PAKAIAN PELIK UNTUK SIAPA?

Thursday 12 October 2017

PAKAIAN PELIK UNTUK SIAPA?


Assalamualaikum and hye readers~


Apa pakaian paling pelik yang korang pernah gayakan? Untuk ai, ai rasa tak pernah lagi ai gayakan pakaian yang pelik-pelik. Sebab? Ai tak suka fesyen pelik-pelik ni. Macam jadi tarikan untuk orang pandang ai. Nononono! Bila dah pandang, mesti segala cacat cela diorang nampak.


Comelnya! Gambar hasil carian di google.com.


Ai lebih selesa dengan gaya yang simple. Kalau over sikit tu, boleh lah dimaafkan kot. Tapi kan, ai suka tengok keunikkan dalam berfesyen yang orang lain gayakan. Cantik dan menarik. Ai suka dengan confident level mereka. Berani betul mereka gayakan pakaian yang pelik-pelik tu. Dulu ai selalu jumpa seorang hamba Allah ni di Pavilion. Sampai sekarang ai tak pasti dia perempuan or lelaki sebab tak pernah bertegur sapa. Setiap kali terserempak, dia mesti menggayakan kasut tinggi ala-ala Lady Gaga. Yang menjadi perhatian bukan kerana design kasut itu, tetapi ketinggian kasut itu yang menarik tumpuan semua. Plus minus ai rasa adalah dalam lapan inci kot. KOT! Kalau salah ai minta maaf ye. Tapi korang bayangkan lah sendiri ketinggiannya.


Bila bercakap pasal pakaian pelik, dalam kepala ai terus terbayang Lady Gaga dan Didie Alias. Hebatnya mereka berani menggayakan pakaian sedemikian. Salute lah. Tapi kan, ai tak rasa hari-hari biasa pun diorang sanggup pakai macam tu. Penat kot nak bawa baju berat-berat. Tapi boleh kurus!


Gambar hasil carian di google.com.


Mesti korang pernah terfikir, setiap kali tengok fesyen show designer-designer famous, baju mereka kebanyakkannya mengarut. Terutama sekali jenama-jenama besar daripada luar negara. Avant Garde gittuww. Ada ke orang nak pakai? Tapi sebenarnya baju rekaan mereka ok je dan boleh diterima pakai. Cuma mereka selitkan keunikkan untuk mencantikkan lagi pentas peragaan. Kalau tak ada unsur-unsur yang lain daripada lain, ada ke orang nak tengok? Kalau ada pun mesti hambar. Sedangkan makanan pun ada presentation, inikan pula pakaian. Tapi kalau dah nama pun designer yang hebat, sudah tentu ada peminatnya yang tersendiri.




Gambar hasil carian di google.com







14 comments:

  1. samalah! hahaha sha taksuka jugak pakai pelik pelik. taksuka orang pandang, kalau nak marah kang kita juga salah sebab pakai pelik pelik baik pakai simple je senang

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau dinner or event yang memang kena pelik-pelik je ai ok..

      Delete
  2. itulah...tgk pun dh pelik..ini kn nak pakai

    ReplyDelete
  3. Paling pelik warna lebih dari 3.. macam2 kaler ada... haha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. seluar oren, baju hijau, tudung biru, beg merah, kasut kuning apa yang terlintas di fikiran.

      Delete
  4. kita pakai spt org biasa pakai. x payah jd trendsetter bagai kalau dipakai nampak janggal n jakun!

    ReplyDelete
  5. Kena ikut tema kan...kalau tema yg perlu kita bergaya pelik2 rasanya menghiburkan.

    ReplyDelete
  6. Fashion is about confidence sis so kalau tak cukup keyakinan diri tu memang tak mungkin la nak jadi macam didie alias tu huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. salute dengan siapa yang confiden level tinggi tu.

      Delete
  7. Gambar yang last tu mengerikan.. Hahaha.. Pada Sha pula, fashion nie kena yakin dan selesa dengan apa yang kita pakai..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup.. betul tu.. maybe diorang selesa pakai macam tu..

      Delete

Janga lupa untuk tinggalkan komen =D