BUKAN TAKUT, TAPI GAYAT

Thursday 19 October 2017

BUKAN TAKUT, TAPI GAYAT


Assalamualaikum and hye readers~


Alhamdulillah.. Pada 16 October yang lepas, ai telah pun meningkat usia ke 25 tahun. *rolling eyes*. Selalunya ai tak ada wishlist pun untuk birthday. Cukup lah sekadar orang masih ingat dekat ai dan mendoakan perkara yang baik-baik untuk ai. Terutamanya parents ai. Tapi mana pernah diorang lupakan ai. Sayang mak baba sampai bila-bila lah. 💋


Mungkin disebabkan tahun ni first time ai sambut birthday sebagai seorang isteri, tiba-tiba ada wishlist bagai. Mengadanya lahai. Hahaha! Ai nak berada di tempat yang tinggi sambil menikmati permandangan. Seriously itu yang ai nak? Ai tak tipu, ai takut dengan ketinggian. Gayat! Setiap kali berada di tempat tinggi, ai akan rasa macam ai nak terjatuh ke bawah. Tak tahu lah macam mana ai boleh terlepas hiking ke Bukit Tabur dan flying fox di Skytrex sebelum ni. Encik husband kata dia busy, so tak ada masa nak bawa. Ok, tak apa. Lain kali pun boleh.


Hari ai berjalan dengan sangat baik. Semasa tengah busy di office, ai dikejutkan dengan panggilan telefon daripada nombor yang tidak dikenali. Masa bekerja, nombor yang ai tak kenal memang ai jarang angkat. Terus pemilik nombor whatsapp ai. Rupa-rupanya delivery service, dah ada kat bawah pun. Patut lah call tak henti-henti. Surprise!! I'm crying. Hantu ayam dapat ayam. Mahu tak teruja?



Thank you bestfriends #theketums



Balik dari office, encik husband pula cakap ada nak bawa pergi somewhere. Wuuhuuuu kemana tu? Dia tak nak bagitahu pun. Encik husband just suruh ai siap-siap lepas maghrib. Ok, ikut kan jelah. Lepas maghrib tu ai terus siap-siap and sebelum pukul lapan kami dah keluar. Ye, ai memang siap cepat. Yang buat lambat selalunya ai tak tahu nak pakai baju apa. Dalam perjalanan tu, ai macam dah dapat agak kami nak ke mana. And yesss!! Another surprise for me!! Thank you, husband. 


ONE CITY


Drama juga lah ai nak sampai ke tengah tu. Ai nak tengok permandangan, tapi encik husband paksa juga ai naik atas tu. Ai menangis ok. Dekat sejam baru lah ai dapat beranikan diri naik atas tu. Tak malu pun. Sebab bukan ai sorang je yang penakut atas tu. Hehehe! Actually, lantai tu bukan daripada kaca, tapi plastik apa ntah yan tebal tu ai dah lupa. Tapi memang ada notice 'do not jump'. Janagan nak cari pasal melompat-lompat atas tu ok!


Yeayyy da boleh duduk


Walaupun tak sampai lima minit ai kat atas tu disebabkan gayat terlampau, at least adalah pengalaman kan. So kalau orang tanya 'kau pergi One City, dah pijak lantai yang boleh nampak bawah tu?' Dengan bangga ai boleh jawab "dah!!!!!!!!!". Hahaha! Bagi korang benda ni mungkin biasa. Tapi bagi ai yang ada masalah acrophobia ni suatu kebanggaan tau.


Alhamdulillah dapat juga tengok permandangan di tempat yang tinggi.


P/s : Dah boleh tak kalau nak start fikir nak apa next year?





17 comments:

  1. Wow!!..Sy pun gayat jgk..Tapi kalo x try, tak tahu...Huhu..

    ReplyDelete
  2. Wow bestnya dapat birthday surprise!

    ReplyDelete
  3. Hepi besday Ai...wah bertuah diusia muda dh jadi sorang isteri.
    Lebih membahagiakan bila dpt hadiah dpd org2 yang disayang.
    Tentu hadiah yg tak ternilai bila dpt lawan gayat tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you sis.. umur tu in my dream je.. hehehe!

      Delete
  4. Saya kalau naik kat atas tempat camtu, automatik tangan rasa berpeluh-peluh dan kaki macam something wrong je.. even tengok je pun dah rasa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye betul en lan. Bila berjaya naik atas tu, ai tertengok bawah je terus nak pengsan.

      Delete
  5. wah bestnya, happy birthday!

    salam perkenalan :)

    ReplyDelete
  6. Ada pengalaman senang nak cerita pada orang kan?

    ReplyDelete
  7. happy belated birthday Ai..semoga sihat dan diberkatiNya selalu...seronok kan dpt surprise2 cam gini...

    ReplyDelete
  8. Belum pernah pergi sini lagi. Kalau GV pun gayat juga. huhu.

    ReplyDelete

Janga lupa untuk tinggalkan komen =D