5 PERKARA SAYA MENYESAL LAKUKAN

Sunday, 1 October 2017

5 PERKARA SAYA MENYESAL LAKUKAN


Assalamualaikum and hye readers~


Sebelum ni ai pernah update entri tentang lima perkara yang ai tak menyesal lakukan kan. Kali ni ai nak tulis tentang lima perkara yang ai menyesal lakukan. Korang anggap je lah ini sesi suai kenal kita ye. Ok kita mulakan.





1- Tak Jadi Cikgu
Dulu ai nak sangat jadi cikgu and accountant. Kalau dapat jadi cikgu akaun lagi baik. Tapi since minat ai tiba-tiba berubah kepada art and design, ai tak lanjutkan pelajaran di dalam bidang akaun pun. Ai pun tak menyesal dengan bidang kerja ai sekarang. Cuma, kadang-kadang ai tertanya-tanya, kenapa ai tak usaha jadi cikgu sebelum ni. Maybe cikgu art and design ke. Heh!

2- Buang Kad Laporan Kesihatan Gigi
Adik-adik yang masih bersekolah tu jangan ikut perangai kak ai! Ya, ai pernah buang kad kesihatan gigi. Alaaa, yang check gigi free kat school tu. Dah kerja ni baru lah rasa menyesal. Dulu check gigi free pun taknak. Sekarang nak check gigi mahal oiii! Government pun dah tak dapat rm2 macam dulu. Actually ai tak takut pun dengan doctor gigi tu. Comel betul diorang berbaju putih. Tapi ai ada masalah dengan jarum. Fikiran ni asyik fikir dia nak cucuk gusi ai and cabut semua gigi ai tinggal gusi je. Padahal tak pun.

3- Membeli Sebelum Survey
Ya! Korang pun jangan lah buat perangai macam ni. Menyesal tu tak sudah bila jumpa barang yang lebih better tau.

4- Tak Kumpul Duit Sejak Gaji Pertama
Tak dinafikan, ai selalu lalai dalam bab menyimpan ni. Kalau dari dulu ai fikirkan masa depan, Silap-silap dah cukup duit untuk beli kereta cash. Sekarang baru nak sedar diri bahawa duit itu bukan sahaja penting di masa sekarang, malah di masa hadapan juga kita perlu bersedia. Memang lah tak ada duit pun boleh hidup, tapi hidup tanpa kemajuan lah. Jangan kecam saya.


5- Lambat Pakai Tudung
Dosa pahala tu semua orang tahu dan ai taknak ulas dalam entri ni. Tapi jujur ai katakan, ai jelous tau bila scroll facebook and tengok kawan-kawan throwback gambar lama-lama. Sebab ai tak boleh nak throwback gambar-gambar lama ai. Bukan lah nak sangat up gambar lama-lama tu. Tapi kadang-kadang ada moment yang kita cuba nak refresh balik dengan kawan-kawan. Jadikan bahan untuk modal komunikasi sesama sendiri. Korang boleh faham tak?


Ok itu lah lima perkara yang ai menyesal lakukan. Nak tau lebih lagi? PM tepi. Hehehe! Apa pula lima perkara yang korang menyesal lakukan?





8 comments:

  1. comel entry ni AI..barang yang lepas jangan dikenang, tapi bagus dikongsi supaya jadi panduan pada yang lain

    ReplyDelete
  2. Kata orang, sesal dulu pendapatan tak apa
    sesal kemudian dh tak berguna.

    ReplyDelete
  3. Its' ok sis...move on yeah! kak pun banyak juga benda silap yang dah dibuat. Faham sangat bab menyesal tuh. Salah satu yang akak dok teringat bab saving tulah ..haishhh..boros sangat ..semua pun terliur nak beli. HAHAH!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah.. kena move on.. kadang-kadang je teringat.. nama pun memory.. memang untuk dikenang lah.. hehehe

      Delete
  4. Samalah kak ana dulu cita2 nak jadi cikgu tp end up keje as auditor. Tp belajar dalam bidang akaun memang satu pilihan yang kak ana tak pernah menyesal sebab rasa enjoy sgt.

    Yg no 5 tu biar lambat dr tak pakai lgsg kan. Cuma susah bila ada tb tu. Tp xpelah ada kebaikan dia tu kan. Mungkin kena edit sikit lah kalau nk upload juga.

    ReplyDelete

Janga lupa untuk tinggalkan komen =D