SEGMEN SUAI KENAL BLOGGERS SELURUH MALAYSIA: NICKNAME 'AI' - Aisya Ismail

Friday, 29 September 2017

SEGMEN SUAI KENAL BLOGGERS SELURUH MALAYSIA: NICKNAME 'AI'

Assalamualaikum and hye readers~


Hari ni ai nak join segmen yang telah dianjurkan oleh blogger Sofinah Lamudin. Ai tertarik sungguh dengan segmen ni. Kenapa? Sebab ai dapat kenal latar belakang ramai blogger melalui segmen ini. Kalau print and buat compilation, dah macam buku biodata zaman sekolah dulu. Bukan kah ini seperti mengimbau kenangan silam? Hah bahasa pun dah skema semacam.


Klik banner untuk join

Due Date : 1st December 2017


Ai dah mula blogging sejak tahun 2008 lagi. Tapi blog ai masa tu childish sangat. More to nak meluahkan perasaan lah kononnya. Masalah boyfriend, masalah kawan, masalah itu masalah ini semua ai nak ceritakan dalam tu. Majoriti followers ai dari kalangan kawan-kawan yang sama-sama blogging. Ai rasa memang trend blogger zaman tu kot. Kalau boleh semua perkara nak diceritakan.


Pada tahun 2015, atas beberapa faktor yang ai tidak mampu untuk elakkan, ai telah buat keputusan untuk menutup blog tersebut. Fikir banyak kali juga, sebab sayang kan. But it's ok, ai boleh create blog yang baru. Dan terwujudlah blog ceritaaisyaismail yang ai gunakan sekarang. Content masih lagi sama, ai jadikan blog ni macam diari kehidupan. Masa tu kawan-kawan ai dah tak active blogging. Ai seorang je yang masih berminat untuk menaip panjang-panjang. Ke ai yang tak perasan diorang still active? Entah. Yang pasti masa tu ai menulis untuk bacaan ai seorang. Ai tak private blog and ai jadi silent reader.


Sampailah dalam tahun ni, ai terbaca blog seorang syed, and tiba-tiba ai rasa nak blogwalking. Sejak dari situ ai banyak menegur ramai blogger and guess what? Blogger ni ramah rupanya. Sejak dari situ lah ai mula active blogwalking dan banyak meninggalkan jejak. Entri yang mengundang semua ai delete! Ai tak rasa entri-entri tu ada kepentingan dalam kehidupan seharian. Ok panjang pula intro ai. Here we go.


Korang boleh mengenali ai sebagai Aisya Ismail. Tapi dalam dunia blogging ni, panggil ai dengan panggilan ai pun dah cukup. Simple. Tapi ai tu bunyinya bukan lah 'A.I' tau. Pelik pulak bila ada orang hubungi ai dengan menggunakan panggilan A.I. Hahaha! Nama panggilan dua suku kata ni tak pelik. Contohnya Minah, Senah, Dollah, Maiko, Apple or apa-apa lah. Normal kan? A.I pun maybe normal bagi sesetengah orang, tapi ai belum biasa lagi.


Ai nak bagitahu di sini, kata ganti nama 'AI' yang ai gunakan bukan lah ai nak acah-acah ber i-u i-u dengan korang semua. Itu adalah singkatan untuk A for Aisya and I for Ismail. Sebutannya berbunyi 'I' dan bukanlah 'A.I'. Ye ye sepatutnya dari reason yang ai bagi, betullah sebutannya A.I kan? Tapi nama ai, suka hati ai lah nak suruh sebut macam mana kan. Korang anggap je lah AI tu short name for Aisya. Ok tak? Ke tak ok?





16 comments:

  1. akak pun ade banyak jgk blog sblm yg ni...dulu2 mmg childish sikit isi nya..malu kalo baca balik..hahah

    ReplyDelete
  2. Memang malu kak julie.. tu yang decide delete terus.

    ReplyDelete
  3. sama, start berblog ketika form3, ayat pun dulu tah pape, dah delete mana tak penting tu

    ReplyDelete
  4. Tak pernah ada blog dulu. Ni pun sebab bisnes baru tau nak blogging

    ReplyDelete
  5. akak start berblog lepas habis spm.. tu pun kelaut. hehe.. btw gud luck aisya. :)

    ReplyDelete
  6. Lama dah tu berblog tu.. Saya 2010 .. Aktif 2014 lepas jdi bini

    ReplyDelete
  7. ok je, sebab memang ada sepupu nama Aisyah dipanggil Ai. Selamat berkenalan

    ReplyDelete
  8. Pakcik ni dah tua senja baru pandai berblog.
    Kalau berblog dengan cara yang betul, banyak manfaatnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu pakcik.. lagi berusia lagi banyak pengalaman lagi banyak cerita..

      Delete
  9. Ok je dengan panggilan nama Ai tu hehehe...
    Mrs. A ada satu blog je... baca post lelama lawak jugak tapi lantaklah muahahhaaaaa....

    ReplyDelete
  10. Assalammualaikum Ai. Terima kasih sebab sudi menjadi sebahagian dari segmen dari www.sofinahlamudin.com. Hehehe... Sebut "I" lagi senang dari "A.I"..simple dan mudah gitu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan.. Sama-sama sofi! =D Support each other.

      Delete
  11. SEGMEN SUAI KENAL BLOGGERS SELURUH MALAYSIA
    1. Pengumuman ke-4 = http://www.sofinahlamudin.com/2017/11/pengumuman-4-segmen-suai-kenal-bloggers-seluruh-malaysia.html
    2. Selamat berkenalan = http://www.sofinahlamudin.com/p/suai-kenal.html

    ReplyDelete

Janga lupa untuk tinggalkan komen =D