FIRST EXPERIENCE WITH CHILINDO

Wednesday 4 October 2017

FIRST EXPERIENCE WITH CHILINDO


Assalamualaikum and hye readers~



Finally ai terpedaya juga dengan Chilindo. Ni semua salah film board clapper tu lah. Masa blogger sana sini asyik cerita pasal Chilindo ni, ai ada juga jenguk-jenguk website ni and terpandang clapper tu. Tapi masa tu ai macam, taknak lah takut lah barang tak elok kan. Tiba-tiba last week ai macam gatal tangan tertengok website Chilindo sekali lagi. Bila tertengok tu, terbid pula. Haihhhh jari ni! Naughty tau. Dah bid, dah menang, apa lagi? Bayar lah.






Ai sebenarnya berdebar-debar juga hati ni masa tunggu barang sampai. Yelah, barang murah sangat. Korang rasa? Sesiapa yang bid tak rasa benda yang sama, korang memang terbaik lah. Alhamdulillah selepas tiga hari bekerja, barang pun sampai. Tinggi kotak je hampir separuh badan ai. Amboi, apa yang dibeli tu agaknya? Hahaha! Bila open kotak, tinggi barang dalam tu tak sampai suku kotak pon. Hurmmm bazir tau bagi kotak besar-besar. Ataupun Chilindo memang tak ada kotak kecil? Entahlah.


Alhamdulillah barang semua sampai dengan baik. Tak ada kerosakkan. Even clapper yang ai nak sangat tu pun tak nampak macam murah walaupun ai dapat dengan harga yang murah. Tapi ada juga lah satu barang tu ai nampak macam cheap. Tapi tak apalah sebab memang murah sangat ai menang bid tu. Tak sampai rm5 pun. Ai consider, memang padan lah dengan harga. 


So kalau ada yang ragu-ragu dengan Chilindo ni, tak payah lah nak ragu-ragu dah. Chilindo tak menipu pun. Cepat pula tu sampai. Tapi adat lah bila shopping online ada terkurang sana-sini. Kalau ada apa-apa yang korang tak puas hati, korang boleh terus call je customer service Chilindo. Baik staff nya. Nanti diorang akan guide untuk masalah korang tu. Macam ai hari tu, tersalah pilih cara pembayaran. Nervous tau. Yelah berkaitan dengan duit kan. Hahaha! Ai terus call customer service. Alhamdulillah, settle!



Ni haa siapa yang tak tau film board clapper tu apa.




20 comments:

  1. bid byk2 pun berbaloi jugak sebab kos penghantaran sama dan tak naik.

    IQ bid, menang, lepas tu tutup laptop. tak bayar pun. hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha! kesian Chilindo.. jangan ajar ai pleasee..

      Delete
  2. Hahaha..Sy pun terjebak dah...haha

    ReplyDelete
  3. aira pun selalu gak usya sini, tangan dan gatal2 nak bid. haha

    ReplyDelete
  4. Wow, tahniah dah bid di sana, nona saja-saja je try bid ..nak pengalaman jer..haha
    Beli tuh je ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Heheheh cuba-cuba je.. tu pun sebab nak clapper tu..

      Delete
  5. Macam besar je kotak..apa isinya tuhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Clapper and jam je yang besar dalam tu.. Tapi tak de lah sebesar kotak tu..

      Delete
  6. Replies
    1. Best juga.. tapi kena aim betul-betul apa yang nak..

      Delete
  7. Yang penting sampai kan... kalau dah stabil website tu nanti rasanya tak ada masalah lagi... saya tengok memang bagus Chilindo ni... kena rajin bid...

    ReplyDelete
    Replies
    1. maybe lah.. tapi adat lah banyak cust mesti ada yang terlepas pandang.

      Delete
  8. Setakat ni belum terjebak lagi..hihi

    ReplyDelete
  9. Chilindo ni addicted..
    Kalau start bid kena fikir sama ada kita perlu atau tidak barang tu untuk elak pembaziran.. Rambang mata dengan barang menarik dan murah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah.. ai bid pun benda yang memang nak je.. ada terbid benda yang tak perlu.. sebelum bayar ai call chilindo untuk cancelkan.

      Delete
  10. Cillindo ni kena rajin bid . Btw tahniah

    ReplyDelete

Janga lupa untuk tinggalkan komen =D