KELUARKAN PELUH DI TAMAN WARISAN PERTANIAN PUTRAJAYA - Aisya Ismail

Wednesday, 8 November 2017

KELUARKAN PELUH DI TAMAN WARISAN PERTANIAN PUTRAJAYA

Assalamualaikum and hye readers~



Ai dah lama sangat nak makan buah koko. Tapi tak tahu kat mana nak cari. Sigh~ Kebetulan dua minggu lepas, team #KBBA9 ada trip ke Taman Warisan Pertanian, Putrajaya. Dalam banyak-banyak gambar yang dikongsi, ai sangat tertarik dengan gambar buah koko. Terus ajak encik husband pada hari Sabtu baru-baru ni. Kebetulan kami memang ada short trip ke Cyberjaya. Dah alang-alang kan.






Pada mulanya, ai ingatkan konsep Taman Warisan Pertanian ni masuk and boleh makan atau beli buah di situ. Rupanya tidak. Taman Warisan Pertanian ini diwujudkan untuk tujuan pembelajaran sahaja. Sangat sesuai untuk trip sekolah atau sesiapa sahaja yang berminat untuk belajar tentang pertanian. Untuk yang sukakan aktiviti berjalan kaki macam ai, juga sesuai. Nasib kami kurang baik, kerana hujan turun dengan lebatnya. Pada mulanya kami cancel untuk masuk Taman Warisan Pertanian ni. Tapi bila tiga kali kami lalu di situ tanpa sengaja, terus buat keputusan untuk teruskan plan. Hujan pun dah semakin reda.


Tiket masuk ke Taman Warisan Pertanian adalah rm8.50 dewasa dan rm 6.50 kanak-kanak. Student harga lain. Kalau malas berjalan kaki, boleh lah naik buggy dengan bayaran rm25 dan boleh memuatkan seramai 7 orang. Honestly ai cakap, kalau personal trip macam ai, better jalan kaki je. Nak naik turun bukit seratus kali pun tak apa. Nak masuk pagi keluar petang pun tak ada sesiapa nak marah.



Kena panjat tangga ni dulu sebelum sampai.



Nasib kami sangat baik hari itu. Kebetulan masa jalan-jalan tu ada pekerja Taman Warisan Pertanian sedang mengait buah rambutan. Rezeki kami, banyak buah rambutan yang diberikan kepada kami. Alhamdulillah. Kenyang terus. Ai boleh katakan, berjalan-jalan di dalam Taman Warisan sangatlah menyeronokkan kami. Asyik celebrate anniversary di shopping mall dan restoran kan, sesekali buat aktiviti begini, sangat seronok. Jom layan gambar dulu.



Kami jalan kaki guna map ni je.


Ciku-ciku. Favorite ni!


Banyak tempat cantik untuk bergambar.


Paddy in town. Mana nak dapat?


Ok, one thing yang korang kena tahu, kat dalam Taman Warisan Pertanian ni tak ada apa-apa untuk dibeli termasuklah makanan dan minuman. So, korang bawa lah siap-siap air atau apa-apa utuk dikunyah kalau korang jenis yang cepat lapar. Nak picnic pun boleh. But please make sure jangan buang sampah merata ya. Tapi jangan risau, kalau korang nak beli dan makan berat, ada je medan selera di luar Taman Warisan Pertanian tu. Harga biasa-biasa je. Yang penting sedap. Pagi lagi dah buka. Gerai buah-buahan pun ada berhampiran tempat letak kereta. Ai beli buah ciku rm5 sekilo. Kena lah tawar menawar. Puas lah makan berdua. Siap ada lebih.


Medan selera.


Gerai beraneka buah-buahan dan anak pokok.


Kalau korang masih tercari-cari aktiviti masa cuti, ai suggest korang pergi ke Taman Warisan Pertanian, Putrajaya ni. Kalau korang taknak atau tak boleh menaiki tangga, ada je laluan wheel chair. So, Taman Warisan Pertanian ni sesuai untuk sesisi keluarga. Alamat seperti di bawah.



Taman Warisan Pertanian, Putrajaya

No. 7, Jalan P16, Presint 16,
62150 Putrajaya.

Telefon: +603-8887 7772
Faks: +603-8887 5038
E-mel: twp@ppj.gov.my





42 comments:

  1. Pernah pergi juga sini...
    itupun skali je..biasa makan je dekat medan tu..

    ReplyDelete
  2. Sesuai untuk beriadah hujung minggu

    ReplyDelete
  3. walaupun dh dekat...tak gi pun...gi yg medan selera je..

    ReplyDelete
  4. lama dah x jalan2 outdoor mcm niii

    ReplyDelete
  5. Looks like an interesting place to explore. Will bring my children there during their school holiday.

    ReplyDelete
  6. Buah koko? hehehe...akak masa pregnantkan anak dara akak tu kan buah koko la buah pertama yang akak ngidam dan alhamdulillah dapat makan sekali 2 biji....

    ReplyDelete
  7. Best jugak kalau dapat makan buah-buahan. Lama tak makan buah macam koko, ciku. Kalau pergi mall memang tak nak beli lah pulak. Baru tahu Taman Pertanian ni kat Putrajaya. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi kat situ tak boleh simply petik apatah lagi makan. ada rezeki ada.

      Delete
  8. pernah pergi untuk shoot gambar dan melakukan beberapa aktiviti dengan sahabat yang lain. best jugala sbb dapat menikmati keindahan kat situ ☺️

    ReplyDelete
  9. Pernah g 2 3 kat taman warisan ni tapi x explore pon tempat tu..g makan sate je kat sana..hihihi

    ReplyDelete
  10. Menarik nih. Boleh bawak anak-anak datang sini. TAk jauh pon dari rumah.

    ReplyDelete
  11. Menarik tempat ni . Boleh dijadikan sebagai tempat pelancongan . Tiket nak masuk pun murah

    ReplyDelete
  12. Pernah pergi sana time join treasure hunt putrajaya dulu. Makan kat sana pun best. Cuma paddy in town tu tak pernah nampak kat mana. Lawa jugak situ

    ReplyDelete
    Replies
    1. Paddy in town tu jalan terus je dari pintu masuk.

      Delete
  13. Best juga taman warisan pertanian putrajaya ni. Kemudahan pun lengkap. Memang sesuai untuk akviti sihat.

    ReplyDelete
  14. Rajinnya,,,kalau sis mau pengsan kalau nak jalan2 tempat yg luas cam gini, lutut dah tak kuat dikk..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang minat habiskan masa macam ni sis. Hehehe!

      Delete
  15. Saya suka berbuka puasa kat medan selera di situ - memang lazat, murah dan cepat. Almost every year akan pergi.

    ReplyDelete
  16. Tiap kali akak pergi Putrajaya pasti lost. Tak tau ke mana hala tuju. Selalu kena guna waze. Tapi akak tak sangka ada tempat riadah camni. Besar lagi Putrajaya ni untuk di terokai. Perkongsian yang bagus.

    ReplyDelete
  17. Aktiviti sihat dan tak memerlukan belanja besar. I like ! Kipidap dik

    ReplyDelete
  18. Saya tak pernah rasa lagi buah koko.. Tapi peminat coklat la. hewhew. Kena cuba la jugak one day.

    ReplyDelete
  19. Wahh... paddy in town. Mmg unik dan sangat menarik. Best tuh kak. :D

    ReplyDelete

Janga lupa untuk tinggalkan komen =D