LAZADA ONLINE REVOLUTION BLOGGER CONTEST

Thursday 9 November 2017

LAZADA ONLINE REVOLUTION BLOGGER CONTEST


Assalamualaikum and hye readers~



Korang biasa tak beli barang daripada shopping online? Mesti pernah kan? Tapi, ai percaya mesti ada juga yang tak pernah beli barang online. Tak secure katanya. Better beli di kedai, boleh rasa dan cuba produk itu sendiri. Pada pendapat ai, itu adalah hak masing-masing. Sebagai pengguna, terpulang pada korang untuk suka cara begini atau begitu.


Seingat ai, barang pertama yang ai beli secara online adalah knitted cardigan berwarna hitam. Masa tu ai masih lagi bergelar seorang pelajar. Ai masih ingat lagi, abang posmen datang masa ai ada kelas. Nasib baik bff ai Salleh Hamid nak tolong bawa ai amik di pejabat pos. Dah jadi fashion designer pun dia sekarang. Bila dah dapat barang tu memang happy sangat lah. Tapi malangnya, cardigan yang ai beli untuk size S umpama macam pakai L. Kecik hati! Last-last ai bagi pada adik ai je.






Sejak dari kejadian tu, ai memang insaf tak mahu dah membeli secara online. Membazir tau beli tapi tak boleh guna. Dah lah masa tu harapkan duit daripada mak baba and kakak-kakak je. Ada masa terluang buat kerja-kerja craft untuk dijual. Bila ada duit lebih senang-senang je nak dibazirkan. Tapi bila ai mula bekerja dan dah pegang gaji sendiri ai dah mula membeli secara online semula. Tapi kali ni ai lebih kepada barang-barang seperti hiasan ataupun barang-barang kegunaan lain selain daripada pakaian dan barangan elektrik. Untuk pakaian, ai lebih selesa berbelanja di shopping mall sahaja.


Apa yang ai suka sangat dengan shopping online? Mudah dan cepat. Ai tak perlu bersiap untuk keluar rumah. Di mana-mana pun ai boleh shopping. Kadang-kadang tengah tunggu LRT pun ai boleh shopping. Dan yang paling penting, ai tak perlu fikir baju apa yang ai perlu pakai untuk keluar rumah. Masalah besar tau nak fikir pasal baju tu.


Sempena Lazada Online Revolution Sales yang bermula dari 11 November 2017 sehingga 14 December 2017 ini, ai dah ada barang yang ai aimed untuk beli. Apa barang tu? Barang itu adalah BeautyVibe 3 Layers Clear Acrylic Cosmetik Drawer. Lama dah ai perhati cosmetic drawer ni. Tetapi harganya agak mahal dan ai tak jadi untuk membeli. Dah alang-alang ada sales, ai boleh lah teruskan niat ai untuk mendapatkan cosmetic drawer ni.







Kepada semua blogger yang nak join cotest ini, boleh klik Lazada Online Revolution Blogger Contest. Semoga berjaya kepada semua blogger yang join contest ini.




10 comments:

Janga lupa untuk tinggalkan komen =D