CUPCAKE VS MUFFIN

Friday 27 October 2017

CUPCAKE VS MUFFIN


Assalamualaikum and hye raders~


Dulu ai selalu confuse dan tak tahu membezakan antara cupcake dengan muffin. Bila pergi kedai kek 'hari ni ada percuma cupcake, nak cupcake apa?'. Bila pergi Kenny Rogers 'nak muffin flavor apa?'. Pada ai cupcake adalah kek di dalam cawan dan muffin sejenis kek gula hangus. Tapi dalam dua kes tadi, dua-dua pun ai dapat kek dalam cawan. Apa yang membezakan cupcake dan muffin? Bukan Cupcake Aisyah youtuber tu tau. Ini makanan =P.






1. Rupa
Cupcake kelihatan seperti kek di dalam cawan. Muffin kelihatan seperti roti di dalam cawan.

2. Ising
Cupcake biasanya akan dihiasi dengan ising yang bermacam-macam corak dan comel. Muffin pula bersaiz besar sedikit berbanding cupcake dan tidak dihiasi dengan ising.

3. Rasa
Cupcake ada bermacam-macam rasa seperti kek birthday yang berada di pasaran. Muffin pula berasa hampir sama untuk setiap perisa. Kekuatan pada baunya yang menusuk ke rongga hidung sebaik sahaja keluar daripada oven.

4. Tujuan
Cupcake disediakan untuk hidangan sesuatu majlis dan dijadikan hantaran. Muffin dijadikan hidangan makan pagi atau makan petang dan sesuai untuk dijadikan doorgift.

5. Tekstur
Cupcake mempunyai tekstur yang lebih lembut dan moist berbanding dengan muffin. Muffin lebih keras dan crumble.


Kalau tanya ai, minat ai lebih kepada cupcake. Ai kurang berminat dengan muffin. Mungkin juga kerana ai memang penggemar kek.





7 comments:

  1. yay geng! sha suka cupcake jugak haha

    ReplyDelete
  2. Good day I am so excited I found your site, I really found you by error, while I
    was looking on Aol for something else, Nonetheless I am here now and would just like to say thanks a
    lot for a remarkable post and a all round interesting blog (I also love
    the theme/design), I don't have time to look over it all at the moment but
    I have bookmarked it and also added your RSS feeds, so when I have time I
    will be back to read much more, Please do keep up the great job.

    ReplyDelete
  3. suka cupcake jugak sebab comel & sedap. :D

    ReplyDelete
  4. Yang penting , cupcake atau muffin mesti sedap , hehe

    ReplyDelete
  5. Thanks a ton! a very helpful article; could not
    make it without ya!

    ReplyDelete

Janga lupa untuk tinggalkan komen =D