mesti dah pergi sebab treatment dia berkesan juga. Bad talk bukan sebab services mereka, tapi strategy marketing yang mereka gunakan. Tak perlu ai nak google bagai. Kakak ai sendiri pernah terkena. Kalau untuk yang ada modal beribu-ribu untuk slimming session maybe lah suka dengan tawaran ni. But ai taknak terjebak. Cukup lah pengalaman ngeri kakak ai. Hahaha!


Korang jangan tanya slimming center yang mana atau dekat mana tau. Taknak bagitahu. Bahaya!





Tuesday, 19 September 2017

5 PERKARA SAYA TIDAK MENYESAL LAKUKAN

11:30 20
5 PERKARA SAYA TIDAK MENYESAL LAKUKAN
Assalamualaikum and hye readers~


Hari ni tak ada entri yang panjang lebar. Hanya nak kongsikan lima perkara yang ai tak pernah menyesal lakukan. Here we go!


Gambar hanya sekadar hiasan dan tiada kena mengena dengan entri.


1- Fashion Course
Ai baru sangat buat entri pasal perkara ni. Macam mana ai boleh terjebak dengan fashion dan kerana fashion lah ai terjebak dalam dunia visual merchandiser yang penuh cabaran dan menyeronokkan ini.

2- Amik Lesen
Siapa yang mengikuti blog ai dari awal, mesti tahu yang ai ada lesen tapi tak boleh drive. Ai tak pernah menyesal amik lesen tau. Walaupun tak boleh drive, tapi one day bila dah ada kekuatan untuk drive, ai tak perlu tengok lagi muka ketat pakcik jpj kat seat sebelah.

3- Chocolate Lover
Memang tak akan menyesal lah. Nikmatnya makan chocolate Tuhan sahaja yang tahu. I love you chocolate. 

4- Berkahwin
Berkahwin itu indah oii!! Hahaha! Ada juga mulut-mulut yang bersuara "baru lagi, tak rasa liku-liku dalam alam perkahwinan". Well tipu lah kalau ai cakap semuanya indah. Tapi kita cerita yang indah-indah sahaja lah. Yang hodoh, kita simpan selagi terdaya. And one more thing, doa kan lah kebahagiaan orang lain. Insyaallah kita pun akan bahagia sama. Aamiin.

5- Tulis Blog
Tahu tak, sejak active semula blogging, ai ada banyak kawan baru tau. Walaupun tak kenal, komen korang selalu membina. Terharu ai! Tak dinafikan dulu ai lagi active blogging, tapi ai simpan sendiri je. Kekwat! Taknak blogwalking langsung. Sekarang ni baru faham kenapa blogger rajin blogwalking. Jauh perjalanan, luas pemandangan.


Ada banyak lagi sebenarnya. Tapi kalau nak tulis semua, lima entri pun tak habis. So kita bagi lima je. Apa pula lima perkara yang korang tak menyesal lakukan?





Sunday, 17 September 2017

BERBOHONG UNTUK MENJAGA HATI.. BOLEH KE?

11:30 9
BERBOHONG UNTUK MENJAGA HATI.. BOLEH KE?
Assalamualaikum and hye readers~


Selama korang bernafas di muka bumi ini, pernah tak korang berbohong? Tak kisah lah dengan sesiapa pun. Pokok pangkal nya berbohong. Yang disengajakan atau tidak disengajakan. Memang benar-benar bersalah atau kerana terpaksa.


Gambar hasil carian di google.com.


Kenapa korang berbohong? Adakah sebab takut nak menceritakan apa yang telah terjadi atau takut untuk menerima apa yang bakal terjadi? Haaa pilih pilih.


Sebab-Sebab Berbohong / Menipu

Menjaga hati. Seseorang yang sentiasa risaukan hati orang lain. Takut-takut orang akan tersinggung dengan kebenaran. Menipu sahaja jalan penyelesaiannya. Contohnya, Lana mahu keluar bersama Aaisyah sedangkan kawan baiknya Peah tidak menyukai Aaisyah. Lana menipu Peah dengan mengatakan dia hanya keluar seorang diri.

Tiada keyakinan diri. Orang jenis ini sentiasa berasa dirinya tidak bagus. Dia akan menipu untuk menjadi orang lain. Contohnya, Salmah yang berusia 24 tahun sangat gemarkan cerita kartun. Namun kerana takut dipandang serong oleh kawan-kawan, Salmah mengatakan dia tidak gemar menonton kartun. Tetapi hatinya sentiasa gundah gulana kerana tidak dapat menonton kartun.

Membela diri. Seseorang yang telah membuat salah tetapi takut jika dijatuhi hukuman. Contohnya, Eton telah memecahkan pasu bunga ibunya yang diimport dari Italy. Oleh kerana takut akan dimarahi oleh ibunya, Eton mengambil keputusan untuk mengatakan Thomby, kucing peliharaannya yang memecahkan pasu bunga tersebut. Tetapi Eton akan rasa bersalah kerana tidak memberitahu perkara yang sebenar.

Meraih keyakinan orang lain. Seseorang yang ingin sentiasa kelihatan hebat. Dia sanggup menipu supaya orang lain berasa kagum padanya. Contohnya, Chomby ingin nampak hebat supaya dia disukai orang-orang kampung. Chomby telah mengatakan bahawa dia bekerja sebagi executive di Kuala Lumpur, sedangkan Chomby hanyalah kerani biasa. Chomby terpaksa berjaga-jaga agar orang kampung tidak mengetahui pekerjaan sebenarnya.

Mahukan sesuatu. Seseorang yang terlalu menginginkan sesuatu di luar kemampuannya. Tetapi, kerana terlalu menginginkan sesuatu itu sehingga dia sanggup berbohong. Contohnya, Milah mahu membeli mainan di kedai Pak Akob yang berharga rm3. Tetapi wangnya hanya ada rm1. Dia telah mengatakan pada Pak Akob bahawa dompetnya telah dicuri untuk mendapatkan mainan itu. Jika Milah berjaya mendapatkan mainan itu dengan harga rm1, sudah semestinya mainan itu tidak halal untuk dimiliki.

Sudah terbiasa. Meman orang jenis ini kerjanya menipu dan menipu itu sudah sebati dengan dirinya. Contohnya, Lela suka menipu orang-orang kampung dengan mengatakan kambingnya dimakan musang. Lela rasa seronok apabila orang-orang kampung mempercayai cakapnya. Tetapi apabila rahsia Lela terbongkar, sudah pasti orang-orang kampung tidak mahu lagi mempercayai kata-katanya.

Untuk menyelamatkan orang lain. Nak berterus terang, tapi nanti sipolan bin sipolan teruk kena marah. Akhirnya terpaksa menipu supaya sipolan bin sipolan tak dimarahi. Contohnya, Bujibu telah merosakkan sofa mahal ibunya dan Yusuf tahu akan hal itu. Kerana kasihankan Bujibu, Yusuf mengambil keputusan untuk menipu ibunya agar Bujubu tidak dimarahi.

Mahu menjadi popular. Seseorang yang sanggup menipu untuk famous? Maknanya populariti tu tak ada maknalah? Contohnya, Salmah tiada kawan di sekolahnya. Dia cuba menarik perhatian rakan-rakan dengan mengatakan dia adalah anak ketua kampung dan harta melimpah ruah sedangkan Salmah hanyalah anak petani biasa. Sejak dari itu Salmah mempunyai ramai kawan.

Mencari kebenaran. Seseorang yang menipu untuk mencari kebenaran tentang sesuatu. Dengar macam baik kan menipu sebab ini? Tapi menipu tetap menipu. Jangan dibuat ok. Contohnya, Rahimah mengesyaki bahawa kekasihnya Rahim telah berlaku curang. Untuk memastikan kebenarannya, Rahimah telah mengatakan kepada Rahim bahawa Rahimah telah pulang ke kampung sedangkan dia mengekori pergerakkan Rahim.




Banyak betul ciri-ciri orang yang menipu ni kan? Kalau nak suruh ai senaraikan dengan lebih terperinci, panjang lagi lah article ni. Muntah jingga korang baca nanti. Korang mesti buat salah satu penipuan di atas kan? And ai taknak komen apa dan kenapa orang menipu sebab sebagai manusia biasa ai sendiri tak lari dari menipu. Ai banyak buat point no 1. 😢 Maaf ye semua.


Tak kisahlah kenapa sekalipun korang menipu, menipu tetap salah. So, kalau kantoi of course lah orang marah. Time tu jangan nak minta orang faham kenapa korang berbohong. Sebab, berbohong tu tetap salah malah berdosa. Fikirkan..





Friday, 15 September 2017

TIPS HANTAR BAJU PADA TAILOR

11:30 15
TIPS HANTAR BAJU PADA TAILOR
Assalamualaikum and hye readers~


Siapa pembaca ceritaaisyaismail yang suka tempah baju berbanding beli baju yang dah siap di pasaran? Ada ke masalah dengan tailor? Eh! Ai bukan nak tolong carikan tailor tau. Ai tanya je. 😅


Kita ada melihat ramai yang merungut kerana tertempah baju pada tailor yang salah. Apatah lagi apabila tiba musim perayaan. Ai turut bersimpati dengan nasib customer yang baju tak sempat siap lah, ditipu harga lah dan macam-macam lagi. Kadang-kadang dijanjikan bulan dan bintang, tetapi hanya mendapat debuan pasir di persisiran pantai. Ehh itu kira beruntung lagi tau. Kalau dapat debu di stor usang? Tapi, salah siapa?


Gambar hasil carian di google.com


Of course lah salah tailor kan. Kalau ai nak raya, tapi baju tak siap pun ai mengamuk. Nak pakai kot. Macam mana nak melaram saing-saing wanita yang cantik di luar sana? Baju peplum kepuk-kepuk tu dah setengah tahun aimed nak pakai raya. Bila tiba masanya, baju pula tak siap. Frust menonggeng weyh! Jom ai kongsikan tips untuk hantar baju kepada tailor. Kena praktikkan ni tau. Mudah-mudahan tak terkena dengan tailor yang gemar menjanjikan bulan-bintang tapi  non hado ni.


Harga
Bab harga ni sensitif sikit. Ramai tailor yang ambil upah mahal? If korang rasa mahal, korang pergi lah cari tailor lain yang lebih murah. Ramai lagi tailor murah yang berada di luar sana. Tak perlu nak kutuk-kutuk tailor yang mahal tu. Walaupun mahal, mereka masih ada customer. Kalau tak ada customer sudah pasti mereka menurunkan harga mereka. Kenapa customer tu tetap menempah baju pada tailor berkenaan sedangkan harga yang ditawarkan agak mahal? Mungkin tailor tu ada keistimewaan yang tersendiri. Jahitan kemas mungkin. Ataupun dia mampu untuk menjahit dengan pantas. Sepantas halilintar.

Masa
Pastikan bila tailor tanya nak bila, sila bagi due date. Senang! Kalau tailor tu tak boleh buat, dia akan beritahu tak boleh. Kalau korang setakat kata tak urgent tapi nak secepat mungkin, mungkin cepat pada tailor itu adalah sebulan akan datang. Siapa tahu? Korang bagi je due date, kalau nak minggu depan, cakap terus terang nak minggu depan. Kalau tailor tu tak boleh buat, cari tailor lain. Tapi kalau tailor tu cakap boleh buat tetapi sebaliknya tidak, korang hempuk je mesin jahit kat tailor tu. Tapi tanya lah dulu reason dia. Kot anak sakit ke, mak tailor tu pergi honeymoon and dia bersedih tak dapat ikut ke or maybe tailor tu pergi join tour drama petang-petang kat setiap negeri dalam Malaysia selama seminggu ke. Siapa tahu?

Online
Serious lah tempah baju online? Ada je. Apa salahnya. Tailor ni ada macam-macam strategi marketing. Kalau dia nak buat marketing melalui  online, tak salah pun cara tu. Tapi yang ai tak galakkan kalau yang jauh sampai post kain untuk tempah baju. Bayangkan lah kalau tailor tu scammer ke, tak ke burn macam tu je kain lace rm500 korang? Atau pun baju dah siap, happy sangat lah korang. Tapi bila try tak ngam dengan body. Takkan lah korang nak post balik baju tu kan. Boleh lah post balik, tapi makan masa lah. Kalau esok nak pakai, hari ni baju sampai tapi tak ngam apa korang nak buat? So kalau nak cari tailor melalui online boleh. Tapi, kalau nak pilih tailor tu, pilih yang dekat-dekat saja.

Confident level
Masa korang tempah baju tu kan, korang tengok lah confident level tailor tu. Kalau dia macam teragak-agak selalunya dia macam tak sure mampu or tak nak buat baju tu. Benda ni selalu terjadi pada ai bila customer bagi new design. Seram oiii nak buat. Hahaha! Tapi ai ok kan saje. Nampak tak perangai tailor ni memang selagi mampu cakap ok dia ok kan aje. So far belum ada lagi customer ai yang tak dapat pakai baju. Lambat tu memang selalu lah ai bagi baju lambat, sebab sebelum confirm amik order, ai dah bagitahu ai tak amik urgent order except for alteration. Nak nak yang kata bila-bila pun tak apa, berjanggut kain tu ai simpan.

Tempahan
Kalau korang pergi kedai dia kan, korang rajin-rajinkan diri belek-belek baju customer tailor tu. Dari situ korang boleh tengok hasil jahitan dia kemas ataupun tak. Design dia menjadi atau pun tak. Lepas tu korang cuba tengok kain tempahan, kalau bersusun segunung kain yang belum siap, harapan untuk korang tak dapat baju cepat tu ada. Memang lah kalau banyak tempahan maknanya tailor tu bagus, tapi tailor ni manusia biasa. Buatnya tiba-tiba dia cirit-birit ke, mengandung loya-loya tak boleh tengok kain ke , emergency nak kena balik kampung atau apa-apa saja lah. Siapa yang nak siapkan baju yang bergunung tu? 


Ada lagi ke nak tambah? Kalau ada komen lah di bawah, nanti ai akan kemas kini entri ni dari semasa ke semasa. Dengan harapan boleh dijadikan rujukan untuk pembaca blog ai ni. Hehehe! Oh ye, kalau korang dah berhati-hati dari segala perkara tetapi dapat juga tailor yang tak jujur, korang nak marah cukup lah marahkan dia seorang. Tak perlu kaitkan semua tailor ok. Contohnya ayat korang "aku malas betul hantar baju kat tailor, mesti lambat! Baik aku beli yang dah siap je!" Kan lebih sedap kalau cakap macam ni "untuk mengelakkan perkara yang sama berulang, baik aku beli baju dah siap." Kan lebih sedap didengar. Make sure no maki-maki ok.


Budi bahasa budaya kita. Sebab mulut kita yang lancang berkata-kata ni lah nanti anak-anak mengikut. Itu yang budak-budak zaman sekarang mulut boleh tahan lantang nya. Sebab dia terdedah dengan bahasa orang dewasa yang kesat dan lancang. Tak salah nak lantang dalam berkata-kata tapi biar lah berpada. Chill chill aje! Ok? Deal!





Wednesday, 13 September 2017

I'M NOT A ROBOT

11:30 19
I'M NOT A ROBOT
Assalamualaikum and hye readers~


Annoying gila dengan benda alah ni!




Lagi annoying bila dia suruh pilih gambar. Kenapa nak prove ai ni bukan robot?


Gambar hasil carian di google.com


Benda ni boleh ke off dekat setting? Atau memang auto kalau kita banyak comment ea? Apa function i'm not robot ni? Sekali dua ai ok, tapi berkali kali kali ai jadi annoying lak tengok. Terus tak jadi nak tinggalkan comment. Kadang kat ruangan komen tu dah buat karangan, tapi terus cancel sebab i'm not robot ni.


P/s : Maaf teremosi sikit sebab dia ayik suruh pilih gambar je. Ai nak comment, bukan nak main pilih-pilih gambar.


Monday, 11 September 2017

THANK YOU CIK NI3ZA

17:30 10
THANK YOU CIK NI3ZA
Assalamualaikum and hye readers~


Haa.. jarang-jarang tau ai nak sebut nama pada post title. Ke ni first time? Kalau betul first time, untung lah cik ni3za ni ye. Hahaha!


Dalam bulan july haritu ai ada join segmen yang dianjurkan oleh cik ni3za di blognya  http://thisni3zahata.blogspot.my/.  Ai terpilih antara sepuluh orang yang bertuah yang tersenarai dalam bloglist ni3za. Wah jarang-jarang perkara macam ni terjadi. Ai ni tak bertuah bab-bab lucky draw ni. So setiap kali join contest / segmen yang diundi secara ikut nasib, memang susah lah nak menang. Bila diumumkan sebagai sepuluh orang yang bertuah, ai hanya mampu bersyukur.


Tiba-tiba cik ni3za umumkan pula nak beri hadiah misteri kepada dua orang yang bertuah, dan salah seorang nya adalah ai. Wow! Macam tak percaya. Lepas tu ai dah lupa pun pasal hadiah misteri tu. Sampai lah hadiah tu sampai last week. Memang misteri sungguh. Hadiah tu ada dalam post box tanpa disedari oleh sesiapa. Thank you cik nieza. Ai dah display pun gift tu kat office.


Butterfly cannot fly. Comel! Dapat terus display. Hehehe!


Thank you cik ni3za!

TEMPLATE BARU!

11:30 27
TEMPLATE BARU!
Assalamualaikum and hye readers~


Selama ni ai tukar template baru, tak pernah pun ai nak bagitahu. Tapi hari ni rajin pula nak update entri. Yelaa, selama ni ai buat sendiri je semua. Kali ni atas bantuan orang lain. Puas hati dengan hasil kerja dia, so kita bagi lah kredit dekat dia.


Pada mulanya ai tak bercadang nak tukar template pun. Sebab ai selesa dengan template lama. Tapi kan, ai asyik baca article pasal SEO je. Jujur ai katakan, kalau nak suruh ai design, insyaallah tak mengecewakan. Tapi bab coding, ai surrender. Nak menangis tengok huruf kecik-kecik yang ai taknak faham pun apa yang dia tulis tu. Sikit-sikit ok lah. 


Comel tak header tu? Kalau nak tempah header boleh email ai.


So ai mula pm a few blogger yang ai tahu ada buat editting blog selepas sesi stalking. Ada yang amik editting SEO dan ada juga tak amik. Semua pun PR bagus. Ai suka bila diberi layanan yang baik. Ehemmm. At the end, ai terPM sorang blogger ni. Dia cakap why not kalau ai tukar terus template yang mesra SEO. Pada mulanya ai taknak sebab ai masih selesa dengan template sekarang. Tapi ai ada masalah, bila orang nice and cara cakap and layanan kena dengan kehendak hati ni, susah ai nak tolak services or produk dia. Walaupun ai tahu ada yang lagi baik dari tu. Cair hati ni tau. Ehh tapi ai tak cakap blogger ni tak best kerja dia. Itu contoh daripada pengalaman.


Ai minta blogger tu usaha untuk dapatkan lebih kurang macam template lama ai. Header and background maintain. After bincang-bincang, part paling serius dah sampai. Harga! Ye lah, dah bagi harapan kat anak orang. Kalau cancel kang kecik hati dia terus unfollow blog kang. Kalau mahal pulak, siapa nak bayar? Ai kedekut! Bila dia bagi harga tu, ai diam sekejap. Murah je rupanya. Terus ai confirm untuk sevice dia.


Dalam seminggu juga lah untuk dapatkan template baru. Tapi kena paham, customer dia bukan ai sorang. Kalau tak bersabar sila usaha buat sendiri ye. 


Taraaa!! dah pun berwajah baru blog ni. Amacam? Siapakah blogger yang ai asyik sebut dari tadi ni? Korang mesti kenal lah. Kalau tak kenal, sila lah blogwalking ke blog beliau. Siapa lagi kalau bukan Sishawa! Thank you sis hawa. Sayang lebih lah. Dia ada blog lagi satu, tapi ai lupa lah nama blog lagi satu tu.


Klik banner ini ya.


Kalau korang nak cari designer untuk tukar template, boleh lah hubungi sis hawa. Pakej lengkap sekali dengan header dia boleh buat. Harga murah-murah je. Kalau amik pakej tak lengkap macam ai, siap ada discount tau. Wehoo! Apa lagi, pergi lah blogwalking blog sis hawa sekarang.


P/s: Kalau ai dah tukar template ni confirm ai akan ubah juga sikit-sikit sampai malas. Memang habit kot. Harap sis hawa tak serik dengan perangai nervous ai ni ye. 

Saturday, 9 September 2017

TAK BASI KE ARTICLE KALAU SCHEDULE LAMA-LAMA?

11:30 22
TAK BASI KE ARTICLE KALAU SCHEDULE LAMA-LAMA?
Assalamualaikum and hye readers~


Kenapa menulis? Kerja sekarang tak ok ke? Banyak nya masa nak menuslis. Macam mana boleh dapat idea nak tulis article?


Ai pasti, soalan-soalan dekat atas tu mesti dah biasa para blogger dengar kan? Tapi as a blogger, masing-masing ada sebab musabab untuk meneruskan berblogging. Tak kisah lah minat ke, cari duit ke atau apa-apa saja lah.


Tak dinafikan, semakin hari ai semakin busy dengan kehidupan seharian. Kerja from 9 to 6. Eleh office hour pun penat. Orang lain shift lagi kesian kerja tak menentu masanya. Well, hello! Life sekarang bukan macam dulu. Gaji rm1500 dah boleh nak bermewah-mewah. Zaman sekarang rm3000 pun masih rasa tak cukup kadang-kadang.


Gambar hasil carian di google.com

Friday, 8 September 2017

FASHION RAMBUT WANITA YANG SERING MENJADI PILIHAN

11:58 25
FASHION RAMBUT WANITA YANG SERING MENJADI PILIHAN
Assalamualaikum and hye readers~


Rambut adalah mahkota untuk setiap wanita. Jangan tak tahu, zaman sekarang rambut juga mahkota bagi seorang lelaki. Lelaki zaman sekarang tak kurang juga hebat dalam menggayakan rambut masing-masing. Dan sudah tentu lelaki juga yang selalu menjadi hakim dalam menilai gaya rambut wanita. Citarasa seorang lelaki kadang-kadang lebih hebat daripada seorang wanita.


Tidak dinafikan, dalam mempersiapkan diri, rambut adalah perkara utama selain daripada muka. Pendek kata, kalau cacat bahagian rambut, maka cacat lah penampilan diri. Untuk kelihatan lebih yakin dan bergaya, penggayaan rambut yang sesuai dengan muka adalah penting. Tapi ada orang kata, kalau dah cantik, buat lah gaya macam mana sekalipun tetap cantik. Betul ke? 


There are many things that you need to know in women fashion. Jom kita tengok jenis-jenis potongan dan penggayaan rambut yang menarik dan popular masa kini. Lepas ni boleh lah terus ke saloon untuk ubah imej rambut.


Rebonding
Kristina Paukshtite
Rambut yang panjang dan lurus menjadi idaman kebanyakkan wanita di luar sana. Setiap rambut berbeza-beza, namun untuk mendapatkan rambut yang lurus ini tidak lah susah dengan ada nya service rebonding di saloon. Hanya perlu merajinkan diri untuk ke saloon sahaja.


Glunge
Ifreestock
Diambil daripada perkataan glam and grunge, fesyen rambut belah tengah ini semakin popular kembali. Adakah tomok akan kembali dengan gaya rambut ini? Tapi dengan senang hati ai nak katakan, gaya rambut begini tidak sesuai dengan wajah ai.


Hair Bun
Tookapic
Kalau dulu kita selalu lihat gaya ini akan digayakan pada wanita yang sedang berpantang selepas proses melahirkan anak. Namun kini, gaya ini dianggap gaya santai yang sangat feminin. Malah gaya ini mampu membuatkan seseorang itu kelihatan sangat comel.


Waves
Ben Cheung
Mahu nampak comel dan cheeky? Gaya rambut kerinting ini sesuai dengan anda. Perasan tak, wanita lebih memilih rambut lurus berbanding rambut kerinting? Ini adalah kerana rambut kerinting agak sukar untuk dijaga berbanding rambut lurus. 


Bob Cut
Pham Khoai
Gaya rambut ini cukup popular di kalangan remaja. Pada ai, gaya rambut bob cut ini sesuai dengan semua jenis wajah. 


Fringe
Valeria Boltneva
Gaya rambut ini juga agak popular di kalangan remaja. Fringe ini sering digayakan dengan potongan rambut bob cut.


Boy Cut
rawpixel.com 
Semakin mendapat perhatian. Potongan rambut pendek ini tidak kurang hebat nya. Jika kena pada gaya, anda akan kelihatan lebih menyerlah berbanding ketika berambut panjang. Malah, ramai artis-artis juga memilih untuk berambut pendek ala boy cut ini.


Pony Tail
Markus Spiske
Gaya ringkas ini adalah gaya yang paling popular di kalangan wanita. Mudah disiapkan, cepat dan kemas. Tanpa melihat cermin pun boleh bersiap.


Wanita dan fesyen tidak boleh dipisahkan. Semakin membangun dunia, seiring dengan itu juga lah bangunnya dunia fesyen. Setiap tahun ada sahaja fesyen baru yang muncul. Rambut dah cantik mesti lah nak kena dress up cantik-cantik juga kan. Baru lah meletops. Nak update gambar kat instagram pun rasa semangat je. Tapi kalau korang tak ada pakaian yang sesuai untuk digayakan, why not kalau korang shopping baju baru? Jangan jadikan malas sebagai alasan. ZALORA kan ada. Pergi je ke website https://www.zalora.com.my/women/ ada banyak pilihan pakaian yang cantik dan bergaya. Nak yang mahal, yang murah semua ada. Yang penting, trusted website. Dijamin sampai dengan baik. Jadi, fesyen yang mana satu menjadi pilihan anda?

Thursday, 7 September 2017

MY INSTAGRAM

11:00 6
MY INSTAGRAM
Assalamualaikum and hye readers~


Ada orang tanya, kenapa ai tak letak personal ig ai dekat sidebar. Jawapannya, sebab ai memang nak famouskan ig business ai. Nak make money, kena lah orang tau business ig ai kan. Personal ig ai tak penting pun sebab ai bukan siapa-siapa pun.


And lagi pun, ai ni pemalu tahap tertinggi!


Tapi kalau ada kawan-kawan blogger ai yang memang nak berkawan dengan ai, boleh lah add personal account ai. Manalah tahu kan korang nak kenal ai dengan lebih rapat. Ecehhh.. Feeling-feeling orang nak kenal sangat. Tapi kalau dah ada yang tanya tu, means memang ada lah kan. Hehehe!




ig : @aisyaismy
fb : aisyaismail
twitter : shaismail


Di atas itu sahaja lah personal account media social yang ai ada. Selain dari tu, snapchat ke apa ke seingat ai tak ada. Kalau ada pun ai tak active so no point ai bagi.  Jangan segan silu add ai tau. =D Oh ye.. Kalau korang ada nak tanya apa-apa pada ai, boleh lah pm ai ye. Mana tahu soalan korang tu boleh buat modal idea untuk entri ai yang seterusnya. Hehehe!


P/s : Fanpage? Ai tak famous and tak ada fan *tersipu malu* =D

Tuesday, 5 September 2017

CARI BAJU LAGI

10:30 40
CARI BAJU LAGI
Assalamualaikum and hye readers~


Wahhh bercuti sakan korang kan.. Mana taknya, cuti empat hari, lepas tu dapat lagi  extra cuti satu hari. Yang tak cuti tu, korang dapat extra cuti juga kan? Or double tripple pay? Rezeki masing-masing. Jangan sesekali nak dengki-dengki tau.


Selamat mula bekerja kepada semua pembaca blog ceritaaisyaismail yang mula bekerja hari ini. 


Hari raya Aidilfitri sudah. Hari raya Aidiladha pun sudah. Fuhhh lega tak payah dah nak pikir nak shopping baju baru lagi. Yeke tak payah? Hahahahaha! No! Musim orang kahwin nak dekat dah ni. Kena cari baju baru lagi. Mana tak nya, bila tiap-tiap minggu ada je jemputan kenduri kahwin. Tak kan nak pakai baju yang sama berulang-ulang. Nanti nak post kat ig tak best lah baju sama je.


Cantik ke bergaya dress ni? Fuhhh!


Sekarang ni macam-macam cara boleh shopping kan. Tak semestinya kena keluar rumah baru boleh shopping. Ada handphone ada internet, jeng jeng jeng! Siap lah sesi mencari baju baru. Banyak sangat dah website atau butik online di instagram, facebook dan sebagainya yang menjual baju cantik-cantik. Ai sekarang bila shopping lebih kepada nak cari baju-baju yang sopan. Ye lah, kenduri kan takkan nak pakai legging pula... Nanti dipandang serong dan dikecam meroyan pula. Tak boleh terima orang kritik tapi sendiri cari masalah.


Kalau korang pun sama macam ai, nak mencari baju baru untuk pergi kenduri kahwin, apakata korang cuba jenguk butik online Lanafira ni. Di Lanafira ini juga ada menjual pakaian muslimah tau. Haaaa cantik-cantik. Ai dah tengok dah dan boleh bayangkan nak pakai apa untuk kenduri akan datang. Korang pun jenguk lah website dia. Stok dia terhad untuk setiap design. Korang lambat korang tak dapat. Nanti menyesal tau.Yang paling best, harga di Lanafira ni mampu milik! Lanafira adalah butik online yang mengkhususkan pakaian muslimah yang berkualiti tinggi. Korang shopping di Lanafira dan rasakan sendiri perbezaan kualiti untuk diri korang.


Kenapa Lanafira? Lanafira memahami keperluan customer dan menyediakan pelbagai pilihan pakaian dan aksesori muslimah yang tiada di tempat lain. Lanafira mengeluarkan produk pakaian seperti baju kurung, jubah, skirt, tudung dan bermacam-macam lagi pakaian wanita. Sudah semestinya wuduk friendly ye! Jom kita tengok antara koleksi daripada Lanafira.


Melissa Long Dress





Sofea Modern Peplum



Alana Kebaya




Yang mana satu pilihan korang? Ai dah berkenan sangat dengan Melissa Long Dress tu. Kalau korang dah berminat dengan design dari Lanafira ni, korang boleh check it out di website, instagram or facebook Lanafira sendiri. Untuk tengok review customer pun boleh check it out di instagram Lanafira sendiri. 


Website : www.lanafira.com
Instagram : @lanafiraofficial
Facebook : Lanafiraofficial


Dapatkan juga ebook 99 Tips Fesyen | LARAFINA secara percuma. Jangan lupa klik link ini https://www.lanafira.com/99-tips-fesyen-terkini/ untuk mengetahui cara-cara mendapatkan ebook percuma. Selamat membeli-belah!

Sunday, 3 September 2017

SAMBAL BELACAN MEMORI DAUN PISANG

11:30 5
SAMBAL BELACAN MEMORI DAUN PISANG
Assalamualaikum and hye readers~


Masih ingat tak yang ai pernah bagitau ai akan siapkan stok sambal belacan di dalam fridge? Bukan nya apa, sambal belacan kan pelengkap rasa bagi sesetengah orang. Sebab tu lah ai memang pastikan sambal belacan tu selalu ada dalam fridge.


Sayur bendi and terung tu rebus je. Makan dengan nasi panas-panas.


Kali ni ai nak kongsikan pula cara untuk mebuat sambal belacan sedap nyum nyum versi ai. Tapi cara ai ni blender. Yang penting, mesti guna secret ingredient ai, belacan melaka! Hehehe! Nak guna belacan lain pun boleh je. Jadi juga sambal belacannya.


Bahan-bahan

- 9 biji cili merah
- 1/2 belacan melaka
- 1 biji bawang merah
- 5 biji limau kasturi yang dibuang biji
- 5 biji cili padi
-Air


Belacan melaka ada versi kecil-kecil.



Cara-caranya

1- Mula-mula cuci semua bahan-bahan di atas.

2- Bakar belacan sehingga bertukar warna. Jangan sampai rentung! Zaman sekarang orang dah bakar guna oven. Kalau tak ada, bakar je atas dapur masak.

3- Patah-patahkan cili merah dan dimasukkan ke dalam blender. Masukkan juga belacan melaka, bawang merah dan cili padi.

3- Perah jus limau kasturi ke dalam blender. Kalau dapat mangga muda lagi terbaik.

4- Masukkan air dan blend semua bahan serentak.





Dah siap! Jemput lah makan ye. Hehehe! Senang je kan? Lebih kurang macam nak buat cili kisar je. Sambal belacan ni, korang makan dengan telur dadar dan nasi panas-panas. Perghhh sedap weh ai tak tipu.


Kalau rajin, tumbuk dalam lesung batu lagi sedap for me. Tapi encik husband lebih suka makan sambal belacan blender. So, ai memilih untuk mengikut selera suami sebab bagi ai dua-dua pun sedap.

Korang cubalah. Kalau sedap dan terangkat, share dengan ai tau. Hihihi!


Stok sambal belacan memori daun pisang.